Anda di halaman 1dari 37

bahasa kita dalam majalah

PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH HIBURAN

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didifenisikan sebagai terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah Dewan Masyarkat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air. Ia dikarang oleh pengarangpengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah majalah URTV, MEDIA, mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan wartawan. Hari ini majalah hiburan paling laris di pasaran jika hendak dibandingkan dengan majalah ilmiah. Golongan remaja merupakan kumpulan yang paling gemar membacanya. Hal yang demekian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia artis. Tidak boleh dinafikan golongan dewasa juga mengemari majalah hiburan. Mungkin untuk merehatkan minda sambil mengentahui perkembangan semasa artisartis kegilaan mereka.

2.0

Penggunaan bahasa dalam majalah hiburan Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini

meliputi aspek lisan seperti perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan pengguaan bahasa berdasarkan elemaneleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah hiburan.

2.1

Elemen-eleman bahasa Bagi mengetahui penggunaan bahasa dalam majalah hiburan, saya memilih tiga

buah majalah sebagai bahan rumusan. Antaranya majalah URTV, Remaja, dan Mangga. Isu-isu yang terdapat di dalam ketiga-tiga majalah ini adalah isu-isu mengenai artis-artis. Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen bahasa meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja. Terdapat juga penggunaan semantika dalam majalah hiburan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna.

2.3

Rumus bahasa Rumus bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang standard dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ). Hukum bahasa meliputi penggunaan diksi dan betul dari segi sintaksis. Dalam majalah hiburan tidak menggunakan hukum bahasa yang betul. Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang boleh dikesan dalam majalah hiburan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disengajakan atau para penulis tidak mengetahui hukum-hukum bahasa dan rumus bahasa. Rumus bahasa pula merujuk kepada pnggunaan bahasa yang piawai ( standard ) dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ).

2.4

Bahasa slanga

Menurut The Oxford Companio to the English Language oleh Tom McAithur ( 1996 ) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermakna origin un certain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, selanga berasal dari kata sling iaitu sebahagian daripada ungkapan yang menghubungkaitkan dengan begger language and rogus language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku iaitu tidak standard. Sering kali berubah dan secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunakasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) percakapan tidak rasmi. Penggunan bahasa slanga ini begitu banyak terdapat dalam majalah hiburan. Antaranya perkataan cun ( Mangga / April 2011 / 15 ) , perkataan awek, balak ( Media / April 2011 / 63 ), perkataan pakwe ( URTV / April 2011 / 17 ). Bahasa ini tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami oleh golongan tertentu. Sekiranya tidak dihentikan dalam bentuk penulisan ia akan timbul pula perkataan baru dan akan merosakkan bahasa. Penggunaan perkataan sebegini begitu ketara sekali dalam majalah-majalah hiburan. Golongan wartawan atau penulis dalam majalah hiburan sering menggunakan perkataan sedemekian kerana pembaca adalah merupakan golongan remaja yang sering menggunakan perkataan ini. Seharusnya penggunaan perkataan ini tidak boleh digunakan kerana ianya bukan bahasa baku dan tidak standard. Hanya golongan yang tertentu sahaja memahami perkataan ini. Langkah pencegahan perlulah diambil agar tidak berlaku pencemaran bahasa. Para wartawan mestilah memikirkan penggunan bahasa dalam majalah mereka agar kedaulatan bahasa melayu tidak terhakis. Walaupun bahasa slanga ini digunakan oleh yang tidak tergolong dalam

golongan dewasa kita boleh menghapuskannya sedikit demi sedikit dalam bentuk penulisan. Sekiranya majalah-majalah hiburan tidak menggunakan bhasa slanga, lamakelamaan bahasa ini akan terhakis. 2.5 Bahasa Rojak Bahasa rojak telah dikesan seawal zaman kesultanan melayu Melaka apabila satu entrepot antara bangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402. Wujudnya bahasa rojak ini ekoran terdapat pelbagai bangsa di Melaka. Asalnya bahasa perbualan pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan mengikut kata ensiklopedia Malaysia ( vol. bahasa dan budaya ) ini merupakan sebahagian pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai bahasa rojak Malaysia. Penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan topik yang kontrovasi oleh kerana para pengkaji bahasa menggangapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Satu fonomena yang merebak di dalam majalah hiburan. Bahasa rojak yang sering digunakan dalam majalah hiburan adalah Bahasa Melayu di capur dengan Bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa inggeris so ( Mangga / April 2011 / 13 ) . Mengapakah tidak digunakan perkataan jadi?. Sepatutnya majalah ini menggunakan perkataan melayu kecuali perkataan pinjaman dalam Bahasa Inggeris. Perkataan single ( Mangga / April 2011 / 66 ) seharusnya perkataan single dalam Bahasa Melayu ialah bujang. Sekiranya wartawan majalah hiburan menggunakan bahasa melayu tidak akan timbul krisis bahasa di dalamnya. Banyak lagi penggunaan bahasa rojak Bahasa Melayu dicampur dengan Bahasa Inggeris dalam majalah hinuran. Wartawan majalah hiburan begitu selesa menggunakan bahasa rojak ini tanpa memikirkan kesan negetif pada penulisan mereka. Terdapat bahasa rojak dicampurkan dengan bahasa cina lu mesti ikut gua ( Media / April 2011 / 38 ). Perkataan itu boleh

