Anda di halaman 1dari 13

1.

Pendahuluan

Masyarakat Malaysia memandang pendidikan sebagai jalan utama untuk berjaya dalam kehidupan. Masyarakat masih lagi berpendapat untuk berjaya di bidang pekerjaan anak anak perlu cemerlang di dalam peperiksaan. Dengan pandangan seperti ini maka masyarakat tidak lagi menganggap pembelajaran sebagai satu keperluan setelah menjawat jawatan yang baik. Pandangan seperti ini menyebabkan lahirnya masyarakat yang tidak kreatif dan tidak proaktif. Golongan muda pula adalah merupakan aset penting dalam membentuk sosial budaya dan ekonomi negara. Golongan ini adalah juga merupakan pemangkin pertukaran paradigma jangka masa panjang. Menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak kanak pada masa ini akan menjadikan kehidupan di masa depan lebih baik bagi sesebuah negara. Proses pendidikan pada abad yang ke 21 perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Dengan kemunculan ekonomi digital berasaskan teknologi maklumat, multimedia dan Internet, negara memerlukan pekerja berpengetahuan dan proses inovasi yang berterusan. Cabaran ini akan mewujudkan penggabungan antara bekerja dan belajar. Pada waktu itu akan wujud satu konsep pembelajaran yang baru di mana kita akan terus belajar walaupun sambil bekerja. Inilah yang dinamakan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Lantaran itu persepsi masyarakat tehadap budaya belajar untuk lulus peperiksaan perlu ditukar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Konsep ini akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman. Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan budaya rakyat Malaysia. Dengan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu budaya maka akan lahirlah masyarakat yang mencintai ilmu dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Pihak pengurusan politeknik memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya pembelajaran sepanjang hayat. Atas maksud ini pihak pengurusan politeknik perlu berkerjasama dengan pusat sumber

politeknik dalam membudayakan konsep belajar sepanjang hayat di kalangan pelajar.


kembali ke atas

2.0

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan satu proses pembelajaran secara formal atau tidak formal yang berlaku secara berterusan dan melibatkan setiap ahli masyarakat untuk mendapat dan menggunakan pengetahuan baru dalam kehidupan mereka. Menurut pandangan Luker (1998) konsep pembelajaran sepanjang hayat melibatkan sektor pendidikan, bidang perniagaan, badan professional dan kerajaan. Menurut Luker (1998) lagi kemudahan untuk proses pembelajaran berasaskan konsep ini dibantu oleh pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi peluang kepada proses pembelajaran untuk berlaku di mana sahaja mengikut kesesuaian pelajar. Menurut Monbusho (2001) pula proses pembelajaran sepanjang hayat merangkumi dua konsep yang penting iaitu : konsep yang pertama melibatkan kajian ke atas semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan dalam proses pembentukan masyarakat yang mengamalkan proses pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya konsep pembelajaran ini melibatkan proses pembelajaran pada setiap tahap kehidupan manusia. Menurut Monbusho (2001) proses pembelajaran sepanjang hayat tidak berstrukturkan kepada program pendidikan sahaja tetapi proses pembelajaran ini melibatkan bidang sukan , aktiviti kebudayaan, hobi, rekreasi dan aktiviti sukarela. Monbusho (2001) juga berpendapat tempat untuk berlakunya proses pembelajaran tidak bergantung kepada sekolah, kolej dan universiti tetapi merangkumi dewan masyarakat, muzium, pusat kebudayaan, komplek sukan dan perpustakaan. Monbusho (2001) juga menyatakan program pembelajaran melibatkan sektor swasta, kerajaan dan syarikat syarikat perniagaan. Kesimpulannya konsep pembelajaran sepanjang hayat tidak merugikan

mana mana pihak sebaliknya ia akan melahirkan individu, pekerja dan rakyat yang dapat dibanggakan oleh negara.
kembali ke atas

2.1

Komponen Pembelajaran Sepanjang Hayat

Unit Kerja untuk pendidikan bagi abad yang ke 21 yang telah dibentuk oleh UNESCO telah mengeluarkan laporan Delors (1996) yang menyediakan rangka kerja untuk memudahkan kefahaman ke atas konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pada dasarnya laporan Delors (1996) menyatakan terdapat empat komponen utama dalam proses pembelajaran sepanjang hayat iaitu :

kembali ke atas

2.1.1

Belajar untuk tahu

Satu proses pembelajaran masteri yang menggalakkan individu menguasai dengan baik apa sahaja yang dipelajari dan bukan sekadar untuk membina pengetahuan berdasarkan
kembali ke atas

keupayaan

untuk

menghafal

dan

berfikir.

2.1.2

Belajar untuk beramal

Melengkapkan individu dengan bentuk kemahiran yang diperlukan untuk masa hadapan supaya kemahiran tersebut akan dapat digunakan dalam bentuk pekerjaan yang diperlukan pada masa hadapan seperti innovasi dan berupaya untuk mengikut persekitaran
kembali ke atas

kerja

untuk

masa

hadapan.

2.1.3

Belajar untuk hidup bermasyarakat

Satu proses pembelajaran yang membentuk sikap untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan sebarang persengketaan melalui pendidikan dan belajar untuk

memahami kebudayaan orang lain dan memahami kehendak masyarakat secara umum.
kembali ke atas

2.1.4

Belajar untuk keseimbangan jasad dan rohani

Komponen ini akan membentuk pembangunan keseluruhan dalam jasad dan rohani dari aspek kecerdasan, kepekaan , menghayati kecantikan dan kerohanian.
kembali ke atas

3.0

Pusat Sumber

Menurut Halimah (1996) pusat sumber sekolah adalah merupakan pusat untuk guru mendapatkan maklumat bahan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif sesuai untuk mengembangkan potensi pelajar sebagai insan yang seimbang. Bagi memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat, sesebuah pusat sumber bukan hanya menumpukan aktivitinya kepada aspek pengumpulan maklumat, pengeluaran maklumat, penyusunan maklumat dan penyebaran maklumat

tetapi perlu memikirkan perancangan yang lebih sesuai bagi menjalankan aktiviti yang berupaya untuk melatih pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar. Menurut Shahizan (2001) pusat sumber Politeknik Port Dickson diwujudkan atas lima objektif yang utama iaitu : Menyediakan tempat bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran teknikal di Politeknik Port Dickson. Menyediakan perkhidmatan Internet kepada pengguna yang memerlukan maklumat yang tidak dapat disediakan oleh koleksi rujukan Politeknik Port Dickson. Bertindak sebagai sumber untuk pengumpulan laporan pelajar yang telah menjalani latihan industri.

Mengumpulkan projek projek akademik pelajar akhir semester yang telah dipilih untuk dijadikan rujukan pelajar dan pensyarah. Menyediakan tempat untuk pensyarah membangunkan bahan pengajaran mereka. Aktiviti dan program pusat sumber politeknik bukan hanya diperlukan untuk memastikan pelajar lulus dalam peperiksaan. Malah untuk masa hadapan pusat sumber politeknik perlu mewujudkan rasa perlu dan cinta terhadap pelajaran kepada pelajar pelajar politeknik. Pemikiran pelajar perlu diubah bahawa belajar bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi proses pembelajaran berlaku untuk

mengamalkan apa yang dipelajari sepanjang hayat kehidupan. Kefahaman seperti ini akan membentuk sifat untuk memperbaiki diri dalam diri pelajar melalui proses pembelajaran. Perkara ini akan terlaksana sekiranya peranan dan fungsi pusat sumber politeknik dibina berdasarkan kepada ciri ciri di bawah : a. Pusat sumber politeknik perlu menyediakan prasarana yang sesuai dan menarik untuk proses pembelajaran. b. Pusat sumber politeknik juga perlu merancang program yang akan dapat melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat yang diperlukan dalam kehidupan yang sebenar. c. Pusat sumber politeknik juga perlu melaksanakan aktiviti yang mengalakkan proses penerokaan ilmu secara kendiri. d. Pusat sumber politeknik juga harus bersedia untuk meningkatkan tahap kerja yang lebih profesional terhadap kakitangannya. e. Pusat sumber politeknik sekolah perlu menjadi pusat penerokaan ilmu yang sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

