Anda di halaman 1dari 9

MEMAHAMI DAN MEMBINA JATIDIRI Oleh, USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM

MSc. ( Management ), UUM, BIS ( Hons.), UKM

Pensyarah, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. KONSEP JATIDIRI

Jatidiri merupakan darjah penilaian terhadap diri sendiri. Semakin tinggi darjah penilaian terhadap diri sendiri, maka semakin kuat ketahanan diri seseorang. Ketahanan yang kuat akan membantu melindungi diri seseorang daripada ancaman dalaman dan luaran yang boleh merendahkan konsep kendirinya. Oleh sebab itu, jati diri sangat penting dalam kehidupan setiap orang.

KEPENTINGAN JATIDIRI

Orang yang memiliki jatidiri yang tinggi kelihatan lebih bergaya untuk hidup dan bersahaja menghadapi kerenah kehidupan seharian. Kepentingan jatidiri dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Lebih menerima diri sendiri seadanya dan juga orang lain. 2. Lebih jelas matlamat hidup. 3. Lebih tenang dan sentiasa berada dalam posisi yang lebih baik untuk menghadapi stres. 4. Lebih bersikap positif dan merasa lebih gembira.

5. Lebih bersedia untuk mendengar padangan orang lain. 6. Lebih bersedia untuk mengambil tanggungjawab dan merasa lebih terkawal dan tidak bergantung kepada orang lain. 7. Merasa lebih seimbang. 8. Merasa lebih selesa ketika bergaul dengan masyarakat. 9. Merasa lebih kreatif dan tidak terikat kepada pendapat orang lain. 10. Sentiasa membuat penambahbaikan terhadap penampilan diri. 11. Bersedia menerima dan memberikan kasih sayang kepada orang lain. 12. Merasa lebih kuat untuk mengambil risiko. 13. Sanggup menghargai pencapaian orang lain tanpa perasaan cemburu dan iri hati dan menjadikannya sumber inspirasi untuk berusaha lebih gigih.. 14. Lebih yakin untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti. 15. Menganggap masalah hanyalah sebagai cabaran yang perlu dihadapi. 16. Merasa lebih mahu berkongsi perasaan dengan orang lain. 17. Merasa lebih yakin untuk berbincang mengenai prestasi diri dan orang lain. 18. Merasa lebih teruja, bermotivasi dan bersemangat terhadap kehidupan.

PUNCA RENDAH JATIDIRI

Beberapa faktor luaran telah dikenalpasti oleh penyelidik menjadi punca rendah jatidiri. Memahami punca-punca tersebut bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk membantu anda menanganinya dan mengenal potensi diri anda yang sebenarnya

jika tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor berkenaan. Faktor-faktor tersebut telah dirumuskan seperti berikut:

1. Asuhan awal. Didikan awal yang diterima oleh seorang kanak-kanak akan mempengaruhi konsepsi terhadap dirinya sendiri. Fikirkan signifikan kenyataankenyataan berikut: Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki hamun. Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi. Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri. Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali. Jika anak dibesarkan dengan timbang rasa, dia belajar bersabar. Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri. Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai. Jika anak dibesarkan dengan keadilan, dia belajar kesaksamaan. Jika anak dibesarkan dengan jaminan, dia belajar mempercayai. Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar mencintai dirinya. Jika anak dibesarkan dengan perhargaan dan persahabatan, dia belajar mencari kesayangan. 2. Deraan fizikal atau seks. Kanak-kanak yang sering didera dari segi fizikal dan sering sering menghadapi keadaan kemurungan yang melampau dan akhirnya boleh membawa kepada hilang jatidiri untuk meneruskan kehidupan. Mereka mungkin mengakhiri penderitaan dengan membunuh diri.

3. Trauma. Kanak-kanak yang menghadapi trauma akibat sesuatu peristiwa dahsyat yang dialaminya akan sentiasa terganggu fikiran dan perasannya. Gangguan ini akan menjadi kanak-kanak tersebut dalamketakutan apabila mendengar perkataan yang menjadi elemen fobia dalam hidupnya atau ia melihat objek yang telah menjadi penyebab traumanya. 4. Penampilan fizikal. Penampilan diri yang serba kekurangan akan menjejaskan konsep kendiri kanak-kanak. Mereka mudah merasa terhina apabila kedapatan kawan-kawan yang berbisik-bisik mengenai saiz tubuhnya atau kecacatannya. Terimalah diri anda seadanya. 5. Jantina. Masyarakat yang menghina kumpulan jantina anda dan membandingkannya dengan kehebatan jantina yang berlainan dengan anda. Anda rasa rendah diri dan sangat terhina. 6. Peristiwa semasa. Peristiwa gagal dalam sesuatu ujian, kalah dalam pertandingan, dimarahi oleh guru dan dikenankan hukuman rotan di khalayak ramai akan menjejaskan perasaan dan konsep kendiri seseorang.

PENYEBAB RENDAH JATIDIRI

Apapun punca yang boleh mendatangkan kesan kepada rendah jatidiri, ia tidak akan terkesan jika orang yang menghadapinya mempunyai ketahanan diri yang kuat. Kerapuhan pertahanan diri sering dikaitkan dengan sikap-sikap berikut: 1. Penerimaan kendiri dan orang lain secara negatif.

2. Bimbangkan beban tanggungjawab yang dipikul. Anda terlalu risau tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 3. Terlalu mementingkan kesempurnaan. Jika hasil kerja tidak mencapai tahap kesempurnaan, anda akan merasa cukup bersalah dan tertekan. 4. Sering menggunakan mekanisma pertahanan diri. Sentiasa mempertahankan diri dan sering menyalahkan orang atau pihak lain. 5. Ketagihan. Anda suka makan. Anda ketagih makan banyak. Anda suka hisap puting. Anda ketagih hisap puting. Tingkahlaku ketagihan anda menjadi ejekan rakan-rakan. Anda sudah pasti merasa tertekan dan malu. 6. Terlalu berhati-hati dengan perasaan, keperluan dan kemahuan. 7. Mengawal isu-isu. Terlalu banyak isu yang dihadapi sehingga tidak dapat mengawalnya dan perasaan anda cukup tertekan dan terjejas. 8. Membuat keputusan. Anda sering gagal membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Kegagalan ini akan menjadikan orang lain merungut. Rungutan orang lain akan menjadikan anda tertekanan. 9. Memulakan komunikasi dengan orang lain. Betapa sukarnya untuk anda memulakan komunikasi dengan orang lain atas sebab-sebab anda gagap, tidak pandai mencari isu, gerun dengan kedudukan orang lain. Faktor-faktor ini mungkin menyebabkan anda merasa

MEMBINA JATIDIRI

1. Bersikap positif. Belajar menerima segala keadaan dengan hati terbuka. Jika anda dikenakan tindakan disiplin oleh guru,maka belajarlah muhasabah diri. Fikirkan apakah sumbangan anda sehingga tindakan tersebut dikenankan. Jika anda menyelidik puncanya dan akhirnya anda dapati andalah puncanya, maka anda akan dapat menerima hukuman berkenaan dengan senang hati. Jika sebaliknya iaitu anda dapati orang lain menjadi penyebabnya, maka anda akan sentiasa menyalahkan orang lain dan anda sendiri akan tertekan berpanjangan. 2. Lakukan latihan meditasi nyah elemen negatif dalam diri. Anda perlu bersendirian di tempat yang sunyi dan tenang. Pejamkan mata dan bayangkan awan putih sedang melewati ruang udara atas kepala anda. Keluarkan satu persatu elemen negative yang ada dalam diri anda dan anda telah kenalpasti sebagai punca rendah jatudiri. Letakkan elemen-elemen itu di atas awan dan biarkan ia berlalu. Setelah selesai, beristighfar kepada Allah dan bukalah mata. 3. Dalami ilmu mengenai kemahiran menghadapi konflik. Konflik sering menjadikan seseorang merasa tertekan dan mengikis jatidirinya. Kemahiran menghadapi konflik boleh membantu menangani keadaan dengan bergaya. Anda mungkin menerima sahaja tanpa sebarang tindakan konflik berkenaan sama ada anda suka atau tidak. Anda boleh juga mengelak daripada menyelesaikannya. Jauhkan diri daripada individu yang menjdi punca konflik. Anda mungkin juga boleh mengajakpihak yang berkonflik untuk berbincang mencari penyelesaian. Pilihlah pendekatan yang sesuai dengan anda. 4. Pulihkan semangat dan ingatkan ketentuan Allah terhadap hamba-Nya. Segalanya adalah dugaan dan ujian-Nya sahaja untuk menguji kekuatan jatidiri

anda. Allah memilih orang tertentu sahaja untuk diuji. Jangan ambil jalan pintas untuk menyelesaikan sebarang masalah. Jangan ambil ubat penenang atau dadah. Perbuatan membunuh diri adalah dosa besar dan nerakalah balasannya. Anda perlu kuatkan semangat dalam diri untuk membuktikan kepada semua orang bahawa anda tidak mudah kalah atau putus asa. Percayalah bahawa masih ada orang yang sayangkan anda dalam dunia walaupun anda dikelilingi oleh musuh. 5. Amalkan etika bersederhana dalam semua hal untuk elakkan anda ketagihan. Ketagihan makan boleh diatasi melalui amalan diet yang lengkap komponen khasiatnya. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jangan menyeksa diri untuk menghasilkan sesuatu kerja sesempurna mungkin. Buatlah kerja sesuai dengan kemampuan anda dan dalam lingkungan sumber yang cukup, tetapi jangan buat ala kadar sahaja. Berusahalah melakukan yang terbaik. Bekerjalah secara bijakana ( smart ). 6. Belajarlah memaafkan orang lain. Kemaafan boleh mengendurkan ketegangan yang anda hadapi. Anda akan merasa kelegaan apabila memaafkan orang. Lupakan kesilapan orang dan jalinkan persahabatan. Usah diperbesarkan jurang perbezaan. Carilah titik pertemuan dan harmonikannya dalam hubungan dengan orang lain. Akui kesilapan diri jika berkenaan. Rendahkan ego anda. Tiada guna orang takut kepada anda kerana bimbangkan kemarahan anda. Lebih baik mereka takutkan anda kerana rasa hormat. 7. Ambillah langkah menghijrahkan diri ke suatu destinasi yang memberikan anda peluang untuk belajar menerima orang lain dan anda juga akan diterima. Jadilah sahabat kepada orang lain sebelum anda mengharapkan mereka akan bersahabat

dengan anda. Berhijrahlah dengan misi untuk mengubah diri sendiri dan bukan untuk mengubah orang lain. Di manapun anda pergi, jenis manusia di tempat anda sekarang juga ada di sana. Ubahlah diri sendiri kerana anda mampu mengubahnya. 8. Hayati kisah-kisah teladan mereka yang bangkit daripada kesulitan dan berani menghadapi reality dunia persekitarannya. Adibah Nor pernah dinafikan peluangnya untuk merakamkan album kerana saiz badannya, tetapi dia berusaha membiayai rakaman tersebut dan akhirnya berjaya. Bahkan beliau juga telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam industri muzik. Siti Nurhaliza juga terpaksa menaiki bas untuk menghadiri sesi ujian nyanyian sebelum berada di puncak kegemilangannya. Tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan. Bandingkan diri anda dengan orang yang berjaya. Jangan bandingkan diri anda dengan orang yang gagal. 9. Usah ditangisi kegagalan hari semalam. Sebenarnya anda telah membuat keputusan yang betul pada hari semalam kerana ia sesuai dengan keadaan dan kemampuan anda pada ketika itu. Cuma apabila dibandingkan dengan hari ini, ia kelihatan semacam sebuah kegagalan atau kesilapan kerana keadaan dan posisi serta kemampuan anda telah berubah dan berbeza. Yakinkan diri anda bahawa anda berada pada posisi yang betul dan benar. 10. Hargailah diri anda. Ucaplah tahniah kepada diri anda sendiri walau sekecil manapun kejayaan yang telah anda capai. Hebat aku. Namun begitu elakkan daripada sifat riak kerana sifat itu boleh menghapuskan pahala beribadat. Pujilah diri anda untuk melangsungkan semangat juang seterusnya.

PENUTUP

Sebagai penutup, renunglah ungkapan-ungkapan berikut:

1. You are not alone in feeling low self-esteem: nearly everyone does at some time. 2. Whatever you can do or dream you can, Begin it. Boldness has genius, power and magic in it. BEGIN IT NOW. 3. You should always be aware that your head creates your world. 4. There is but one cause of human failure and that is mans lack of faith in his true self. 5. Know that you are forever loved.

Rujukan

1. Elaine Sheehan ( 2002 ), Low Self-Esteem, London: Vega. 2. Md Zuki Hashim ( 2007 ), Cara Kerja Efektif, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 3. Mohd Mukri et.al.( t.t ), Sekolah Penyayang, Kuala Lumpur: Unit Dakwah Kepimpinan, BPI, KPM 4. Robert Ringer ( 1990 ), The 10 Habits Of Highly Successful People, Petaling Jaya: Advantage Quest Sdn. Bhd.