Anda di halaman 1dari 2

FONG LEE SAN

PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM Menurut konsep perguruan dalam islam, pendidik atau guru merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai: a) Al-mu'allim menyampaikan ilmu yang benar b) Al-murabbi menjayakan proses tarbiah c) Al-mu'addi mengajarkan adab dan budi pekerti d) Al-mursyid membentuk kepimpinan insan e) Al-mudarris menitipkan pelajaran dan kemahiran f) Qdwatun hasanah beri contoh yang baik Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana guru bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. Wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah. Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apa lagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan. Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan. Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeng tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.

FONG LEE SAN

PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi. Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada terhadap kebajikan kebajikan fizikal anak-anak, anak sementara mereka. guru Mereka

bertanggungjawab

kerohanian

menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan

meninggalkan guru mereka.

PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF AGAMA SIKH Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh. Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh kerana guru dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai