Anda di halaman 1dari 5

Islam Hadhari ISLAM HADHARI Islam Hadhari sebenarnya bukanlah ajaran baru tetapi ia merupakan pendekatan baru yang

ingin dibawa kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang diambil oleh kerajaan dalam membawa masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya dalam memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang syumul, berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan keharmonian. Lebih penting Islam Hadhari menekankan kepada pendekatan yang toleran yang tentunya amat serasi dengan masyarakat majmuk Malaysia. DATO SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI 1. PENDAHULUAN

Kegemilangan umat Islam bermula pada era pemerintahan Islam di Madinah dan berkembang pesat pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua Eropah yang menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam yang berbentuk universal membawa manfaat dan rahmat kepada seluruh umat dan alam. Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad kedua belas, imej masyarakat Islam di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran. Majoriti masyarakat sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup agama sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Islam sebagai al-Din merupakan cara hidup dalam konteksnya yang sangat luas, lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali mengamalkan Islam secara syumul pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.
2. PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang seperti; Menjaga, memartabat dan memperkasa; 1. 2. 3. 4. 5. Agama Akal Nyawa Harta Keturunan

Islam Hadhari

6. Maruah 7. Institusi keluarha 8. Alam sekitar


3. DEFINISI

Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Civilizational Islam, dan dalam Bahasa Arab sebagai al-Islam al-Hadhari. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.
4. VISI

Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.
5. MISI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Misi Islam Hadhari ini bermaksud bahawa agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Ialam yang bersifat: 1. 2. 3. 4. 5. Universal Maju Bertamaddun Bertoleransi Berimbang

6. OBJEKTIF

Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabarancabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
7. PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI 1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah

Dan (Tuhan berfirman lagi):Sekiranya penduduk negeri itu,beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpahlimpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Islam Hadhari

Al-Quran: Al-Araf:96
2. Kerajaan Adil dan Beramanah

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Al-Nahlu:90
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Maidah: 8 3. Rakyat Berjiwa Merdeka

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebihlebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. Al-Israk:70 Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al-Mujadalah:11

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan

Islam Hadhari

negara, bangsa dan manusia sejagat melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masingmasing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). Al-jumuah:10

6. Kehidupan Berkualiti

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnikmatnya yang melimpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Al-Qasas: 77

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujaraat: 13 Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya. Sekiranya mereka melakukan demikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu

Islam Hadhari

suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran). Hadith riwayat Muslim
8. Keutuhan Budaya dan Moral

Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa mesti dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.
9. Pemuliharaan Alam Semulajadi Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Al-Ruum:41 10. Kekuatan Pertahanan

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Al-Anfal: 60

8. PENUTUP

Usaha Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari dalam arus pembangunan perdana negara amat tepat pada masanya ketika umat Islam sedang menghadapi perubahan sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, kemajuan sains, teknologi dan lain-lain. Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Dengan pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia akan membuka minda masyarakat Islam tentang tujuan hidup yang sebenar dan sama-sama memahami hala tuju kepimpinan negara ke arah membangun ummah dan negara dengan cemerlang, gemilang dan terbilang yang diredhai Allah SWT.