Anda di halaman 1dari 7

NASI DAGANG KELANTAN (CARA MUDAH!

)
Resepi : Kak Jie Jie Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna 1 kg beras lembut (beras nasi dagang dari Kelantan) Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) (MaDiHaA ukur guna jari macam kita masak nasi putih.. tetapi santannya dikurangkan
1 cm dari ukuran memasak nasi putih) 1 sudu garam halus (MaDiHaA guna 2 sudu kecil) sejemput halba (MaDiHaA letak dalam 1 1/2 sudu kecil)

1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang 5 ulas bawang merah ~ dihiris 3 ulas bawang putih ~ dihiris Cara: 1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan. 3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak. 4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.

Ini pula resepi gulai ikan khas untuk nasi dagang versi Kelantan...

GULAI IKAN NASI DAGANG (versi Kelantan)

Resepi : Kak Jie Jie Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna
ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air) santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan) 2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)

2 biji tomato dipotong 4

2 biji timun dipotong ikut suka 1 keping asam keping garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin) MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan) MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah Bahan kisar 2 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 1 sudu teh lada hitam 1 1/2 inci lengkuas 15 biji cili kering 2 sudu serbuk kunyit segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air Cara: 1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu 2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika. 3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api. Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak 4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.

Resepi sambal nasi dagang seperti di bawah... kalau versi Terengganu sambal ni takde yer...

Sambal Nasi Dagang


Resepi : Kak Jie Jie Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 1/2 biji kelapa parut 3 ulas bawang putih dihiris 4 ulas bawang merah dihiris 4 batang serai dihiris 4 ekor ikan rebus diambil isinya saja (ikan kembung/selayang) garam & gula secukup rasa cara:

1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan. menjadi kerisek 2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap. Nota MaDiHaA : MaDiHAa rasa lebih mudah kita mencampur-gaulkan dahulu isi ikan & kerisik kemudian baru dikisar bersama. Sebab jika kisar isi ikan berasingan.. ia seakan2 melekat2 gitu.. so disarankan digaul dahulu bahan2 tersebut kemudian barulah dikisar.

Ini pula resepi acar mentah timun.... sempoi jer..

Acar Timun

Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 3 biji timun 1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris 2 biji cili merah ~ hiris serong 3 sudu besar gula 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1/2 cawan cuka

Cara menyediakan 1. Timun dikerat 1 1/2 inci panjang. Belah dua & buang empulurnya. Potong memanjang sehingga habis. Cuci & tos. 2. Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.

Jemput makan..... bismillah... Selamat mencuba!