Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN Alhamdulillah, Maha suci bagi Allah Subhanahu wa Taala dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan

tugasan ini dengan lancar. Tugasan yang bertajuk HASRAT PENDIDIKAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) ini menghuraikan dengan lebih lanjut hasrat pendidikan negara. Sejarah pendidikan di negara bermula sebelum kedatangan British lagi. Ketika itu sistem pendidikan melayu hanyalah sistem pondok semata mata. Pelajaran al-Quran dan fardhu ain diajarkan kepada anak anak sebagai bekalan mereka di dunia dan di akhirat. Selepas tanah melayu melalui sistem pendidikan secara pondok, sekolah vernakular pula diperkenalkan oleh kerajaan British. Ketika itu hanya Sekolah Vernakular Melayu sahaja yang ada. Pada 1815, Kelas Vernakular Cina didirikan di Melaka oleh Persatuan Muballigh London. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan negara disusun semula. Ketika itu muncullah Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 sehinggalah lahirnya Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan laporan Rahman talib 1960. Kedua dua laporan ini menitikberatkan pendidikan untuk perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Pada tahun 1996 Falsafah Pendidikan Negara telah disemak dan dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diatas, tugasan ini akan menghuraikan lagi hasrat pendidikan yang tersurat dan tersirat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Semoga usaha ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih lanjut mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini seterusnya mengaplikasikannya di dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

MOHAMMAD IBRAHIM BIN MD. KHALIS PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN (UPSI-JAIP) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ISI KANDUNGAN Pendahuluan Isi kandungan HASRAT PENDIDIKAN YANG TERSURAT DI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. 2. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis 3. Melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada tuhan 4. Melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan 5. Melahirkan warga Malaysia yang berakhlak mulia 6. Melahirkan warga Malaysia yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. 7. Melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. 8. Melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masrakat, dan negara. HASRAT PENDIDIKAN YANG TERSIRAT DI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 1. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan. 2. Menanamkan sifat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia. 3. Melahirkan pemimpin masa depan yang bertanggungjawab, amanah, dan cekap. 4. Mengurangkan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum. 5. Melahirkan semangat patriotik individu kepada negaranya. 6. Melahirkan individu yang mampu memberikan seumbangan kepada dunia sejagat. RUJUKAN 5 6 6 6 6 6 1 1 2 2 3 3 4 4

Anda mungkin juga menyukai