digantikan dengan awak mesti ikut saya. Bahasa boleh mencermikan identity sesebuah negara. Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. 2.6 Kesalahan tanda baca Tanda baca adalah tanda atau simbol yang digunakan dalam tulisan. Tanda baca bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan kebiasaannya untuk intonasi (turun naik nada suara) serta untuk penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang.beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. Tanda baca juga bertindak untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Jenis-jenis tanda baca dalam Bahasa Melayu adalah titik atau noktah (.), koma (,), sempang (-), tanda pengikat kata atau petik (), titik bertindih atau noktah bertindi (:), tanda Tanya (?), tanda seru (!). Dalam majalah hiburan kesalahan-kesalan ini kerap berlaku. Kesalahan yang paling ketara dalam majalah hiburan ialah tanda tanya, ayat seruan, tanda pengikat kata atau petik. 2.6.1 Tanda Tanya (?) Kata tanya pada awalnya dalam bahasa latin adalah untuk mengindahkasikan pertanyaan. Orang harus menuliskan question di akhir kalimah untuk menandakn kalimah tersebut adalah kalimah tanya. Maka untuk menghemat tempat, kata tersebut disingkatkan menjadi qo, yang mana kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf q kecil di atas huruf o yang akhirnya makin lama makin habis dan garis mirip cacing persis seperti tanda tanya sekarang. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya atau pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (). Dalam majalah hiburan kesalahan ini dapat dikesan. Penggunaan tanda tanya telah ditulis selepas penutup kata. Contoh Adakah anda bahagia sekarang? (Media / April 2011 / 73). Sepatutnya

tanda tanya ini ini berada sebelum penutup ( ) kata. Sebetulnya ia ditulis Adakah anda bahagia sekarang?. Kesalahan yang dapat dikesan lagi, tidak menggunakan pada ayat tanya. Contoh orang secantik Kris pasti sudah berpunya, betul tak!. ( Mangga / April 2011 / 39 ). Beliau menggunakan tanda seru pada ayat tanya tersebut. Tempat itu perlu diletak tanda tanya. Wartawan majalah hiburan tidak menitikberatkan penggunaan tanda tanya dalam etikal mereka. Seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam bentuk penulisan agar Bahasa Melayu dapat ditingkatkan. 2.6.2 Tanda seru Tanda seru seperti juga tanda tanya pada awalnya dimulai dengan memupuk huruf. Tanda ini berasal dalam bahasa lain io yang bererti seruan kegembiraan. Ketika huruf i ditulis di atas huruf o, lama-lama dipersingkat tanda seru sperti tanda seru sekarang. Tanda seru ini digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. Antaranya adalah aduh menyatakan perasaan sakit, cis menyatakan peresaan mengejek atau marah, eh menyatakan perasaan hairan atau terkejut, hai menegur seseorang atau menarik perhatian, nah memberikan sesuatu atau menarik perhatian, oh menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa dan sebagainya, wah untuk menyatakan perasaan kagum, amboi menyatakan rasa kagum atau hairan, wahai menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian, aduhai untuk menyatakan perasaan hati yang kecewa, tahniah atau syabas menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan seseorang, alamak untuk menyatakan perasaan terkejut, bedebah untuk menyatakan perasaan marah, alahai untuk menghina, ha untuk menyatakan perasaan hairan, ya Allah untuk menyatakan perasaan terkejut, masya Allah untuk menyatakan perasaan hairan atau marah. Pada akhir ayat seru mestilah di letakkan tanda seru (!). Majalah-majalah hiburan nampaknya tidak menggunakan tanda seru (!) di tempat yang betul. Contohnya Wah banyaknya kamera milik bintang Mystarz lg

