Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN GOTONG-ROYONG PERDANA DAN RAMAH MESRA PENDUDUK

TEMPAT

: MINI RTC KG SERTING ILIR, JEMPOL

DISEDIAKAN OLEH : NURULAZMA SHAFIQAH BT KHAIRUL AZHAR

1.0

PENGENALAN Gotong-royong perdana dan ramah mesra penduduk ini akan dilaksanakan bagi menerapkan budaya bersatu-padu dan bekerjasama di antara penduduk kampung dan badan gabungan yang terlibat. Program ini akan dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti Jempol, JKKK Kg Serting Ilir, PDM Kg Serting Ilir dan IM4U Parlimen Jempol. Selain itu, program ini dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan mesra di antara komuniti dengan komuniti. Memandangkan Kg Serting Ilir ini terdiri daripada beberapa kelompok kampung kecil yang lain. Tambahan lagi, dengan tertubuhnya IM4U di Parlimen Jempol ini maka pihak Mini RTC mengambil peluang untuk membawa peserta-peserta IM4U untuk sama-sama menjayakan program ini.

2.0

OBJEKTIF i. Peserta dapat menerapkan nilai-nilai kerjasama dalam diri ii. Peserta dapat meningkatkan semangat kesatuan ummah dalam diri. iii. Peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang aktiviti kesukarelawan iv. Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dari aktiviti ramah mesra yang akan dijalankan.

3.0

MAKLUMAT PROGRAM Kumpulan Sasaran Tarikh kursus Jumlah Peserta : : : Golongan Belia, Pelajar Kolej dan Masyarakat 9 Mac 2013 150 orang

4.0

MAKLUMAT AKAUN Nama Akaun Nombor akaun Nama bank Cawangan : : : : MEDAN INFODESA KG SERTING ILIR 20506000015406 RHB BANK BERHAD BAHAU, NEGERI SEMBILAN

5.0

TENTATIF PROGRAM

Hari / Masa

10.00 pg 1.00 tengahari Pendaftaran, taklimat.

1.00 tengahari 2.00petan g Makan Tengahari dan Solat Zuhor (berjemaah di masjid)

2.00 petang 3.00 petang

3.00 petang 5.00 petang

5.00 petang

9.3.2012 (SABTU)

Sesi 1 : GotongRoyong bersama IM4U Parlimen Jempol

Sesi 2 : Taklimat bersama Kolej Komuniti Jempol

Sesi 3 : Demo dan Latihan

Penutup

6.0

PERINCIAN PROGRAM 6.1 : Gotong - Royong - Pembahagian mengikut kawasan. ( Mini RTC, Balairaya dan Masjid Kg Serting Ilir ) - Peserta terdiri daripada Penduduk Kampung bersama JKKK, IM4U Parlimen Jempol, Pelajar Kolej Komunit Jempol - 200 orang peserta : Taklimat dari Kolej Komuniti Jempol - Memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan dan kesemua kursus akan dijalankan dengan kerjasama Mini RTC Kg Serting Ilir - Target Peserta 50 orang - Penduduk Kampung yang berminat, golongan belia : Demo dan Latihan Pihak Kolej Komuniti akan menunjukkan demo bagi salah satu kursus yang akan ditawarkan kepada penduduk setempat. Majlis penutup akan dirasmikan oleh YB Dato Haji Lilah b Haji Yasin ( Ahli Parlimen Jempol )

6.2

6.3

7.0

PERINCIAN PERBELANJAAN KURSUS

Bil

Perkara Menyediakan makan dan minuman peserta Makan Tengahari 200 orang x RM6.00 Minum Petang 50 orang x RM4.00 Minum Pagi RM50.00 PA Sistem Peralatan Gotong-Royong Lain-lain (Bil Utiliti, sewaan ruang) JUMLAH

Nilai (RM)

1,200.00 200.00 50.00 50.00 200.00 100.00 1,750.00

2 3 4

8.0

PENUTUP Pelaksanaan program ini di Mini RTC adalah menjadi hasrat KKLW agar masyarakat luar bandar berpeluang memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang yang membolehkan mereka untuk berjaya dalam perniagaan. Sehubungan itu, Mini RTC menjadi platform untuk memperluaskan perkhidmatan dengan tagline Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. Dengan kerjasama daripada pihak IM4U, Mini RTC sangat berbesar hati untuk menambahkan lebih banyak program berbentuk kesukarelawan untuk masyarakat setempat