Anda di halaman 1dari 12

ISLAM DAN NASIONALISME

PENDAHULUAN DENGAN nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang, segala puji dan keagungan hanya layak bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Salawat dan salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad (saw), para sahabat dan pejuang yang meneruskan jihad bagi memastikan kalimah Allah tertegak di muka bumi ini. Dengan rahmat dan keizinan-Nya, dapatlah saya menyiapkan kertas kerja yang bertajuk Nasionalisme ini. Nasionalisme adalah suatu perkara yang mempunyai pelbagai maksud, tetapi pelbagai tajuk berita akhbar yang biasa tercatat dewasa ini mengesahkan pengaruh nasionalime dalam dunia semasa. Di Barat dan Timur, masyarakat tinggal dalam pelbagai tradisi yang berbeza, namun tidak kira di mana sahaja mereka berada, satu sikap yang ada pada mereka ialah nasionalisme. Sesuai dengan konsep ini, ia menjelaskan bahawa sebuah kumpulan masyarakat yang besar berkongsi bahasa, sejarah dan aspirasi yang mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat bangsa.1 Persoalannya apakah nasionalisme, bilakah ia bermula dan bagaimana fahaman ini begitu berkembang pada masa ini? Kertas kerja ini meskipun amat sedikit namun cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut sebaik mungkin. ETIMOLOGI NASIONALISME Bahasa Perkataan nasionalisme adalah diambil daripada perkataan Inggeris nationalism yang kata akarnya adalah nation yang berkembang kepada national, nationalist dan nationalism. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, nation adalah bermaksud large commonity of people, sharing a common history, language etc, and living in a particular territory under one government (kelompok masyarakat yang besar, berkongsi sejarah, bahasa dsb dan tinggal dalam wilayah tertentu di bawah satu kerajaan.)2 Maka national pula bermaksud common to or charateristic of a whole nation (sifat keseluruhan sesuatu bangsa itu). Nationalist adalah a supporter of nationalism (penyokong nasionalisme). Manakala nationalism adalah movement political independence in a country that is controlled by another or part of another (gerakan menyokong pembebasan politik dalam sesebuah negara yang dikuasai oleh orang lain atau sebahagian daripada mereka).3 Menurut Kamus Dewan, nasionalisme adalah yang berkaitan dengan bangsa sendiri; kebangsaan, nasionalis adalah orang yang mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa. Manakala nasionalisme adalah perasaan cintakan bangsa sendiri, atau pergerakan membebaskan negeri daripada kuasa asing; semangat kebangsaan.4 Menurut Mawrid al-Muyassar, nation adalah ummat, shub (, )ataupun daulat ( )iaitu bangsa atau pimpinan, national pula adalah qawmi, watani (, )iaitu tanah air, nationalist pula adalah al-qawmiy ( )iaitu warganegara sesebuah negara. Manakala nationalism adalah al-qawmiyyah 5( ) iaitu semangat kebangsaan. Maka, jelaslah nasionalisme adalah suatu semangat cintakan bangsa sendiri yang dihadkan dengan sempadan atau wilayah tertentu yang dinamakan sebagai negara. 1

