Anda di halaman 1dari 13

Pendekatan Humanistik

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman, di mana pelajar digalakkan untuk bertindak sendiri bagi menemui sesuatu. mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan Pendekatan ini menitikberatkan

pembangunan sosial dan emosi individu. Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk muridmurid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut dan tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas dan keselesaan wujud dalam persekitaran bilik darjah tersebut. Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku apabila kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat mereka. Muridmurid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar perkara tersebut dengan bersungguhsungguh di dalam kelas. Secara tidak langsung ianya menimbulkan minat dan sifat ingin

tahu dalam diri murid serta menyebabkan mereka mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri mereka sendiri. Menurut Rogers lagi, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid juga perlu diambilkira. Ia termasuklah keadaan bilik darjah, susunan meja dan kerusi yang teratur, kebersihan dan keceriaan yang bersih dan ceria membolehkan murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Aspek keselamatan luar bilik darjah juga perlu diambilkira. Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya. Dalam pendekatan humanistik, Carl Rogers juga menyatakan guru boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai. Murid perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Guru hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid.

Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, di mana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan

humanistik, Rogers juga menyatakan bahawa guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan murid selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan

membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini memudahkan guru mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri. Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan meningkatkan

keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat menjawab soalan berkenaan. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam diri seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri untuk meningkatkan pencapaian. Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada itu. Muridmurid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu didorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing muridmurid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri berdasarkan daripada skema yang telah ditetapkan. Seorang guru juga perlu bersikap

prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping itu guru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri yang rendah. Selain daripada itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Mereka dapat belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan kasih sayang berada pada aras ketiga. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru perlu mengenal pasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

Pendekatan Behaviorisme Pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang murid. Setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan suatu gerak balas. Guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru.Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan,

perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,konsep

pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu

rangsangan,semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut

atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Hukum kesediaan oleh Thorndike adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan.Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan

pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi

pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang

menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran,motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untukmencapai kejayaan yang mereka ingini. Kesimpulannya pendekatan behaviorisme menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. Disebabkan pendekatan ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pendekatan Konstruktivisme Pendekatan Konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Ia adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Murid membina makna dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kesimpulannya pendekatan Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Pendekatan Kognitivisme Kohler menekankan penggunaan celik akal dan pengetahuan sedia ada pada pelajar dalam penyelesaian masalah. Guru membimbing pelajar menggunakan

persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran secara turutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Contoh yang nyata ialah semasa guru hendak mengajar karangan bergambar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, sebagai langkah pertama pelajar perlu didedahkan pertalian di antara satu gambar dengan gambar yang lain. Seterusnya pelajar dapat hubung kaitkan penerangan tentang gambar-gambar tersebut secara urutan dengan pengetahuan sedia ada dan secara tidak langsung pelajar dapat menghasikan satu karangan yang lengkap dengan menggunakan celik akalnya. Pelajar dapat mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pembelajaran baru mereka. Piaget pula menekankan bentuk pemikiran konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,daripada kasar kepada halus,mengikut perkembangan otot-otot individu. Pelajar dipupuk motivasi intrinsik dan digalakkan melibatkan secara aktif dalam pembelajaran, demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.Contoh pembelajaran ini ialah dalam mata pelajaran kajian tempatan.Tajuk pencemaran air dapat dijelaskan kepada pelajar dengan menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan pencemaran ini.Pelajar dapat menghayati pengajaran guru dengan berpandukan gambar dan penerangan guru serta memahami keburukan pencemaran secara keseluruhannya.Proses ini akan akan memotivasikan pelajar agar memelihara alam semulajadi untuk kesejahteraan umat manusia. R.M. Gagne menekankan pelajar supaya dapat membezakan ciri-ciri penting atau khusus untuk membina konsep dan hukum. Proses ini akan mendorong pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip hukum dan teorem.Penggunaan bahan konkrit oleh guru menyebabkan pelajar dapat memproses maklumat dengan penggunaan deria. Proses ini berlaku disebabkan oleh gerak balas dan rangkaian motor. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah ,tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran ini boleh dikuasai melalui latihan dan permaianan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah.

J.S.Bruner menekankan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri penemuan

dan kaedah induktif serta memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.Contoh bagi teori ini ialah dalam pengajaran mata pelajaran Sains.Pelajar-pelajar dapat membuktikan fakta,membentuk soalan-soalan relevan,mengembangkan cara-cara atau kaedah dan memberi keterangan berkaitan tajuk yang diajar oleh guru.Dalam tajuk fotosentisis pelajar dapat mempelajari cara-cara daun membuat makanan dengan menggunakan cahaya matahari ,air dan klorofil. Hasil kajian yang dilakukan oleh pelajar berkaitan tajuk fotosentisis ini akan diberi peneguhan oleh guru. Ausubel menekankan ajaran konsep, prinsip dan hukum yang sedia ada.Pelajar dilatih menggunakan pengelola awal dengan pendekatan induktif, deduktif atau pun gabungan kedua-duanya. Guru harus menentukan objektif pengajaran, isi pengajaran dan memilih contoh-contoh yang sesuai. Murid akan menjamin pembelajaran yang bermakna itu wujud, sementara guru harus menolong pelajarnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan struktur yang diajarkan. Setiap konsep atau prinsip baru hendaklah dikaitkan rapat dengan konsep atau prinsip yang telah ada dalam struktur pelajar. Contohnya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar telah ada pengetahuan sedia ada mengenai tajuk kenderaan.Pelajar telah belajar tentang konsep kereta . Mereka tahu bahawa sebuah kereta mempunyai tayar, lampu, stering, roda, tempat duduk dan mempunyai enjin.Tajuk baru yang akan dipelajari ialah berkaitan dengan kapal terbang yang mungkin mereka belum pernah lihat dan sentuh. Namun pemahaman mereka mengenai kenderaan akan membantu mereka agar tidak perlu buat sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap konsep sedia ada.Sebaliknya pelajar tadi akan

mengubahsuai terhadap konsep tersebut sekiranya mereka tidak pernah melihat bentuk sesuatu kenderaan yang tidak wujud dalam persekitaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai