Anda di halaman 1dari 9

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 Hari Pertama Pada hari pertama

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pada pukul 6.50 am saya telah menghadiri taklimat bersama Penolong Kanan 1 bersama rakan-rakan kampus lain. Sebanyak tujuh orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berbeza telah menghadiri taklimat pendaftaran PBS Fasa 1 di bilik guru besar. Dan juga, peperiksaan pertengaha penggal akan dijalankan mulai esok dan berakhir pada hari khamis. Penolong Kanan 1 iaitu Puan Rudin Biset telah memberi taklimat pendaftaran kepada kami.Dalam taklimat tersebut, Puan Rudin telah memberi sedikit-sebanyak pengenalan terhadap sekolah tersebut.Kami telah dimaklumkan bahawa guru besar akan bersara pada hari tersebut. Puan Rudin telah memperkenalkan kami dalam perhimpunan yang dijalankan pada hari tersebut. Setelah selesai perhimpunan, kami dimaklumkan oleh Puan Rudin yang kami akan ditempatkan di bilik Bimbingan dan Kaunseling sepanjang menjalankan PBS ini memandangkan tempat di bilik guru tidak mencukupi. Pada masa tersebut saya telah menyediakan beberapa draf-draf yang perlu saya lakukan sepanjang minggu PBS tersebut. Pada hari pertama tersebut saya telah menghadiri proses P&P yang dijalankan oleh guru sekolah tersebut. Saya telah menghadiri kelas tersebut, saya mendapati murid-murid di dalam kelas tersebut sangat riang ketika saya masuk ke dalam kelas tersebut. Guru telah memberi komitmen yang tinggi bagi menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Sepanjang hari tersebut saya juga telah mengumpul beberapa data yang berkaitan melalui kerani sekolah tersebut. Malah saya juga sempat menemubual murid-murid di dalam kelas dengan secepat mungkin bagi mengelak tiada kesempatan pada hari-hari lain kelak. Pada hari tersebut juga, kami telah dijemput untuk menghadiri jamuan persaraan guru besar.

Hari Kedua Pada hari kedua program, seperti biasa saya berada di dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling bersama rakan-rakan saya. Pada hari tersebut, saya telah berjumpa dengan mentor saya untuk berbincang sedikit mengenai tugasan dan bimbingan program yang saya jalankan. Pada hari tersebut, saya hanya membuat perhatian dengan mengambil beberapa gambar prasarana sekolah yang ada di sekolah tersebut. Pada hari itu juga, keadaan di sekolah tersebut sangat sunyi kerana muridmurid sedang menjalani ujian yang baru bermula pada hari tersebut. Keadaan prasarana yang ada disekolah tersebut adalah sangat memuaskan memandangkan sekolah tersebut merupakan sekolah yang berada di kawasan bandar.

Guru mengedar Rancangan Makanan Tambahan Kepada murid.

Rakan-rakan lain yang menjalani PBS bersama.

Pada setiap kali waktu rehat, pelajar yang layak menerima Rancangan Makanan Tambahan akan menerima makanan yang diedar oleh guru sekolah yang bertugas. Perkhidmatan kantin di sekolah ini merupakan suatu prasaran yang sanat penting dalam kebajikan murid-murid terpelihara. Harga yang berpatutan dan mutu yang baik adalah ditekankan. Waktu berakhir sesi persekolahan di sekolah ini adalah pada pukul 12.30 p.m.

Hari Ketiga Pada hari ketiga program PBS ini, saya telah memjalankan temubual bersama dengan pengawal keselamatan sekolah tersebut. Pengawal keselamatan tersebut telah menceritakan kes-kes yang berlaku di persekitaran sekolah tersebut yang berkaitan dengan keselamatan sekolah. Setelah selesai menemu bual, seperti waktu biasa saya berada di bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk menyediakan refleksi aktiviti dan membuat laporan. Pada hari tersebut merupakan hari ko-kurikulum, oleh yang demikian guru akan menggunakan pakaian uniform persatuan masing-masing. Perjumpaan kokurikulum pada hari tersebut dtelah ditangguh ke hari seterusnya memandangkan ujian dijalankan pada hari tersebut. Tiada aktiviti yang lain mampu saya jalankan pada hari tersebut melainkan membuat pemerhatian dan menyediakan laporan harian dan refleksi aktiviti. Bagi memenuhi masa pada hari tersebut, saya telah mengemaskini fail PBS saya agar masa yang terluang tidak saya sia-siakan. Maklumat yang telah terkumpul telah disunting dan perlu dibuat pertambahbaikan sedikit. Maklumat yang tidak dikemaskini oleh pihak sekolah saya perlu kemaskinikan dengan segera agar saya tidak lupa. Sepanjang hari tesebut, saya hanya berada di dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling tersebut tanpa menjalankan aktiviti-aktiviti lain.

Menemu bual seorang daripada pengawal keselamatan sekolah

Hari Keempat Pada hari keempat, keadaan di sekolah semakin berkeadaan semakin riuh rendah kerana ada kelas yang sudah habis menjalani peperiksaan. Masa yang sesuai seperti ini saya dan rakan-rakan telah memanfaatkan untuk mengumpul data-data dengan menemubual murid-murid. Saya dan rakan saya lain telah meminta kebenaran dari guru yang sedang berada di dalam kelas untuk menjalankan aktiviti tersebut. Pada waktu tersebut, masa yang kami pilih adalah sesuai kerana pada waktu tersebut guru tidak menjalankan proses P&P kerana guru tersebut sedang menyemak kertas soalan murid-murid. Saya juga menjalankan sesi menemu bual dengan murid-murid pada waktu rehat. Murid-murid yang saya temu bual amat peramah apabila bertutur kata, mereka banyak memberi jawapan-jawapan yang melucukan. Ramai murid-murid menegur saya dengan ucapan-ucapan. Masa yang saya luangkan bersama dengan murid-murid adalah terhad pada masa tersebut kerana sesi rehat mereka hanyalah selama 25 minit sahaja. Masa-masa yang lain telah saya isikan dengan membuat refleksi temu bual dan kemaskini fail.

Menemu bual murid-murid semasa waktu rehat.

Hari Kelima Pada hari terakhir saya berada di sekolah tersebut, saya merasakan berat hati untuk meninggalkan sekolah tersebut. Ia seakan-akan meletakkan tanggungjawab kepada saya untuk terus berada di sana. Pada awal pagi hari tersebut, saya dan mentor menjalani kolaborasi terakhir untuk berbincang tentang dapatan yang telah dikumpul dan membuat refleksi diri saya selama saya berada di sana. Selepas itu, kami dijemput pula oleh Penolong Kanan 1 untuk berbincang dan menyatakan refleksi diri masing-masing. Saya telah menyatakan refleksi diri saya sendiri selama menjalani PBS di sekolah tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah tersebut kerana sudi menerima kedatangan saya dan sedia memberi bantuan sebagai wakil dari IPG Kampus Rajang. Setelah selesai perbincangan tersebut, jamuan perpisahan bersama Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Setelah selesai jamuan, kami sempat mengadakan sesi fotografi bersama dan berjabat tangan bersama staf-staf lain seterusnya meninggalkan sekolah tersebut.

Sesi fotografi bersama dengan Penolong Kanan 1 dan Penolong Hal Ehwal Murid.

Laporan Sebelum PBS Seperti biasa, syarat atau salah satu program yang perlu guru pelatih lalui dalam tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ialah amalan profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah rendah. Pada semester pertama dalam program PISMP ini, saya perlu jalani PBS untuk Fasa Pertama di sekolah pilihan saya sendiri. Untuk tugasan PBS yang pertama ini, kami perlu menjalankan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mementingkan peranan pengurusan, guru dan organisasi sekolah, seterusnya dari segi prasarana sekolah, pelaksanaan kurikulum dan kurikulum sekolah. Sebelum menjalani PBS, semua guru pelatih yang terlibat perlu menghadiri taklimat PBS yang dijalankan pada 24 Mac 2012 di Dewan Kenanga bersama dengan penyelaras PBS iaitu Cik Roziah Binti Mohamad Ali. Taklimat ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pededahan kepada guru pelatih berkenaan dengan PBS yang akan dijalankan. Antara perkara yang dibincangan dalam taklimat tersebut melibatkan objektif,matlamat dan cara pelaksanaan PBS dengan berkesan. Terdapat banyak perkara yang perlu ditekankan dalam program ini, kesemuanya terkandung dalam Garis Panduan PBS. Seterusnya, sebelum menjalani PBS tersebut juga, saya telah menyediakan beberapa dokumen-dokumen penting untuk menjadi rujukan dan pengenalan diri saya semasa melapor diri nanti. Program ini akan berlangsung pada 5 hingga 9 Mac 2012. Surat pemberitahuan PBS kepada sekolah-sekolah pilihan telah diedarkan kepada sekolah oleh Unit Praktikum.

Selepas PBS Selepas menjalani PBS tersebut, saya mendapati terdapat perubahan yang berlaku pada saya. Untuk pertama kalinya saya menjalani PBS, saya sangat gementar terhadap persekitaran sebenar di sekolah. Namun, selepas menjalani PBS tersebut, saya mula merasakan bahawa ia adalah satu naluri seorang guru yang luar biasa apabila saya mampu menyesuaikan diri saya dengan baik di persekitaran sekolah. Saya amat berbangga dengan diri saya sendiri dan berharap PBS yang akan datang saya akan berasa lebih yakin daripada PBS Fasa pertama tersebut. Melalui pengalaman yang saya dapati, objektif sebenar dan matlamat PBS dapat saya capai melalui aktiviti-aktiviti dan pelaksanaan tugasan yag diberikan. PBS ini merupakan suatu program yang sesuai dan sangat relevan dijalankan bagi seorang guru pelatih sebelum menjiwai watak seorang guru dengan lebih mendalam. Persekitaran di sekolah merupakan suatu asas naluri perwatakan seorang guru sebelum menjadi pengajar di dalam kelas. Pengalaman yang saya dapati dapat diserapkan ke dalam kehidupan harian saya sebagai seorang bakal guru. Identiti saya seorang bakal guru akan dapat di lihat oleh orang luar melalui pengalaman yang saya pelajari. Kekangan sikap negatif mampu mengikis imej dan personaliti saya sebagai bakal guru. Ianya penting bagi menjadi bukti kepada masyarakat bahawa program yang dijalankan dalam sepanjang pengajian ijazah ini adalah berkualiti dan berfaedah. Penyediaan portfolio ini perlu diserahkan kepada penyelaras tugasan iaitu Dr. V. Murali Tharan pada minggu ketiga selepas bercuti. Penyediaan folder ini perlu mengikut senarai semak yang telah disediakan mengikut susunan senarai semak tersebut. Dalam tempoh tiga minggu tersebut, saya menyediakan laporan-laporan dan menyusun semula maklumat yang berkaitan untuk dimuat dalam isi kandungan portfolio tersebut.

Laporan Akhir Sebelum menjalani PBS, semua guru pelatih yang terlibat perlu menghadiri taklimat PBS yang dijalankan pada 24 Mac 2012 di Dewan Kenanga bersama dengan penyelaras PBS iaitu Cik Roziah Binti Mohamad Ali. Semua guru pelatih perlu mengetahui dengan lebih dekat tentang PBS sebelum dijalankan. Ia adalah sebenarnya untuk menyediakan guru pelatih agar tidak kelam kabut dan gementar dalam menjalankan PBS kelak. Taklimat ini dijalankan dengan sempurna dan dapat menyampaikan objektif sebenar dalam menjalankan PBS. Semasa PBS, iaitu pada 5 hingga 9 Mac 2012 adalah merupakan satu ruang untuk guru pelatih mengumpul dan menyediakan portfolio sendiri untuk dijadikan bukti tugasan dijalankan. Sepanjang PBS, pengumpulan data-data mengikut senarai semak yang disediakan adalah suatu modus operandi yang mampu membantu guru pelatih menyesuaikan gaya pengurusan yang sistematik dan cepat. Sepanjang menjalani PBS ini, saya mendapati diri saya memiliki kelemahan dan kekuatan tersendiri. Kelemahan yang saya ada adalah dalam aktiviti atau proses pengumpulan maklumat. Harapan yang tinggi dengan kerjasama kerani sekolah adalah satu kelemahan yang saya perlu tanggung apabila maklumat yang saya peroleh melalui kerani yang bertanggungjawab adalah kurang dan tidak memenuhi kehendak spesifikasi soalan dan juga maklumat tersebut tidak terkini. Saya perlu memakan masa yang lebih dalam memurnikan kembali maklumat-maklumat terkumpul selain mengemas kini maklumat terkumpul. Kelemahan saya juga adalah dari segi pengurusan masa. Dalam menjalani PBS di Miri, saya perlu menghadiri latihan pusat untuk pertandingan Bola Baling terbuka Sarawak di Kuching. Kekangan masa yang bertimpa dengan jadual saya menjadikan saya sukar untuk menyusun dan mengurus masa saya dengan baik. Oleh yang demikian, selepas saya tamat menyertai kejohanan tersebut baruah saya mampu untuk meneruskan semula kerjakerja saya yang tertunggak. Namun, ia merupakan cabaran yang membina bagi saya, untuk amsa yang akan datang kelak akan saya ubah dari masa ke semasa. Kekuatan yang say miliki pula ialah melalui penyediaan sumber maklumat di laman sesawang sekolah tersebut. Ia adalah berbeza sama sekali dengan maklumat yang diberikan kepada saya melalui kerani. Maklumat yang dimuat turun ke dalam

laman sesawang sekolah tersebut adalah dikemaskini mengikut pergerakan sekolah. Ia telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan saya dengan lebih cepat dan senang. Kekuatan yang saya miliki juga adalah melalui kerjasama pihak sekolah yang membantu saya dalam pengurusan diri saya selama saya menjalani PBS di sana. Warga sekolah yang baik memberi saya keyakinan dan inspirasi untuk menyediakan portfolio ini. Kesimpulannya ialah, saya telah mencapai objektif yang ditekankan dalam PBS yang menyarankan guru pelatih untuk menyesuaikan dengan persekitaran sekolah. Ia adalah lebih daripada matlamat dan objektif PBS, ia merupakan satu pengalaman yang sangat memberansangkan kerana saya memperoleh pelbagai pengalaman baharu untuk dijadikan persediaan saya menjadi seorang guru kelak. Sesungguhanya, program ini memberi saya suatu insprirasi baharu dalam hidup saya untuk terus berkorbar dalam profesyen perguruan ini.

Anda mungkin juga menyukai