Anda di halaman 1dari 13

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

JUMLAH

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK

KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID

SYARANI BINTI MD SARIFF D054865@siswa.upsi.edu.my Syani1410@gmail.com

D2011054865

NO. TELEFON 0136329970

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: 09 April 2012 ISI KANDUNGAN


LAMPIRAN 3

Halaman

Pembangunan sahsiah diri merupakan elemen penting bagi melahirkan pendidik yang lengkap dari segi luaran dan dalam yang mana mampu menjamin keseimbangan rohani dan jasmani seseorang individu . Pelbagai pandangan dan definasi mengenai sahsiah telah diutarakan oleh bijak pandai. Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah? Sahsiah menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-empat membawa maksud keperibadian atau perwatakan. Manakala sahsiah diri dapat di definasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat (Kamus Dewan Bahasa edisi keempat). Menurut pandangan G.W Allport dalam dalam bukunya Pattern and Growth in Personality, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, uratsaraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Manakala, Crow dan Crow (1983) berpendapat personaliti seseorang merupakan perwatakan fizikal,corak pertuturan dan gaya penarik yang dimilikinya. Berbeza pula pandangannya yang diutarakan oleh Gage Berliner (1984) mengenai sahsiah. Gage Berliner (1984) menghuraikan sahsiah personaliti dengan menerangkan ianya merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif,emosi dan ciri-ciri seseorang. Manakala Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku tidak sopan, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, kognitif, fizikal dan sosial iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana pendidikan merupakan suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah Pendidikan Negara ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Ini mengambarkan betapa pentingnya pembangunan sahsiah diri seseorang individu bagi menjamin kelangsungan hidup berterusan.

Empat perkara utama yang diterapkan dalam kursus pembangunan sahsiah guru adalah seperti berikut:
1. Aspek kognitif

Apakah yang dimaksudkan dengan kognitif? Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami.Ahli psikolagi berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam aspek fikiran di mana ia tidak dapat di perhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuklah celik akal,pemprosesan maklumat dan persepsi. ManakalaPembangunan kognitif ialah melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Menurut Lakoff and Johnson (1999) menerangkan istilah kognitif dalam sains kognitif ialah penggunaan sebarang bentuk operasi atau struktur mental yang mana boleh dikaji dalam erti kata yang sebenarnya.

Manakala menurut The National Institute of Open Schooling (NIOS) in India (2010) dalam laman sesawangnya menjelaskan kognitif boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang mana maklumat diperolehi, disimpan dan digunakan. Dalam konteks kedewasaan, pelbagai aspek kognitif seperti ingatan, pembelajaran, perhatian dan kepantasan berfikir turut mempengaruhi proses tersebut. Pendapat daripada Bloom, B. S., Mesia, B. B., Krathwohl, D. R., (1964) dalam Todd Botto, Maureen Schorr & Joseph Daniel Lema (1997) menerangkan bahawa kognitif merupakan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh mental seseorang, memberikan kesan kepada pembangunan perasaan dan emosi serta sikap. Dalam konteks pembangunan sahsiah diri, dapat dilihat bahawa kognitif adalah melibatkan pemikiran seseorang individu itu. Apabila dapat dididik dengan pemikiran kita dapat dididik kearah yang berfikiran positif. Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan kearah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Padaa sasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina .Disamping itu juga dapat menanggani stress ,mengurus keperluan kerjaya dan mengurus diri dan kehidupan. Dengan erti kata lain, kemahiran kognitif merupakan kebolehan pendidik untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seorang pendidik dalam berdepan dengan cabaran mendidik anak bangsa. 2. Aspek fizikal Perkembangan fizikal berkaitan dengan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai. Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedara atau separa sedar.Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007).

Manakala, menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003) perkembangan fizikal ialah tingkah laku yang juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ manusia. Pada dasarnya tingkah laku fizikal adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu yang mana dapat diukur atau dilihat oleh individu lain dan ini berbeza dengan aspek kognitif.

Walau bagaimanapun, pandangan berbeza telah diutarakan oleh Carl Rogers (1999). Beliau menekankan bahawa seseorang individu bertingkahlaku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak balas dengan lebih yakin terhadap sesuatu perkara. Ini menunjukkan yang bahawa ke sekiranya arah seseorang perlakuan cenderung buruk atau berfikir negetif. secara negatif, maka tidak mustahil untuk individu tersebut menunjukkan tingkah laku cenderung

Apakah pula pandangan Islam berkaitan dengan pembangunan sahsiah diri fizikal? Menurut ulama tersohor Islam Imam Al-Ghazali, tingkah laku manusia menurut Islam berkaitan dengan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri seperti setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Di samping itu, tingkah laku adalah dorongan atau motivasi yang berasal dari dalam diri manusia itu sendiri dimana motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah. Di samping itu, motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu tingkahlaku yang timbul berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-satu situasi itu sendiri. Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dan tingkah laku. Ini menunjukan perkembangan fizikal juga ditekankan didalam Islam dalam melahirkan insan yang bukan sahaja patuh kepada Penciptanya malahan dapat berinteraksi sesama insan dalam kehidupan dan ianya ciri-ciri yang saling lengkap melengkapi.

3. Aspek sosial Sosial didefinisikan sebagai kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat.Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain.

Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu guru dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerakgeri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

4. Aspek Rohani Rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri (Kamus Dewan Bahsa edisi keempat). Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undangundang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh

penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total. Seorang pendidik memerlukan aspek rohani yang tinggi dalam mengimbangi tugas harian yan mencabar yang memerlukan kekuatan dalaman bagi menjamin keseimbangan dalam pengajaran dan juga pentadbiran.

Kesan pembangunan sahsiah kepada pembagunan karektor pendidik ialah seperti berikut: 1. Profesional Kesan pertama yang dapat dilihat dari kursus pembangunan sahsiah guru ialah profesional. Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalanamalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah. Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan. Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.

Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.

2.

Kreatif dan Inovatif

Menurut kamus Websters ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada ideaidea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalansoalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.

Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan. 3. Integriti Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness. Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi

kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tanpa kursus pembangunan sahsiah yang bersepadu, maka amat mustahil untuk melahirkan guru yang berintegriti. Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan.

Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik. 4. Kerja Berpasukan

Antara kesan pembagunan sahsiah diri kepada karektor pendidij ialah kerja berpasukan dimana pendidik memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat

yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.

Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-ciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat mereka.

5. Berorientasikan pelanggan Kesan seterusnya ialah pendidik perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan pendidik di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang ditekankan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati.

Kesan daripada pembangunan sahsiah diri kepada pendidik saling berkaitan. Tanpa profesionalisma, maka pincanglah kreatif dan inovatif. Dengan secara langsung sukar untuk pendidik itu berorientasikan pelanggan dan integriti juga mungkin sesuatu yang sukar untuk dicapai.