Anda di halaman 1dari 12

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2


TAJUK

PECAHAN II : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN REFLEKSI


KUMPULAN

GROUP EL-R03 ( A 121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOOR FARILA BINTI OMAR No.K/P 800501025026 NO. ID D20112052654 NO. TELEFON 013-4949639

NAMA TUTOR E-LEARNING:

En Omar Hisham bin Mohd Baharin

TARIKH SERAH:

10 November 2012

ii. Menyediakan Pelan Pengajaran ( RPH ) yang disediakan untuk makro pengajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Masa Tajuk : : : : : Pendidikan Islam Tiga 16 orang 8.30 pagi-9.00 pagi Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan Awalan Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat : Aras 1: 1. Mengenal dan menyebut perkataan berimbuhan awalan ber dan ter. Aras 2: 1. mengenal, mengeja dan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan ber dan ter 2. mengelaskan perkataan imbuhan awalan ber dan ter Aras 3 : 1. menyusun ayat berimbuhan awalan ber dan ter dengan betul dan tepat Fokus : Pemikiran ; murid dapat mengetahui perkataan berimbuhan Amalan:Murid dapat membaca dan menulis perkataan

berimbuhan dan ayat pendek. Kaedah : latih tubi, penerangan , bersoal jawab, perbincangan 2

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid telah mengenali kata dasar 2. Murid dapat membaca perkataan jawi

Bahan Sumber

1. Kad perkataan 2.slaid power point 3. komputer riba 4. lembaran kerja

Gabung Jalin

1. Bahasa Melayu 2. Kemahiran berfikir

Nilai-nilai Murni

1. Kerjasama 2. Menghormati guru 3. rajin 4. berani 5. Rendah diri

Langkah / Masa Pendahuluan

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru 1. Guru meminta murid menadah tangan untuk belajar. Aktiviti Murid 1. Semua murid menadah tangan dan berdoa beramairamai.

Catatan

Doa belajar

Nilai: -Rendah diri

Set induksi ( 4 minit )

Tayangan Slaid power point Gambar datuk

1. Guru menyoal 2 orang murid untuk mengetahui kefahaman mereka bagi pelajaran yang lalu 2.Guru meminta murid melihat gambar yang

1. Murid menjawab sola guru dengan tepat. 2. Murid melihat gambar yang dipaparkan menerusi

Nilai: -Berani -Bekerjasama

BBM:

sedang berjalan

dipaparkan melalui tayangan slaid power point

tayangan slaid power point

Tayangan slaid power point

2. Guru menyoal murid dan murid lelaki sedang membaca perlakuan yang dilhat oleh mereka berdasarkan gambar yang dilihat. Cth: 1. Apa yang sedang datuk ini lakukan? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

3. Murid menjawab soalan guru . Jawapan: 1. berjalan 2. bersukan 3. bersenam

Komputer riba LCD Projektor

Langkah 1 Penerangan imbuhan awalan (5minit)

Imbuhan Awalan

1. Guru menerangkan pengertian imbuhan awalan kepada murid. 2. Guru juga menerangkan bahagian-bahagian imbuhan awalan ber dan ter 3. Guru meminta beberapa orang murid menyebut contoh perkataan imbuhan imbuahan awalan ber dan ter.

1. Murid mendengar penerangan guru mengenai pengertian imbuhan awalan dan bahagian-bahagian imbuhan awalan : i) ber ii) ter 2. Murid memberi contoh perkataan imbuhan awalan ber dan ter

Nilai:

Menghormati guru dan rakan

BBM: - Tayangan

slaid power point Komputer riba LCD Projektor

Langkah 2 Perkataan Imbuhan awalan Ber dan Ter (6 Minit) Mengelask an imbuhan awalan ber dan ter

1. Guru meminta murid membaca kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid mengelaskan kad perkataan berimbuhan

1. Murid membaca kad perkataan yang dilihat. 2. Murid mendengar arahan guru. 3. beberapa orang

Nilai: -Bekerjasama -berani

BBM: -Kad

awalan ber dan ter dan dilekatkan di papan tulis. 3. Setelah mengelaskan Guru meminta murid membaca kad-kad perkataan tersebut secara kelas dan individu.

murid datang ke hadapan kelas mengelaskan kad perkataan imbuhan dan membacanya dan melekatkan kad tersebut di papan tulis. 3. Semua murid membaca kad perkataan yang dilihat. 4. beberapa orang murid membaca kad perkataan imbuhan awalan ber dan ter secara individu.

perkataan imbuhan awalan ber dan ter Kemahiran Berfikir: Pengkelasan Imbuhan awalan Ber dan ter Gabung jalin: Bahasa Malaysia