kembali ke atas

3.1

Prasarana Pusat Sumber Politeknik

Dalam membuat perancangan dan reka bentuk sesebuah pusat sumber, aspek keperluan persekitaran memainkan peranan yang penting. Keperluan persekitaran mestilah sesuai dengan tahap pengguna pusat sumber politeknik. Pengguna utama pusat sumber politeknik adalah pelajar remaja dan pensyarah yang mempunyai tahap emosi dan pemikiran yang matang. Reka bentuk ruang yang tidak kreatif dan kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan dan jemu untuk menggunakan ruang tersebut. Prasarana yang kurang menarik juga akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengguna sesebuah ruang. Hasil dari pemerhatian pengkaji dan temubual dengan kakitangan pusat sumber Politeknik Port Dickson didapati reka bentuk ruang yang ada sekarang tidak mempunyai sistem pencahayaan yang baik terutamanya pada ruang rujukan dan bacaan. Ruangan dalaman juga tidak dihiasi dengan ciri ciri lanskap dan gambar yang ada hubungan dengan bidang pendidikan teknikal. Prasarana yang kurang ceria ini juga menyebabkan pensyarah kurang untuk menggunakan pusat sumber ini sebagai tempat untuk menyediakan bahan pengajaran. Ini menyebabkan para pensyarah tidak memberikan perhatian kepada pembangunan koleksi yang ada di dalam pusat sumber ini. Kelemahan kelemahan ini boleh membantutkan konsep pembelajaran sepanjang hayat di politeknik kerana pelajar dan pensyarah akan kurang menggunakan kemudahan yang sedia ada. Menurut Ching (1995) reka bentuk ke atas sesuatu ruang dalaman akan dapat menterjemahkan aktiviti ruang itu dengan lebih baik. Bagi memastikan setiap individu dapat belajar dengan baik dan menggunakan pusat sumber ini dengan aktif maka pusat sumber politeknik perlulah menyediakan ruangan yang ceria, menarik dan selesa. Sebagai contoh susunatur ruang rujukan hendaklah ditempatkan berdekatan dengan ruang edaran atau ruang masuk serta pencahayaan yang baik perlu disediakan untuk ruang bacaan dan ruang rujukan. Reka bentuk seperti ini akan menambahkan keceriaan pusat sumber dan memudahkan perbincangan di antara pengguna dan kakitangan pusat sumber. Seni bina lanskap juga perlu diterapkan pada ruangan legar yang berhampiran dengan pintu masuk.

Revolusi teknologi maklumat memberi kesan yang besar kepada pembangunan sesebuah negara. Bidang pendidikan adalah sektor penting yang perlu peka dengan perubahan ini. Dalam dunia digital, Internet akan menjadi medium utama untuk proses komunikasi dan penyaluran maklumat. Bagi menjadikan masyarakat kita bersedia menerima perubahan zaman, pengetahuan serta kemudahan capaian Internet mesti digunakan oleh semua golongan masyarakat. Pusat sumber politeknik perlu bersedia dengan prasarana ini untuk memantapkan lagi konsep pembelajaran sepanjang hayat berasaskan komputer. Bagi memastikan pusat sumber politeknik yang berasaskan elektronik dapat diwujudkan dengan berkesan prasarana dan kemudahan peralatan yang sesuai perlu disediakan. Perancangan perlu dibuat dengan rapi untuk memastikan pensyarah dan pelajar akan dapat memanafaatkan teknologi maklumat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun perkara ini tidak dapat disediakan dengan baik oleh pusat sumber Politeknik Port Dickson. Buat masa ini pusat sumber Politeknik Port Dickson hanya menyediakan lima buah komputer untuk perkhidmatan Internet bagi kegunaan dua ribu lima ratus orang pelajar. Kekurangan komputer ini boleh memberi kesan kepada

perkembangan pembelajaran sepanjang hayat di politeknik kerana sukar bagi pensyarah mengalakkan pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini dari sumber elektronik. Prasarana pusat sumber yang kurang baik dari segi infrastruktur dan susunan ruang dalaman secara tidak langsung menjejaskan proses pembelajaran sepanjang
kembali ke atas

hayat

di

Politeknik

Port

Dickson .

3.2

Proses Pembelajaran Yang Aktif

Program yang dilaksanakan oleh sesebuah pusat sumber adalah merupakan elemen penting dalam menentukan berlakunya proses pembelajaran yang aktif pada tempat tersebut. Bagi pusat sumber Politeknik Port Dickson terdapat beberapa program tahunan yang digunakan untuk menarik pelajar. Kesemua program ini digunakan untuk mempromosikan pusat sumber tersebut. Ianya digunakan untuk memberi

penerangan kepada pelajar baru tentang fungsi pusat sumber ini. Walaubagaimanapun program ini hanya dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar dalam Minggu Suaikenal. Aktiviti lawatan tidak terdapat di dalam program ini. Dalam program ini adalah penting untuk pihak pengurusan pusat sumber memberi kemahiran kepada pelajar, berkenaan dengan ruang, koleksi dan kemudahan yang terdapat di pusat sumber tersebut. Semasa program ini dilaksanakan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanafaat perlulah dirancang bagi mewujudkan persepsi yang baik kepada pengguna khususnya pelajar terhadap pusat sumber tersebut. Bagi memastikan keberkesanan program ini keperluan pembelajaran, minat dan tahap pengguna perlulah difikirkan. Setiap program yang diatur perlulah melibatkan pengguna khususnya pelajar dengan lebih aktif. Kejayaan sesuatu program yang disusun bergantung kepada proses pembelajaran yang dilalui oleh pelajar sewaktu menjalankan program yang disertai. Asas kepada kejayaan program promosi pusat sumber politeknik ialah keinginan pengguna khususnya pensyarah dan pelajar untuk menggunakan pusat sumber bagi proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam proses mempromosi pusat sumber Schmidt et al. (2001) menyatakan pihak pengurusan pusat sumber perlulah melihat pelajar sebagai pelanggan, perkhidmatan sebagai produk yang perlu mengikut kehendak pengguna. Schmidt et al. (2001) menjelaskan nilai kepada proses ini walaupun bukan dalam bentuk wang tetapi adalah merupakan proses perpindahan maklumat yang berlaku di antara pelajar dan pusat sumber. Untuk memastikan pusat sumber akan memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pembelajaran di Politeknik Port Dickson maka pusat sumber politeknik perlu memahami kehendak pelanggan utama mereka iaitu pelajar. Pihak pentadbiran juga perlu memahami bagaimana sumber maklumat yang disediakan dapat membantu proses pembelajaran. Schmidt et al. (2001) menyatakan keperluan pelanggan perlulah diterjemahkan dalam bentuk perkhidmatan dengan mengambilkira perubahan sosio-ekonomi dan suasana

pembelajaran pelajar yang menggunakan pusat sumber tersebut.


kembali ke atas

3.3

Penerokaan ilmu secara kendiri.

Salah satu ciri penting yang perlu ada dalam sesebuah pusat sumber bagi mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat ialah menjalankan aktiviti yang akan mengalakkan proses penerokaan ilmu secara kendiri di kalangan pengguna pusat sumber. Di pusat sumber Politeknik Port Dickson aktiviti penerokaan ilmu secara sendiri berlaku bila pelajar dikehendakki untuk menyiapkan projek dan laporan latihan industri. Walaubagaimanapun galakan tidak diberikan oleh pensyarah akan kepentingan untuk menggunakan Internet dan rujukan yang ada di pusat sumber dalam menyelesaikan projek dan laporan pelajar. Strategi untuk mengalakkan penerokaan ilmu akan hanya berjaya sekiranya pelajar dapati, pengetahuan dan maklumat yang disediakan di pusat

sumber memberi manafaat kepada kehidupan pelajar. Aktiviti yang diatur perlulah dapat disesuaikan dengan setiap pelajar yang menggunakan pusat sumber tersebut. Bagi pelajar politeknik yang terlibat secara terus dengan bidang teknologi kesedaran perlu diberikan kepada mereka bahawa apa yang diperolehi dalam bilik kuliah belum mencukupi untuk menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang terdapat di industri. Rujukan perlu dibuat khususnya kepada Internet supaya pelajar akan mendapat maklumat terkini tentang teknologi yang ada di industri. Pihak pengurusan pusat sumber dan pensyarah perlu bekerjasama untuk menjadikan pelajar sebagai ahli kepada kumpulan perbincangan Internet bagi menanam sifat sentiasa ingin tahu di dalam diri pelajar. Galakan juga perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka akan merasakan kepentingan untuk belajar secara sendiri dan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi dipusat sumber untuk digunakan bagi penerokaan ilmu mereka pada masa yang akan

datang.
kembali ke atas

3.4

Membina kakitangan yang professional

Kakitangan pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan penggunaannya. Tahap kerja yang lebih professional diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang memuaskan akan dapat disediakan kepada pelajar. Melalui temubual yang dibuat keatas pelajar diploma seni bina semester enam mereka ada menyatakan rasa kurang senang terhadap sikap kakitangan pusat sumber Politeknik Port Dickson. Sikap yang tidak professional di kalangan kakitangan boleh menimbulkan suasana tidak ceria di sesebuah pusat sumber dan boleh membantutkan proses pembelajaran sepanjang hayat di Politeknik Port Dickson. Program kesedaran kepentingan pelanggan perlu diberikan kepada kakitangan pusat sumber supaya setiap pengunjung yang mengunjungi pusat sumber akan berasa selamat dan selesa apabila menjalankan aktiviti di pusat sumber Politeknik Port Dickson. Nilai nilai murni juga perlu diterapkan dalam diri kakitangan pusat sumber supaya rasa hormat kepada pelajar akan dapat diterapkan ke dalam diri mereka. Disamping itu sikap untuk memberikan senyuman juga perlu ditekankan supaya suasana ceria akan dibina di dalam pusat sumber politeknik. Program bercorak kerohanian perlu disusun di kalangan kakitangan pusat sumber supaya nilai nilai murni yang baik akan dapat diterapkan. Secara tidak langsung program yang dinyatakan di atas boleh membantu pembangunan proses pembelajaran sepanjang hayat di Politeknik Port Dickson kerana pelajar perlu berminat untuk menggunakan pusat sumber sebelum galakan dapat diberikan kepada mereka untuk menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai amalan dalam kehidupan mereka. Kakitangan pusat sumber juga perlu peka dengan perkembangan yang wujud dalam dunia maklumat pada masa ini. Kewujudan lebuh raya maklumat menyediakan kemudahan pencarian maklumat dengan lebih cepat, menarik dan

lebih berkesan tanpa sempadan. Pensyarah dan pelajar boleh memperolehi maklumat dari Internet melalui World Wide Web (www). Berdasarkan perkara ini program perlu disusun Program bagi memastikan komputer kemudahan perlu maklumat bagi ini dapat

dimanafaatkan.

literasi

disusun

memastikan

pensyarah, pelajar dan kakitangan pusat sumber politeknik mendapat kemahiran komputer yang diperlukan. Kemahiran ini amat penting kerana sekiranya literasi komputer ini dimanafaatkan dengan baik maka ianya bukan sahaja membantu tugas tugas penyelenggaraan harian seperti mengkatalog, mengkelas dan mengindeks tetapi kakitangan akan mampu untuk menyediakan perkhidmatan seperti kios maklumat dan perkhidmatan pencarian maklumat melalui Internet. Pensyarah dan kakitangan yang mahir dalam perkara ini akan dapat membantu pelajar untuk menggunakan
kembali ke atas

Internet

sebagai

medan

utama

pembelajaran

mereka.

3.5

Pusat penerokaan ilmu untuk semua lapisan masyarakat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat melibatkan pembelajaran yang dibuat secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran ini boleh melibatkan setiap anggota masyarakat apabila keperluan untuk meningkatkan pengetahuan wujud. Sebagai pekerja mahir yang memerlukan pengetahuan teknikal bagi meningkatkan kemahiran semasa bekerja pusat sumber politeknik adalah merupakan sumber penting bagi mendapatkan maklumat terutamanya untuk pekerja di industri minyak dan kejuruteraan yang terdapat di Port Dickson. Atas perkara ini program juga perlu disusun oleh pusat sumber politeknik untuk menggalakkan masyarakat sekeliling menggunakan kemudahan yang telah sedia ada. Menurut Delors (2000) pusat sumber akan menjadi titik pertemuan yang menghubungkan masyarakat setempat dengan sumber maklumat dan ilmu. Delors (2000) juga menyatakan pusat sumber perlu dibangunkan sebagai fungsi utama untuk pembangunan pembelajaran sepanjang hayat. Program perlu dibangunkan di dalam pusat sumber politeknik bagi menggalakkan masyarakat setempat menggunakan kemudahan yang telah

disediakan. Buat masa ini tidak terdapat program khusus yang disusun oleh pusat sumber Politeknik Port Dickson bagi menggalakan penggunaannya oleh masyarakat setempat. Bagi membantu konsep pembelajaran sepanjang hayat diterapkan di kalangan masyarakat setempat program perlu disusun oleh pusat sumber politeknik untuk
kembali ke atas

memastikan

perkara

ini

berlaku.

4.0

Kesimpulan

Pusat sumber Politeknik Port Dickson memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam diri pelajar, pensyarah dan masyarakat setempat. Untuk ini sangat penting kesedaran diberikan kepada pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson akan kepentingan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini pembangunan masyarakat pada masa hadapan. Galakan yang diberikan oleh pihak pentadbiran untuk perkara ini akan membantu pembangunan konsep pembelajaran sepanjang hayat khususnya di Politeknik Port Dickson dan masyarakat setempat.
kembali ke atas

5.0

Rujukan

Aidah Abdul Karim. 2000. Pusat sumber sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Perpustakaan Di Malaysia. Hotel Mint, Kuala Lumpur, 23 24 Ogos (atas talian). http://202.186.179.2/seminarukm/p_sumbersekolah.pdf (10 Julai 2001) Ching, D.K. 1995. Seni Bina Bentuk, Ruang dan Tertib Susun Atur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Delors, Jaques. IFLANET.2000. The role of Public Libraries in lifelong learning - a Project under the section of Public Libraries, IFLA (atas talian). (11 Julai 2001) Halimah Badioze Zaman. 1996. Pusat Sumber Sekolah: Perancangan don Rekabentuk . Ed. ke-2. Bangi: Penerbitan UKM.

Human resources development Canada. 2001. Lifelong learning on the knowledge highway: Part II Trends and best practice (atas talian)). http://olt-bta.hrdc-drhc.gc.ca/publicat/part2_e.html (11 Julai 2001) Luker,P. 1998. Lifelong Learning-Rising to the Challenge (atas http://www.ccsr.cse.dmu.ac.uk/resources/equality/luker.html (13 Julai talian). 2001)

Monbusho, A. 1998. Life long learning : What is life long learning (atas talian). http://www.monbu.go.jp/aramashi/1999eng/e03/e03-1.htm (12 Julai 2001) Mohd Shahizan. 2001. Temubual Objektif Pusat Sumber Politeknik Port Dickson . Pusat Sumber, Politeknik Port Dickson, 12 Julai. Ornholt, R. 2000. Public libraries and lifelong learning a presentation of the project . (atas talian). http://www.hordaland.folkebibl.no/nell/English%20summary.htm (13 Julai 2001) Schmidt et al. 2001. Leading life long learning : The librarys role (atas talian). http://www.library.uq.edu.au/papers/iatul99_paper.htm (12 Julai 2001)