Anda di halaman 1dari 11

Struktur ilmu linguistik Setiap ilmu pengetahuan lazim mempunyai bidang-bidang bawahan atau cabang.

Contohnya dapat dilihat dalam ilmu psikologi yang mempunyai cabang psikologi klinis dan psikologi sosial. Setiap ilmu pengetahuan adalah meliputi bahan yang luas sekali, hal yang demikian sebenarnya telah menyebabkan sarjana-sarjana dan pengkaji ilmu lebih cenderung membahagikan ilmunya kepada cabang-cabang yang menjadi struktur kepada ilmu tersebut. Demikian juga ilmu linguistik yang turut mempunyai pelbagai cabang dan bidang yang berada di bawah ilmu ini seperti sosiolinguistik yang mengkaji bagaimana melalui bahasa itu boleh mencerminkan hal-hal sosial penutur. Akan tetapi, cabang tersebut tadi semuanya mengandaikan adanya pengetahuan linguistik yang mendasarinya yang menyangkut struktur-struktur dasar tertentu seperti berikut: Fonetik Fonologi Morfologi Sintaksis : Kajian bunyi-bunyi bahasa manusia. : Kajian pola-pola bunyi asas bagi sesuatu bahasa. : Kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan. : Kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk

membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa. Semantik : Kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan

bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna. Pragmatik : Kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun

secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi. Analisis wacana: Kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Fonetik Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik. Dalam kata lain, istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. Secara lebih khusus, fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Kita mengkaji bunyi-bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar dahulu sebelum dideskripsi. Oleh sebab itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik. Fonetik ada bidang yang terarah pada kajian tentang artikulasi bunyi bahasa. Para ahli fonetik telah berhasil menentukan cara artikulasi dari berbagai bunyi bahasa dan membantu memudahkan seseorang untuk mempelajari dan

mengucapkan bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibundanya ataupun bahasa pertama penutur. Contoh dapat dilihat dalam bahasa Inggeris yang mana terdapatnya perbezaan yang nyata antara bunyi tin dan thin, dan antara they dan day, berbeza dengan bahasa Melayu. Dengan mempelajari fonetik, penutur akan dapat mengucapkan kedua bunyi tersebut dengan tepat. Kaedah-kaedah yang sesuai digunakan bagi mendeskripsi bunyi bahasa. Alat-alat sebutan kita dapat menghasilkan banyak jenis bunyi, tetapi bukan semuanya berguna daripada segi perhubungan melalui pertuturan. Wujud bunyi

bukan bahasa seperti batuk dan bersin, bunyi yang dikaji fonetik hanyalah bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan dalam pertuturan bagi tujuan

berkomunikasi. Tiga pendekatan yang dipelajari dan sering digunakan dalam mengkaji fonetik ialah fonetik artikulasi, fonetik auditori dan fonetik akustik. Fonetik artikulasi atau fonetik penyebutan ialah kajian bunyi melalui sebutan, dengan mendeskripsi cara bunyi bahasa dihasilkan kita dapat memahami bagaimana bunyi bahasa disebut atau dituturkan. Apabila mengkaji cara sebutan bunyi, kita terlebih dahulu perlu mengkaji alat-alat sebutan yang menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik auditori ialah pendekatan mengkaji bunyi bahasa melalui pendengaran, iaitu membuat deskripsi bunyi yang didengar, kajian menggunakan teknik pendengaran bagi membezakan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alat-alat yang persis. Melalui alat-alat yang sensitif bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya.

Fonologi Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemeolahan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi. Fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk kepada bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi bahasa semula jadi yakni, sifat yang terbayang dalam banyak bahasa manusia, tidak pun semua bahasa manusia. Seperti yang kita sedia maklum, fonologi ialah bidang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem ialah unti bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi

sistem bunyi bahasa atau fonologi itu. Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza dengan membandingkan fon-fon dan dikontraskan antara satu sama lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan kerana dihasilkan pada konteks yang berlainan tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Morfologi Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula

mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentukbentuk kata. Menurut pakar bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Unsur bagi membentuk perkataan ialah morfem dan kata. Keduanya adalah dua unsur bahasa yang digunakan untuk mengkaji cara-cara membentuk kata. Bagi memudahkan kita mendeskripsi morfologi, maka morfem dan kata didefinisikan

terlebih dahulu. Morfem ialah unsur atau unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Bentuk seperti rumah, laju dan tinggi semuanya tidak dapat dijadikan unsur yang lebih kecil lagi bermaksud ia adalah unit yang terkecil dan mempunyai makna. Oleh sebab itu setiap bentuk ini adalah morfem, ia juga dikenali sebagai morfem bebas kerana dapat berlaku sendiri. Di samping itu, ada unsur-unsur lain dalam bahasa Melayu seperti -nya, -kah, -pun, ber-, pe-, -an dan lain-lain. Unsur-unsur ini tidak bermakna, tetapi sebaliknya setiap unsur ini mempunyai fungsi tatabahasa apabila digunakan. Bentuk ini juga adalah morfem. Morfem ini pula dikenali sebagai morfem terikat kerana tidak dapat berlaku tanpa morfem lain. Morfologi merupakan bidang yang mengkaji pada analisis unsur-unsur pembentukan kata. Misalannya dapat dilihat melalui perbandingan mudah, ahli farmasi atau kimia yang perlu memahami zat apa yang dapat bercampur dengan suatu zat tertentu untuk menghasilkan ubat penyakit yang efektif; demikian juga seorang ahli linguistik bahasa Inggeris perlu memahami imbuhan apa yang dapat diimbuhkan atau dimasukkan dengan suatu kata tertentu untuk menghasilkan kata yang bermakna dan tepat. Misalnya imbuhan akhiran -en dapat diimbuhkan dengan kata sifat dark untuk membentuk kata kerja darken, namun imbhan akhiran -en tidak dapat diimbuhkan dengan kata sifat green untuk membentuk kata kerja. Alasannya tentu hanya dapat dijelaskan oleh ahli bahasa, sedangkan pengguna bahasa boleh saja secara langsung menggunakan kata tersebut. Hal yang demikian juga sama dengan alasan nisbah pencampuran zat-zat kimia hanya diketahui oleh ahli farmasi, sedangkan pengguna ubat boleh terus menggunakannya tanpa harus mengetahui proses pembuatannya.

Sintaksis Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Secara lebih terperinci, sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, dan frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Dalam kata lain kita melihat bagaimana struktur-struktur ayat yang dibina serta fungsi-fungsinya. Ini dilakuan dengan melihat pola-pola sintaksis yang dibina dan fungsinya. Hubungan sintaksis itu ialah hubungan antara kata dengan kata dalam membina frasa dan ayat. Khususnya, hubungan sintaksis melihat bagaimana unsurunsur sintaksis, iaitu kata, frasa, klausa dan ayat berhubung membentuk binaan sintaksis. Ada empat hubungan sintaksis dalam bahasa Melayu, iaitu hubungan

posisi, hubungan berdampingan, hubungan kepertukaran, dan hubungan unsur terdekat. Apabila unsur-unsur bahasa seperti morfem, kata, frasa, klausa dan ayat bergabung antara satu sama lain, maka terhasillah binaan sintaksis. Semua binaan sintaksis yang terbentuk daripada unsur-unsur dalam binaan tersebut. Jenis binaan ini dapat dilihat dalam frasa sebagai unit yang terkecil dalam sintaksis. Ada dua jenis binaan iaitu endosentrik dan eksosentrik.

Semantik Dalam bidang linguistik, semantik pada umumnya dianggap sebagai kajian tentang makna (dan tanggapan yang berkaitan) dalam bahasa, manakala dalam bidang logik, semantik pada umumnya dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran dalam bahasa. Disiplin lain, seperti falsafah, psikologi, dan sains komputer , kerap meninjau daripada kedua-dua tradisi. Sungguhpun kadang-kadang terdapat ketegangan antara tanggapan tentang semantik ini, tetapi sebenarnya perbalahan ini hanyalah dari segi penekanan, yang pada akhirnya, huraian semantik yang mencukupi tentang bahasa tabii seharusnya merekodkan fakta tentang makna dan denotasi. Dalam kata lain, kajian semantik adalah mengenai makna bahasa. Analisis makna dalam hal ini bermula dari peringkat suku kata hingga peringkat ayat. Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini

memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif, bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengahsetengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan

sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'. Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataanperkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti

(antonyms) dengan berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi. Makna perkataan semantik yang digunakan dalam bahasa harian adalah berlainan daripada makna perkataan semantik yang digunakan sebagai sebuah istilah ilmu. Dalam bahasa harian, perkataan semantik bermaksud makna. Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa. Kita mengkaji frasa, klausa dan ayat dalam sistem sintaksis bahasa. Kita menggunakan makna bagi menentukan fonem, morfem dan ayat. Namun, kita belum melihat makna sebagai satu bidang ilmu yang perlu dikaji. Sekarang kita tumpukan pula perhatian kita kepada bidang kajian makna, iaitu bidang ilmu semantik. Lazimnya makna dikaji bagi melengkapkan kajian terhadap sistem bahasa iaitu sebutan, ejaan, imbuhan, perkataan, frasa dan ayat. Memang ada perbezaan antara kajian sistem bahasa dan kajian makna. Kajian sistem bahasa ini melibatkan bahan-bahan yang jelas dapat didengar, dirakam, ditulis dan dianalisis. Kajian

makna sebaliknya, mengkaji bahan yang tidak dapat dilihat. Kajian makna melibatkan perkara yang abstrak yang menyebabkan kita terpaksa menduga apa yang berlaku dalam minda seseorang pengguna bahasa.

Pragmatik Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya.

Berbeza dengan, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi. Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan

menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai. Namun demikian, dari satu segi difahami bahawa ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan maksud yang tidak ternyata itu. Dengan itu, pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi selain bermakna pragmatik juga ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi.

Analisis wacana Konsep wacana ini tidak begitu jelas kerana. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu yang boleh berupa satu ayat, sebuah petikan, bab, buku, majalah dan lain-lain lagi. Dalam kata yang lain, wacana ialah jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi hierarki tatabahasa pula, wacana terletak pada tahap yang tertinggi, iaitu selepas ayat. Susunannya daripada unit terkecil, secara kasar, adalah seperti yang berikut: perkataan frasa klausa ayat wacana. Analisis wacana pula menurut Johnstone, B. (2002:2-4), merupakan proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi. Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis sebagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara

penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Pengkaji wacana mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya. Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa. Secara keseluruhannya, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau tidak, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.

Anda mungkin juga menyukai