Langkah 3 Menyusun kad perkataan menjadi ayat yang lengkap (5minit)

Perbincangan secara berkumpulan

1. Guru mengedarkan sampul surat yang berisi kad perkataan imbuhan awalan kepada 4 kumpulan. Apabila kad tersebut telah menjadi ayat yang lengkap dan tepat, kumpulan tersebut dikira pemenang. 2. Guru meminta semua

1. Murid berada di dalam kumpulan dan membuka sampul surat yang berisi kad perkataan imbuhan awalan ber dan ter. 2. Setiap kumpulan menyusun kad-kad perkataan imbuhan

Nilai: -Bersungguhsungguh -Bekerjasama

BBM:

Sampul Surat Kad Perkataan

kumpulan membuka sampul awalan ber atau ter yang diberi. 3. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun kadkad perkataan tersebut menjadi ayat yang lengkap. 4.Setelah kad disusun menjadi ayat yang lengkap kumpulan itu mestilah membaca ayat tersebut menjadi ayat yang lengkap. 3.Setiap kumpulan membaca kad kad perkataan yang telah susun menjadi ayat yang lengkap. 4. Murid menyebut perkataan imbuhan

bersama-sama dalam kumpulan. 5. Guru meminta ketua kumpulan menyebut perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam ayat tersebut. Langkah 4 ( 5 minit ) Penilaian -Soalan lisan 1. Guru meminta murid dari empat kumpulan tadi menyusun ayat yang telah disusun dalam kumpulan untuk dilekatkan di papan tulis. 2. guru meminta semua murid membaca ayat yang dilihat secara kelas dan juga individu. 3. guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

awalan yang terdapat dalam ayat yang telah disusun.

1. Murid dari setiap kumpulan menyusun ayat yang mengandungi imbuhan awalan di papan tulis. 2. semua murid membaca ayat yang dilihat secara kelas dan individu. 3. murid melakukan latihan yang diedarkan

Nilai: -Yakin pada diri sendiri BBM:

Kad Perkataan

Penutup ( 5 minit )

1.Rumusan

1. Guru memastikan semua murid mengenal perkataan imbuhan awalan ber dan ter dengan merumuskan fungsi imbuhan ber dan ter

1. Murid memberi tumpuan terhadap rumusan guru.

Nilai: -Berkasih sayang -Hormat -Beradab sopan

Refleksi Pembelajaran bagi sesi Makropengajaran 6

Pengenalan Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan juga penutup. Biasanya pengajaran makro dipraktikkan dalam bilik darjah sepenuhnya. Sebelum melakukan pengjaran makro guru perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengjaar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Prinsip pengajaran makro Antara prinsip pengjaran makro ialah: Objektif pengajaran dan pembelajaran. Jumlah pelajar. Strategi pengajaran. Jangkamasa pengajaran Bahan pengajran Perbincangan dan refleksi

Refleksi makro pengajaran bagi tajuk pelajaran jawi : Imbuhan Awalan Ber dan Ter Bagi makro pengajaran yang telah dirakamkan saya telah memilih dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran pendidikan islam dalam bidang pelajaran jawi bagi murid tahun 3. Jumlah keseluruhan murid di dalam kelas adalah 20 orang murid yang terdiri daripada 4 orang Siam dan 16 orang murid Melayu.Tajuk makro pengjaran saya ialah imbuhan awalan. Saya telah memilih imbuhan awalan ber dan ter sebagai unit pengajaran untuk imbuhan awalan. Di dalam kelas tahun 3 terdapat tiga kategori murid iaitu murid lemah, sederhana dan murid pandai. Hasil pembelajarab yang telh ditetapkan adalah : Aras 1 Aras 2 : : mengenal dan menyebut perkataan berimbuhan awalan ber dan ter. i) mengenal, mengeja, membaca dan menulis perkataan berimbuhan 7 murid

