Anda di halaman 1dari 18

OLEH USTAZ ABD.

RAHMAN BIN AHMAD KAIRONI

SOLAT SUNAT TAHAJJUD?


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.

APA TUJUAN SOLAT TAHAJJUD


Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya

Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan

Allah SWT. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup

APA KELEBIHANNYA?
Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

Doa dimakbulkan Allah.


Memperolehi ketenangan jiwa. Merasai diri hampir kepada Allah SWT

Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.


Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

Menewaskan gangguan dan godaan syaitan. Mencegah dosa dan menghindari penyakit. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang

dipelajari. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang


berpanjangan. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim

CARA MUDAH SOLAT TAHAJJUD


Berniat ingin melakukan solat tahajjud. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.


Membaca ayat-ayat Al-Quran.

BAGAIMANA KALAU DAH NIAT TAPI TERTIDUR SAMPAI PAGI?


Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang hendak tidur

dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya. (Riwayat al-Nasai dan Ibnu Majah r.a.)

CARA SOLAT
Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut

. . .

NIAT


Sahaja aku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala.

SURAH SELEPAS FATIHAH


Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali) Atau; Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

BACAAN DALAM SUJUD TERAKHIR RAKAAT KEDUA

ERTINYA
Tuhanku masukkanlah daku ke dalam pintu kebenaran, keluarkanlah daku dari pintu kebenaran dan kurniakanlah bagi ku daripada-Mu pembantu!

DOA SELEPAS SALAM

ERTINYA
Ya Allah ! Jadikanlah di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan penglihatanku cahaya, jadikan di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya, Ya Allah! Kurniakan aku cahaya yang cemerlang

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

INGATAN

Rasulullah SAW telah bersabda,: Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai