Anda di halaman 1dari 13

MANUAL PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AKADEMIK MURID BAGI PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA
PENGGUNA : GURU KELAS

1. PENDAHULUAN Modul Pengemaskinian Maklumat Akademik Murid bagi Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini digunakan untuk mengemaskini maklumat akademik murid yang membuat permohonan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran.

2. TUJUAN PANDUAN Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan membantu guru kelas membuat permohonan muridmurid beliau ke Sekolah Berasrama dan Sekolah Kawalan melalui Aplikasi Permohonan ini.

3. CAPAIAN SISTEM Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Pautan Aplikasi Permohonan ini diletakkan pada Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia

4. PANDUAN PENGGUNA 4.1. Menu Utama 4.1.1. Muka Depan

Arahan : Guru Kelas memasukkan Id dan Katalaluan seperti yang telah didaftarkan untuk Aplikasi Pangkalan Data Murid. 4.1.2. Paparan Guru Kelas

Arahan : Klik pada pautan Sekolah Kawalan dan senarai murid akan dipaparkan.

Bagi membuat pengemaskinian akademik murid, cari nama murid dan klik pautan akademik pada baris nama murid.

a) Paparan Maklumat Akademik

Arahan : Masukkan maklumat akademik yang diperlukan dan klik butang serah.

Guru Kelas juga boleh melihat maklumat-maklumat yang telah diisi oleh pemohon/murid dengan memilih tab-tab yang disediakan seperti di bawah. b) Paparan Pilihan Jenis Sekolah

c) Paparan Maklumat Kokurikulum

d) Paparan Maklumat Ibubapa/Penjaga

e) Paparan Maklumat Tambahan

4.2

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Bagi membuat permohonan untuk murid, cari nama murid dan klik pautan Permohonan Baru pada baris nama murid.

4.2.1

Paparan Permohonan

Arahan : Klik pada Butang Permohonan Baru bagi membuat permohonan. Terdapat 5 segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon : a) Paparan Pilihan Jenis Sekolah

b) Paparan Maklumat Diri

c) Paparan Maklumat Kokurikulum

d) Paparan Maklumat Ibubapa/Penjaga

e) Paparan Maklumat Tambahan 1. Bagi Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh, terdapat 1 segmen maklumat tambahan yang perlu diisi.

4.2.2

Paparan Butiran Permohonan Paparan ini memaparkan butiran yang telah dimasukkan oleh Guru Kelas bagi tujuan semakan.

Arahan: Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik pada pautan di setiap segmen. Namun sekiranya tiada sebarang pengemaskinian, klik pada butang serah dokuman untuk mencetak permohonan dan

pastikan cetakan permohonan mendapat tandatangan pengakuan dari ibubapa/ penjaga terlebih dahulu sebelum menyerahkannya untuk pengesahan oleh Guru Besar/ Pengetua / PK2.

PERHATIAN : a) Sila Semak Dengan Teliti Maklumat Yang Telah Dimasukkan b) Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat

4.2.3

Status Permohonan Paparan di bawah menunjukkan maklumat bagi setiap segmentasi telah diisi dan kemaskini boleh dilakukan dengan memilih segmentasi yang perlu dikemaskini.

Anda mungkin juga menyukai