awalan ber dan ter ii) mengelaskan berimbuhan awalan ber dan ter Aras 3 : membaca dan menyusun ayat berimbuhan awalan ber dan ter dengan betul dan tepat. Saya memberi fokus kepada dua aspek dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dari sudut pemikiran dan amalan. Dari sudut pemikiran murid akan dapat memperolehi dan mengetahui fungsi-fungsi perkataan berimbuhan awalan. Manakala dari sudut amalan pula murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan imbuhan awalan dengan betul serta dapat membina ayat pendek dengan menggunakan perkataan berimbuhan ini. Saya juga menyerapkan mata pelajaran lain dalam pelajaran jawi iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti yang diketahui umum, pelajaran Jawi dan Bahasa Melayu mempunyai perkaitan dan hubungan terutamanya dari sudut fonologi dan morfologi. Di dalam Bahasa Melayu juga semua murid didedahkan dengan tajuk pelajaran imbuhan awalan ber dan ter. Oleh itu pengetahuan sedia ada murid banyak membantu saya dalam mengajar tajuk pelajaran imbuhan awalan ber dan ter ini. Kekuatan dalam Makro Pengajaran Semasa menjalankan makro pengajaran saya telah mengesan beberapa kekuatan dalam pengajaran saya bagi tajuk imbuhan awalan ber dan ter ini. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran saya telah merancang rancangan pengajaran harian, strategi, kaedah dan teknik yang akan diaplikasikan dalam pengajaran saya ini. Antara pendekatan yang saya gunakan ialah mencuba kaedah baru iaitu persembahan slaid power point yang menggunakan penceritaan Tom and Jerry bagi menarik perhatian murid dalam pengajaran untuk tajuk ini. Kaedah ini telah dikongsikan oleh rakan-rakan saya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ternyata kaedah dan teknik ini menampakkan hasil apabila saya menggunakan dalam pengajaran saya. Ini kerana sepanjang penggunaan tayangan slaid ini murid memberi penumpuan sepenuhnya terhadap persembahan slaid ini. Mereka sangat memberi kerjasama di dalam aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam set induksi. Di dalam set induksi, saya memaparkan dua gambar slaid power point yang

menunjukkan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan imbuhan awalan. Paparan gambar ini

telah dapat menggerakkan murid untuk berfikir dan merangsang naluri ingin tahu ketika soal jawab dilakukan oleh guru. Ini dapat dilihat apabila reaksi mereka menjawab soalan ketika soal jawab dilakukan. Semua murid teruja untuk memberi jawapan dan suasana yang ceria dan seronok dapat diwujudkan yang akan memberi peneguhan positif kepada murid yang lemah turut serta untuk memberi jawapan walaupun jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Dengan penggunaan slaid power point ini juga telah membantu murid untuk memahami dengan lebih jelas terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar dengan lebih jelas dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang disampaikan. Walaubagaimanapun, sekiranya guru selalu menggunakan suara yang tinggi dan kuat juga akan menimbulkan rasa kebimbangan dan ketakutan kepada murid. Oleh itu, saya sentiasa mengubah intonasi suara dan kelajuan sebutan perkataan supaya dapat

mengekalkan minat murid terhadap tajuk pelajaran. Dengan menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami ketika mengajar dapat membantu saya menyampaikan arahan dengan jelas seterusnya murid dapat melakukan tugasan atau aktiviti pembelajaran seperti mana yang dikehendaki oleh guru. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya sentiasa meningkatkan motivasi murid dengan memberi peneguhan positif seperti pujian, tepukkan dan galakkan apabila mereka berjaya menjawab sesuatu soalan dengan betul. Sebagai contoh, saya

mengungkapkan ucapan bagus apabila murid menjawab soalan dengan tepat. Selain itu tepukan secara kelas juga digunakan sebagai rangsangan kepada murid untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Selain peneguhan lisan dan peneguhan gerak geri , saya juga menggunakan peneguhan dampingan dan sentuhan kepada murid apabila melakukan aktiviti mahupun ketika menjawab soalan. Peneguhan sentuhan dan dampingan amat penting buat murid yang kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan dan juga menglibatkan secara aktif dalam gerak kerja berkumpulan. Apabila guru berada berdekatan atau berdiri disebelahnya ketika menjawab soalan yang diajukan akan memberi rangsangan dan keyakinan kepada murid tersebut untuk menjawab soalan. Lebih-lebih lagi apabila murid berada di hadapan kelas untuk melakukan aktiviti. Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya banyak menggunakan kemahiran penyoalan yang begitu kompleks berbanding kemahiran yang lain. Ini kerana kemahiran 9

penyoalan merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. Kemahiran ini digunakan bagi membantu murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya. Dalam teknik mengemukan soalan saya kepada murid, saya mengemukan soalan yang mudah, sederhana susah dan susah kepada murid supaya murid faham, berfikir dan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan. Namun demikian, sekiranya murid tidak memberi respons saya akan memanggil nama murid tersebut untuk memberi jawapan. Kebanyakkan soalan yang diajukan adalah secara kelas dan individu. Saya juga mengemukakan soalan berdasarkan aras kebolehan, pengalaman murid, dan juga menggunakan bahasa , perkataan dan istilah mudah yang dapat dipelajarim oleh murid. Setelah memberi jawapan saya memberi peneguhan positif sebagai galakkan murid lain terlibat secara aktif dalam

memberi jawapan dan kerjasama dengan guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan dalam Makro Pengajaran Walaupun terdapat kekuatan dalam makro pengajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kelemahan yang telah berlaku di sepanjang makro pengajaran ini. Kelemahan yang paling ketara yang telah berlaku ialah saya terlupa memberi penilaian formatif iaitu lembaran kerja di akhir pembelajaran.Saya hanya menyerapkan ujian lisan dalam pengajaran saya bagi menguji tahap pencapaian murid. Penilaian formatif adalah aspek penting untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Selain itu penilaian formatif dapat meningkatkan, memperbaiki kualiti dan meramlkan pencapaian murid. Menjadi satu kepuasan kepada guru apabila guru itu dapat meningkatkan pencapaian dari semasa ke semasa. Bahkan dengan mengetahui pencapaian murid guru dapat mengunah kaedah dan teknik pengajaran bagi mencapai hasil pembelajaran di samping murid dapat menguasai tajuk pelajaran. Seterusnya kelemahan yang kedua yang dapat saya selidiki ialah saya kurang memberi perhatian kepada murid yang lemah penguasaan bagi tajuk pelajaran ini. Faktor peruntukan masa yang terhad juga adalah penyebab utama saya tidak memberi penumpuan sepenuhnya terhadap murid-murid yang lemah dalam bacaan imbuhan awalan ber dan ter ini.

10

Faktor kelemahan yang ketiga, terdapat beberapa orang murid kurang memberi kerjasama dan perhatian terhadap aktiviti kumpulan . Murid-murid ini banyak bergantung kepada murid cerdas untuk memberi jawapan dan menyelesaikan aktiviti pembelajaran. Penambahbaikan Dalam Makro Pengajaran Sebagai penambahbaikan dalam makropengajaran ini, saya perlu memberi perhatian dalam pelbagai aspek agar mencapai hasil pembelajaran dalam tajuk yang di ajar. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap pencapaian murid di dalam kelas. Kelas yang di ajar oleh saya mempunyai pelbagai aras pencapaian. Ini menyebabkan saya perlu mempelbagaikan aktiviti bagi memastikan semua murid menguasai pembelajaran bagi tajuk yang di ajar oleh guru. Selain itu, saya boleh mengubah pembelajaran di dalam kelas ke luar kelas. Pengajaran dan pembelajaran di luar kelas boleh di lakukan di padang sekolah, makmal komputer, surau, perpustakaan, kantin, rumah rehat dan sebagainya. Situasi ini diwujudkan bagi mengubah mood murid agar lebih seronok dan sentiasa aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya penambahbaikan lain yang perlu diberi perhatian oleh saya adalah penggunaan masa dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membahagikan aktiviti selaras dengan masa yang diperuntukan agar aktiviti yang dijalankan tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Selain itu juga akibat masa yang tidak diperuntukan dengan betul akan mengakibatkan murid tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan yang seterusnya ialah aktiviti kumpulan yang dilakukan di dalam kelas. Oleh kerana saya mempunyai murid pelbagai tahap dan aras di dalam kelas, saya perlu merancang aktiviti kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Ini bermaksud satu kumpulan murid yang mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaian. Suasana ini diwujudkan untuk memastikan murid yang cerdas dan pandai dapat membantu murid yang lemah penguasaan mereka dalam sesuatu tajuk yang dipelajari. Dengan ini secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dapat diserapkan di dalam diri murid seperti kerjasama, toleransi dan kasih sayang.

11

Penutup Kemahiran makro pengajaran adalah asas penting bagi pendidik terutamanya bagi guru-guru pelatih. Tujuan utama makropengajaran ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada guru mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan disamping mengetahui tahap pencapaian murid di dalam kelas. Melalui makro pengajaran juga guru dapat mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik baru yang boleh disesuaikan dengan tahap murid dan tajuk yang diajar. Seterusnya guru dapat membuat refleksi dan kajian tindakan sekiranya permasalahan timbul setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan terhadap murid.

Bibliografi Mok Soon Sang .(2004).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://www.slideshare.net/mazlan81/kemahiran-mikropengajaran http://norhalawatizulkifli.blogspot.com/2011/10/refleksi-kemahiran-mikropengajaran.html http://www.youtube.com/watch?v=XKNF9GHiOOQ http://nuruldyanaibrahim.blogspot.com/2011/11/kemahiran-mikropengajaran.html http://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-set-induksi Kemahiran Set Induksi Mengenal Bentuk 3 Dimensi.flv YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=bxoO_Z2xUYo

12