Anda di halaman 1dari 37

SUKAN REKREASI

Definisi dan Konsep Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan. Konsep sukan rekreasi Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Definisi sukan rekreasi 1. Rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. 2. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu. 3. Menurut kamus, rekreasi bermaksud kegiataan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melalukan aktiviti yang dapat menghiburkan hati. 4. Mengikut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang meliputi penggunaan persekitaran yang semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. 5. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi merupakan landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 6. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. 7. Konsep sukan rekreasi - Berasaskan aktiviti darat a. Lasak b. Alam - Berasaskan aktiviti air - Berasakan aktiviti dalaman - Campuran kedua aktiviti - Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. - Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. - Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakanrakan. - Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka. - Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. - Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. - Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. - Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. 8. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam - pembentukan personaliti - pembangunan insan - pembangunan Negara

- gaya hidup sihat - kepimpinan - kecerdasan - sosialisasi - pendidikan sepanjang hayat - dinamik kumpulan

Sukan dan Rekreasi


1.0 Pengenalan Sukan dan Rekreasi 1.1 Definisi Sukan dan Rekreasi Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembanganpengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masasenggang. Manakala, Hammerman et.al (1985) pula mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Knapp (1981), mendefinisikan sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane,

1.2 Konsep Sukan dan Rekreasi Sukan dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air; berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini

memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.

Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personality, pembangunan insane, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.

1.3 Kepentingan Sukan Rekreasi dalam Kurikulum Sekolah Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emsi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok. Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oelh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.

Konsep, definisi dan kepentingan sukan rekreasi


Konsep sukan rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Definisi. Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.

Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah. Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya. Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir

dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasam dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.

SUKAN MASSA

Sukan untuk Semua (Sukan Massa)


Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua? Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatupadu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia. Konsep Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup. Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya : sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain),

kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara). Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia-Pengenalan


Pengenalan Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan massa bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi. Sukan prestasi tinggi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian kecemerlangan atlet pada tahap tinggi. Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawab menyelaraskan pembangunan sukan prestasi tinggi.Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah.Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi

dan pengetahuan tentang sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil dari proses pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilainilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002). Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah formula atau model yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Mampukah seseorang guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Persoalan tentang bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru menguasai ilmu konten dan ilmu pedagogi yang mantap dalam bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pendekatan-pendekatan yang melibatkan penggabungjalinan ilmu konten dan ilmu pedagogi secara bersepadu dan bermakna. Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh direalisasikan sekiranya guru bermotivasi, kompiten dan komitmen terhadap bidang profesion keguruan yang diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauhmana murid belajar dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar (knowledge based of teaching) secara interaktif dan mendalam. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan guru dalam teraspengetahuan mengajar khususnya ilmu konten serta pelaksanaan pengajaran dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai peranan utama dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia. Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah (Shulman, 1987). Salah satu elemen teras pengetahuan mengajar ialah ilmu konten iaitu pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak di ajar. Christensen (1996) melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teras pengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh the National Council on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat dihasilkan apabila guru menggunakan elemenelemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannya ialah: a). Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai berdasarkan ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran. b). Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan pengetahuan dalam kurikulum sekolah, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.

c). Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukan dua waktu seminggu bagi pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah dan masa bagi kegiatan kokurikulum (bidang sukan) kepada pelajar. Pendidikan Jasmani adalah bidang ilmu yang mengabungjalinkan aspek-aspek pendidikan melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan. Matlamat Pendidikan Jasmani adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar melalui amalanamalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagai pendidikan sepanjang hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Berdasarkan matlamat tersebut, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran dan disesuaikan dengan tahap kematangan dan kebolehan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah bermakna dan berkesan dengan menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 25/1998 memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras dan perlu dilaksanakan seperti yang diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996. Pelaksanaan mata pelajaran tersebut hendaklah berlandaskan kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang terkandung di dalam Sukatan PelajaranPendidikan Jasmani melalui pergerakan fizikal. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1: Kecergasan, Tunjang 2: Kemahiran, dan Tunjang 3: Kesukanan. Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Guru yang mempunyai ilmu konten dalam tunjang ini perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagi komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, guru perlu menguasai ilmu konten dan kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan. Tunjang kedua iaitu Kemahiran adalah aktiviti-aktiviti belajar yang melibatkan pelajar melakukan pergerakan lakuan motor asas seperti kemahiran-kemahiran dalam permainan sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan rekreasi. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan cekap dalam melaksanakan kemahirankemahiran dalam permainan sukan, olahraga, gimnastik, pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tunjang Kesukanan menumpukan kepada pendidikan dan amalan pelajar berkaitan aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Bagi tunjang ini, guru perlu mempunyai ilmu konten yang dapat mengaitkan tunjang tersebut dengan bidang lain seperti perubatan, pentadbiran, ekonomi, agama dan politik.

Tajuk 3 : Kepentingan PJ
TAJUK 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

SINOPSIS Tajuk dalam modul ini mendedahkan pelajar terhadap kepentingan Pendidikan Jasmani (PJ) kepada semua peringkat usia yang melibatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, perkembangan emosi dan perkembangan sosial. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengetahui kepentingan PJ. 2. Pelajar mampu menghuraikan kepentingan PJ daripada aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, emosi dan sosial. 3. Pelajar mampu mewujudkan kesepaduan bagi semua aspek berasaskan tiga domain utama dalam PJ iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. KERANGKA TAJUK-TAJUK Kepentingan Dari Segi Kecergasan Fizikal (Psikomotor) Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal. Psikomotor Afektif Kognitif Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang

hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan se panjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka dalam:i. Meningkatkan daya tahan otot ii. Menguatkan sistem kardiovaskular iii. Mengelakan kecederaan iv. Meningkatkan kekuatan badan v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor x. Membantu pengembangan diri individu xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran. Senaman sebagai rutin harian secara berterusan Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat. Kepentingan Emosi Meningkatkan minat untuk bersukan Menghilangkan stress dan tekanan Menimbulkan perasaan gembira Mengawal emosi Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi Boleh membuat keputusan dengan bijak Boleh memupuk perasaan sabar Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya Boleh memahami perasaan orang lain Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal Matlamat aktiviti fizikal dalam PJ adalah untuk membina masyarakat PJ membantu perkembangan diri individu Memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi. PJ dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan. PJ mendatangkan keseronokan dan kepuasan. PJ merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang hayat. Kepentingan Intelektual

