Anda di halaman 1dari 1

Colonialisme di Kepulauan Hindia Timur yang berlaku pada abad ke-19 dilakukan oleh pihak

Belanda. Penguasaan agresif Belanda bermula pada tahun 1816 apabila pengembalian semula
wilayah Belanda dari tangan British yang mentadbir sementara dan Van Der Capellen telah
dilantik menjadi Gabenor di Betawi pada 1819. Melalui perjanjian Anglo-Belanda 1824 ia
mengesahkan Belanda bebas membina empayar di Hindia Timur.
Belanda mula mencampuri hal ehwal pentadbiran dengan meneruskan sistem British
yang membahagikan Jawa kepada Residensi, daerah, bahagian dan kampong. Pembahagian-
pembahagian ini telah dikekalkan dan memerintah melalui ketua-ketua tempatan yang
dibawah pengawasan gabenor-gabenor Belanda. Kaedah pentadbiran ini hanya diguna pakai
di Jawa sahaja manakala di wilayah-wilayah luar putera-putera dan ketua-ketua tempatan
yang dibawah kuasa gabenor-gabenor wilayah Belanda, telah dibenarkan memerintah rakyat-
rakyat mereka sendiri.1 Pembahagian kawasan ini menyebabkan Jawa Tengah menjadi
sekadar kerajaan-kerajaan boneka yang bergantung kepada pemerintah bangsa Eropah.2 Oleh
kerana Belanda mula meluaskan kawasan jajahannya di daerah Jawa dan mula mengatur serta
mencampuri hal masyarakat tempatan. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar tidak
mempunyai kuasa yang dominan untuk memerintah. Deponegoro iaitu putera Sultan
Amangkubuwono III dari keturunan Yogyakarta merasakan tindakan Belanda yang
mencampuri
Kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh Belanda telah menyebabkan
kebangkitan dari bangsawan yang digelar perang Jawa. Peperangan ini melibatkan rakyat
tempatan di Jawa dengan Belanda. Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28
Mac 1830.3 Peperangan ini dinamakan perang Jawa atau dikenali sebagai Perang
Deponegoro kerana ia melibatkan hampir seluruh wilayah Jawa dan dipimpin oleh
Deponegoro. Peperangan ini berlansung di Jawa Tengah dan di pantai Jawa Timur.4

1
Joginder Singh Jessy. 1976. Tawarikh Dunia Asia Tenggara 1500-1945. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia. Hlm. 87.
2
Peter Carey. 2001. Asal Usul Perang Jawa, Pemberontakan Sepoy & Lukisan Raden Saleh.
Yogyakarta: PT LkiS Pelangi Aksara. Hlm. 12.
3
David Joel Steinberg. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. (terj.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 114.
4
Koent Jaraningrat. 1994. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 67.