Anda di halaman 1dari 9

Syed Othman A Alkaff

HADIS 40 UNTUK REMAJA


Hadis
Hadis 5 : Bidah Dalam Urusan Agama

HADIS 5 BIDAH DALAM URUSAN AGAMA 1. Hadis

) ( 4 : { } } : . {.
2. Erti Hadis Daripada Ummi Al-Muminin, Ummi Abdillah iaitu Aisyah R.anha, dia berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Barangsiapa mereka-reka itu _________________________________________________________________________ 2

dalam urusan (Agama) kita. 1) Ini sesuatu yang bukan daripadanya, maka itu tertolak. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim; dan dalam riwayat yang lain bagi Muslim menerangkan: Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang bukan perintah (Agama) kita, maka ia tertolak.

1) (Mereka-reka dalam urusan (agama) kita) maksudnya mereka-reka sesuatu yang bukan daripada perintah agama mengenai amal ibadat, maka rekaan-rekaan itu dinamakan bidah dan ianya tidak boleh diterima bahkan wajib menghapuskannya. Ada pun mengenai urusan kehidupan dunia yang tidak mengenai soal-soal ibadat dan syariat Allah, maka tidaklah mengapa bahkan terserahlah kepada kita mengatur urusan hidup kita dengan sebaikbaiknya asalkan jangan melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh agama kita.

3.

Kepentingan Hadis 5

Hadis ini merupakan salah satu daripada asas yang penting di dalam Islam. Sepertimana hadis 'semua amalan adalah dengan niat' merupakan neraca kepada setiap amalan manusia pada batin, di mana setiap amalan yang tidak bermatlamatkan keredhaan Allah s.w.t, maka pembuatnya tidak akan diberi pahala. Begitu juga dengan hadis ini, ia merupakan neraca kepada amalan-amalan zahir, di mana semua pekerjaan yang bukan dari suruhan Allah s.W.t dan RasulNya, maka ia adalah ditolak. Setiap orang yang mengada-adakan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya di dalam urusan agama, maka ia bukanlah daripada agama ini. Imam Nawawi rahimahullah pernah berkata: "Hadis ini sewajarnya dihafal dan dijadikan hujah bagi menghapuskan kemungkaran." Ibnu Rajar al-Haitami pula berkata: "Hadis ini merupakan salah satu kaedah yang terdapat di dalam Islam clan manfaatnya amat luas dipandang dari sudut 'mantuuq' (kefahaman yang dapat difahami secara langsung daripada lafaznya) kerana ia adalah muqaddimah umum bagi setiap dalil yang digunakan untuk menerbitkan hukum syarak." 4. Kandungan Hadis 5

i. Islam ialah mengikut bukannya rekaan Rasulullah s.a.w telah memelihara Islam daripada keterlanjuran para pelampau dan penyelewengan ahli batil melalui hadis ini yang dikatogerikan sebagai satu ungkapan yang ringkas tetapi mengandungi makna yang padat. Hadis ini bersumberkan banyak ayat al-Quran yang telah menjadi nas bahawa kemenangan dan kejayaan itu adalah dengan mengikut petunjuk Rasululllah s.a.w tanpa menambah dan mengubahnya. Seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Aali_________________________________________________________________________ 3

'Imraan ayat 31:


Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu."
Firman-Nya lagi dalam Surah Al-Anaam ayat 153:

Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain (dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) menceraiberaikan kamu dari jalan Allah."
Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda di dalam khutbah Baginda, antara:

"
Ertinya: "... Sesungguhnya sebaik-baik bicara ialah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad s.a.w, seburuk-buruk perkara ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat." Terdapat penambahan di dalam riwayat al-Baihaqi:

" "
"Dan setiap kesesatan itu di dalam neraka (tempatnya)." ii. Amalan yang ditolak Hadis ini merupakan nas yang jelas yang menolak setiap amalan yang tidak berdasarkan kepada syarak. Lafaznya jelas menunjukkan bahawa setiap amalan hendaklah bersandarkan kepada hukum-hukum syariat dan berhukum dengannya. Contohnya ialah perbuatan mukallaf, ia mestilah mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah Rasululah s.a.w sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Adalah suatu kesesatan yang nyata, sekiranya amalan itu terkeluar daripada ruang lingkup hukum-hukum syariat dan tidak terikat dengannya. Begitu juga apabila amalan menjadi hakim kepada syariat dan bukan lagi menjadi perkara yang dihukum oleh syariat. Ketika itu, menjadi kewajipan setiap muslim untuk _________________________________________________________________________ 4

menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan amalan yang batil clan ditolak. Amalan terbahagi kepada dua: Ibadat dan mu'amalat. (a) Ibadat: Sesuatu ibadat yang terkeluar dari ruang lingkup hukum Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w secara keseluruhan, maka ia adalah ditolak dan termasuk di dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Asy-Syura ayat 21:

" "
Maksudnya: Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan -manamana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?"
Contohnya ialah seorang yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah s.w.t) dengan mendengar nyanyian, menari, melihat wajah perempuan, mendedahkan kepala ketika bukan berihram ataupun yang seumpamanya yang merupakan ibadat buatan manusia dan kegilaan zaman kini. Mereka inlah di antara orang-orang yang Allah s.w.t butakan mata hati mereka daripada mengikut jalan yang benar, lalu mereka mengikut jalan-jalan syaitan. Mereka mendakwa, mereka bertaqarrub kepada Allah s.w.t dengan buah fikiran dan kesesatan yang mereka ada-adakan. Sedangkan keadaan mereka berdasarkan kepada kesesatan yang dilakukan itu adalah sama seperti Arab musyrikin yang telah mencipta ibadat dan qurbah (amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah) yang tidak diizinkan oleh Allah. Allah s.w.t menjelaskan keadaan mereka dalam Surah Al-Anfaal ayat 35:


Maksudnya:"Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan."
Sebahagian mereka menyangka bahawa sesuatu yang menjadi qurbah dalam sesuatu ibadat, maka ia akan menjadi qurbah pada perkara lain. Misalnya, seorang lelaki telah bernazar pada zaman Rasulullah s.a.w, bahawa dia akan berdiri di tengah panas matahari, tidak akan duduk, tidak akan berteduh sambil dia berpuasa. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh lelaki itu dengan sabda baginda:


Ertinya:"Hendaklah dia duduk, mencari tempat berteduh dan meneruskan puasanya." Di dalam kitab-kitab fikah terdapat penjelasan terhadap hukum-hukum ibadat di dalam Islam. Begitu juga terhadap perkara yang ditolak dan membatalkan sesuatu ibadah apabila berlaku penambahan atau pengurangan dari perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. _________________________________________________________________________ 5

(b) Mu'amalat: Contohnya ialah segala jenis aqad dan fasakh (pembatalan aqad). Sekiranya berlawanan dengan syarak secara keseluruhan, maka ia adalah batil dan ditolak. Dalilnya ialah peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Seorang lelaki datang menemui baginda meminta agar ditukarkan hukum hudud kesalahan zina yang telah ditentukan kepada tebusan dengan harta clan perhiasan. Ketika itu juga Nabi s.a.w menolak dan membatalkan permintaan lelaki tersebut. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang berkata; antaranya:

... ....": ...... ! ": "


Ertinya: "Anak lelakiku telah menganiayai si anu di mana dia telah berzina dengan isterinya. Maka bolehkah aku menebusinya dengan seratus ekor kambing biri-biri dan seorang hamba? Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Seratus ekor biri-biri dan seorang hamba, kembali kepada kamu dan anak kamu wajib dirotan dengan seratus kali sebatan dan dibuang negeri setahun." Begitu juga hukumnya semua aqad yang ditegah oleh syarak atau dua orang yang beraqad dan meninggalkan salah satu daripada rukun atau salah satu syaratnya, maka ia adalah aqad yang batil dan ditolak. Penjelasan yang mendalam tentang perkara ini terdapat di dalam kitab-kitab fikah. iii. Amalan yang diterima Di sana terdapat amalan baru (tidak terdapat di zaman Rasulullah) yang tidak bertentangan dengan hukum syarak. Bahkan terdapat dalil dan kaedah syarak yang menyokongnya. Amalan ini tidak ditolak malah diterima dan dipuji. Para sahabat banyak melakukannya dan mereka mengharuskannya. Mereka juga telah bersepakat menerimanya. Contoh yang jelas ialah masalah menghimpun alQuran di dalam satu mashaf di zaman Abu Bakar r.a.. Menyalin beberapa naskhah daripadanya dan menghantarnya keluar negeri beserta qari di zaman Uthman Al-'Affan r.a.. Begitu juga dengan penulisan ilmu-ilmu nahu, faraidh, matematik, tafsir, perbahasan tentang sanad-sanad dan matan hadis dan lain-lain lagi yang terdiri daripada ilmu dalam bentuk teori yang digunakan sebagai sumber asasi kepada penggubalan undang-undang, ataupun ilmu dalam bentuk kajian dan pengalaman yang bermanfaat untuk kegunaan manusia di dalam kehidupan mereka _________________________________________________________________________ 6

