Anda di halaman 1dari 1

Beliau adalah Pengarah Program bagi Syarikat Eklass Emass Resources dan bekerja dalam kumpulan (teamwork) bagi

menjayakan servis yang dijanjikan kepada pelanggan. Beliau mempunyai skill komunikasi yang efektif dan cemerlang dalam skil interpersonal. Syarikat beliau menawarkan pelbagai servis terutamanya kepada kepada mana-mana organisasi yang memerlukan motivasi, kemahiran komunikasi, inovasi dalam meningkatkan peningkatan prestasi syarikat.

Beliau adalalah Penyelaras Pusat Pembangunan Perniagaan, Keusahawanan dan Pengurusan Risiko (CBER), merangkap Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga merealisasikan teori akademik beliau selaku Penasihat Akademik Fiftyone Training and Consultancy Sdn. Bhd. Dalam Program Muah! Beliau akan memberi pandangan Business Pitch dari sudut akademik.

Ketua Pegawai Eksekutif Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd ini memulakan perniagaan sejak kecil lagi. Kejayaan beliau bermula mengambil tindakan drastik memperkenalkan komputer riba jenama sendiri, Natsys dan membekalkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). Pada tahun 2010, beliau ditawarkan oleh MDeC untuk membina perisian Bahasa Inggeris Morrieland . Beliau memperkenalkan Morrieland pada Oktober 2011 dan sehingga kini, lebih 1,500 pelanggan mendaftar dengan pelbagai aplikasi menarik.

Beliau adalah seorang Pegawai Mara Daerah Barat Daya yang baru sahaja bertugas Balik Pulau. Sebelum ini beliau berkhidmat di Institut Kemahiran Negara Sungai Petani, Pejabat MARA negeri Kedah, Pejabat MARA Bandar Baru Kedah dan Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. 8 tahun dalam dunia keusahawanan menyaksikan pelbagai gaya pitching yang berbeza dari usahawan yang memohon pinjaman, pembiyaan dan sewaan premis dari pihak MARA. Beliau akan mendedahkan kelemahan-kelemahan gaya pitching yang tidak sesuai.

Usahawan muda yang berusia 22 tahun ini menjawat jawatan selaku Timbalan Presiden Bagi KOPERASI SISWA USM PULAU PINANG BERHAD (KOSISWA) dan juga merangkap Presiden Kelab Keusahawanan USM. Beliau terlibat dengan pelbagai perniagaan, kini telah mempunyai syarikat sendiri yang di beri nama PIQAPEN ENTERPRISE iaitu perkhidmatan kereta sewa dan bakal membuka kiosk Makanan & Minuman di hadapan Dewan Kuliah U.

Anda mungkin juga menyukai