Anda di halaman 1dari 2

Cara2 mengatasi kebuluran

Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini melancarkan Tabung Krisis Kebuluran Somalia (SEA) bagi membantu penduduk Somalia, Kenya dan Habsyah yang kini berdepan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun. Presiden IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kemusnahan yang berlaku di tiga negara dengan populasi kira-kira 10 juta itu turut meliputi kemusnahan tanaman dan ternakan. Oleh itu, IRM selaku wakil rasmi bagi Islam Relief Worldwide, United Kingdom melancarkan tabung ini bagi membantu memenuhi keperluan harian di tiga negara tersebut seperti makanan dan bekalan ubat-ubatan yang kini semakin berkurangan ekoran bencana tersebut. Setakat ini, kami telah menerima sumbangan sebanyak RM24,000 daripada orang ramai dan diharap sumbangan itu akan bertambah dari semasa ke semasa selepas pelancaran tabung ini, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan tabung tersebut di pejabat IRM di sini hari ini. Menurut beliau, pihaknya menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya RM3 juta menjelang Aidilfitri ini agar ia dapat disalurkan segera kepada ketiga-tiga negara berkenaan. Dana tersebut kemudiannya akan diberikan kepada Islam Relief Worldwide, United Kingdom untuk disalurkan kepada penduduk di negara berkenaan. Antara bantuan yang akan diberikan hasil daripada kutipan tabung tersebut adalah bekalan makanan, air bersih, makanan kecemasan, klinik kesihatan bergerak dan pembinaan projek air di Puntland, Somalia, katanya. Zairulshahfuddin berkata, selain membantu mangsa kemarau di tiga negara itu, pihaknya turut membantu golongan yang memerlukan di negara ini. Kami di IRM sentiasa membantu golongan miskin, kurang upaya dan anak yatim untuk memastikan mereka boleh menikmati kehidupan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi pada Ramadan ini dan juga Aidilfitri yang bakal tiba. Pada tahun ini kami menyasarkan untuk membantu 5,000 keluarga miskin di seluruh negara, katanya. Jelas Zairulshahfuddin lagi, mereka yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun 562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 bagi CIMB. Sementara itu, maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan itu boleh didapati dengan menghubungi IRM di talian 03-89486334 atau e-mel ke info@irmblog.org. sumber: Utusan Malaysia Online

World Vision adalah sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang membantu membasmi kemiskinan dan memperjuangkan keadilan untuk komuniti yang kurang upaya, tanpa mengira bangsa dan agama terutamanya bagi kanak-kanak. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Renca na_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2MfxtA6Td Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai