Anda di halaman 1dari 17

Perbandingan Kualiti Buruh Awam dan Swasta dalam Sektor Pembuatan di Malaysia oleh: Nor Ghani Md.

Nor Zulkefly Abdul Karim Hairunnizam Wahid Abstrak Dalam proses pengeluaran, buruh merupakan input terpenting untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan. Tambahan lagi, input buruh akan dijana bersama-sama dengan modal untuk menghasilkan barangan akhir. Oleh itu, sudah pastilah sesebuah firma memerlukan buruh yang berkualiti tinggi untuk memaksimumkan output. Kombinasi input buruh yang berkualiti dengan modal yang sedia ada akan menjanakan tingkat output yang lebih optimum. Persoalannya sekarang ialah adakah wujud perbezaan kualiti buruh dalam sektor pembuatan di Malaysia antara sektor awam dan swasta? Oleh itu kertas ini akan mengupas permasalahan tersebut. Kajian perintis di India oleh Ghosh dan Neogi (1996) mendapati bahawa buruh di sektor pembuatan swasta adalah lebih berkualiti berbanding dengan buruh di sektor awam. Adakah kenyataan ini serupa dengan negara Malaysia? Untuk menjawab persoalan tersebut kajian ini menggunakan model yang dikemukakan oleh Deolalikar dan Vijverberg (1987). Hasil kajian mendapati bahawa buruh di sektor pembuatan awam lebih berkualiti berbanding dengan buruh di sektor swasta. Penemuan ini bercanggah dengan kajian di India. Fenomena ini disebabkan oleh pasaran buruh di Malaysia dalam tempoh 20 tahun adalah agak ketat berbanding dengan negara India yang mengalami lebihan tenaga buruh. PENGENALAN

Kajian perintis di India oleh Ghosh dan Neogi (1996) menunjukkan bahawa buruh di firma-firma pembuatan milik awam adalah kurang produktif berbanding dengan rakan-rakan mereka di sektor swasta. Secara teorinya, mereka menerangkan

fenomena ini dengan menyatakan bahawa memang menjadi dasar kerajaan India untuk menubuhkan firma-firma pembuatan yang perlu menanggung beban sosial untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada rakyatnya bagi mengurangkan pengangguran yang kian meruncing. Kesan dari polisi ini adalah berlakunya penggunaan input buruh yang tidak optimum di sektor pembuatan milik

awam yang mana lebih ramai buruh diambil bekerja berbanding dengan keperluan yang akan menghasilkan kombinasi input yang cekap. Maka tidak hairanlah hasil kajian mereka menunjukkan bahawa buruh awam adalah nampak kurang produktif berbanding dengan buruh swasta dalam sektor pembuatan di India akibat daripada polisi pengambilan buruh secara berlebihan oleh firma-firma pembuatan milik awam.

Persoalannya adakah hasil kajian empirikal ini cukup umum dan boleh dianggap benar bagi negara-negara lain di dunia terutamanya di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Dari segi teori, kita mempunyai cukup justifikasi

untuk menyatakan bahawa hasil kajian di atas adalah tidak benar untuk kes Malaysia. Berlainan dengan India, masalah lebihan tenaga buruh tidak berlaku di Malaysia. Malahan Malaysia mengalami masalah pasaran buruh yang ketat (tight) untuk dua dekad kebelakangan ini sehinggakan negara terpaksa menampung kekurangan ini dengan mengimport buruh asing dari negara luar seperti Indonesia, Bangladesh, India dan Filipina. Dalam keadaan ini firma-firma pembuatan milik awam di Malaysia adalah dijangkakan akan diurus secara cekap (dalam hal pengambilan buruh) dan tidak ada sebab mengapa kerajaan perlu membebankan mereka dengan

tanggungjawab sosial untuk mewujudkan peluang pekerjaan secara yang tidak optimum. Oleh itu tidak harus timbul masalah pengambilan buruh yang berlebihan di firma-firma pembuatan awam. Akibatnya kajian perbandingan antara produktiviti buruh di sektor pembuatan awam dan swasta di Malaysia sepatutnya menghasilkan keputusan yang berbeza daripada kajian di atas.

Kertas ini bertujuan untuk menilai semula hasil kajian di atas dengan menguji secara empirikal hipotesis yang serupa tetapi menggunakan data daripada sektor pembuatan di Malaysia. Hasil kajian ini seharusnya berlainan dengan kajian di atas berdasarkan kepada hujah-hujah yang telah dinyatakan. Adalah dijangkakan di Malaysia, buruh di firma pembuatan milik awam adalah tidak kurang berkualiti/produktif berbanding dengan buruh di sektor pembuatan swasta.

Berikut adalah rangka susunan kertas ini. Seksyen 2 akan menerangkan tentang data yang akan digunakan diikuti dengan analisis diskriptif terhadap buruh dan industi sektor pembuatan awam dan swasta di seksyen 3. Seksyen 4 akan memaparkan model yang digunakan untuk tujuan penganggaran beserta dengan keputusan ujian empirikal. Akhir sekali, seksyen 5 akan memberikan kesimpulan kajian.

DATA
Kajian ini menggunakan data tahunan yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Negara bermula dari tahun 1985 sehingga ke tahun 1990. Ia melibatkan 28 industri di peringkat 3 digit dalam sektor pembuatan Malaysia seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Jenis-jenis Industri dalam sektor pembuatan di Malaysia


Kod Industri 311-312 313 Jenis industri Pembuatan makanan Industri minuman

314 321 322 323 324 331 332 341 342 351 352 353 354 355 356 361 362 369 371 372 381 382 383 384 385 390

Keluaran tembakau Membuat kain Membuat pakaian melainkan kasut Kilang kulit & keluaran kulit Membuat kasut Membuat kayu &keluaran kayu Membuat perabot &kelengkapan per. Membuat kertas &keluaran kertas Percetakan & penerbitan Membuat bahan kimia perindustrian Membuat bahan kimia lain Kilang penapis petroleum Membuat pelbagai keluaran petroleum Membuat keluaran getah Membuat keluaran plastik Periuk,tembikar&brg. tanah liat Membuat kaca dan keluaran kaca Membuat keluaran galian bukan logam Industri asas besi dan keluli Industri asas logam bukan ferum Membuat keluaran logam yg. direka Membuat jentera melainkan alat elektrik Membuat jentera,perkakas,alat&bekalan elektrik Membuat kelengkapan pengangkutan Membuat alat profesional dan saintifik Industri pembuatan lain

Sumber: Jabatan Perangkaan Negara

Kajian ini mengklasifikasikan firma-firma di sektor pembuatan berdasarkan kriteria berikut. Sebuah syarikat dalam industri sektor pembuatan akan diklasifikasikan

sebagai firma pembuatan awam jika ekuiti kerajaan melebihi 51 peratus, dan sebaliknya untuk klasifikasi firma swasta1. Data bagi setiap industri untuk semua pembolehubah yang diperlukan dalam kajian ini dijana berdasarkan kepada klasifikasi ini.

Data yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan adalah dalam bentuk agregat. nyatakan di atas telah digunakan oleh jabatan tersebut untuk penyediaan data.

Prosedur yang

Pembolehubah

modal

diukur

dengan

menggunakan

aset

tetap

manakala

pembolehubah output2 ditentukan dengan menggunakan nilai ditambah. Terdapat dua pembolehubah buruh untuk mewakili buruh awam dan swasta. Pembolehubah buruh awam untuk sesuatu industri diukur dengan mengambil jumlah pekerja untuk kesemua firma-firma awam mengikut kriteria di atas. Pembolehubah buruh swasta, seperti buruh awam, diwakili oleh jumlah pekerja untuk kesemua firma-firma yang telah diklasifikasikan sebagai firma swasta.

OUTPUT, MODAL DAN BURUH ANTARA SEKTOR PEMBUATAN AWAM DAN SWSATA
Jumlah keseluruhan output dalam sektor pembuatan awam dan swasta telah

mengalami peningkatan yang agak ketara dalam jangkamasa 1985 hingga 1990. Output sektor awam telah meningkat daripada RM5.57 bilion (1985) kepada RM9.35 bilion (1990) iaitu peningkatan sebanyak 67.86 peratus. Namun begitu, peningkatan output sektor awam adalah lebih kecil berbanding dengan peningkatan output di sektor swasta. Output sektor swasta telah meningkat dengan begitu drastik iaitu daripada RM38.93 bilion (1985) kepada RM86.46 bilion (1990) iaitu pertambahan sebanyak 122.1 peratus. Berdasarkan kepada perbezaan output antara kedua-dua sektor tersebut, didapati bahawa penglibatan kerajaan dalam aktiviti pembuatan adalah masih kecil. Antara sebabnya adalah kerana ada industri yang dahulunya milik kerajaan telah diswastakan akibat daripada perlaksanaan Dasar Penswastaan Negara yang bermula sejak tahun 1983 lagi.

Pembolehubah output sepatutnya dideflasikan dengan indeks yang sesuai untuk setiap industri. Oleh kerana indeks-indeks tersebut tidak dapat diperolehi, maka nilai nominal telah digunakan. 5

Jadual 2 : Output, modal, gunatenaga, intensiti modal dan produktiviti buruh antara sektor awam dan swasta, tahun 1985 dan 1990 Sektor Awam Sektor Swasta Tahun 1985 1990 1985 1990 Output (RM bilion) 5.57 9.35 38.93 86.46 Modal (RM bilion) 7.09 7.33 14.01 28.13 Gunatenaga 25 323 29 519 472 338 816 408 Intensiti Modal (RM) 279 845 248 239 31 343 34 462 Produktiviti (Y/L) RM 219 948 316804 87 083 105 905 Sumber: Jabatan Perangkaan Negara (Bancian Sektor Pembuatan) Output Jumlah Keseluruhan 1985 1990 44.5 95.81 21.1 35.46 472 338 845 927 44 666 41 922 94 206 113 265

yang dihasilkan oleh sektor pembuatan awam bertumpu dalam industri

membuat bahan kimia perindustrian, pembuatan makanan dan membuat kelengkapan pengangkutan. Misalnya, output untuk ketiga-tiga kumpulan industri di atas daripada

merupakan 83.1 peratus (tahun 1985) dan 68 peratus (tahun 1990) keseluruhan output industri sektor awam.

Manakala, output sektor swasta pula

bertumpu dalam industri pembuatan makanan, membuat jentera, perkakas dan alat elektrik, kilang menapis petroleum, membuat keluaran getah dan membuat kayu dan keluaran kayu. Output dalam kelima-lima industri di atas merupakan 62.53 peratus (tahun 1985) dan 60.91 peratus (tahun 1990) daripada keseluruhan output industri pembuatan yang dihasilkan oleh sektor swasta.

Dari aspek jumlah aset tetap (modal), kedua-dua sektor awam dan swasta telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara dalam tempoh kajian seiringan dengan peningkatan pesat output keseluruhan industri. Jumlah modal dikedua-dua sektor

tersebut telah mengalami peningkatan daripada RM21.1 bilion (1985) kepada RM35.46 bilion (1990) iaitu peningkatan sebanyak 68.1 peratus. Sektor kerajaan

menunjukkan peningkatan modal yang agak perlahan daripada RM7.09 bilion (1985) kepada RM7.33 bilion (1990) iaitu peningkatan 3.38 peratus. Situasi ini agak berbeza dengan sektor swasta yang telah menunjukkan peningkatan modal dengan jumlah

yang besar. Modal sektor swasta telah bertambah daripada RM14.01 bilion (1985) kepada RM28.13 bilion (1990) iaitu peningkatan sebanyak 100.8 peratus. Peningkatan pesat perbelanjaan modal sektor swasta disebabkan oleh peningkatan yang pesat pelaburan domestik dan pelaburan asing dalam tempoh kajian ini. Keadaan ini didorong oleh galakan yang diberikan oleh kerajaan seperti pemberian taraf perintis, pengecualian cukai, pengurangan cukai korporat dan bantuan kewangan. Pemberian pelbagai insentif ini disebabkan oleh dasar kerajaan yang inginkan

penglibatan sektor swasta secara aktif sebagai enjin penggerak pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini telah mendorong kepada pertumbuhan pesat perbelanjaan modal di sektor swasta dalam tempoh kajian ini.

Perbelanjaan modal sektor kerajaan pula bertumpu dalam sektor membuat bahan kimia perindustrian, industri asas logam bukan ferum, membuat kelengkapan pengangkutan dan industri pembuatan makanan. Keempat-empat kumpulan industri di atas menyumbangkan 89.6 peratus (tahun 1985) dan 66.6 peratus (tahun 1990) terhadap keseluruhan perbelanjaan modal sektor kerajaan.

Manakala perbelanjaan modal sektor swasta bertumpu dalam industri membuat jentera, perkakas, alat dan bekalan elektrik, pembuatan makanan, membuat kain, membuat kayu dan keluaran kayu, membuat bahan kimia perindustrian, keluaran getah, keluaran galian bukan logam, industri asas besi dan keluli serta membuat jentera melainkan elektrik. Kesemua kumpulan industri yang dinyatakan di atas menyumbangkan 63.13 peratus (tahun 1985) dan 70.2 peratus (tahun 1990) terhadap keseluruhan perbelanjaan modal sektor swasta.

Dari aspek guna tenaga, sektor pembuatan juga telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Misalnya, bilangan pekerja telah meningkat daripada 472 338 orang (1985) kepada 845 927 orang (1990) yang merupakan pertambahan sebanyak 79.1 peratus. Peningkatan yang ketara ini disebabkan oleh permintaan buruh yang banyak dalam industri membuat jentera, perkakas, alat dan bekalan, pembuatan makanan, serta membuat kayu dan keluaran kayu. Keadaan ini disebabkan kumpulan industri yang dinyatakan di atas menggunakan teknik pengeluaran yang berintensif buruh.

Jumlah gunatenaga yang diwujudkan oleh sektor kerajaan telah mengalami peningkatan dengan jumlah yang lebih kecil daripada 25 323 orang (1985) kepada 29 519 orang (1990); iaitu peningkatan sebanyak 16.6 peratus. Keadaan ini berbeza dengan gunatenaga yang diwujudkan di sektor swasta yang telah mengalami peningkatan agak ketara daripada 472 338 orang (1985) kepada 816 408 orang (tahun 1990); iaitu peningkatan sebanyak 72.84 peratus.

Sektor kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam industri pembuatan makanan, membuat kelengkapan pengangkutan, membuat keluaran getah, membuat kayu dan keluaran kayu, pencetakan dan membuat bahan kimia perindustrian. Sumbangan kumpulan industri di atas terhadap gunatenaga yang

diwujudkan oleh sektor kerajaan dalam sektor perindustrian ialah 85.42 peratus pada tahun 1985 dan 72.2 peratus pada tahun 1990. Manakala sektor swasta pula

menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam industri membuat jentera, perkakas, alat dan bekalan, pembuatan makanan, membuat kayu dan keluaran kayu, membuat kain, pencetakan, membuat keluaran getah dan membuat bahan galian bukan logam. Kesemua industri tersebut menyediakan 63.5 peratus (tahun 1985) dan

57.43 peratus (tahun 1990)

daripada jumlah guna tenaga yang diwujudkan oleh

keseluruhan industri sektor swasta.

Dari segi produktiviti input buruh dan modal pula, nampaknya terdapat perbezaan antara sektor awam dan swasta. Salah satu cara untuk membandingkan produktiviti buruh antara sektor awam dan swasta ialah melalui sumbangan seunit buruh terhadap jumlah output yang dihasilkan oleh industri tersebut. Didapati, dengan

menggunakan ukuran output per unit buruh, buruh di sektor pembuatan awam adalah lebih produktif. Tambahan lagi, produktiviti buruh sektor awam bagi keseluruhan industri menunjukkan peningkatan yang agak ketara daripada RM219 948 (tahun 1985) kepada RM316 804 (tahun 1990) iaitu peningkatan sebanyak 44.03 peratus. Pertambahan produktiviti buruh ini disebabkan oleh peningkatan output yang besar tetapi penggunaan buruh bertambah dengan jumlah yang perlahan. Manakala produktiviti buruh sektor swasta juga telah mengalami peningkatan daripada RM87 083 (tahun 1985) kepada RM105 905 (tahun 1990) iaitu peningkatan sebanyak 21.61 peratus.