Istilah Dari segi istilah pula, terdapat pelbagai definisi yang menerangkan pengertian nasionalisme, namun jika diamati rumusannya adalah memperkatakan perkara yang sama. Menurut Ensiklopedi Umum, nasionalisme adalah filsafat politik dan sosial yang menganggap kebaikan bangsa paling utama. Sekalipun definisi yang pasti tidak mungkin diberikan, nasionalisme mengandungi patriotisme dan keyakinan melalui nilai-nilai politik dan budaya suatu bangsa untuk menentukan nasib yang akan dicapainya.6 Menurut Ensiklopedia Malaysiana, nasionalisme adalah perasaan kesetiaan yang tinggi ada sesuatu bangsa iaitu semangat cintakan kepada tanah air. la juga merupakan kecenderungan untuk lebih berpihak kepada bangsa sendiri terutama untuk menyaingi bangsa-bangsa lain. Etimologis mengatakan nasionalisme berasal dari bahasa Latin yang bererti bangsa yang dipersatukan melalui kelahiran.7 Menurut Ensiklopedia Britannica, nasionalisme adalah kesetiaan dan ketaatan terhadap satu bangsa atau negara dengan meletakkan kepentingan negara lebih utama daripada kepentingan lain.8 Menurut Hans Kohn pula, nasionalisme adalah satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggota, dia mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi.9 Anthony D. Smith berpendapat, nasionalisme adalah satu pergerakan ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi suatu bangsa komuniti.10 Karl Marx pula mengatakan nasionalisme wujud apabila ada dua gologan yang bertentangan, yang satu menindas dan yang satu lagi ditindas yang melahirkan perjuangan antara dua golongan ini. Apabila satu bangsa dijajah itu secara automatik lahir dua golongan yang bertentangan, satu golongan yang menjajah dan satu lagi dijajah. Golongan yang pertama mengamalkan kolonialisme atau imperialisme, manakala yang kedua membakar diri dengan nasionalisme. Hasilnya tentulah kemerdekaan nasional. Contohnya di Indonesia, pertentangan antara penjajah Belanda (dan kemudian penjajah Jepun) dengan nasionalis Indonesia melahirkan kemerdekaan Indonesia sekarang.11 Menurut Lothrop Stoddard, nasionalisme adalah suatu keadaan jiwa (a state a mind), ia dibuat oleh sejumlah besar manusia perseorangan sehingga mereka membentuk suatu kebangsaan, rasa kebersamaan segolongan (a sense of belonging together) sebagai satu bangsa. Bangsa yang dimaksudkan adalah rakyat sesebuah negara.12 Walaupun secara umumnya, dapat dipersetujui bahawa nasionalisme bermaksud cinta kepada negara tetapi ia juga mempunyai pengertian yang berlainan kepada penduduk yang berada di bawah sistem pemerintahan yang berbeza. Bagi rakyat sebuah negara yang mempunyai pemerintah mutlak, nasionalisme bererti menyingkirkan institusi seperti ini kepada mereka yang telah mengasaskan pemerintahan demokrasi, ia membawa maksud kemajuan ekonomi dan sosial. Bagi mereka yang kurang bernasib baik dan berada di bawah pemerintahan asing, objektif utama nasionalisme ialah kebebasan politik dan diikuti oleh kemajuan ekonomi.13 Perbezaan Nasionalisme dengan Patriotisme

Nasionalisme mempunyai sedikit perbezaan dengan patriotisme. Namun ada juga yang berpendapat kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Dalam kamus Mawrid, patriotism bermaksud . la adalah sama juga denganya 14 . Menurut Hisham b. Sharabi, patriotisme adalah bererti wataniyyah yang berbeza sarna sekali dengan nasionalisme (qawmiyyah). Patriotisme diamalkan dalam lingkungan sempadan negara, manakala nasionalisme pula berlaku dalam masyarakat yang kerap kali menjangkau keluar dari lingkungan negara.15 Untuk lebih jelas, beliau mengatakan patriotik merupakan sifat menyayangi tanah air, manakala nasionalisme pula adalah semangat kebangsaan yang lebih luas merangkumi cintakan negara dan aspek sosial dan ekonomi bangsa. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, perkataan patrioticm berasal daripada patriot yang bermaksud person who loves his country. Manakala patrioticm adalah bermaksud love of ones country and readiness to defend it (menyayangi sesebuah negara dan bersedia untuk mempertahankannya).16 Menurut Kamus Dewan pula, patriot adalah orang yang mempertahankan kebebasan atau hak tanah air, patriotik pula bererti bersifat patriot. Manakala patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.17 Daripada definisi-definisi patriotisme yang disenaraikan di atas jika dibandingkan dengan nasionalisme, ia menjelaskan bahawa sikap patriotisme adalah satu daripada komponen dalam nasionalisme. Tanpa patriotisme sifat nasionalisme seseorang itu tidak lengkap. Perbezaan Nasionalisme dengan Rasialisme Rasialisme (racialism) adalah berasal dari perkataan Inggeris iaitu racial. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, racial bermaksud charasteristic of race (karakter sesuatu bangsa), racialism pula berkembang daripada racial yang membawa maksud belief that human abilities (depend on race)(sifat percaya kepada kemampuan sesuatu bangsa). Racialisme juga disebut sebagai racism (rasisme).18 Menurut Kamus Dewan, rasisme membawa maksud layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya ataupun fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.19 Menurut Encyclopedia Britannica, racisme adalah teori atau ide yang disebabkan oleh kepercayaan bahawa sifat-sifat seperti personaliti, keintelektualan dan budaya diwarisi mengikut keturunan bangsa tersebut. Adalah sukar untuk menjelaskan asalusul fahaman rasis ini. Namun Joseph Arthur, penulis dan diplomat Perancis dalam Essay on the Inequality of Human Races menyatakan fahaman ini wujud pada bangsa Aryan yang menganggap bangsa kulit putih mengatasi bangsa-bangsa lain.20 Ringkasnya, rasisme berbeza dengan nasionalisme kerana rasisme adalah lebih sempit, dengan kepercayaan hanya ditujukan kepada suku atau keturunan sahaja. ANTARA NASIONALISME DENGAN ASABIYAH Pengertian Asabiyah Asabiyah menurut kamus Mawrid adalah bermaksud sama dengan taassub ( )dan qabaliah ( )iaitu fanaticism atau tribalism.21 Menurut Lisan al-Arab, asabiyah berasal daripada perkataan asaba ( )yang bermaksud manusia atau haiwan berkumpul. Asabiyah bermaksud orang yang

memanggil orang ramai dan menghimpunkan mereka untuk membantu bangsanya sarna ada untuk menzalimi atau akan dizalimi.22 Menurut Ibn Khaldun, asabiyah adalah ketaatan hubungan seseorang dengan golongan atau kumpulannya dan berusaha sekuat tenaga untuk menolongnya, serta berlaku taassub terhadap prinsip-prinsipnya iaitu tidak menerima (menolak) realiti kebenaran sedangkan jelas terbentang buktinya; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak. Di halaman lain, Ibn Khaldun mengatakan asabiyah sebagai perasaan dalam satu golongan.23 Ibn Khaldun memandang penting perpaduan sosial dan etika sosial yang mengikat hubungan manusia dalam sesuatu bangsa atau umat itu menjadi kuat. Berhubungan dengan ini Ibn Khaldun menyatakan bahawa asabiyah yang ditentang oleh syarak dan Nabi Muhammad saw itu ialah asabiyah yang berlaku dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya zat asabiyah itu sendiri, sebagaimana juga keadaannya dengan sifat marah. Tetapi mana-mana golongan yang mempunyai kasih yang kuat kepada kaumnya dan kerjasama dengan mereka dan yang lain-lain yang saling berhubungan dengan mereka dalam kehidupan yang menyebabkan adanya kerjasama dan perpaduan antara mereka ini. Maka beliau memandang ini faktor yang sangat penting dalam masyarakat yang dikehendaki. Konsep asabiyah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam membicarakan kekuatan dan keberkesanan hidup serta kejayaan menjunjung agama dan tamadun melalui asabiyah ini perlu dimanfaatkan oleh Muslimin untuk membina kekuatan sesama mereka dan kemudian pihak lain bersama-sama dengan mereka dalam hal ini bila mereka menunjukkan contoh yang baik dan berg una melalui perpaduan antara sesama mereka. Walau bagaimanapun, asabiyah yang keterlaluan dengan menyokong golongan sendiri tanpa mengira kesalahannya dan menidakkan hak orang lain yang benar adalah ditentang oleh Islam. Itulah yang kebanyakannya berlaku dari zaman Jahiliyah sehinggalah sekarang. Asabiyah dan Masyarakat Arab Amalan asabiyah sangat sinonim dengan masyarakat Arab. Tidak kira sarna ada nasionalisme (qawmiyyah) mahupun asabiyah, ia memang telah melanda masyarakat Arab sejak dahulu lagi. Muhammad Mustafa Zaydan et al. semangat asabiyah Arab telah mencorakkan sejarah Arab dan seterusnya mempengaruhi sejarah dunia. Seliau membahagikan pengaruh atau peranan semangat asabiyah Arab kepada lima peringkat: 1. Zaman jahiliyah, apabila mereka hidup berpuak-puak, yang dikenali dengan nama kabilah-kabilah tertentu. Setiap puak adalah berbeza mengikut tempat sama ada di Semenanjung Tanah Arab, Syam, Iraq dan lain-lain. 2. Zaman awal Islam, Islam tetah bertapak di Semenanjung tanah Arab dan kemudian berkembang ke luar dan terdirinya Khulafa al-Rashidin, Daulat Umawi, Abbasiyah dan pelbagai kerajaan bani lagi di Andalus, yang kebanyakannya berkembang melalui kesatuan bangsa Arab dengan meneruskan perjuangan Islam. 3. Bermula pada kurun ke 16 Masihi, apabila kerajaanUthmaniyah mula mengalami kelemahan, wujud kesatuan bangsa Arab di Hijaz dan Mesir yang mahu membebaskan diri daripada bangsa Turki atas pertolongan kuasa-kuasa Barat terutama sebelum Perang Dunia Pertama. 4. Semasa Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan bumi Palestin daripada dikuasai oleh orang Yahudi dengan bantuan

British. 5. Semasa Perang Dunia Kedua, pada 1948 sekali lagi bangsa Arab Palestine bersatu untuk menghalang pendudukan Yahudi ke atas bumi Palestine seperti mana yang berlaku sehingga sekarang.24 Asabiyah dan Islam Persoalannya, asabiyah mempunyai kaitan yang amat kuat dengan nasionalisme. Nasionalisme merupakan suatu konsep yang sangat berbeza dengan Islam, sebab ia menyeru kepada kesatuan berdasarkan pada ikatan kekeluargaan dan kesukuan, mahupun satu negara, sementara Islam menyatukan manusia berdasarkan pada aqidah, iatu keimanan kepada Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw). Islam menyeru ummatnya bersatu berdasarkan ikatan ideologi Islam. Menyatukan manusia berdasarkan ikatan kesukuan jelas dilarang, Diriwayatkan dari Abu Daud bahawasanya Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud: Bukan dari golongan kami orang yang menyeru kepada asabiyah (nasionalisme/ rasisme), orang yang berperang kerana asabiyah serta orang yang mati kerana asabiyah. (Abu Daud)24 Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai masalah nasionalisme, rasisme dan patriotisme, telah bersabda, Tinggalkanlah, ia tidak berguna. (Bukhari dan Muslim) Diceritakan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim bahawa dalam suatu insiden beberapa orang memperkatakan dan merendah-rendahkan Salman AI-Farisi. Mereka membicarakan kelemahan orang Parsi dibandingkan dengan orang Arab. Ketika mendengar hal ini Rasulullah (saw), menyatakan dengan tegas Salman adalah sebahagian dari kami, Ahlul Bait (keluarga Rasul). Pernyataan Rasulullah (saw) ini memutuskan seluruh ikatan berdasarkan kepada faktor keturunan dan kesukuan. Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa ikatan nasionalisme tidak mendapat tempat sama sekali dalam Islam. Kaum muslimin diperintahkan untuk berdiri bersama-sama dan tidak memisahkan diri antara satu sama lain hanya kerana mereka berasal dari suku kaum yang berbeza. Antara contoh Hadis Rasulullah (saw) juga bersabda: Orang yang beriman, dalam kecintaannya, kasih sayangnya dan persatuan yang kuat, laksana satu tubuh; ketika satu bahagian tubuh menderita sakit, maka seluruh tubuh akan berasa sakit dengan menggigil dan demam. 26 Orang beriman dengan orang beriman yang lain seperti binaan yang setengahnya memperkuat setengah yang lain. 27 Contoh-contoh Hadis di atas bererti bahawa orang Islam, baik keturunan mana sekalipun merupakan umat yang satu, bersaudara dan mereka tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Seharusnya tidak ada satupun ikatan nasionalisme pun yang dapat memecah-belahkan kesatuan ummat Islam. Kesatuan Islam anjuran Rasulullah (saw) ini adalah berpandukan beberapa ayat Al-Quran, contohnya: Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-Iaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa, sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. 28 Firman Allah (swt) lagi:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. 29 Maka dengan dalil-dalil dan hujah di atas maka fahaman asabiyah mahupun yang berhampiran atau bersamaan dengannya seperti rasisme dan nasionalisme sendiri adalah bertentangan dengan ajaran Islam. SEJARAH KEMUNCULAN NASIONALISME Sebenarnya nasionalisme telah bermula di zaman Yunani Purba lagi. Akar-akar nasionalisme telah tumbuh di atas tanah yang sama dengan peradaban Barat iaitu daripada bangsa-bangsa Ibrani Purba dan Yunani Purba. Kedua-dua bangsa ini mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa mereka berbeza dengan bangsa lain. Pendukung kesedaran ini bukanlah golongan pemerintah atau paderi tetapi rakyat sendiri. Bagi bangsa lainnya hanya raja dan kerajaan yang meninggalkan kesan dalam sejarah. Tetapi pada bangsa Yunani dan Ibrani, sejarah mereka terus berlangsung sehingga sekarang.39

