Anda di halaman 1dari 31

COVER PAGE

ISI KANDUNGAN
PERKARA Kata Penghargaan MUKA SURAT 2

Tugasan (a) Membuat perbandingan secara kritis antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari segi kandungan dan pentaksiran. Tugasan (b) Menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan butiran berikut : Tahun : 2 Masa : 30 minit : Kecergasan Bilangan pelajar : 20 orang Tema / Topik Rujukan LAMPIRAN 14 3 - 13

______________________________________________________________________

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

KATA PENGHARGAAN
_______________________________________________________________________ Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing yang amat dedikasi, En. yang sentiasa memberikan bimbingan ilmu, panduan nasihat serta tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Tidak dilupakan juga buat ahli keluarga yang sentiasa memberikan dorongan serta galakan kepada saya agar sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menyempurnakan kewajipan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini. Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas kerjasama, sokongan dan bantuan yang telah anda berikan. Semoga Tuhan memberikan kejayaan yang cemerlang buat kita semua. Seterusnya, sekalung penghargaan juga saya tujukan buat semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penyiapan tugasan HBPE 1103 ini. Jasa baik kalian amat bermakna buat diri saya. Semoga Tuhan memberikan limpah rahmatNya di atas segala sumbangan dan budi baik yang telah dihulurkan. Akhir kata dari saya, semoga kita terus menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sepanjang masa.

1.0

PENDAHULUAN

Konsep pendidikan hari ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan proses pendidikan yang dilalui oleh generasi terdahulu. Sementelah lagi, apabila berhadapan dengan dunia global yang semakin kompleks, tidak boleh dinafikan cabaran yang timbul yang perlu ditempuhi di bidang pendidikan juga semakin bertambah serta memerlukan pendekatan terbaik yang mampu menghadapai gelombang alaf baru. Selain berhadapan dengan situasi ledakan ilmu yang berbentuk global, penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi, kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi antara sebahagian cabaran yang perlu dihadapi serta ditangani sebaik mungkin. Maka, sistem pendidikan kebangsaan juga harus berubah seiring perubahan yang dilalui dalam usaha memastikan generasi mendatang dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21. Justeru, sistem pendidikan negara memerlukan usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap lebih berkualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran abad berkenaan. Sukar untuk menidakkan sumbangan bidang pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. Sejarah membuktikan pendidikan telah berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi. Pendidikan juga menjadi bidang utama dalam membangunkan modal insan pada masa depan. Penekanan terhadap bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati, dan jiwa manusia, khususnya golongan remaja bagi melengkapkan diri kearah status negara maju. Sejajar menyokong Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang juga menjadi sebahagian rangka perjalanan menuju ke arah negara maju, maka Kementerian Pelajaran melaksanakan Transformasi Sistem Pendidikan membabitkan dua perkara merangkumi Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Transformasi Pentaksiran Kebangsaan. Inisiatif ini dilihat antara usaha komprehensif kementerian terbabit bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. 1.1 PENGENALAN

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

Usaha dalam mentransformasikan kurikulum kebangsaan sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2007 lagi. Ianya susulan daripada Gagasan ke-3 ucapan Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, menghasilkan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran & maklumat serta program melahirkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. Maka, Teras ke-2 PIPP telah menetapkan dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni. Matlamatnya adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai. Bertitik tolak daripada hasrat tersebut, maka kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Kajian yang dibuat telah melalui beberapa tahap semakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:

Rajah 1.1 Peringkat semakan kurikulum Dalam proses melaksanakan transformasi ini, beberapa faktor tertentu seperti Resolusi Konvensyen Kurikulum Kebangsaan 2007; penandaarasan kurikulum dengan kurikulum negara maju; kajian literatur dan input daripada pihak berkepentingan dalam pendidikan antara perkara yang diambil kira serta diberi pertimbangan dalam membuat keputusan untuk mentransformasikan kurikulum persekolahan kebangsaan. Malah aspek kandungan, organisasi dan penegasan kurikulum persekolahan sedia ada turut diberi penekanan bagi diperkemas dan diperbaharui melalui pelaksanaan satu kurikulum persekolahan kebangsaan yang baharu. Tidak terkecuali, usaha dilakukan bagi memastikan kandungan, kemahiran dan nilai yang relevan dapat didedahkan kepada murid. Kelangsungan daripada perkara ini turut 5

menuntut perubahan kepada aspek pengurusan kurikulum, aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta aspek penilaian prestasi murid. Justeru itu, bermula tahun 2011 Kurikulum Standard sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sekaligus mengisi proses transformasi oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding dengan piawaian global. Malah harapan menggunung diletakkan supaya kurikulum baru ini mampu mengorak langkah ke arah mencorak dan melahirkan generasi berpendidikan bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara cemerlang menjelang 2020. Hakikatnya, transformasi kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan bertujuan memberi penambahbaikkan, terutama kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan sebelumnya. KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekal prinsip KBSR. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). ASPEK Reka Bentuk Kurikulum KBSR ( 1983 2010 ) PERBEZAAN Linear berasaskan 3 bidang: Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu Modular berasaskan 6 tunjang: Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Bahan Kurikulum Organisasi Kurikulum Sukatan pelajaran Huraian sukatan pelajaran Tahap 1 ( Tahun 1,2 & 3 ) dan - Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan. Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6 ) dan - Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan. Fokus Elemen
3M : ( Membaca, menulis dan

KSSR ( bermula 2011- )

Keterampilan Diri Dokumen Standard Kurikulum Tahap 1 ( Tahun 1,2 & 3 ) dan - Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6 ) dan - Mata pelajaran Teras & Elektif 4M : ( Membaca, menulis, mengira dan menaakul ) Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi

mengira ) Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

Maklumat & Komunikasi (TMK) Kaedah Pentaksiran Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif secara eksplisit - Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran - Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai - Bersifat autentik dan holistik. Peruntukan Masa Pedagogi PERSAMAAN - Berlaku perubahan peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris - Kemahiran Berfikir dalam P&P (KB) - Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
- Penggunaan Teknologi Maklumat (TMK) - Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (KMD)

- Pembelajaran Secara Konstruktivisme


- Pembelajaran Secara Kontekstual

- Pembelajaran Akses Kendiri - Pembelajaran Masteri


- Belajar Cara Belajar (BCB)

Rajah 1.2 Banding beza KBSR dan KSSR

1.2

BANDING BEZA KBSR DAN KSSR Perbandingan antara KBSR dan KSSR dapat dilihat dalam beberapa aspek. Aspek

yang pertama, dilihat dari segi kandungan Reka bentuk kurikulumnya. KBSR linear berasaskan tiga bidang sahaja iaitu komunikasi, manusia dengan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan 7

asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Pendek kata, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu mata pelajaran Kajian Tempatan dan Sains. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, di tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lainlain lagi. Manakala, di tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan lagi meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan serta kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

Jika dibandingkan dengan kandungan reka bentuk modular KSSR, terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bentuk verbal dan non-verbal sebagai bahasa pengantara P&P di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika dibandingkan dengan KBSR yang hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting ditambah dan diberi penekanan iaitu kemahiran menaakul dalam tunjang komunikasi. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan bagi meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras 9

kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengaplikasikannya dalam penglibatan kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal, peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menghadapi impak cabaran abad ke-21 yang menuntut supaya modal insan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap 10

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek sistem pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh ditafsirkan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, bentuk pentaksiran adalah secara penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif iaitu Ujian Penilaian Sekolah rendah 11

(UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR mempunyai kelemahannya tersendiri. Pentaksiran cara KBSR dilihat lebih berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke alam sekolah menengah. Murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini disebabkan murid dilatih hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Perkara ini dilihat menjadi satu kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Sebagai langkah menambahbaik serta menangani beberapa kelemahan yang terdapat dalam sistem pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Ianya bertujuan mengurangkan penekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran secara menyeluruh (holistik) dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang 12

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat tersebut dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja terbaik mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran (show case ). Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran menyimpan rekod hasil kerja terbaik murid dan mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian mereka pada akhir tempoh pembelajaran selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Sungguhpun demikian, beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR adalah dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persamaan iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Persamaan berikutnya adalah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. 13

Sebagai rumusannya, perubahan dalam arus globalisasi masa kini memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikkan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah mencapai status negara maju. Selain ianya merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Sejajar dengan itu, guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir serta menterjemah kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Apa yang diharapkan melalui pelaksanaan KSSR ini mampu membantu memperbaharui kurikulum sedia ada serta memastikan ia releven dengan keperluan pendidikan semasa sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia . Sukatan Pelajaran KSSR Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

14

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran KBSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd. Tuan Jah, Faridah. ( 2011). Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html Tarikh capaian : 15.11.2012 http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-kssrbakal-lahir-minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en Tarikh capaian : 15.11.2012 http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DANKSSR-2- Tarikh diakses : 15.11.2012 http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-binamodal-insan-berkesan/ Tarikh diakses : 16.11.2012 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodal insanberkesan/Article/print_html Tarikh capaian : 17.11.2012 Peruntukan Masa KSSR http://www.skdoj.net/index.php/component/k2/item/21-peruntukanmasa-kssr?tmpl=component&print=1#ixzz1aRtr7WR9 Tarikh capaian : 17.11.2012

_______________________________________________________________________

LAMPIRAN

15

16

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

17

18

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

19

20

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

21

22

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

23

24

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

25

26

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

27

28

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

29

30

HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani

31