Membentuk daya pemikiran yang positif Melahirkan modal insan yang celik akal Menyihatkan kesihatan otak Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat Dapat membentuk idea-idea yang bernas Dapat berfikir dengan waras Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir Kepentingan Persekitaran Sosial Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan guru dengan pelajar sentiasa baik Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain Mewujudkan komunikasi yang positif Meningkatkan kualiti hidup Mewujudkan persekitaran yang sihat Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi Menggalakan gaya hidup sihat Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan Membantu membina hubungan yang sihat Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.

Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup. Kepentingan PJ dari segi Afektif Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal. Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi. Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara (vii) Bersikap positif Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) Menepati masa (ii) Bersopan santun

(iii) Peka terhadap masalah pelajar (iv) Sentiasa berobjektif (v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran (vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar SOALAN 3 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat dari bahan bacaan berkenaan : 1. Kepentingan Pendidikan Jasmani, 2. Kepentingan Pendidikan Jasmani daripada aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. P/s :: kalau nak hurai kepentingan PJ dari segi point2 ni pun boleh.. 1. Kecergasan 2. Kemahiran 3. Kesukanan 4. Nilai 5. Aplikasi -hurai la apa yang murid dapat dalam kelima point diatas, kaitan dengan FPK

PENGENALAN Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005) Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani

1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani Kognitif Afektif Psikomotor Amalan berfikir Proses penerokaan Inkuiri penemuan Penyelesaian masalah Sikap ingin tahu Proses imaginasi Permikiran kreatif Permikiran kritis Konsep kendiri Permahaman kendiri Penghargaan kendiri Kawalan kendiri Emosi Kecergasan Kekuatan otot Daya tahan otot Pengamatan motor Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan

individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani

adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF Falsafah Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi. Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik: Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas. Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti. Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan. Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi penerangan. Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat. Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran. Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.

Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya. Matlamat dan Objektif Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut: 1. Memahami apa yang hendak dilakukan. 2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah. 3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani. 4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat. 6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu: . Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum,1999) Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut: 1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan 6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999) Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular. Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden. Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika

di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten. Zaman Neolitik Revolusi Pertanian

Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagai agrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup sedentari akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka. Tamadun Kuno China dan India

Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.

Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan. Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang

hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar. Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan. Timur Tengah

Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.

Zaman Greek Athens

Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip demokrasi. Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali Palaestras, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di Palaestras merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat. Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe. 1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu: 1) Zaman sebelum penjajahan British 2) Zaman pemerintahan British 3) Sebelum merdeka 4) Selepas merdeka

Zaman Sebelum Penjajahan British Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas. Zaman Pemerintahan British Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga syarikatsyarikat Inggeris. Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa. Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003) Zaman Sebelum Merdeka Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford. Zaman Selepas Merdeka

Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003) Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah. 1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Terbahagi kepada 2 komponen iaitu : sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia sains dalam tubuh badan manusia Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia

Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia. Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam

Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system Sel Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar Tisu Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza Organ Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan Sistem Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain

Sistem Rangka Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan

Badan kita mempunyai 206 tulang Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium

Sistem Otot Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada : - isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak cth : menolak dinding - isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell Sistem Saraf Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia System ini menerima dan menghantar mesej System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara : - Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan - Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari. cth : bernafas Sistem Respiratori Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan Pernafasan luar/ eksternal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar Pernafasan dalaman/ internal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan

karbon dioksida Sistem Kardiovaskular Dikenali sebagai system peredaran darah Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung. Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung Sistem Pencernaan Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil Sistem Pembiakan Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong. - Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon - Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin, uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari - ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron ) Senaman Dan Latihan

Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otototot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum Kesan Senaman Dan Latihan Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan. Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat. Contoh : peningkatan kadar nadi

Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu : - Jangka pendek - Jangka panjang Kesan Jangka Pendek Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam darah Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume ) Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga Kesan Jangka Panjang Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular

Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia

Pusat Graviti Dan Kerja. Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan. Contoh:Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama. Aerodinamik Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara. Contoh:Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik. Tenaga Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri. Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) Tenaga putaran. Tenaga Potensi Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya tenaga yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu.

Tenaga Putaran Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal. Kestabilan Kestabilan terbahagi kepada dua : 1. Statik 2. Dinamik Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang. Geseran Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil. Hukum Newton Terbahagi kepada tiga: 1. Hukum inersia 2. Hukum pecutan 3. Hukum aksi-reaksi Hukum Inersia Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin

atau objek lain. Hukum Pecutan Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan. Hukum Aksi-Reaksi Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan. Gerakan Gerakan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Gerakan linear. 2. Gerakan putaran. Gerakan Linear Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari. Gerakan Putaran Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan. Sistem Tuas Sistem tuas terbahagi kepada tiga: 1. Tuas kelas pertama. 2. Tuas kelas kedua. 3. Tuas kelas ketiga. Tuas kelas pertama Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.

Tuas kelas kedua Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum. Tuas kelas ketiga. Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum. Contohnya ; ketika menolak bola hoki.