Anda di halaman 1dari 5

http://www.scribd.com/doc/22393069/KEPENTINGAN-PERLEMBAGAAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan.

Pertama taraf, maksudnya ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai citacita mestilah mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan keutuhan sesebuah negara. Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihakpihak yang sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan menjdi terlalu tegang atau huruhara kerana rakyat di negara itu diwajibkan menurut apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah. Ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seorang rakyat, mereka tidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka dengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya. Jadi, dengan adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah negara yang kuat dan berpanjangan. Keempat, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar

kacir di mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara. Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa. Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran pemimpin juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpinpemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud rakyat. Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Ia juga menjamin sesebuah negara agar mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar, perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dapat menghasilkan standard yang dikehendaki rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk menyatakan bahawa salah satu tujuan perlembagaan adalh untuk menstabilkan negara. RUJUKAN Bottomore,T., 1983. Sosiologi Politik, (terjemahan Hussain Mohamed). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Feith, H., 1999. Rejim Tirani di Asia, Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramanathan, K., 1999. Asas Sains Politik edisi ke-9. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Marican, Y. Mansoor (ed.,) 1982. Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abas, 1979. Mengenal Undang-undang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pickles, D. M., 1984. Pengantar Ilmu Politik, (terjemahan Hussain Mohamed). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/kepentingan-perlembagaan-dalam-konteks.html

Kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang boleh dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan kepada rakyat secara khususnya. Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna

seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara. Perkara ini telah termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan boleh menjamin keselamatan dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara. Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan negara lain. Seseorang itu juga diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kepentingaan Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan kesejahteraan negara. Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasukiMalaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang, bebas menganut dan mengamal agama masing-masing, boleh mengajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta berhak memiliki harta. Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu menitik beratkan soal keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara ini. Seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menyerahkan kuasanya dalam beberapa bidang kepada kerajaan pusat seperti pendidikan dan kesihatan. Kesan daripada penyerahan kuasa ini ialah pembangunan yang sangat pesat dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan seperti kesihatan, pos, telekom dan polis. Di sini, perkongsian budaya telah wujud dan mengeratkan perasaan

kekitaan dan persefahaman. Selain itu, usaha ke arah mewujudkan integrasi nasional telah menampakkan hasil dan dapat mempercepatkan lagi proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan berdaulat. Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah merima sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang dilaksanakan sebelum itu. Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tapa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia. Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai