Anda di halaman 1dari 16

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Amanat Pengetua
Syukur Alhamdulillah, Buku Jawatankuasa Pengurusan 2013 ini telah dapat dihasilkan. Saya berharap buku ini dapat membantu pihak pentadbir, guru dan semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan dan lancar. Buku ini juga diharap dapat digunakan sebagai rujukan kerja dan panduan dari semasa ke semasa. Saya amat berharap agar semua guru dan staf sokongan dapat melaksanakan tugas-tugas yang diberikan seperti yang terkandung di dalam buku ini dengan komitmen yang tinggi. Semoga semua tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya sesuai dengan peribahasa KALAU GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI MENJADI ARANG. Sesuai dengan peranan sekolah sebagai institusi yang bertanggungjawab membentuk modal insan negara dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Seterusnya dapat membina negara bangsa yang maju menjelang 2020. Marilah kita sebagai warga pendidik mewujudkan anjakan dalam sistem dan budaya kerja serta menjiwai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membantu menjayakan sektor pendidikan negara. Kita sepatutnya mampu memberi perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan ekspektasi dan kehendak stakeholder kita. Sama-samalah kita berusaha menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan dan sentiasa bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi sekolah kita dalam pelbagai aspek, sejajar dengan visi sekolah SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG dan misi sekolah MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI. Sekali lagi besarlah harapan saya dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan, Buku Jawatankuasa Pengurusan 2013 ini dapat dimanfaatkan bersama. Marilah kita sama-sama bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi dan kejayaan di SMKJK yang kita kasihi dalam pelbagai aspek. Semoga usaha murni dan harapan kita direstui dan dimakbulkan Tuhan. INSYA-ALLAH. Selamat Maju Jaya. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ................................................................... (HAJAH ALIJAH BT MD DOM) Pengetua SMKJK

ii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Visi, Misi & Cogan Kata SMKJK

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

SEKOLAH BERMUTU PELAJAR BERILMU

iii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Sejarah SMKJK
Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun (SMKJK) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Kebun Kelang (SMJKK) telah dibina pada tahun 1993 di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah diserahkan secara rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) pada 29 November 1995. 1 Disember 1995 merupakan detik yang bersejarah bagi SMJKK kerana pada tarikh tersebut SMJKK mula beroperasi. Pada masa itu sekolah ini diterajui oleh Tuan Haji Mahmud bin Hitam sebagai pengetua sulungnya. Beliau dibantu oleh 3 orang staf pentadbir dan 23 orang staf guru. Seramai 250 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu (tujuh kelas) dan 30 orang pelajar kelas peralihan (satu kelas). Tiga kelas tingkatan dua telah dibuka untuk pelajar-pelajar yang berpindah sekolah dari SM Raja Mahadi, SM Sri Andalas dan SM Sri Istana Semasa, di bawah pimpinan Pn. Hjh Nor Akmal bt Haji Ismail selaku pengetua, terdapat perubahan dan beberapa buah bangunan tambahan telah dibina. Pada permulaan beliau menjadi Pengetua SMKJK pada bulan April 2002, beliau telah mengambil langkah awal dengan membina pentas dewan untuk kegunaan majlis rasmi sekolah. Perubahan demi perubahan yang dilaksanakan oleh beliau dengan membina tapak perhimpunan yang kondusif pada tahun 2004. Bagi menjalankan aktiviti kokurikulum seterusnya sukan, beliau telah mendapat sumbangan sebanyak RM 100, 000 daripada MBSA untuk menaik taraf padang sekolah pada tahun 2005. Selain itu SMKJK juga telah menerima sumbangan bagi pembinaan bangunan Program Usahawan Muda (PUM) yang dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2003. Seterusnya pada tahun 2007 bangunan itu ditambah bahagian sisi sebelah kanan dan dinaik taraf dengan pemasangan jubin dan tingkap pada tahun 2010. Pada awal tahun 2006 SMKJK ditawarkan mata pelajaran MPV (Akuakultur dan Haiwan Rekreasi). Justeru, bangunan MPV dibina pada akhir tahun 2005 dan penyerahan bangunan MPV telah dibuat pada 3 Mac 2006 yang terdiri daripada dua buah blok iaitu Blok Haiwan Ternakan dan Akuakultur. Dari setahun ke setahun pelajar SMKJK semakin bertambah dengan adanya taman perumahan baru di persekitaran sekolah. Oleh itu, bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar. Oleh sebab itu, pihak sekolah telah memohon bangunan tambahan. Pada akhir tahun 2008 sekolah telah mendapat bangunan tambahan terdiri daripada empat buah bilik darjah dan mula digunakan sepenuhnya pada awal bulan Januari 2009. Seterusnya pada 24 November 2009 pihak sekolah telah mendapat kabin yang terdiri daripada dua buah bilik darjah (pembinaan pasang siap) dan mula digunakan pada bulan April 2010. Bagi memudahkan laluan pelajar dan guru pihak sekolah telah membina laluan Gajah Menyusur dari Blok A ke Blok D dan Kabin pada awal tahun 2010.

iv

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah


Pada bulan Julai 2009 pihak Kementerian Pelajaran memberi bangunan baru tiga tingkat yang mempunyai lapan buah bilik darjah, Pusat Sumber Sekolah, dua buah makmal sains dan satu ruang serba guna (Pembinaan secara Industrialised Buliding System). Bangunan tersebut siap dibina pada 9 Mac 2010 dan penyerahan bangunan telah diadakan pada 2 Julai 2010. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membina bilik kebal di SMKJK untuk kegunaan unit penilaian dan peperiksaan pada akhir tahun 2007 dan telah disiapkan pada 26 Februari 2008. Selari dengan pertambahan pelajar, prasarana yang amat diperlukan ialah sebuah surau. Oleh itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMKJK telah berusaha untuk membina sebuah surau untuk kegunaan warga SMKJK. Pada 13 Julai 2008 permohonan pembinaan surau telah diluluskan oleh pihak JPS dan pada 7 Februari 2007 diluluskan oleh pihak JAIS. Seterusnya, pada 13 September 2007 pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada IPD Shah Alam untuk mengutip derma bagi pembinaan surau. Surau mula dibina pada 29 Januari 2009 dan siap keseluruhannya pada 30 Disember 2009 dengan nama Surau AN-NUR. Pengetua juga turut merancang satu projek mega untuk tahun 2011 iaitu pembinaan tapak perhimpunan berbumbung. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 200 000 melalui program Dermathon anjuran PIBG SMKJK. Projek ini bertujuan memberi kemudahan kepada warga sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti di tapak perhimpunan, khususnya kepada pelajarpelajar sesi petang semasa berhimpun dalam keadaan cuaca panas. Surat kelulusan dari pihak EPRD dan JPNS telah diperolehi. Projek ini telah berjaya disiapkan pada Januari 2012 dan telah dirasmikan pada 11 Februari 2012 dengan nama Dataran Seri Akmal. Pada 28 Mei 2012, SMK Jalan Kebun, Pn. Hjh Alijah bt Md Dom telah melaporkan diri sebagai pengetua menggantikan Pn. Hjh Nor Akmal Bt Ismail yang telah berpindah ke SMK Shahbandaraya. Sebagai pengetua baru beliau telah meneruskan program-program dan perancangan yang sedia ada. Sebagai pengetua yang prihatin beliau telah mengambil tindakan mengubah suai dan naik taraf bilik guru. Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf bilik guru telah dapat disiapkan dalam masa seminggu bermula pada 10 November hingga 18 November 2012. Untuk mengatasi masalah kelas terapung pihak sekolah telah berusaha untuk mendapatkan kabin tambahan daripada pihak JPS yang memperuntukkan dua buah kelas terletak bersebelahan Bilik Kebal. Pada masa ini warga SMKJK yang terdiri daripada 158 orang guru dan 14 orang staf sokongan, sentiasa berusaha tanpa mengenal erti jemu, membimbing pelajarnya yang berjumlah 2650 orang (1415 orang pelajar sesi pagi dan 1235 orang pelajar sesi petang) agar menjadi pelajar yang berilmu, bersahsiah tinggi dan berdaya saing dalam bidang kurikulum dan kokurikulum secara terancang, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

PENGETUA SMKJK Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun sehingga kini telah ditadbir oleh 5 orang pengetua iaitu: 1. Tuan Haji Mahmud b Hitam (01 November 1995 1997) 2. Tuan Haji Mohd Yassin b Haji Amin (01 Mac 1997 2000) 3. Encik Mohamed Mokhtar b Kassim (16 April 2000 2002) 4. Puan Hajah Nor Akmal bt Haji Ismail (05 April 2002 2012). 5. Puan Hajah Alijah bt Md Dom (28 Mei 2012 kini).

Do not train children to learning by force and harshness, but direct them to it by what amuses their minds, so that you may be better able to discover with accuracy the peculiar bent of the genius of each. ~Plato

vi

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Piagam Pelanggan SMKJK


Demi merealisasikan Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun sebagai institusi pendidikan cemerlang selaras dengan moto Maju, Jaya, Berjasa, kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut;

Kepada Pelajar
Memberi khidmat pendidikan yang sempurna dan berkualiti, menyediakan pasukan pendidik yang berdedikasi,prasarana yang lengkap serta persekitaran yang selesa dan ceria.

Kepada Staf
Menyediakan suasana yang kondusif,fasiliti yang mencukupi,khidmat bimbingan yang berkualiti dan sokongan untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

Kepada Ibu Bapa


Berusaha merapatkan hubungan dan bekerjasama,memberikan layanan mesra, berhemah dan ikhlas serta menyalurkan informasi berkaitan dengan sekolah.

Kepada Masyarakat
Menjalin hubungan erat dan berganding bahu, memberi perkhidmatan yang cemerlang dan telus.

Kepada Negara
Melaksanakan semua dasar,arahan dan peraturan kerajaan dengan efektif demi melahirkan insan yang seimbang dan berdaya saing berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

vii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Lencana SMKJK
Bentuk Logo berbentuk bulat bermotifkan mutiara melambangkan nilai diri setiap individu pelajar yang akan dididik menjadi berharga sebagai insan kamil yang berguna kepada bangsa dan negara. Bentuk perisai disekelilingnya melambangkan keteguhan agama dan tingginya nilai murni tiap individu menolak gejala keruntuhan akhlak. Nama sekolah Ditulis pada latar belakang warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian memperjuangkan dan meningkatkan nama sekolah. Warna kuning Melambangkan taat setia kepada raja, sultan dan pemerintah. Warna biru Melambangkan keberaniaan, ketegasan, pantang berundur dalam memajukan diri menuntut ilmu Pendidikan dan cabaran. Latar belakang merah /Bintang Lambang negeri Selangor Darul Ehsan Bentuk roda Lambang teknologi Susunan buku dan tinta Lambang Pendidikan berterusan Bunga raya Lambang bunga kebangsaan Malaysia Anak panah Azam dan tekad untuk sentiasa maju dan sedia menerima perubahan menuju wawasan Tiga jalur biru Kesatuan berbilang kaum dalam memajukan diri dan masyarakat dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang Cogan kata Maju Jaya Berjasa Maju dilambangkan dengan anak panah menuju wawasan, mencapai kejayaan dan menabur jasa atau bakti kepada agama,bangsa dan negara. viii Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013
Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Lagu Rasmi SMKJK


SMKJK yang kubangga
Membentuk insan jaya Sekolah bermutu pelajar berilmu Matlamat yang dituju Guru mengajar penuh usaha Tidak kenal erti jemu Demi kejayaan anak bangsa Menempuh cabaran yang ada Korus: Maju Jaya Berjasa Itu pegangan kami Berusaha terus maju Masa depankan gemilang Sekolah kebanggaan kami Di sini kami berjanji Menjadi insan yang berguna Kepada agama, bangsa, Negara.

ix

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Akronim SMKJK

KEMANTAPAN ILMU JAMBATAN KECEMERLANGAN


x Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013
Rs_lab/2013

SEIRING MENJANA

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Etika Kerja SMKJK


Sentiasa menepati masa. Menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Jujur, amanah dan ikhlas dalam mendidik pelajar. Mendidik dengan dedikasi dan kasih sayang. Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan kemesraan. Menyumbangkan idea yang bernas. Berazam meningkatkan kualiti kerja. Berketerampilan dan berpersonaliti ceria. Menghormati dan menjaga imej rakan sejawat. Menentukan keputusan secara kolektif. Sentiasa berusaha meningkatkan imej sekolah. Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

xi

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Matlamat SMKJK
1. 2. 3. Berusaha mewujudkan sistem kepemimpinan organisasi yang telus, bersikap terbuka dan berpandangan jauh. Memajukan sistem pengurusan yang berasaskan kepada mengeratkan perhubungan kemanusiaan kepada sesama anggota warga sekolah. Mengamalkan sistem bekerja yang dapat menyemai semangat kekeluargaan dan berkongsi kemesraan ke arah menikmati kualiti hidup yang lebih selesa. Mewujudkan iklim dan suasana menyenangkan hati kepada semua pelanggan yang berurusan dengan sekolah. Merangsangkan semangat untuk terus berusaha membina diri pelajar ke arah kejayaan mencapai citi-cita dan wawasan masa hadapan. Mengembangkan kualiti diri anggota staf agar sentiasa bermotivasi untuk menaikkan mutu dan hasil kerja. Meningkatkan prestasi pencapaian bidang akademik dan kokurikulum dengan mengadakan program-program yang berkualiti. Menganjurkan program kemasyarakatan dengan usahasama PIBG dengan melaksanakan program pendidikan keibubapaan di sekolah. Menganjurkan program keceriaan sekolah untuk meningkatkan kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran supaya bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyegarkan. Mengadakan program peningkatan disiplin, pembinaan akhlak, pemulihan dan pendidikan moral dari semasa ke semasa.

4. 5. 6. 7. 8. 9.

10.

xii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Falsafah SMKJK

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun adalah bermutu tinggi, berkeyakinan bahawa dengan memberi komitmen yang tinggi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran - pembelajaran boleh melahirkan insan yang berilmu dan berketerampilan serta seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, bahawa permuafakatan dan program bersepadu dapat mengembangkan potensi diri menjadi insan yang kreatif, kritis dan berkemahiran maklumat ke arah membina kecemerlangan.

xiii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

xiv

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah

Lokasi & Fizikal SMKJK


SMKJK yang mempunyai keluasan 21.73 ekar atau 8.79 hektar terletak 15 km dari pusat bandar Klang dan 22 km dari pusat bandar Shah Alam. Kini SMKJK mempunyai:

BLOK A
Makmal

BLOK B
Bilik Kebal

BLOK C Aras 1 Bilik Pengurusan Bengkel Paip Bengkel Reka Bentuk Teknologi (RBT) Bengkel Elektrik Aras 2 Bilik Jahitan Bilik Pengurusan Diri Bilik Masakan

BLOK D
Kantin

BLOK E Aras 1 Makmal Sains Teras 1 Makmal Sains Teras 2 Makmal Sains Teras 3

Komputer 1 Makmal Komputer 2

Aras 2 Makmal Biologi Makmal Fizik Makmal Kimia Bilik Riso Aras 3 Studio Seni Kelas (5)

BLOK F
Bengkel Sains

BLOK G
Bengkel

BLOK H
Bilik

BLOK I Aras 1 Kedai Koperasi Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Bilik Pengawas Kelas (2) Aras 2 Bilik PBS

BLOK J
Surau An-Nur Bilik Wuduk

Pertanian

Haiwan Ternakan

Persediaan Kelas (1) Bengkel Akuakultur

xv

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah


Anjung Bicara Pejabat Bilik P.Kanan

Kokurikulum Bilik GKMP Surau Saidatina Aisyah Aras 3 Balai Berita Bilik Data Bilik Intervensi Bilik Kaunseling Kelas (4) Aras 4 Kelas (5)

BLOK K Aras 1 Makmal Sains Teras 4 Makmal Sains Teras 5 Ruang Serba Guna Aras 2 Bilik APD Pusat Sumber Kelas (2)

BLOK L
Kelas (4)

BLOK M
Kelas (2)

BLOK N

BLOK O

BLOK P
Kelas (2)

Aras 3 Kelas (6)

Aras 1 Dataran Dewan Gemilang Seri Akmal Bilik Rawatan Bilik Pengurusan Kokurikulum Bilik Pengurusan Sukan Kelas (1) Aras 2 Bilik Gerakan Bilik Guru Pusat Akses Bilik BBM Tandas Guru Perempuan Aras 3 Bilik SALC Bilik Seminar Bilik Peperiksaan Bilik Kemanusiaan Tandas Guru Lelaki Kelas (2) Aras 4 Kelas (7)

*Nota : Bangunan sekolah dilabelkan mengikut pusingan jam bermula bangunan pertama dari

xvi

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Latar Belakang Sekolah


Pagar A.

xvii

Buku Jawatankuasa Pengurusan & Takwim Sekolah Tahun 2013


Rs_lab/2013