Anda di halaman 1dari 36

TUJNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK UNIT 1: ASAS KAWALAN MOTOR

4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR


Bidang

pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor. kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.

Bidang

4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR


Bidang

ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal pergerakan. pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

Kawalan

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS-JENIS

LAKUAN MOTOR YANG MAMPU DIHASILKAN OLEH SISTEM BIOLOGI ADALAH: Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (Involuntari) Lakuan Motor Berkemahiran (Voluntari)

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN MOTOR TANPA KEMAHIRAN (INVOLUNTARI) Contohnya: Pantulan lutut Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

1) Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. 2) Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. 3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang. 4) Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor. 5) Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. 6) Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. 7) Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR MEKANISME PERGERAKAN INVOLUNTARI

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN

MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN

MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap kemahiran dan pengalaman.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN

MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) Contoh pergerakan voluntari: Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang gelanggang dalam sukan badminton, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan hantaran lob.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


LAKUAN

MOTOR BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) Contoh pergerakan voluntari: Ketika menerima servis dalam sukan bola tampar, pemain pasukan yang kurang berkemahiran akan menghantar semula bola ke gelanggang lawan, manakala pasukan yang berkemahiran akan membuat strategi menyangga, mengumpan dan merejam.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


MEKANISME

PERGERAKAN VOLUNTARI

1) Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. 2) Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori. 3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yang terlibat ialah: Saraf tunjang (spinal cord), Tunjang otak (brain stem) dan Otak tengah (mid brain) 4) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


MEKANISME

PERGERAKAN VOLUNTARI

5) Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori. 6) Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor. 7) Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral. 8) Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. 9) Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


MEKANISME

PERGERAKAN

VOLUNTARI

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU; Kemahiran generik Kemahiran berobjektif

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti berjalan.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran generik berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; KEMAHIRAN BEROBJEKTIF Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; KEMAHIRAN BEROBJEKTIF Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti praktis (pembolehubah pembelajaran) dan latihan (pembolehubah prestasi).

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripada dua iaitu; Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan, berenang dan berbasikal.

4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR


JENIS

PERGERAKAN BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ; PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti menangkap bola dan lompat setempat.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


TERDAPAT

TIGA JENIS KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR YANG ASAS BERDASARKAN KRITERIA YANG BERBEZA IAITU; Kriteria ketepatan lakuan Kriteria ciri pergerakan Kriteria stabiliti persekitaran

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

KETEPATAN LAKUAN

Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini


adalah berdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada; Kemahiran motor kasar Kemahiran motor halus

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

KETEPATAN LAKUAN

KEMAHIRAN MOTOR KASAR Melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

KETEPATAN LAKUAN

KEMAHIRAN MOTOR HALUS Melibatkan penggunaan otot-otot

kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

CIRI PERGERAKAN

Berpandukan kepada cara sesuatu


kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhiran kemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini adalah seperti berikut: Kemahiran diskrit Kemahiran berterusan Kemahiran siri

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN DISKRIT
Kemahiran yang permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan pengakhiran lakuan adalah nyata.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN BERTERUSAN Kemahiran yang permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaan dan akhir lakuan adalah tidak nyata.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR


KRITERIA

CIRI PERGERAKAN

KEMAHIRAN SIRI Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik dan kemahiran lompat tinggi.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN Berdasarkan keadaan persekitaran kemahirannya dihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil (tidak berubah- ubah). Kelas kemahiran berdasarkan kriteria ini terdiri daripada: Kemahiran luar kawal (open skill) Kemahiran terkawal (close skill)

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN KEMAHIRAN LUAR KAWAL (OPEN SKILL) Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol.

4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN MOTOR KRITERIA STABILITI PERSEKITARAN KEMAHIRAN TERKAWAL (CLOSE SKILL) Kemahiran yang dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.