Martin Luther Nasionalisme moden bermula lebih awal di Barat iaitu seawal abad kelima belas Masihi. la dikatakan diasaskan oleh Nicollo Machiavelli (1469-1527) seorang berbangsa Itali di zaman Renaisans.40 Manakala Martin Luther (1483-1546 M) pula telah bangkit bersama bangsa Jerman dengan tujuan untuk menentang gereja Latin yang kemudiannya melemahkan pengaruh gereja dan kemudian muncul gerakan kebangsaan yang dikatakan sebagai gerakan nasionalisme.41 Reformasi yang berlaku tersebut adalah revolusi agama pada abad ke 16 Masihi yang membahagikan dunia Kristian kepada dua blok iaitu Katolik dan Protestan. Revolusi ini telah menyebabkan wujudnya negara-negara bangsa apabila rakyat tidak lagi percaya kepada sistem gereja antarabangsa (International Church) yang mengawal gerak geri mereka. Raja6

raja kebangsaan mahu mewujudkan sebuah gereja yang tidak mempunyai hubungan degan Pope negara asing.42 Ada pendapat yang mengatakan senti men nasionalisme moden bermula pada zaman Revolusi Perancis 1789.43 la adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman mod en akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja. Revolusi Perancis tercetus akibat kemarahan rakyat Perancis yang ditindas akibat sistem feudal44 yang dijalankan di sana. la meletus pada tahun 1789. Slogan perjuangan revolusi ini adalah Kebebasan, Pursamaan dan Persaudaraan.45 Revolusi Perancis telah meletakkan asas untuk sebuah masyarakat baru yang lebih adil dan bebas berbanding yang lama. Revolusi Perancis merangsangkan kemunculan empat gerakan utama pada abad ke-19 Masihi iaitu liberalisme, demokrasi, nasionalisme dan sosialisme.46 Selepas tahun 1815, nasionalisme ini mempengaruhi kebanyakan negara Eropah, khususnya Jerman dan Itali. Sejarah Awal Nasionalisme di Dunia Islam Sejarah permulaan nasionalisme dalam dunia Islam terutama di TimurTengah mempunyai sejarah yang panjang. la berkaitan terus dengan usaha kuasa-kuasa Barat untuk melemahkan pengaruh Islam. Kristian Barat sedaya upaya untuk menghapuskan Islam rentetan daripada dendam mereka seawal abad kedua Masihi lagi. Sejak zaman Khulafa al-Rasyidin lagi apabila Khalifah Umar al-Khattab berjaya membuat penaklukan di empayar milik Byzantine terutama sekali penaklukan Baitu Maqdis di Palestine sebagai kota suci orang Yahudi telah menggugat dan seterusnya melemahkan pengaruh empayar itu. Setelah kegagalan Perang Salib,47 seterusnya mereka melakukan ghazwatul-fikr dengan melemahkan punca kekuatan umat Islam iaitu menjauhkan umat Islam daripada agama Islam yang utuh dengan semangat jihad dan memecah-belahkan kesatuan umat Islam untuk menghapuskan sistem khilafah. Setelah kejatuhan Costantinople pada 1453 Masihi, orang Kristian mencari peluang membuka laluan perdagangan yang lain setelah Selat Bosphoros menjadi milik kerajaan Uthmaniyah dengan alasan untuk meningkatkan ekonomi setelah Laut Mediterranean dikuasai oleh orang Islam. Niat kuasa-kuasa Eropah sebenarnya adalah untuk mengimbangi kuasa kerajaan Uthmaniyah dan cuba menakluki negara-negara yang masih bebas melalui misi 3 G (God, Gold and Glory).48 Pada 1455 Masihi, pihak Pope Ketua Gereja Katolik telah mengisytiharkan kawasan-kawasan perdagangan yang boleh dimonopoli oleh Portugal. Untuk merealisasikan cita-cita mereka, Pope Alexander VI (1492-1503) yang menjadi hakim telah mengeluarkan perintah yang pertama pada 3 Mei 1493 M yang mengiktiraf hak Portugal ke atas Afrika dan tuntutan Sepanyol ke atas semua negeri di sebelah Barat.49

Pope Alexander VI Pada hari berikutnya, satu lagi perintah dikeluarkan kepada Sepanyol iaitu semua negeri yang dijumpainya di Selatan juga adalah hak Sepanyol. Perintah ini menjadikan dunia kepada dua bahagian untuk Sepanyol dan Portugal.50 Perjanjian in telah membawa kepada penjajahan kuasa-kuasa Barat ke India dan Kepulauan Melayu. Dalam masa yang sama kuasa-kuasa Barat juga berusaha memutuskan hubungan negara-negara Islam seperti Hijaz dan Mesir daripada kuasa pusat khilafah di Istanbul. Kuasa-kuasa Eropah terus menceroboh dunia Islam sama ada ada dengan cara ketenteraan atau pendidikan melalui mubaligh-mubaligh Kristian. Aktiviti-aktiviti mubaligh memberi laluan kepada imperialisme Eropah untuk menakluk dunia Islam secara politik selepas ia menakluknya melalui aspek kebudayaan. Permulaan Nasionalisme Mesir Mesir pada abad ke 18 merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah. Sepanjang kurun ke 17 ke 18 Masihi, Mesir mengalami beberapa konflik politik apabila kelompok-kelompok Mamluk saling berebutan kuasa. Suasana politik tidak stabil itu membawa kepada kekacauan dan kemerosotan ekonomi.51 Perancis telah menceroboh Mesir pada 1708 M yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis. Perancis dapat diusir keluar dari bumi Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan British pada 1891.52 Ketika tiga tahun Perancis berada di situ, ia telah membuat perubahan seperti membuka kilang senjata, mengadakan perkhidmatan percetakan dan menggalakkan pengkajian sains, dan termasuk juga menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.199 Muhammad Ali Pasha kemudiannya menggalakkan kemasukan tamadun Barat ke negara itu. Pelbagai bantuan dari luar, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi telah dibawa masuk dari Perancis. Malah orang Perancis sendiri telah membantu dalam pembinaan Terusan Suez pada pertengahan abad ke 19. Pada tahun 1882, British menakluki Mesir dan mereka memperkenalkan cara pentadbiran British dan kebudayaan Barat di negara itu. Perkembangan ini tidak disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam. Namun mereka cuba juga mencari jalan supaya orang Islam tidak ketinggalan.53 Akhirnya wujud gerakan-gerakan yang dianjurkan oleh beberapa golongan tajdid Mesir untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan negara Mesir itu sendiri. Kemunculan Nasionalisme di Turki Orang Eropah menggalakkan pergerakan-pergerakan nasionalisme dan membantu menubuhkan parti-parti politik Turki dan Arab khasnya sebagai usaha untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam seperti al-Fatat (Persatuan Mengagihkan Kuasa Uthmaniyah) dan al-Ahd (Pergerakan Nasionalis Arab). Selepas Revolusi Kaum Muda Turki dalam tahun 1908 dan penggulingan Sultan Abdul Hamid yang telah banyak berjasa kepada umat Islam dalam tahun 1909, golongan intelektual dan pegawai-pegawai bangsa Arab yang dihasut oleh kuasakuasa Eropah khasnya Britain dan Perancis mula mendesak supaya bangsa Arab diberi kuasa autonomi. Pegawai-pegawai itu yang telah meninggalkan tentera

Khilafah Uthmaniyah telah menerima idea-idea Barat secara mendalam setelah menjalani latihan dan pendidikan yang tersusun dan nasionalisme merupakan idealisme politik yang mula dan paling kuat sekali dianuti oleh mereka.54 Ketika Perang Dunia Pertama, Britain begitu agresif menyebarkan nasionalisme Arab. Mereka menggalakkan Sharif Mekah supaya memberontak terhadap Khilafah Uthmaniyah di Hijaz (yang hari dikenali sebagai Arab Saudi) dalam tahun 1916 dengan mendakwa orang Arab dianiaya. Pergerakan itu memikat ramai pegawai yang telah meninggalkan tentera Khilafah Uthmaniyah dan mereka membentuk teras pergerakan nasionalis Arab sebelum peperangan. Akhirnya pada 1917, Inggeris merebut Baghdad, Disember merebut Jerusalem, pada September 1918, mereka mengalahkan pasukan Uthmaniyah di Palestine Utara dan dengan bantuan orang Arab memasuki Damsyik pada awal Oktober pada tahun tersebut yang kemudiannya sultan terpaksa mebuat gencatan senjata.55 Akhirnya Mustafa Kamal mengisytiharkan Republik Turki dan khilafah Islam dihapuskan terus dari bumi Turki.59 Kebangkitan Nasionalisme di Tanah Melayu Rancangan Imperial British sejak suku pertama kurun ke-20 adalah untuk melaksanakan pemusatan kuasa dan pentadbiran seluruh Tanah Melayu, seperti yang dicadangkan oleh Clementi pada tahun 1922, namun ia terbukti tidak berjaya. Pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang usul tersebut yang hanya memberi keuntungan kepada Bristish. Namun semasa Perang Dunia Kedua, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu mereka telah menyatukan seluruh pentadbiran Tanah Melayu untuk menggunakan orang Melayu bagi kepentingan ekonomi dan politik Jepun. Polisi Jepun yang menggunakan orang Melayu untuk mengawal gerak geri orang Cina mengakibatkan rusuhan kaum berikutan kekalahan Jepun pada 1942. Akibatnya wujud nasionalisme Melayu tetapi tidak begitu memuncak. Semangat yang lebih ketara ialah untuk mempertahankan bangsa Melayu.57

Semangat nasionalisme semakin memuncak selepas pentadbiran Jepun yang kejam. Sekembalinya British ke Malaya, mereka menubuhkan Malayan Union, untuk meneruskan pemusatan kuasa tetapi ditentang oleh orang Melayu yang kemudiannya menubuhkan UMNO (United Malays National Organisation) pada 1 April 1946. UMNO menentang Malayan Union terutama usul memberikan hak kerakyatan yang sama kepada imigran Cina da India yang diperkenalkan oleh British, akhirnya

Malayan Union dibubarkan.58 Pada tahun 1948 ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyelaraskan pentadbiran semua negeri-negeri di Tanah Melayu. Dari tahun-tahun sebelum merdeka ini semangat nasionalisme Melayu memuncak yang disalurkan melalui media massa seperti majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timoer. Perkara ini berikutan pengaruh daripada luar negara yang mahu menentang penjajahan Barat ke atas dunia Islam.59 PENUTUP Nasionalisme adalah satu fahaman atau gagasan untuk mempertahankan bangsa sekali gus segala yang berkaitan dengan kebangsaan termasuk wilayah yang diduduki oleh sesuatu bangsa itu. Namun ikatan berlandaskan nasionalisme semata-mata adalah ditegah dalam ajaran Islam kerana ikatan yang sebenarnya memperkuatkan hubungan sesama makhluk di bumi Allah ialah ikatan akidah Islamiyyah yang sekali gus terangkum dalamnya ukhuwah Islamiyah tanpa mengira bangsa, daerah mahupun bahasa sesebuah bangsa itu. Kuasa Barat memperalatkan nasionalisme Arab dan Turki untuk memenuhi dua matlamat, pertama, untuk memisahkan bangsa Arab daripada negara Islam yang cuba mereka musnahkan dan kedua, untuk memecahbelahkan ikatan akidah (keimanan) yang menyatukan seluruh umat Islam. Mereka berjaya mencapai matlamat pertama tetapi gagal mencapai matlamat yang kedua. Mereka telah dan akan terus berusaha untuk memusnahkan ikatan akidah dan antara kaedah yang mereka gunakan ialah dengan membangkitkan nasionalisme Arab, Turki, Kurd, Farsi dan sebagainya. Contohnya terutama sekali ketika Perang Dunia Pertama 1914-1918 dan mengapi-apikan semangat nasionalisme Arab supaya Syarif Hussein membuat pemberontakan di Hijaz.60 Meskipun nasionalisme di Tanah Melayu kelihatannya untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah tetapi di sana tetap ada usaha-usaha untuk menghalang pencemaran agama Islam daripada tekanan penjajah yang cuba membawa aliran sekularisme di Tanah Melayu. Namun di Malaysia hari ini pemisahan antara politik dan agama terus dipraktikkan berikutan kesan pengaruh penjajahan Britih yang melanda negara sebelum ini. Nota Kaki 1 Encyclopedia International, vol. 12, Grolier Incorporated, New York, 1970, him: 442. 2 Oxford Advanced Learners Dictionary, Fourth Ed., Oxford University Press, London, New York, 1984, hlm: 823. 3 Ibid., hlm: 823. 4 Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989, hlm: 857-8. 5 Munir al-Baalbaki, Mawrid al-Muyassar, Dar al-llm lil-Malayin, Bayrut, 1979, hlm: 313. 6 Eksiklopedi Umum, Penerbitan Yayasan Kanisius, Jakarta, 1977, hlm: 874. 7 Ensiklopedia Malaysiana, jil. 9, Anzagain Sdn Bhd., Kuala Lumpur, 1986, hlm: 37. 8 The Encyclopedia Britannica, vol. 8, 15th Edition, William Benton Publisher, Chicago, 1975, hlm: 552. 9 Hans Kohn, Ideas of Nationalism, New York, 1944, hlm: 16; juga Hans Kohn, Nationalism its Meaning and History, terjemahan, Franklin Publications, Djakarta-

10

New York, 1958, hlm: 1. 10 Anthony D. Smith, Theories of Nationalism, Duckworth, London, 1971, hlm: 23. 11 Ensiklopedia Malaysiana, jil. 9, him: 37-38. 12 Lothrop Stoddard, The New World of Islam, terjemahan, t. pt., Jakarta, 1966, hlm: 137. 13 Sivachandralingam Sundara Raja et al., Tamadun Dunia, Edisi Kedua, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, 2001, hlm: 530. 14 Dr. Rohi al-Baalbaki, Mawrid, Dar al-llm IiI-Malayin, Bayrut, 1991, hlm: 1238. 15 Hisham b. Sharabi, Nationalism and Revolution in the Arab World, Van Nostrand Reinhold Company, New York, 1966, hlm: 95. 16 Oxford Advanced Learners Dictionary, Fourth Edition, hlm: 907. 17 Kamus Dewan, Edisi Baru, hlm: 917. 18 Oxford Advanced Learners Dictionary, Fourth Edition, hlm: 907. 19 Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, hlm: 1107. 20 The Encyclopedia Britannica, vol. 9, hlm: 880. 21 Dr. Rohi al-Baalbaki, Mawrid, hlm: 764. 22 Ibn Manzur, Lisan al-Arab, hlm: 606. 23 Ibn Khaldun, Mukaddimah Ibn Khaldun, te~emahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm: Lxiv (nota kaki); hlm: 1. 24 Muhammad Mustafa Zaydan et al., al-Qawmiyyah al-Arabiyyah baina alQawmiyyat al-Mazahib al-Siyasat al-Makrifat, al-Nashir al-Maarif, Iskandariyyah, 1967, hlm: 32-4. 25 Abu Bakar Hamzah, Nasionalisme dan Islam, Rujukan kepada Malaysia, dlm Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989, hlm: 534. 26 Imam Abi al-Hussayn Muslim ibn al-Hallaj ibn Muslim, al-Jami al-Sahih, juz. 8, Maktabat Mustafa, Misr, 1960, hlm: 25. 27 Abi Isa Muhammad ibn lsa ibn Surat, al-Jamf al-Sahih Sunan Tirmizi, juz. 4, Dar al-Hadis, Bayrut, 1999, hlm: 100. 28 AI-Quran dan terjemahan, Surah al-Hujurat: 13. 29 AI-Ouran dan terjemahan, Surah Ali Imran: 103. 39 Hans Kohn, Nationalism its Meaning and History, hlm: 13-14. 40 Ibid., hlm: 16. 41 Abul Hasan Ali an-Nadwiy, Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, hlm: 194. 42 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam, 1997, hlm: 144-45. 43 Vejai Balasubramaniam, Nasionalisme dalam Pembentukan Sebuah Negara Persekutuan dim Akademika, Siri 51, Julai 1997, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm: 24; Encyclopedia International, vol. 12, hlm: 443. 44 Sistem feudal adalah suatu sistem yang membolehkan tuan tanah menguasai pekerja-pekerja tanahnya sebagai hamba. Jika tuan tanah menjual tanahnya, maka pekerja tersebut turut terjual. 45 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, hlm: 191. 46 Ibid., hlm: 197. 47 Perang Salib terdiri daripada empat peringkat. Peringkat pertama bermula pada 1096 hingga 1099 M, Perang Salib kedua pada 1147-1149 M, Perang Salib ketiga berlangsung dari 1189 hingga1192 M, dan yang terakhir berlaku pada 1202 hingga1291M selepas kejatuhan bandar Acre di tangan orang Turki. 48 Sivachandralingam Sundara Raja et al., Tamadun Dunia, hlm: 482; Menurut Dr.

11

Sardesai, motto ini digelar sebagai Gospel, Gold and Glory (D. R. Sardesai, Southeast Asia Past and Present, Second Edition, Macmillan Education Ltd, 1989, hlm: 61). 49 Gregorio F. Zaide, Philippine Political and Cultural History, vol. I, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1972, hlm: 119. 50 Ibid., hlm: 119. 51 Fadhlullah Jamil (Prof. Madya), Islam di Asia Barat Moden, Sejaran Penjajahan dan Pergolakan, Thinkers Library, Selangor, 2000, hlm: 197. 52 Ibid., hlm: 198. 53 Fuziah Shaffie et al., Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., Selangor, 2000, hlm: 328. 54 Edward Mortiner, Islam dan Kekuasaan, terjemahan, Penerbit Mizan, Bandung, 19U4, hlm: 115. 55 Ibid., hlm: 118-119. 56 Ibid., hlm: 119. 57 Vejai Balasubramaniam, Nasionalisme dalam Pembentukan Sebuah Negara Persekutuan dlm Akademika, hlm: 42-43. 58 Ibid., hlm: 43. 59 Fuziah Shaffie et al., Sejarah Malaysia, hlm: 329.
About

12

Anda mungkin juga menyukai