Anda di halaman 1dari 4

Kerana Media "Fulul", Dirimu Tertipu

0 Proses Pilihanraya Dewan Rakyat semakin giat dilaksanakan termasuk pendaftaran baru pemilih yang berada di luar negara. Proses pendaftaran tersebut dilancarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bermula 18 Januari 2013 sehingga 4 Mac depan mensasarkan pengundi-pengundi baru warga Mesir yang berada di luar negara. Proses yang diuruskan oleh kedutaan dan konsulat Mesir itu mendapat sambutan menggalakkan. Pemilih luar negara kini telah mencecah 70 ribu orang dan Saudi mencatatkan pemilih tertinggi. Peraturan Pilihanraya yang dibahas dan diluluskan oleh Dewan Senat (yang kini diberikan kuasa Dewan Rakyat) telah diluluskan dan disemak oleh Mahkamah Tinggi Perlembagaan. Malangnya, terdapat beberapa fasa yang tidak dipersetujui oleh mahkamah dan dikembalikan kepada Dewan Senat. Antaranya berkaitan persempadanan kawasan pilihanraya. Apabila ia dikembalikan, bermakna tarikh pilihanraya juga kemungkinan dilewatkan. Menurut Perlembagaan baru, Pilihanraya Dewan Rakyat akan diadakan 60 hari selepas perlembagaan diluluskan iaitu 28 Februari ini.

Persoalan yang sering ditanya oleh sebahagian rakyat Malaysia yang baru mengikuti perkembangan Mesir, "Mursi ni baik ke?" Bukan apa, kerana mereka mengikuti perkembangan melalui media yang beritanya tidak tepat bahkan menjejaskan imej Mursi dan Ikhwan Muslimin. Saya ingin bawakan jawapan kepada persoalan tersebut. Hari Isnin lepas, seorang peguam Ramadhan Abdul Hameed El-Uqsuri membuat laporan kepada Peguam Negara Tala'at Abdullah bagi menyiasat Ahmed Syafiq, Ketua Polis Dubai Dhohi Khlafan dan bekas pimpinan Fatah, Mohammad Dahlan yang kesemua mereka kini berada di Dubai kerana didakwa "bersekongkol dengan Israel bagi menggulingkan Presiden Mursi." Dalam laporan nombor (571) itu, Ramadhan mendakwa ketiga-tiga mereka menjadikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pengkalan melancarkan segala bentuk serangan menggulingkan pemerintahan Mursi termasuk memberikan imej yang buruk terhadap pentadbiran Mursi melalui media massa yang turut disebarluaskan melalui internet, akhbar dan majalah. Beliau turut memetik pengakuan seorang penganalisis politik bernama Ibrahim AdDarawi yang membongkar pertemuan antara Syafiq, Dahlan dan Khalfan bagi melaksanakan segala perancangan yang telah disusun oleh Zionis Israel bertujuan melemahkan pentadbiran Mursi. Antara operasi yang dirancang yang ternyata terkesan ialah melalui media bagi menggalakkan penentangan terhadap Mursi. Media yang dimaksudkan di sini ialah media persendirian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh korporat Mesir yang mempunyai hubungan dengan Mubarak atau bekas anggota parti NDP. Modus operandi ini dijalankan dengan menggambarkan Mursi bukan Presiden Mesir yang sah.

Laporan ini turut mendakwa terdapat beberapa orang dari kalangan ahli-ahli perniagaan yang berasal dari Mesir telah membeli beberapa syarikat akhbar dan televisyen bertujuan menyebarkan berita palsu ke serata dunia berkaitan Mesir di bawah pentadbiran Mursi. Sehingga terdapat akhbar yang diterbitkan di negaranegara Eropah yang mengandungi berita memburukkan Mesir yang diselia secara langsung oleh Mohammad Dahlan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Ad-Darawi, terdapat sebilangan bekas calon-calon Presiden Mesir (yang bertanding selain Mursi ialah seramai 11 orang) tanpa menamakan calon-calon tersebut didakwa memperolehi sumber kewangan dari Dubai dan Iran berjumlah USD 70 juta bagi memastikan modus operandi melalui media dan siri-siri demonstrasi jalanan (yang diupah) berjaya. Tidak hairan, hampir saban hari boleh dikatakan akan diadakan demonstrasi di Tahrir dan di sekitar Istana Ittihadiyah (Istana rasmi Presiden) walaupun yang menyertainya sekadar puluhan orang. Yang pasti, mereka cuba tonjolkan kepada dunia Mesir tidak aman dan rakyat terlalu muak dengan Mursi sementara peranan media ialah mewar-warkan demonstrasi tersebut kepada dunia. Jawapannya cukup mudah. Kerana media. Berapa ramai yang terperangkap dengan permainan media yang memburukkan imej Mursi dan Meisr bahkan terdapat mereka yang mendapat gambaran Mesir sudah huru-hara dan tidak selamat untuk dikunjungi. Kita juga dikejutkan dengan 'fatwa' mengharuskan pemerintah Mesir membunuh pimpinan pembangkang di Mesir yang didakwa dikeluarkan oleh seorang pensyarah Universiti Al-Azhar, Dr.Mahmoud Sya'aban. Dengan pantas, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pasukan polis mengetatkan kawalan di kediaman Hamdin Sobahi dan Dr.Mohammad El-Barad'ie sementara para ulamak Al-Azhar dan Mesir menolak pandangan tersebut. Kita berterima kasih atas tindakan bijak dan pantas yang dilakukan oleh pihak berkuasa memastikan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah hanya kerana pandangan peribadi yang dianggap fatwa.

Tetapi, sehari kemudian Dr.Mahmoud Sya'aban yang tampil membuat sidang media menjelaskan bahawa kenyataan beliau sebenarnya telah diselewengkan oleh media. Beliau menafikan telah mengeluarkan kenyataan tersebut bahkan menolak istilah "fatwa" yang diberikan oleh pihak media kerana fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh gabungan ulamak yang berautoriti.

Saya bukan membela Dr.Mahmoud tetapi di sini kita boleh melihat peranan media. Sedar atau tidak, pada 19 Februari 2013, halaman "Masrawy" menyiarkan laporan rasmi Anggota Biro Politik "Barisan Salafi Mesir" Khalid El-Mesri meminta Pejabat Peguam Negara menyiasat seorang khatib Tahrir bernama Muhammad Abdullah Abdul 'Azim Nasr atau dikenali sebagai Syeikh "Mizou". Dalam khutbahnya seminggu sebelum itu di Dataran Tahrir, Syeikh "Mizou" telah mengeluarkan fatwa menghalalkan darah Presiden Mursi. Bukan itu sahaja, Syeikh "Mizou" turut menggalakkan penentang Mursi yang berhimpun di Tahrir agar 'berjihad' menentang Ikhwan Muslimin yang disifatkannya sebagai "Zionis". Persoalannya, kenapa hanya kenyataan Dr.Mahmoud Sya'aban dijadikan isu sementara Syeikh "Mizou" didiamkan? Adakah ini keadilan dan kebebasan yang menjadi perjuangan kumpulan "Barisan Penyelamat Mesir"? Semalam, Ahmed Syafiq berserta tiga anak perempuan dan 10 orang yang lain kini berhadapan pendakwaan mahkamah baru berkaitan kes skandal penyelewengan sewaktu menjadi Menteri Penerbangan Udara. Kesnya yang disiasat oleh Kementerian Kehakiman sebelum ini telah dipindahkan ke mahkamah jenayah bagi mendakwa Syafiq berkaitan skandal yang melibatkan LE83 juta wang negara. Untuk itu, Peguam Negara Tala'at Abdullah telah mengarahkan Pejabat Hubungan Antarabangsa Jabatan Peguam Negara untuk membincangkan prosedur bagi polsi antarabangsa Interpol mengeluarkan waran tangkap memberkas Syafiq bagi menghadiri perbicaraan mahkamah.

Anda mungkin juga menyukai