Anda di halaman 1dari 2

Penyakit Jangkitan Seks...

Pengenalan Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan. Penyakit ini boleh berjangkit melalui cara berikut : 1. hubungan seks yang tidak selamat dan tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. hal ini termasuklah melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan serta tidak menggunakan pelindung. 2. ciuman 3. menyentuh kawasan yang dijangkiti 4. berkongsi jarum suntikan Terdapat beberapa tanda dan gejala yang dapat dilihat sekiranya menghidap penyakit jangkitan seks ini, antaranya: Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing Sakit semasa kencing Ulser di mulut atau alat kelamin Gatal pada kawasan kemaluan Sakit di bahagian bawah abdomen Bengkak pada pangkal peha Kulit yang berkutil atau berketuat

Namun demikian perlu diingat, tidak semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh penyakit jangkitan seks (contohnya : jangkitan kulat candidiasis di vagina). Berikut merupakan beberapa jenis penyakit berjangkit yang berkaitan dengan seks, contohnya: Human Immunoficiency virus/Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS) Chylamydia Gonorea Herpes Genital Sifilis Ketuat Genitil pediculosis pubis (lice atau kutu di kawasan seksual) hepatitis Human Papiloma Viruses (HPVs)

Condylomata Accuminata Molluscum Conagiosum Uretius

Rawatan dari jangkitan Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat. Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya. STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses. Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan. Kesan dan Akibat Jangkitan penyakit seks ini. Penyakit Radangan Pelvik (PID) Kemandulan Kandungan di luar rahim kanser serviks Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir Kematian, contohnya : AIDS