Anda di halaman 1dari 2

Peranan guru amat penting untuk menangani cabaran-cabran pendidikan globalisasi masa kini.

Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Seseorang guru juga boleh mengawal proses pembelajaran atas talian dengan sentiasa peka dengan perkembangan perisian terkini yang boleh memudahkan cara penyusunan nota yang ingin di 'upload'. Bahan atau sumber yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah nota-nota yang berkaitan sebelum tajuk tersebut diajar supaya pelajar dapat membaca dan meng'explore' sendiri perisian yang ingin dipelajari. Pautan-pautan yang berkaitan perlu juga dimasukkan untuk pelajar membuat rujukan. Guru menunjukkan bahan bantu belajar yang menarik seperti simulasi berkomputer, gambar animasi, model yang menarik, bahan atau gambar yang diakses daripada Internet. Guru perlu banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, video,cakera padat, lawatan, kerja lapangan atau apa-apa sahaja teknologi sesuai untuk perkembangan minda pelajar. Penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) banyak membantu kerana guru boleh menyediakan atau mendapatkan berbagai bahan P & P terbaru dan mengubahnya untuk disesuaikan dengan nilai dan minda pelajar. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar ini. Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai muridmuridnya dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai. Bahan atau sumber yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian ialah nota-nota yang berkaitan sebelum tajuk tersebut diajar supaya pelajar dapat membaca dan meng'explore' sendiri perisian yang ingin dipelajari. Pautan-pautan yang berkaitan perlu juga dimasukkan untuk pelajar membuat rujukan.

Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan.