Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Terlebih dahulu saya Awangku Omar bin Awangku Mahmud bersyukur kepada Allah swt kerana diberi

kekuatan menyiapkan tugasan ini bersama-sama ahli kumpulan saya ( Sdr. Jupong

Ambak dan Sdr. Wan Muhaini )

Seterusnya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pensyarah dalam Puan Corella Stephen di kursus atas bantuannya juga

menyiapkan kerja

ini. Tidak ketinggalan

kepada rakan-rakan

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Pada mulanya, saya mengalami kesulitan kerana tidak memahami kehendak tugasan. Apatah lagi tugasan ini memerlukan kemahiran dalam bidang ICT yang menjadi fobia kepada saya selama ini.Setelah membuat rujukan dan berbincang bersama rakan, saya mengetahui bagaimana hendak melakukan tugasan ini.

Memang tidak dapat dinafikan saya sering kali melaksanakan permainan bahasa bersama murid-murid. Namun, saya kurang menyelidik secara lebih terperinci tentang permainan-permainan ini. Oleh itu, apabila diberikan tugasan ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang permainan bahasa. Selain itu, impak yang paling penting kepada saya adalah dapat meningkatkan sedikit penguasaan dalam bidang ICT. Setelah bertungkus lumus, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Semoga kerjasama kami semakin erat pada masa akan datang.