seharian dan boleh membawa kepada penyediaan kekuatan dan memakmurkan dunia, melaksanakan syariat Allah dan berhukum dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah s.w.t. iv. Bidaah yang dikeji dan yang terpuji Selepas perbincangan tentang amalan yang ditolak clan amalan yang diterima, sekarang kita sampai kepada natijah yang jelas dan pemutus, iaitu: Sesetengah amalan yang diada-adakan yang berlawanan dengan syariat Allah ialah bidaah yang buruk lagi sesat dan sesetengah amalan yang diadakan yang tidak bercanggah dengan syarak bahkan ia menepati syarak adalah amalan yang diterima. Amalan yang diterima ini pula, ada di antaranya yang sunat dan ada yang fardhu kifayah. Dari sini Imam Syafi'i berkata: "Apa yang diada-adakan dan menyanggahi alQuran, sunnah, ijmak atau athar, maka ia adalah bidaah yang sesat. Manakala perkara baru yang baik yang diwujudkan dan tidak menyanggahi semua itu, maka ia adalah bidaah yang terpuji." Bidaah yang buruk kadang-kala boleh menjadi makruh dan kadangkala boleh menjadi haram kerana mudarat, fasad (kerosakan) dan menyimpang daripada tujuan (maqasid) Islam dan keperluannya. Kadangkala ia membawa seseorang kepada kufur, menyeleweng dan sesat seperti menganggotai dan memberi wala' kepada pertubuhan dan jamaah yang mengingkari wahyu atau mengingkari syariat Allah, menyeru kepada berhukum dengan undang-undang buatan manusia serta menganggap berhukum dengan syariat Allah sebagai mundur dan lemah. Juga seperti menganggotai dan memberi wala' kepada jamaah yang mendakwa (bahawa mereka adalah jamaah) tasauf yang mengharuskan bermudah-mudah terhadap perintah-perintah syarak dan tidak menghiraukan apa yang dihalal dan diharamkan oleh Allah, ataupun jamaah yang mengangkat slogan 'wahdatul wujud wal-hulul' clan sebagainya daripada keadaan dan kata-kata yang sesat lagi kufur. Antara bidaah buruk yang berlaku di kalangan manusia umum ialah mengagungkan benda-benda tertentu dan mengambil berkat serta beriktiqad bahawa ia boleh memberi manfaat seperti mengagungkan perigi, pokok dan kubur. Satu riwayat yang sahih riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Waqid Al-Laitsi telah menceritakan bahawa para sahabat telah melintasi sebatang pokok bidara sebelum sampai ke Hunain di mana orang-orang musyrikin telah mengagungkannya dan menyandarkan senjata mereka pada pokok tersebut. Maka berkatalah para sahabat: "Jadikanlah bagi kami tempat sandaran senjata sebagaimana yang mereka miliki." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

" ! : "
_________________________________________________________________________ 7

Ertinya: "Maha Suci Allah!, Ini adalah sebagaimana yang telah dikatakan oleh kaum Musa: "Jadikanlah bagi kami Tuhan sebagaimana mereka mempunyai TuhanTuhan." Kemudian baginda bersabda: "Demi diriku di tanganNya, sesungguhnya kamu adalah kaum yang jahil. Kamu akan mengikuti jalan kaum yang sebelum daripada kamu." v. Menentang golongan yang mempertahankan bidaah Faedah daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan lafaz ( ) ialah apabila sebahagian golongan yang keras kepala dan mempertahankan bidaah yang dilakukannya menolak hujah kita melalui hadis riwayat pertama dengan berkata: Aku tidak mendatangkan sesuatu yang baru dalam urusan agama. Maka kita kemukakan kepada mereka riwayat Imam Muslim ini yang menggunakan lafaz ( bermaksud: "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan...". Dengan itu kamu hendaklah memahaminya. vi. Orang yang mengerjakan bidaah Di dalam hadis ini ada disebut sesiapa yang mengerjakan bidaah dalam urusan agama yang tidak bersesuaian dengan syarak, maka dia mendapat dosa, amalannya ditolak dan dia berhak memperolehi janji yang menakutkan. vii. Perkara yang tidak sah Hadis ini juga menunjukkan bahawa sesuatu larangan (an-nahyu) terhadap sesuatu perkara menunjukkan bahawa perkara itu tidak sah. vii. Kedudukan agama Islam Agama Islam adalah sempurna, tiada sebarang kekurangan padanya. 5. Kesimpulan Hadis (i) Amal ibadat mesti dikerjakan menurut ajaran agama. (ii) Amalan yang tidak menurut ajaran agama, tidak diterima oleh Allah. (iii) Segala amalan agama tidak boleh direka-reka. (iv) Amalan yang bertentangan dengan Islam hendaklah ditolak. (v)Orang yang mereka-reka dalam urusan agama akan menerima balasan siksa dari Allah.

) yang

_________________________________________________________________________ 8

~WALLAHU ALAM~

_________________________________________________________________________ 9