Sekali imbas didapati (dengan menggunakan maklumat di atas)

tingkat dan

peningkatan produktiviti buruh sektor awam untuk keseluruhan industri melebihi produktiviti buruh di sektor swasta dalam tempoh 1985 hingga 1990. Penemuan kajian ini mungkin agak bercanggah dengan pandangan umum yang lebih bersetuju menyatakan bahawa peningkatan produktiviti buruh sektor swasta adalah lebih tinggi daripada sektor awam. Ukuran produktiviti ini bagaimanapun adalah kurang baik kerana gagal mengawal kesan input modal terhadap output. Dalam kajian ini, kebanyakan industri milik kerajaan menggunakan teknologi

didapati bahawa

pengeluaran yang lebih berintensif modal. Oleh itu intensiti faktor atau nisbah modalburuh (K/L) bagi kebanyakan industri milik kerajaan adalah lebih besar berbanding dengan intensiti faktor ini di sektor swasta. Oleh yang demikian, kaedah analisis regresi amat diperlukan kerana ia membolehkan kawalan terhadap kesan input modal keatas output. Berdasarkan analisis regresi dengan menggunakan fungsi log-linear (Jadual 3), produktiviti buruh untuk keseluruhan sektor mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan intensiti modal. Ini beerti, semakin tinggi nisbah modal-buruh yang digunakan semakin tinggilah produktiviti buruh untuk keseluruhan industri. Sebaliknya, pembolehubah LGLAB tidak signifikan untuk menerangkan produktiviti buruh. Ini bererti bahawa nisbah jumlah pekerja sektor awam terhadap jumlah buruh dalam sesebuah industri tidak memberi kesan kepada produktiviti. Untuk mengukuhkan lagi penemuan umum ini, seksyen seterusnya akan menganalisis secara lebih terperinci perbezaan kualiti buruh antara sektor awam dan swasta.

Jadual 3: Sumber Produktiviti Buruh Sektor Swasta dan Sektor Awam (Pembolehubah bersandar = produktiviti buruh =Y/L) Pembolehubah Bebas Konstan CAPINT LGLAB R2 Nota:
1. 2.

Fungsi Log-Linear 5.467 (12.05)*** 0.56 (12.58)*** 0.02 (0.797) 0.9

CAPINT = intensiti faktor = modal /buruh LGLAB=buruh awam/jumlah buruh Angka dalam kurungan mewakili nilai statistik -t *** signifikan pada aras keertian 1%
10

PENGANGGARAN MODEL DAN KEPUTUSAN


Untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi produktiviti buruh sektor pembuatan awam dan swasta, perlulah dibentuk fungsi pengeluaran yang dapat Di peringkat awal, kajian ini

membezakan antara dua kategori buruh tersebut.

menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas3 yang mana terdapat dua jenis input iaitu buruh (L) dan modal (K) dengan:

(1)

Y = AL K

Input buruh boleh ditulis semula, bagi tujuan menguji perbezaan produktiviti (Deolalikar dan Vijverberg, 1987), dengan mengandaikan bahawa:

(2)

L L p + (1 ) L g

dengan L p mewakili bilangan buruh sektor pembuatan swasta dan Lg untuk sektor awam. pula merupakan parameter yang akan membezakan produktiviti buruh di mana 0 < < 1 dan < 0.5 membawa implikasi bahawa pekerja awam di sektor pembuatan adalah lebih produktif (dan sebaliknya). Jika = 0.5 maka kedua-dua kategori buruh adalah sama produktif. Perhatikan juga bahawa fungsi L di atas

Di dalam ujian empirikal fungsi pengeluaran keanjalan penggantian tetap (CES) akan juga digunakan untuk melihat samada ujian yang dilakukan peka kepada pilihan fungsi pengeluaran. 11

membenarkan input buruh berbeza dari segi kualiti tetapi tidak membolehkan keanjalan penggantian yang tidak sempurna.

Persamaan (1) sekarang boleh ditulis sebagai:

(3)

Y = AL ( L p + (1 ) Lg ) K

Persamaan (3) telah dianggar secara terus dengan menggunakan method kemungkinan maksimum tidak linear (non-linear maximum likelihood method) dengan hipotesis nol = 0.5 yang membawa implikasi buruh di kedua-dua sektor adalah sama produktif.

Sebelum ujian perbezaan produktiviti dibuat, perlulah terlebih dahulu dibincangkan dua isu penting penganggaran iaitu (i) penggunaan fungsi pengeluaran agregat dan (ii) pilihan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas.

Masalah penganggaran agregat perlu ditimbulkan kerana teknologi yang digunakan oleh firma-firma tidak semestinya sama. Oleh itu adalah sesuatu yang tidak bermakna untuk membentuk satu fungsi pengeluaran industri yang merupakan gabungan Tentu

kepada fungsi-fungsi pengeluaran firma-firma yang berbeza teknologinya.

sekali ia dapat mengelakkan masalah fungsi pengeluaran agregat jika data boleh didapati di peringkat firma. Malangnya data sebegini sukar dan hampir tidak

mungkin untuk dikutip. Oleh itu kajian ini terpaksa menggunakan metodologi penganggaran fungsi permintaan agregat. Namun begitu perlu diingatkan bahawa terdapat justifikasi lain yang boleh digunakan untuk mempertahankan kaedah ini (umpamanya lihat Sato, 1975).

12

Pilihan fungsi pengeluaran juga boleh menimbulkan tanda-tanya.

Untuk

meningkatkan keyakinan bahawa hasil kajian ini tidak bergantung kepada spesifikasi Cobb-Douglas, pengujian hipotesis telah dilakukan sekali lagi dengan menggunakan

fungsi pengeluaran keanjalan penggantian tetap (CES production function) seperti dibawah: (4) Y = A K + (1 )(L p + (1 )Lg )

Hasil dari ujian ini juga, seperti yang akan dipersembahkan kemudian, menunjukkan bahawa penganggaran perbezaan produktiviti adalah tidak sensitif kepada spesifikasi fungsi pengeluaran.

Data yang digunakan adalah gabungan data keratan rentas dan siri masa. Keputusan penganggaran boleh dilihat di dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4 : Ujian Perbezaan Kualiti Buruh (Fungsi Cobb-Douglas) Parameter A (pemalar) Koefisien 9.20 0.65 0.72 0.10 Statistik-t 1.12 15.89 15.93 9.54

Oleh kerana nilai < 0.5, buruh di firma pembuatan awam adalah di dapati lebih produktif daripada rakan mereka di sektor pembuatan swasta. Keputusan ini adalah agak memeranjatkan kerana bercanggah dengan jangkaan awal kajian. Hasil kajian ini juga bercanggah dengan penemuan Ghosh dan Neogi (1996). Kesimpulan yang sama juga diperolehi bagi spesifikasi keanjalan penggantian tetap seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5 di bawah.

13

Jadual 5: Ujian Perbezaan Kualiti Buruh (Fungsi CES) Parameter A (pemalar) Koefisien 987.18 0.90 0.69 0.09 1.32 Statistik-t 0.61 3.95 8.01 18.81 9.17

Agak menarik jika diperhatikan bahawa nilai koefisien adalah hampir sama dengan keputusan yang diperolehi dengan menggunakan fungsi pengeluaran Cobb Douglas. Sehingga kini tiada lagi teori yang pernah diterbitkan untuk menerangkan mengapa buruh di sektor pembuatan awam lebih produktif berbanding dengan buruh di sektor swasta. Oleh itu, perbincangan seterusnya akan diarahkan kepada setakat rasional mengapa buruh di sektor pembuatan awam Malaysia tidak kurang produktif berbanding dengan buruh di sektor swasta. Perhatikan bahawa ini adalah berbeza dengan penerangan untuk menunjukkan bahawa buruh di sektor pembuatan awam adalah lebih produktif dari sektor pembuatan swasta. Persoalannya ialah mengapakah hasil kajian di Malaysia berbeza dengan penemuan Ghosh dan Neogi (1996) di india?.

Pertama, pasaran buruh bagi sebahagian besar tempoh dua puluh tahun kebelakang adalah ketat (tight) sehinggakan buruh asing terpaksa di bawa masuk ke Malaysia. Oleh itu adalah tidak menasabah dalam keadaan yang sebegini firma-firma pembuatan milik awam melalui polisi kerajaan mengambil pekerja lebih dari yang diperlukan bagi tujuan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Oleh itu firma-firma milik awam di sektor pembuatan tidak dijangkakan akan mengambil lebih pekerja daripada tingkat yang optimum semata-mata kerana mahu memenuhi objektif sosial untuk menambah peluang pekerjaan.

14

Kedua, ada juga kemungkinan bahawa firma-firma pembuatan milik awam sebenarnya diuruskan secara profesional dengan kerajaan menjadi pemilik saham yang pasif dalam menentukan bilangan pekerja. Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh hujah yang pertama tadi kerana tanpa tekanan untuk mewujudkan lebih peluang pekerjaan di masa pasaran buruh adalah ketat, tiada sebab mengapa firma awam perlu mengambil lebih pekerja. Oleh itu tidak mungkin produktiviti buruh sektor

pembuatan awam lebih rendah kerana pengambilan pekerja yang tidak optimum.

Ketiga, faktor perbezaan keupayaan intrinsik buruh mungkin tidak berbeza di antara sektor awam dan swasta. Satu hujah yang boleh diutarakan untuk menerangkan produktiviti yang lebih rendah di sektor awam adalah skim insentif dan ganjaran yang menyebabkan pekerja yang kurang berkualiti cenderung menyertai sektor awam. Ganjaran kewangan yang lebih rendah di samping pekerjaan yang terjamin di firma awam boleh menyebabkan pekerja yang kurang berkeupayaan untuk bersaing di pasaran terbuka cenderung memilih untuk bekerja di firma awam. Keadaan ini

bagaimanapun mungkin tidak benar untuk pasaran buruh di Malaysia. Buruh di firma pembuatan milik kerajaan mungkin tidak dianggap sebagai kakitangan kerajaan yang terjamin pekerjaannya. Malahan skim ganjarannya juga mungkin serupa dan Oleh itu keupayaan

setanding dengan firma-firma pembuatan swasta yang lain.

intrinsik buruh di antara kedua-dua sektor tidak seharusnya berbeza. Namun begitu kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan sama ada pandangan ini adalah benar. KESIMPULAN

Di dalam kertas ini, ia telah menjelaskan bagaimana perbezaan produktiviti mungkin timbul antara buruh di sektor pembuatan awam dan swasta. Teori ini bersandar

15

kepada hujah bahawa dalam usaha mencapai objektif sosial, polisi kerajaan menggalakkan firma awam mengambil pekerja lebih ramai dari tahap yang optimum. Akibatnya, buruh awam akan didapati kurang produktif berbanding dengan buruh swasta; satu implikasi yang telah dibuktikan dalam kajian di India. Seterusnya kertas ini mengulas perkembangan sektor pembuatan awam dan swasta di Malaysia sebelum menguji kewujudan perbezaan produktiviti buruh awam dan swasta. Dapatan ujian empirikal menggunakan data dari sektor pembuatan Malaysia, bagaimanapun, tidak menyokong teori tersebut. Besar kemungkinan perbezaan polisi buruh di Malaysia menyebabkan hasil yang berbeza dengan kajian lepas. Kertas ini juga menerangkan rasional mengapa perbezaan polisi tersebut seharusnya wujud berdasarkan beberapa ciri pasaran buruh.

16

Rujukan Deolalikar, A. B., and Vijverberg, W. P. M., 1987, "A Test of Heterogeneity of Family and Hired Labour in Asian Agriculture", Oxford Bulletin of Economics and Statistics, Vol. 49, No. 3. Ghosh, B., Neogi, C., 1996, "Liberalization in India: Quality Differentials Between Public and Private Employees", The Developing Economies, XXXIV-1. Sato, K., 1975, Production Functions and Aggregations, North-Holland Publication, Amsterdam.

17

Anda mungkin juga menyukai