Anda di halaman 1dari 9

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

GURU
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Kelas sosial murid harus juga diberi perhatian. Guru digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak harus dikesampingkan. Kelas sosial atasan juga harus dilayan dengan baik dan sama rata. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok. Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap & tingkahlaku yang sesuai.
Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Guru perlulah berusaha membantu murid dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Bantu murid bentuk konsep kendiri positif. Beri tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik. Datang awal ke bilik darjah dan amalan menepati masa. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Isu-isu sensitif dan berkaitan dengan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti p&p yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama mereka. Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Aspek bahasa- harus diberi pertimbangan oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek harus dielakkan. Penggunaan bahasa standard akan memberi peluang yang sama kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktivti pembelajaran.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Jantina Rancang aktivti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada jantina dielakkan. Bagi murid yang menghadapi kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Murid:
Senaraikan perkara yang perlu dipatuhi murid ketika p&p. Murid harus bersosial terutama ketika melakukan aktiviti dalam p&p. Kepercayaan murid lain tidak harus dipertikaikan. Aktiviti perlu berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid. Unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan. Murid digalakkan berinteraksi dan berbincang dengan berlainan jantina. Dalam masa yang sama mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam berinteraksi ini.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh

Kemahiran komunikasi memainkan peranan pembentukan budaya penyayang. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah. Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Murid suka budaya belajar yang ceria & menyeronokkan. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

Nordin Tahir, Kampus Ipoh