Anda di halaman 1dari 9

Syed Othman A Alkaff

HADIS 40 UNTUK REMAJA


Hadis

Hadis 6 : Manusia

Perkara Syubhat Dan Peranan Hati

HADIS 6

PERKARA SYUBHAT DAN PERANAN HATI MANUSIA 1. Hadis

: } . .
_________________________________________________________________________ 2

. . . - {.! .
2. Erti Hadis Daripada Abi Abdillah iaitu Al-Numan bin Basyir R.anhuma, ia berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sesuatu yang halal itu sudah terang, dan sesuatu yang haram pun sudah terang, dan diantara keduanya ada perkara-perkara kesemaran tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa terpelihara daripada kesamaran-kesamaran itu, maka sesungguhnya bererti ia telah membersihkan untuk agama dan kehormatannya, tetapi barangsiapa yang terjerumus didalam kesamaran itu terjerumuslah ia dalam yang haram sepertilah pengembala yang mengembala disekitar kawasan larangan, hampir sahaja ia tercebur ke kawasan larangan, hampir sahaja ia tercebur ke dalamnya. Ketahuilah, bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah di dalam tubuh badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah segala-galanya, ketahuilah, itulah hati. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. 2. Kepentingan Hadis 6 Ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa hadis ini mempunyai kedudukan yang agung dan banyak faedah. Ia merupakan salah satu hadis yang menjadi paksi kepada peredaran agama Islam. Sebilangan ulama' mengatakan hadis ini adalah satu pertiga daripada agama. Abu Daud pula berkata: "Hadis ini adalah satu perempat daripada agama." Sesiapa yang meneliti bersungguhsungguh dia akan mendapati bahawa hadis ini merangkumi keseluruhan agama, kerana ia mengandungi penerangan terhadap perkara yang halal, haram, syubhat dan apa yang dapat memperbaiki hati serta merosakkannya. Semua ini memerlukan kepada pengetahuan terhadap hukum-hukum syariat sama ada usul ataupun furu'nya. Hadis ini juga merupakan dalil untuk bersifat warak iaitu meninggalkan perkara syubhat. 3. Kandungan Hadis 6

I. Perkara yang halal dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat. Imam Nawawi rahimahulLah berkata: "Ini bermakna, di sana terdapat _________________________________________________________________________ 3

tiga pembahagian iaitu; (a) Halal yang jelas di mana semua orang tabu tentang halalnya seperti makan roti, bercakap, berjalan-jalan dan lain-lain lagi. (b) Haram yang jelas seperti arak, zina dan seumpamanya. (c) Syubhat (samar-samar). Maksudnya tidak jelas dari segi halal dan haramnya. Oleh kerana itu, ramai orang yang tidak mengetahuinya. Adapun para ulama', mereka mengetahui hukum masalah ini dengan nas atau qias. Apabila terdapat satu perkara yang tidak jelas di antara halal dan haram dan tidak terdapat nas atau ijmak, maka para mujtahid akan berijtihad. Mereka akan memutuskan salah satu daripada dua hukum tersebut dengan menggunakan dalil syarak. Di antara sifat warak ialah seseorang itu meninggalkan perkara syubhat seperti tidak bermuamalah dengan seseorang yang memiliki harta syubhat atau yang bercampur dengan harta riba. Begitu juga dengan orang yang banyak melakukan perkara-perkara harus yang mana meninggalkannya adalah lebih baik. Adapun perkara yang sampai ke darjat was-was sehingga mengharamkan perkara yang kemungkinan haramnya adalah jauh bukanlah daripada perkara syubhat yang dituntut meninggalkannya. Contohnya, tidak mengahwini wanita di sebuah negeri yang luas lantaran takut terdapat di negeri tersebut muhram (orang yang diharamkan berkahwin dengannya). Begitu juga tidak menggunakan air di tanah lapang kerana dikuatiri terkena najis. Ini bukanlah sifat warak tetapi ia adalah was-was syaitan. II. Pembahagian syubhat Ibnu Munzir telah membahagikan syubhat kepada tiga bahagian: (a) Sesuatu perkara yang diketahui haramnya oleh seseorang kemudian dia meraguinya; Adakah perkara tersebut kekal dalam keadaan haramnya atau tidak? Dalam masalah ini, tidak halal mendekatinya melainkan dengan yakin. Contohnya seperti dua ekor kambing yang disembelih oleh dua orang dan salah seorang daripadanya adalah kafir. Keraguan berlaku di dalam menentukan yang mana satukah disembelih oleh orang kafir tadi. (b) Suatu perkara yang halal kemudian disyaki ianya haram seperti isteri meragui tentang. berlaku talak terhadapnya. Juga seperti ragu-ragu berhadas selepas yakin bersuci. Ketika ini keraguan tidak memberikan sebarang kesan. (c) Sesuatu perkara yang disyaki sama ada halal atau haram secara sama rata, adalah lebih baik dihindari sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap tamar yang tercicir. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w bersabda:

"
_________________________________________________________________________ 4

"
Ertinya: "Sesungguhnya aku kembali kepada keluargaku maka aku dapati sebiji tamar tercicir di atas tilamku, maka aku mengambil untuk memakannya. Kemudian aku merasa khuatir kalau ia merupakan sedekah lantas aku membuangnya." III. Kata-kata ulama' salaf dalam meninggalkan perkara syubhat Abu Dardaa' r.a telah berkata: "Sempurnanya ketakwaan ialah apabila seseorang hamba takutkan Allah sehinggakan dalam perkara sebesar zarah, dan sehingga dia meninggalkan sebahagian perkara yang dilihatnya halal kerana takut ianya haram, sebagai pendinding di antaranya dengan perkara yang haram." Hasan al-Basri berkata: "Sifat takwa akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang bertakwa apabila mereka meninggalkan banyak perkara halal kerana takut terjatuh ke dalam perkara yang haram." At-Tsauri berkata: "Sesungguhnya dinamakan orang-orang yang bertakwa kerana mereka takut terhadap perkara yang tidak ditakuti." Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, beliau berkata: "Sesungguhnya aku suka menjadikan perkara halal yang aku tinggalkan sebagai pendinding di antaraku dengan perkara haram." Sufyan bin Uyainah berkata: "Seseorang itu tidak mencapai hakikat iman sehinggalah dia menjadikan perkara halal sebagai benteng di antaranya dengan perkara haram, dan sehinggalah dia meninggalkan dosa dan perkara yang seumpamanya." Khabar yang tsabit daripada Saiyidina Abu Bakar r.a bahawa beliau telah memakan perkara syubhat tanpa diketahuinya. Apabila mengetahuinya, beliau memasukkan tangannya ke dalam mulut sehingga dia memuntahkannya. Ibrahim bin Adham pernah ditanya: "Kenapakah kamu tidak minum air zamzam?" Beliau menjawab: "Seandainya aku mempunyai timba, nescaya aku akan meminumnya." (timba yang ada ialah timba dari harta kerajaan). Moga-moga Allah meredhai para sahabat Rasulullah s.a.w. dan merahmati sesiapa yang mengikuti mereka dari kalangan salafussalih yang telah menjauhkan diri daripada perkara syubhat dan menjaga agama mereka dengan penjagaan yang sempurna. IV. Kawasan larangan raja Sesungguhnya kawasan larangan Allah di bumi ini ialah apa yang diharamkanNya. Tujuan disebutkan perkara ini ialah sebagai peringatan supaya melihat kepada perkara ghaib dengan memgumpamakannya dengan perkara yang dapat dirasa dan dilihat. _________________________________________________________________________ 5

Raja-raja Arab mempunyai padang ternakan untuk binatang ternakan mereka. Orang lain dilarang daripada mendekatinya. Sesiapa yang mendekatinya akan dikenakan hukuman. Orang yang takut kepada hukuman raja akan menjauhkan ternakannya dari kawasan larangan tersebut kerana takut ternakannya memasukinya. Orang yang tidak takut kepada hukuman raja akan membawa ternakannya makan berhampiran dengan kawasan tersebut. Dengan itu lambat laun ternakannya akan memasukinya walaupun tidak disengajakan. Oleh sebab itu dia akan dikenakan hukuman. Allah juga mempunyai kawasan larangan di dunia ini, iaitu perkara maksiat dan haram. Sesiapa yang melakukannya maka dia layak menerima hukuman daripada Allah di dunia dan akhirat. Barangsiapa mendekati kawasan larangan dengan melakukan perkara syubhat, maka diragui akan terjatuh ke dalam perkara haram. V. Kebaikan hati Kebaikan jasmani bergantung kepada kebaikan hati kerana ia merupakan anggota yang paling penting di dalam tubuh manusia. Kenyataan ini tidak bertentangan dengan ilmu pembedahan dan perubatan. Sememangnya semua orang menerima kenyataan yang mengatakan bahawa hati (jantung) adalah sumber kepada kehidupan manusia. Selagimana hati (jantung) ini baik dan berfungsi mengepam darah secara teratur ke seluruh anggota tubuh, manusia berada di dalam keadaan sihat. . Ulama' mazhab Syafi'e menggunakan hadis ini sebagai hujah untuk mengatakan bahawa sumber asal kepada akal ialah hati dan akal yang terdapat di kepala sebenarnya berasal daripada hati. Mereka berdalilkan kepada firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-A'raaf ayat 179:

Maksudnya: "Mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah)."
Perkara seumpama ini juga telah diceritakan oleh ahli falsafah dan ahli mutakallimin. Mazhab Abu Hanifah pula berpendapat, akal terletak pada otak. Pendapat seperti ini juga dikeluarkan oleh para doktor dengan hujah apabila rosak otak maka rosaklah akal. lni telah dijelaskan oleh ilmu perubatan dan kajian anggota tubuh badan bahawa punca fikiran ialah di otak kerana pancaindera akan bergerak dengan araban yang keluar daripada otak. Walau bagaimanapun hati tetap kekal sebagai sumber asal bagi kehidupan seluruh anggota termasuklah otak. Apabila hadis mengatakan bahawa _________________________________________________________________________ 6

" "

kesejahteraan jasad dan fikiran dihubung-kaitkan dengan hati, ini bermakna ia dihubungkan dengan sumbernya yang asal. Ayat al-Quran yang menyandarkan akal kepada hati pula ialah kerana hati merupakan sumber yang jauh, adapun otak ialah sumber dekat yang secara langsung digunakan untuk berfikir. Apa yang dimaksudkan oleh hadis dari kesejahteraan hati ialah kesejahteraan secara maknawi. Maksudnya ialah keelokan jiwa dari dalam yang tidak dapat diselami oleh seseorang kecuali Allah. Di dalam kitab 'alMuin 'ala Tafhum al-Arba'in' oleh Ibnu Mulaqqan as-Syafi'e ada menyatakan: "Sesungguhnya kesejahteraan hati terdapat dalam lima perkara: Membaca al-Quran dengan tadabbur, mengosongkan perut, bangun malam, merendah diri kepada Allah di waktu sahur, dan duduk bersama para salihin".

Kami mengatakan, "Satu perkara lagi ialah makan makanan yang halal kerana ia merupakan pokok kesejahteraan hati." Alangkah indahnya orang yang berkata: "Makanan adalah benih kepada tindakan dan tingkah laku manusia, apabila makanan yang masuk adalah halal, maka ia keluar dalam keadaan halal, apabila ia masuk dalam keadaan haram, maka ia keluar dalam keadaan haram dan apabila ia masuk dalam keadaan syubhat, maka ia keluar dalam keadaan syubhat." Hati yang sejahtera adalah tanda mendapat kejayaan di sisi Allah. Allah s.w.t berfirman dalam Surah As Syu'araa' ayat 88-89:

. .
Maksudnya: "Pada hari yang tiada manfaat harta benda dan anak-pinak melainkan siapa yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera."
Nabi s.a.w telah bersabda di dalam doanya:

" "
Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hati yang sejahtera." Imam Nawawi berkata: "Sesungguhnya kesejahteraan hati dapat dihasilkan dengan menyelamatkannya daripada penyakit-penyakit batin seperti dengki, irihati, kedekut, bakhil, takabbur, memperolok-olokkan, riak, bangga, menipu, tamak, rakus dan tidak redha dengan takdir Allah." Ibnu Rejab berkata: "Hati yang sejahtera ialah hati yang selamat daripada semua jenis penyakit dan perkara-perkara yang dibenci. Ia adalah hati yang tiada _________________________________________________________________________ 7

di dalamnya melainkan kasih dan takut kepada Allah dan takut kepada perkara yang boleh menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t." Hasan al-Basri berkata kepada seorang lelaki: "Ubatilah hatimu, sesungguhnya hajat Allah kepada hamba ialah kesejahteraan hati mereka." Apabila pergerakan hati telah sejahtera maka akan sejahteralah pergerakan anggota tubuh badan. Apabila hati telah sejahtera maka tiada di dalamnya melainkan kehendak (iradah) Allah dan iradah yang dikehendaki-Nya; tidak akan bergerak anggota ini melainkan kepada apa yang dikehendaki Allah. Oleh itu dia akan bersegera kepada keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai-Nya. Juga akan menjauhi perkara yang ditakuti menyebabkannya terjatuh ke dalam perkara yang dimurkai oleh Allah sekalipun ia tidak yakin dengan keadaan tersebut.

VI. Berhati-hati di dalam melakukan sesuatu perbuatan Hadis ini menggalakkan kita supaya melakukan perbuatan yang halal, menjauhi perkara yang haram, meninggalkan perkara syubhat, berhati-hati dalam menjaga agama dan maruah (kehormatan) dan tidak melakukan perkara yang membawa kepada buruk-sangka dan perkara yang ditegah oleh Allah. VII. Memperbaiki hati Seruan kepada memperbaiki kekuatan akal dan memperbaiki jiwa dari dalam, iaitulah dengan memperbaiki hati. VIII. Menutup jalan-jalan haram Menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara-perkara haram dan mengharamkan wasilah yang boleh sampai kepadanya. 4. Kesimpulan Hadis 6 (i) Islam telah menerangkan perkara-perkara yang halal dan perkaraperkara yang haram. (ii) Perkara-perkara syubhat hendaklah dijauhkan. (iii) Setiap orang hendaklah menjaga kehormatan diri. (iv) Jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan diri. _________________________________________________________________________ 8

(v) Setiap orang hendaklah melatih diri membuat perkaraperkara baik. (vi) Hendaklah sentiasa membaiki hati.

~WALLAHU ALAM~

_________________________________________________________________________ 9

Anda mungkin juga menyukai