musim ke-2, Nasrin atau nama penuhnya Wan Nashrinie Zafri (22 tahun) ni ( Mangga / April 2011 / 23 ). Wartawan majalah hiburan ini terkejut melihat kamera milik Wan Nashrinie Zafri yang terlalu banyak, tetapi tidak menggunakan tanda seru (!) yang betul. Seharusnya selepas wah dimasukan koma (,) dan di akhir ayat di letakkan tanda suru (!). Sepatutnya ayat tersebut ditulis Wah, banyaknya penggunan kamera milik bintang Mystarz lg musim ke-2 !. Terdapat juga penggunaan tanda seru (!) di letakkan bukan di tempat yang betul. Contoh Orang secantik kris sudah pasti sudah berpunya, betul tak! ( Mangga / April 2011 / 39 ). Seharusnya tedak perlu memasukkan tanda seu (!) pada ayat tersebut. Ayat itu merupakan ayat tanya. Tahniah mangga ucapkan kepada pasangan pengantin baru penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak kumpulan sepah, Shahmira Muhamad ( Shuib ) yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu di Jeumpa DRoma, Bangsar ( Mangga / April 2011 / 26 ). Selepas tahniah tidak di letakkan koma ( , ) dan di akhir ayat tidak di letakkan tanda seru ( ! ). Para penulis dalam majalah hiburan langsung tidak memikirkan penggunaan tanda seru ini di dalam etikal penulisannya. Pekara ini perlu diambil berat oleh penulis kerana golongan yang paling ramai membaca majalah hiburan adalah golongan remaja. 2.6.3 Pengikat kata atau tanda petik ( ) Tanda pengikat kata atau tanda petik ( ) adalah kata yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tetentu seperti menulis cakap ajuk atau pada jadual sesuatu karangan, puisi, etikal dan sebagainya di dalam ayat. Penggunaan tanda petik ( ) ini hendaklah digunakan di tempat yang betul. Dalam majalah hiburan penggunaan tanda petik ( ) ini tidak dititiberatkan. Contoh sekarang ni kita b oleh tengok ramai penyanyi baru muncul ( Mangga / April 2011 / 23 ). Tanda petik di letakkan sebelum perkataan sekarang. Tidak perlu meletakan tanda petik ( ) ini kerana ia bukanlah dalam cakap ajuk. Ayat tersebut adalah ayat penyata. Hehe Alhamdulillah, hubungan kami masih baik seperti biasa. ( Mangga / April 2011 / 36 ). Di akhir ayat tidak di letakkan tanda

petik ( ). Seharusnya di letakkan tanda petik kerana ayat tersebut adalah cakap ajuk. Jelaslah amat ketara majalah hinuran terutama majalah Mangga begitu banyak sekali kesalahan penggunaan tanda petik ( ).

3.0

Penggunaan huruf besar Huruf besar adalah huruf yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Antaranya adalah huruf besar sebagai huruf pertama kata pada awal kalimah, huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan nama Tuhan dan kitab suci termasuk kata ganti untuk Tuhan. Huruf pertama dari nama gelaran kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikut nama orang, nama jabatan, dan pangkat. Ia juga diguna pada huruf pertama nama orang, huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Huruf pertama untuk tahun, bulan, hari raya, dan persitwa, huruf pertama nama geografi, huruf pertama nama negara, huruf pertama gelaran dan pangkat. Pengunaan huruf besar amat penting dalam penulisan kerana ia akan menetukan betul atau salah penggunaan bahasa. Terdapat beberapa kesalahan peraturan penggunaan huruf besar dalam majalah hiburan. Salah penggunaan menyebabkan editing akan menjadi lebih panjang. Majalah banyak menggunakan huruf besar dengan tidak mengikut peraturan tatabahasa. Contohnya nama orang atau kata nama khas ditulis dengan huruf besar kesemuanya Cara DAFI elak buatan orang ( Mangga / April 2011 / 27 ). Sepatutnya ditulis Cara Dafi elak buatan orang. Dafi adalah n ama orang yang merujuk kata nama khas. Dalam majalah Mangga telalu banyak kata nama khas terutama nama orang ditulis dengan huruf besar kesemuanya. Terdapat juga penggunaan huruf kecil pada nama Tuhan. Contohnya Doa anak yang solehah akan sentiasa dimakbulkan oleh tuhan ( Mangga / April 2011 / 79 ). Tuhan telah ditulis dengan huruf kecil. Terdapat juga penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat sedangkan tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kecewa sangat Mungkin

dia dah ada pakwe lain kut ( Mangga / April 2011 / 84 ). Huruf M pada perkataan mungkin ditulis dengan huruf besar. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Penggunaan huruf besar dicampur dengan huruf kecil pada kata nama khas. ZaRinA ( URTV / April 2011 / 78 ). Kata nama khas seharusnya titulis dengan huruf besar pada huruf pertama. Ternyata majalah hiburan banyak menggunakan kata nama khas tidak pada tempat yang betul.

4.0

Singkatan perkataan Singkatan perkataan adalah sesuatu perkataan telah disingkatkan. Perkataan yang disingkatkan itu salah dalam standard Bahasa Melayu. Majalah Mangga banyak menggunakan singkatan perkataan. Contoh Kuala Lumpur disingkatkan KL ( Mangga / April 2011 / 32 ). AF ( Mangga / April 2011 / 66 ). AF ialah Akedemi Fantasia, tetapi telah disingkatkan dalam majalah Mangga. Dalam penulisan Bahasa Melayu singkatan huruf tidak boleh ditulis. Wartawan majalah hiburan sengaja menggunakan singkatan perkataan kerana golongan yang membacanya adalah golongan remaja. Golongan remaja sering menggunakan bahasa singatan mereka semasa menghantar mesej dalam telefon bimbit. Perkara ini tidak harus berlaku kerana salah dari segi penulisan Bahasa Melayu. Sekirannya tidak disekat dari awal lagi, kemungkinan Bahasa Melayu akan hilang jati dirinya.

5.0

Penggunaan dielak Di Malaysia terdapat banyak variasi bahasa. Variasi ini ialah perbezaan bentukbentuk bahasa antara negeri. Dengan ini terdapat perbezaan dialek antara pengguna berdasarkan daerah atau perbezaan geografi. Terdapat juga perbezaan idiolek iaitu perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain. Oleh itu wujudnya isoglos iaitu garis sempadan linguistik yang memisahkan satu dialek dengan dialek yang lain

dalam satu bahasa. Dielek adalah kelainan bahasa yang bebeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian mereka. Penutur dialek ini tidak patuh kepada peraturan tatabahasa dan tidak mementingkan tatabahasa. Sebutannya pula tidak tepat dan tidak mengikut ejaan yang betul. Ianya menggunakan unsur-unsur kependekan kata dan sistem sapaan yang berbeza. Dalam majalahmajalah hiburan banyak digunakan bahasa dialek. Contohnya haha bila dah nakal tu, faham-faham saje la ( Mangga / April 2011 / 63 ). Ejaan sahaja telah disingkatkan dan ditulis saje. Ejaannya pula salah. Sepatutnya huruf e itu diganti dengan huruf a. Mangga ucapkan selamat Berjaya ye ( Mangga / April 2011 / 41 ). Ejaan ye salah, ejaan yang betulnya ialah ya. Hang tu mai sini sat ( Media / April 2011 / 76 ). Di sini jelas sekali dialek Kedah ditulis dalam penulisannya. Fonomena ini berlaku kerana kebanyakan golongan wartawan majalah hiburan menggunakan neka rendah dalam penulisannya. Sebutan yang digunakan pula tidak sempurna. Perkataanperkataan yang ditulis tidak berbentuk lengkap. Ayat dan intonasi yang digunakan tidak rapi. Situasi sebegini berlaku kerana wartawan majalah hiburan mewujudkan dialek sosial dalam bentu penulisan. Seharusnya wartawa peka terhadap penulisan mereka dengan menggunakan bahasa baku yang betul. Walaupun setiap individu atau setiap negeri mempunyai bahasa dialek masing-masing, Bahasa Melayu baku mestilah digunakan dalam situasi formal. Dengan menggunakan Bahasa Melayu baku, ia akan menjamin kedaulatan bahasa.

aturday, August 28, 2010

SENARIO BAHASA ROJAK

"Kau memang terror (hebat) la!" "Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!" Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti? Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang

akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa? Fikirkanlah. Posted by Yum Yum at 11:52 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: CHEW CHEE YAN (204532) Friday, August 27, 2010

KAEDAH MENGATASI BAHASA ROJAK

1)Pendidikan

semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan

berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan.

2)Penguatkuasaan pihak berwajib pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.

3)Dewan bahasa dan pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan. Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.

4)Bidang penyiaran

Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.

SEJARAH BAHASA ROJAK

Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa rojak mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Kewujudan bahasa rojak telah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini kerana, satu entrepot antarabangsa telah ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Penubuhan pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur melebihi 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Mengikut ensiklopedia Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung. Di Malaysia, pijin bahasa ini dikenali sebagai bahasa rojak .Semasa pemerintahan Parameswara, apabila dua kumpulan pedagang yang berlainan bahasa dan bangsa berinteraksi, mereka akan cuba bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam memahami antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan wujudnya campuran bahasa dalam pertuturan. Maka, wujudlah bahasa rojak Posted by Yum Yum at 2:00 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: NURUL AINI BT MUHAMED (207081)

ISU-ISU BAHASA ROJAK


Bahasa rojak sejak akhir ini menjadi su yang sangat hangat kerana bahasa rojak telah di gunakan secara meluas terutamanya di kalangan remaja bandar.Situasi ini amat membimbangkan golongan dewasa kerana ia boleh menjejaskan penggunaan bahasa melayu yang betul.Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa melayu yang betul terutama sekali dalam sektor swasta dan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak dalam sektor tersebut.Contohnya TV3 telah menukarkan nama KARNIVAL SURE HEBOH menjadi KARNIVAL JOM HEBOH.disebabkan oleh kebimbangan orang ramai tentang penggunaanya.

Contoh-contoh bahasa rojak 1)Bahasa melayu +bahasa Inggeris -kau memang terror(hebat) la! -tempat makan ni best(bagus)sangat! 2)Bahasa melayu+bahasa cina -nak makan sini ke nak tapau(bungkus)? -apasal(kenapa)lu buat kerja ini cincai(tak sempurna)?

3)Bahasa cina+bahasa Inggeris -can meh?that one can like that meh?(boleh berbuat begitukah?)

4)Bahasa melayu+bahasa cina+bahasa Inggeris -eh boss,after makan ah,we'all go mabuk,want or not,on in a while only mah,taikah happy mah,ok.(pengurus,selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai,mahukah?sekali-sekala sahaja untuk bergembira.)

Posted by Yum Yum at 2:00 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: ROHAYU BT MOHAMAD (204029)

PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

1. Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. 2. Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana

penggunaannya adalah sebagai penyambung lidah antara bangsabangsa yang berlainan. 3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya. 4. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. 5. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. 6. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran Posted by Yum Yum at 2:00 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: NURUL NURLIA AKMAL AHMAD (206734)

GOLONGAN YANG BIASA MENGGUNAKAN BAHASA ROJAK

Ingin ditekankan di sini, isu bahasa rojak ini banyak dialami oleh golongan remaja khususnya. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Golongan ini sering

mengggunakan menggunakan bahasa rojak ketika mereka berbual bersama rakan dan keluarga.

Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja: I pergi shopping la hari ni.. Boring betul lah kuliah tadi tu, Aku tension betul dengan dia hari ni,

Selain itu,masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti remaja Cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara ini.

Satu contoh, belia dan remaja Cina rata-rata tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya dengan baik sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Buktinya,terdapat jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara mendapati tidak semua namun sebilangan kecil pelajar berusia 18 tahun tidak boleh berbahasa Melayu dengan sempurna langsung,-Felo Penyelidikan Utama,Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Profesor Dr Teo Kok Seong.

Namun masalah yang sama turut dialami oleh golongan dewasa,khususnya ibu bapa. Perbualan bersama anak-anak di rumah dan bersama rakan di tempat kerja juga turut diselitkan dengan penggunaan bahasa rojak. Contohnya:

Tak masuk office ke?

Ayah busy sikit,tak boleh jemput kamu,

Penggunaan bahasa rojak semakin menjadi isu yang hangat di negara ini. Diharapkan pelbagai pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bahasa yang kurang sihat ini.

Posted by Yum Yum at 1:59 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: KHAMIZAH BINTI ARIAS (204108)

KEBAIKAN BAHASA ROJAK

1. Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul. 2. Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini

menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. 3. Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar. 4. Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya. 5. Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india. 6. Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti Posted by Yum Yum at 12:12 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Siti Nurhedah Ahmad (207245)

KEBURUKAN BAHASA ROJAK

1.

negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik

2. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu. 3. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham. 4. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya. 5. Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang. 6. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Posted by Yum Yum at 12:12 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Zainarida Emilia bt Zaidi (198720) Wednesday, August 25, 2010

KESIMPULAN

Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan

bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahas
kemajuan ict merosakkan bahasa melayu

1.0 Pendahuluan Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. . Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada kesan-kesanyang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya kesan-kesan tersebut akan membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, kesan-kesan ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang kesan-kesan yang dihadapi oleh pencemaran penggunaan bahasa melayu berdasarkan ledakan ict di masa kini. 2.0 Ciri-ciri pencemaran bahasa melayu Terdapat beberapa ciri yang dapat diklasifikasikan untuk mengetahui ciri-ciri pencemaran bahasa melayu.

1. 2. 3.

Pengutamaan bahasa asing Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu Kesalahan ejaan

2.1 Pengutamaan bahasa asing Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana. Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agungagungkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan maruah bahasa melayu. Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. 2.2 Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa melayu Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah. Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya terikutikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan rasmi seperti

karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, ' x ' bagi maksod tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne ' bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq ' bagi maksod terima kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya. 2.3 kesalahan ejaan dan singkatan perkataan. Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak, misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undangundang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan.

Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.

Pengaruh Bahasa Dalam TMK


1.0 Pendahuluan Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara

elektronik. Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output. Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi

tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card). 1.1 Definisi Teknologi Maklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat(Information Technology) and atau IT dan Teknologi Technology) Maklumat atau ICT

dan Komunikasi(Information

Communication

merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat

menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudahcara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama, teknologi maklumat adalah untuk mengumpul

maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. 2.0 Pengaruh Bahasa Dalam TMK Pada masa ini, bidang berkaitan teknologi maklumat amat

penting. Ekoran daripada ledakan teknologi maklumat ini turut memberi kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu di Malayisa. Kita sedia maklum bahawa bahasa yang digunakan terhadap penggunaan TMK ialah bahasa

Inggeris. Keadaan ini memberi kesan terhadap bahasa Melayu dalam penggunaan teknologi maklumat. Penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam TMK menjadikan berlakunya kemerosotan fungsi dan keperluan terhadap bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan masyarakat terhadap bahasa sendiri. Penekanan terhadap TMK di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era TMK telah menunjukkan Bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama

ada mampukan Bahasa Melayu digunakan di dalam era TMK sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. 2.1 Peranan Bahasa Melayu Pada Era TMK TMK merupakan satu penemuan dan inovasi yang dicipta dari barat. Bagi mengembangkannya maka penggunaan bahasa Inggeris telah digunakan seluas-luasnya di seluruh dunia sehinggalah ke negara-negara yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi termasuklah untuk

Malaysia. Masyarakat

berbahasa

Melayu

perlu

mencari

kaedah

membolehkan bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan cabara baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak yang semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan-penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan munculnya bahasa-bahasa yang tidak mengikut hukum tatabahasa yang betul. Antara perkataan-perkataan baru yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu

ialah seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum),tipon (telefon), persal (meng apa), nko (engkau) dan lain-lain lagi. Hal inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah

komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira peraturan yang sedia ada. Nik Safiah Karim (1999) berpendapat apabila TMK dikembangkan dalam bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan perlulah disesuai dan diselarikan dengan bahasa-bahasa rasmi dan utama di negara-negara yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti di

Malaysia. Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting dalam TMK, namun perlu ada ruang bagi penggunaan bahasa Melayu mengikut keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam TMK sebenarnya tidak mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan utama negara Malaysia sebaliknya akan

memperkayakan lagi istilah tatabahasa Melayu sebagai bahasa TMK sehingga terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila TMK diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu, maka kita berpeluang untuk menjadikan dunia TMK tersebut dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (1999) juga berpendapat bahasa Melayu perlu diperlengkapkan dengan istilahistilah yang cukup dan memenuhi maksud yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Walaupun sudah terdapat Kamus Komputer yang diperkenalkan, namun bagi penutur-penutur bahasa Melayu lebih suka menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Pengguna-pengguna Melayu yang bertutur bahasa Melayu misalnya lebih suka menggunakan istilah mouse daripada menggunakan tetikus. Begitu juga dengan isitilah-istilah lain

seperti keyboard (papan

kekunci), download (muat

turun), upload(muat

naik), password (kata laluan) dan lain-lain. Keadaan ini terjadi akibat daripada sikap kita sendiri yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu juga mampu untuk digunakan dalam TMK. Dalam usaha untuk memastikan bahasa Melayu diterima dalam TMK, maka usaha-usaha perlulah dilakukan terutama dari segi pembinaan kosa kata, pembinaan laras dan pembinaan bahan. Bahasa Melayu akan dapat menangani bidang TMK jika terdapat istilah-istilah yang relevan dan tidak semestinya daripada ungkapan-ungkapan tulen bahasa Melayu. Istilah-istilah ini boleh terdiri dalam bentuk pinjaman daripada bahasa Inggeris tanpa membuat penyesuaian kepada sistem bunyi bahasa Melayu dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu konsep serta istilah bahasa Inggeris. Antaranya istilah-istilah seperti internet, e-mel,

multimedia, web, perisian, cakera padat dan sebagainya yang telah diguna dan diterima secara meluas dalam pelbagai bidang penulisan berbahasa

Melayu. Apa yang menjadi masalah ialah pengguna sendiri yang menganggap istilah-istilah dalam bahasa Melayu tersebut sesuatu yang ganjil dan pelik. Jadi mereka ini perlu diterapkan semangat patriotisme terhadap bahasa Melayu agar dapat menggunakannya dalam aktiviti TMK. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah-istilah seperti Bahagian Peristilahan, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu berusaha untuk menyediakan kosa kata yang cukup supaya bahasa Melayu dapat digunakan dalam bidang TMK seperti mana penggunaan bahasa Inggeris. Untuk menjayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa TMK maka semua pihak daripada pucuk pimpinan hinggalah kepada rakyat perlu bekerjasama

untuk menggunakan istilah-istilah TMK yang telah pun diterjemahkan oleh pihakpihak yang telah diamanahkan untuk mencipta istilah-istilah berbahasa Melayu dalam bidang TMK. 2.2 Melayu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) merupakan satu khidmat yang begitu popular di kalangan pengguna telefon terutamanya pengguna telefon Pengaruh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Terhadap Bahasa

bimbit. Peringkat awal kemunculannya komunikasi ini hanya melibatkan dua pihak sahaja dan hanya boleh dilihat melalui skrin telefon sahaja. Namun kini SMS yang dihantar kepada rangkaian-rangkaian televisyen telah dapat dibaca oleh seluruh penduduk melalui televisyen apabila televisyen memaparkan SMS berkenaan. Apa yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini ialah penggunaan bahasa yang tidak betul melalui SMS. Rata-rata bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Terdapat campur aduk antara bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa daerah dan dialek. Terdapat juga singkatan-singkatan join (boleh yang digunakan sewenang-wenangnya seperti leh

sertai), keta (kereta), camne (macam itu) lain-lain. Selain daripada

mana), pekaba (apa ,x itu nak (tidak terdapat Inggeris juga dan

khabar), sume (semua), pastu (selepas hendak), wat (buat), cian(kasihan) perkataan-perkataan yang dan

disingkatkan

bahasa

diMelayukan seperti lebiu (love you), opis(office), kol (call), tq (thank you) dan pelbagai lagi. Sebenarnya perkataan-perkatan ini bukanlah merupakan singkatan sebaliknya perkataan yang ejaannya telah diubahsuai sembarangan. Keadaan

ini sebenarnya tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa tetapi sebaliknya mengelirukan serta membantutkan proses inovasi bahasa yang positif. SMS yang merupakan alat penghubung di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan kod dan kini dikatakan merosakkan yang tidak

bahasa. Penggunaan

simbol,

singkatan-singkatan

sepatutnya terbawa-bawa dalam aktiviti rasmi sehingga dikatakan menjadi punca kemerosotan penguasaan bahasa Melayu terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat lainnya. Malah antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam PMR beberapa tahun kebelakangan dikatakan berpunca daripada budaya SMS dan sembang internet. Ramai calon

menggunakan singkatan-singkatan dalam esei seperti yang dilakukan ketika bersembang di internet dan SMS. Bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bahasa akibat budaya SMS dan sembang internet ini, maka guru-guru haruslah memberi penekanan kepada para pelajar agar tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Di samping itu guru-guru harus menitikberatkan kaedah penyampaian bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya daripada aspek

tatabahasa. Para guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam penggunaan bahasa Melayu yang teratur dan anggapan bahawa bahasa Melayu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius perlu dikikis di kalangan pelajar.

2.3

Pengaruh Bahasa Dalam Media

Media merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku sesebuah masyarakat. Perkembangan industri media kini sejajar dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi yang semakin canggih. Media merupakan sumber penyampai maklumat bagi memperolehi pengetahuan dan hiburan. Selain itu, media juga merupakan penyumbang penting terhadap corak kehidupan dan tingkah laku sosial anakanak muda masa kini. Jenis-jenis media ialah seperti saluran televisyen, internet, radio, suratkhabar, majalah, buku-buku dan sebagainya. Malaysia kini telah mempunyai pelbagai saluran televisyen yang dibekalkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta . Saluran-saluran ini pula berlumba-lumba menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang bertujuan menarik perhatian para penonton. Persaingan ini lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan kualiti dan mutu rancangan yang disiarkan. Hasilnya terdapat tayangan-tayangan yang melampaui batas-batas susila budaya rakyat Malaysia dan memberi pengaruh negatif terhadap golongan remaja dan bawah umur yang menonton. Penggunaan bahasa tidak sopan juga amat berleluasa dan seakan di pandang remeh oleh pihak stesen televisyen. Contohnya seperti rancangan Lu Pikir La Sendiri yang dikelolakan oleh pelawak muda tanah air iaitu Nabil mempunyai pengaruh bahasa tidak sopan yang amat ketara. Tajuk rancangan itu sendiri telah menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak sopan. Lebih menyedihkan apabila bahasa-bahasa yang digunakan menjadi ikutan ramai terutama golongan anak-anak sekolah. Di samping itu, filem-filem seperti KL Gengster, Kongsi, KL Drift dan beberapa lagi banyak menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan. Contohnya

perkataan seperti lu, gua, bro,beb sering diulang-ulang di dalam dialog sehingga naik jelak mendengarnya. Namun begitu, ungkapan-ungkapan inilah yang sering ditiru dan menjadi ikutan oleh para remaja apabila berinteraksi sesama mereka. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik disifatkan oleh Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot

kualitinya. Pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Antara contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Nama pembesar berkenaan kerap kali disebut dengan panggilan hormat yang dan betul pada sebutan pertama, tetapi panggilan berikutnya hanya

menggunakan nama peribadi beliau sahaja. Dalam masyarakat Melayu, ini bukanlah amalan yang wajar atau berbudaya kerana sebagai tanda hormat nama peribadi mereka tidak patut disebut, tetapi digantikan dengan kata ganti nama yang sesuai dengan taraf atau kedudukan mereka dalam status sosial masyarakat. Penggunaan kata ganti 'kita orang', 'korang', dan 'diorang' yang merujuk kepada ganti nama 'kami', 'kalian' dan 'mereka', yang kini meluas digunakan dalam drama terbitan stesen-stesen televisyen dilihat sebagai satu kesalahan yang mencemar dan merendahkan bahasa Melayu. Kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar. 3.0 Kesimpulan.

Bahasa

merupakan

alat

untuk

berhubung

antara

anggota

masyarakat. Komunikasi ini berlaku secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Masyarakat pengguna bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing iaitu bahasa

Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam pasaran antarabangsa. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan berleluasa. Usaha pelbagai pihak daripada semua peringkat masyarakat adalah perlu bagi memastikan kejayaan

dicapai. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan bahasa yang betul perlulah dipertingkatkan. Penggunaan bahasa yang bertepatan, sesuai dan betul akan memberi kesan dan makna yang mendalam untuk

menyampaikan sesuatu maksud semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Memahami apa yang disampaikan menjadikan individu yang di lawan cakapnya merasa dihargai dan gembira. Ini menandakan bahawa proses

komunikasi itu berjaya. Kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang memartabatkan kedaulatan bangsa dan menjaga tatasusila dalam budaya kehidupan yang dilalui.

Bibliografi Asmah Hj. Omar. 2002. Setia dan santun bahasa. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Perguruan Sultan Idris. Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). HBML4103 Sejarah perkembangan bahasa Melayu. Selangor darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim. (1999). Pemerkasaan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun abad ke-21. Kertas kerja dibentangkan di seminar bahasa Melayu dalam era siber pada 28 -30 September 1999 di Hotel Lagenda, Kuala Lumpur. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Teo Kok Seong. 1996. Penukaran kod dan bahasa: Satu fenomena kedwibahasaan.Pelita Bahasa.Halaman 41-43.

Zaidi Ismail. 2005. Pelita bahasa. Kuala Lumpur. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teori dan praktis. Shah Alam: Kharisma Publication Sdn. Bhd.
Posted by Abd. Karim at 02:53

Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah perlu langkah-langkah yang drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Antaranya ialah Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul. Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan