Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN Kami berasa bersyukur dan dapat menarik nafas lega kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurna pada waktu yang ditetapkan . Hasil tugasan ini

dihasilkan atas kerjasama berkumpulan dan bantuan kemudahan buku rujukan serta juga ICT. Tanpa bantuan sedemikian hasil tugasan baik. Oleh itu, melalui kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi panduan serta sumbangan yang tidak terhingga kepada kami iaitu pensyarah ini tidak akan berhasil dengan

matapelajaran Falsafah Pendidikan Negara, Puan Rokiah Binti Buyong kerana banyak membantu kami bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga telah banyak meluangkan masa antara satu sama lain bagi menyiapkan kerja khusus ini. Jika tanpa kerjasama antara satu sama lain tugasan ini tidak dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, kami juga merasa seronok semasa melaksanakan kerja khusus ini kerana secara tidak langsung ia memberi ilmu yang amat berguna kepada kami untuk kami aplikasikan dalam kehidupan seharian semasa berada di sekolah nanti. Bukan itu sahaja kami semua dapat memahami Falsafak Pendidikan kebangsaan ini dengan lebih mendalam seterusnya ia telah melahirkan semangat cinta kepada Negara. Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja khusus ini.

PENDAHULUAN Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik muridmurid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Dari itu, pembangunan modal insan guru amatlah penting dalam menentukan rupa insan yang dibentuk oleh mereka . Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik muridmurid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sebelum mendidik anak murid kearah yang positif, sikap dan tabiat guru itu sendiri haruslah diubah terlebih dahulu. Hal ini selaras dengan visi Negara untuk melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri bagi membimbing Negara pada masa akan datang. Bagi melahirkan guru - guru yang mempunyai modal insan yang terpuji, terdapat beberapa ciri ciri atau aspek yang perlu dimiliki oleh seseorang guru tersebut. Antaranya ialah, guru tersebut haruslah mempunyai ilmu yang luas untuk mengajar anak murid semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, guru yang berilmu haruslah sentiasa dinamik dalam rancangan pengajarannya. Guru tidak seharusnya menggunakan kaedah yang sama semasa mengajar murid muridnya kerana guru yang berilmu selalu mengikuti perkembangan semasa. Selain itu juga, guru yang berilmu sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada pada diri untuk kebaikan diri sendiri dan murid - muridnya. Seterusnya, ciri yang kedua pula ialah guru tersebut haruslah berkemahiran. Disini, kemahiran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, guru yang berkemahiran dalam berkomunikasi dapat memberikan input atau maklumat yang berguna kepada pelajar dengan lebih mudah. Interaksi antara pelajar dan guru juga dapat berjalan dengan lancar sekiranya seseorang guru itu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Selain itu, guru haruslah berkemahiran dalam

mengendalikan teknologi dalam pendidikan. Hal ini kerana, perubahan semasa yang berlaku dalam sistem pendidikan begitu pesat. Perkembangan pendidikan ini harusalah
2

diambil berat oleh guru agar maklumat atau ilmu yang akan disampaikan diterima oleh murid. Selain itu, guru juga haruslah berketerampilan. Menurut kamus dewan (1994), keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menyelasaikan masalah. Guru yang berketerampilan berupaya melaksanakan peranan asas, teras dan sampingan dengan penuh kesungguhan dan keiklasan. Kesediaan guru dalam memahami, menerima dan melaksanakan perubahan yang berlaku dalam scenario adalah prasyarat utama kearah kecemerlangan profesionalisme keguruan. Guru yang berkualiti sentiasa berusaha menjana pelbagai aktiviti yang sesuai dan seiring dengan tahap perkembangan minda kanak kanak. Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai,

berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

MODAL INSAN Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan

kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi

muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluangpeluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

1.0 CIRI GURU BERILMU BENTUK AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN BULAN BAHASA INGGERIS Antara contoh aktiviti Latihan Guru yang menunjukkan ciri guru berilmu yang dilaksanakan di IPGKTI ialah Bulan Bahasa Inggeris atau English Month. Aktiviti ini dijalankan pada setiap semester dan dilaksanakan selama sebulan sejajar dengan namanya iaitu Bulan Bahasa Inggeris. Selama sebulan tersebut, pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh siswa guru. Kebiasaanya, aktiviti yang dijalankan dipertandingkan dan diberikan tema namun ada jua yang bersifat bebas. KESESUAIAN AKTIVITI Aktiviti ini amatlah sesuai dijalankan oleh siswa guru yang mengambil opsyen bagi Bahasa Inggeris sebagai major mahupun sebagai minor. Hal ini kerana siswa guru mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan berkomunikasi bersama khalayak ramai. Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan dapat dikesan dan dibaiki bagi penggunaan bahasa yang betul. Malahan, bakat yang terpendam dalam diri siswa guru juga mampu diasah dan dibentuk dengan adanya aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan atau dipertandingkan adalah seperti Choral Speaking, Talent Time, Dedications, Announcements, Writing Corner dan sebagainya. Aktiviti aktiviti ini mampu mencungkil bakat siswa guru bukan sahaja dari aspek pertuturan malahan jua dari aspek penulisan. PENGLIBATAN AKTIVITI Kebiasaannya, penyertaan siswa guru adalah diwajibkan kepada opsyen yang merupakan Bahasa Inggeris sebagai major mahupun minor. Setiap opsyen tersebut perlulah mempunyai wakil bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Penyertaan aktiviti adalah terbuka kepada semua kaum tidak mengira agama dan bangsa. Siswa guru juga boleh memilih aktiviti yang dijalankan. Tambahan itu, aktiviti yang dijalankan juga memberi penghargaan kepada setiap siswa guru dengan pemberian sijil penyertaan dan hadiah kepada setiap pemenang. Hal ini juga sedikit sebanyak menarik minat siswa guru untuk

menyertai akiviti yang dianjurkan sekaligus menjayakan program Bulan Bahasa Inggeris tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan bagi program Bulan Bahasa Inggeris tersebut ialah dengan mempelbagaikan aktiviti bukan sahaja dari sudut aktiviti yang ingin dipertandingkan tetapi juga sebagai ilmu pengetahuan. Aktiviti seperti penerapan ilmu dengan adanya bengkel latihan boleh memperbaiki kelemahan siswa guru berbahasa Inggeris khususnya dalam berkomunikasi dan penggunaan tatabahasa yang betul.

KEBERKESANAN AKTIVITI Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris sememangnya mampu membentuk siswa guru yang berilmu. Hal ini kerana segala aktiviti yang dijalankan semasa program ini dianjurkan adalah berunsurkan keilmuan khususnya dalam Bahasa Inggeris. Bukan sahaja dapat mempelajari lebih mendalam malah dapat menambah kosa kata dan memperbaiki kesilapan yang selalu dilakukan di dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Ilmu mengenai aktiviti aktiviti yang dianjurkan kelak boleh diguna pakai di sekolah untuk mengajar anak murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris dengan sempurna.

BENTUK AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN PERHIMPUNAN MINGGUAN Selain itu, aktiviti Latihan Guru yang dilaksanakan di IPGKTI yang menunjukkan ciri guru berilmu ialah Perhimpunan Mingguan. Aktiviti ini dijalankan setiap pagi Isnin setiap minggu bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Aktiviti ini dijalankan di Dewan Seri Temenggong dan Dewan Datuk Khairuddin. Setiap minggu, aktiviti perhimpunan pelajar ini berbeza dari segi penganjuran. Bermula pada minggu pertama setiap bulan adalah perhimpunan bersama Pengarah IPGKTI, minggu kedua bersama jabatan Hal Ehwal Pelajar, minggu ketiga bersama jabatan masing masing dan minggu keempat merupakan perjumpaan bersama mentor.

KESESUAIAN AKTIVITI Aktiviti perhimpunan mingguan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa yang ingin disampaikan kepada semua warga IPGKTI. Segala maklumat terkini yang berlaku di IPGKTI akan disampaikan melalui perhimpunan tersebut khususnya kepada siswa guru mahupun para pensyarah. Maklumat penting yang ingin diberikan akan disampaikan terus kepada siswa guru khususnya tanpa sebarang perantaraan. Hal ini sememangnya memberi kesan yang positif kepada siswa guru kerana mereka akan menerima segala maklumat dengan jelas dan tepat. Di samping itu, bukan sahaja maklumat penting yang boleh disampaikan malahan nasihat dan bimbingan turut diberikan kepada siswa guru dalam membentuk guru yang berkualiti. Hal ini dapat dilihat melalui perhimpunan yang setiap minggunya berbeza. Secara tidak langsung, didikan bagi membentuk guru yang berkualiti dapat diterima oleh siswa guru secara mendalam dan berkesan. Tambahan itu, aspek ilmu yang diperolehi oleh siswa guru juga bertambah dan semestinya penekanan dalam pembentukan guru yang berilmu dapat dilihat melalui aktitviti perhimpunan mingguan ini. Malahan, siswa guru juga boleh bertanya jika mempunyai masalah dan berunding bersama pensyarah bagi penyelesaian masalah yang berkesan.

PENGLIBATAN AKTIVITI Aktiviti perhimpunan mingguan ini diwajibkan kepada semua siswa guru IPGKTI untuk menghadirinya dengan sempurna bagi menjayakan majlis yang dijalankan. Penglibatan siswa guru dapat dilihat melalui kehadiran yang perlu diambil oleh setiap Ketua Opsyen. Sememangnya, penglibatan siswa guru melalui aktiviti perhimpunan mingguan ini boleh dikatakan majoriti yang akan mengikutinya kecuali adanya aktiviti di luar kampus seperti praktikum, program IPG dan sebagainya. Tambahan itu, perhimpunan mingguan ini juga akan diuruskan oleh siswa guru sendiri bagi melatih mereka menguruskan sesebuah majlis. Hal ini bagi memberi pengalaman kepada siswa guru untuk meguruskan majlis yang formal di sekolah kelak. Kebiasannya, jika kita lihat perhimpunan akan dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, namun di IPGKTI setiap siswa guru akan diberikan peluang menguruskan perhimpunan dengan mengikut giliran yang telah ditetapkan bagi setiap opsyen. Hal ini sememangnya amat memberi kesan yang positif kerana setiap siswa guru akan mendapat pengalaman yang berguna ketika menguruskan sesebuah majlis khususnya dari aspek pengurusan dan perjalanan aktiviti perhimpunan ini. Secara tidak langsung, ilmu bagi pengurusan majlis dapat disebar dalam kalangan siswa guru.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan bagi aktiviti perhimpunan mingguan ini adalah dengan mempelbagaikan aktiviti dalam masa majlis berlangsung. Contohnya seperti persembahan dari siswa guru. Hal ini jelas mampu memberi perhatian dan keseronokan ketika majlis berlangsung. Malahan, persembahan tersebut juga mampu memberi pengalaman kepada siswa guru dalam melakukan persembahan seterusnya menaikkan nama opsyen untuk dikenali oleh sesama siswa guru. Akhirnya, penghargaan diberikan kepada siswa guru yang melakukan persembahan tersebut.

KEBERKESANAN AKTIVITI Aktiviti perhimpunan mingguan ini sememangnya mampu membentuk guru yang berilmu. Hal ini dapat dilihat khususnya melalui penglibatan dan kesesuaian aktiviti ini dijalankan. Penglibatan siswa guru dalam aktiviti perhimpunan ini dapat dilihat melalui pengurusan perjalanan majlis. Hal ini memberi pendedahan awal kepada siswa guru dalam melatih menguruskan sesebuah majlis. Manakala, dari aspek kesesuaian aktiviti, perhimpunan mingguan ini menjadi satu aktiviti pemperolehan ilmu yang bermanfaat. Secara tidak langsung, dua aspek ini sememangnya menjadikan seorang siswa guru itu berilmu. Malahan, pemantapan ilmu dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial) serta diberi penekanan melalui didikan dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah melalui penyampaian ilmu yang diberikan. Hal ini juga dapat dilihat melalui keberkesanan perjumpaan bersama mentor untuk melihat perkembangan atau keadaan semasa siswa guru semasa menjalani Latihan Guru di IPG ini. Tambahan itu, siswa guru juga dapat berkongsi ilmu melalui perjumpaan bersama yang diadakan melaui perhimpunan mingguan ini. Hal ini kerana setiap apa yang disampaikan melaui perhimpunan tersebut pasti akan dibincangkan semula bagi memastikan kebenaran maklumat yang disampaikan. Akhirnya, ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat disebar dan diaplikasikan mengikut situasi. Secara tidak langsung, siswa guru juga dapat memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna bagi menjadi seorang guru yang berilmu kelak.

2.0 CIRI-CIRI GURU BERKEMAHIRAN Bentuk Aktiviti Yang Dilaksanakan: (Program Bina Insan Guru) Berdasarkan pemerhatian saya, Bina Insan Guru merupakan salah satu bentuk aktiviti yang dijalankan bagi menghasilkan kualiti guru yang berkemahiran dalam pelbagai perkara. Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada aktiviti wajib yang dijalankan oleh pihak Institut Pendidikan Guru kepada guru-guru pelatih. Antara program-program yang dijalankan dalam perkhemahan Bina Insan Guru adalah seperti aktiviti memasang khemah, berenang, berakit, kembara, Latihan Dalam Kumpulan, dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini bertujuan untuk mengembangkan lagi karakter modal insane seorang guru agar mereka dapat membimbing dan memimpin generasi-generasi baru menjadi generasi yang menguasai lima aspek utama dalam pendidikan iaitu jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.

Kesesuaian aktiviti tersebut Melihat kepada aktiviti yang telah dijalankan semasa mengikuti perkhemahan Bina Insan Guru selama 4 hari 3 malam yang bertempat di Teluk Gorek, Mersing, keseluruhan aktiviti tersebut amat sesuai untuk dilaksanakan dan diikuti oleh para siswa guru. Setiap aktiviti yang dijalankan memberikan seribu satu manfaat kepada siswa guru pelatih. Dalam perkhemahan Bina Insan Guru, siswa guru pelatih telah didedahkan serba sedikit tentang bagaimana pemasangan khemah daripada pensyarah ataupun jurulatih. Selain daripada penerangan yang diberikan, siswa guru pelatih juga telah melakukan sendiri pemasangan khemah berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh jurulatih. Siswa guru pelatih juga telah melakukan aktiviti air di mana aktiviti ini merangkumi segala hal-hal berkaitan dengan keselamatan seperti mempelajari teknik bernafas yang betul di dalam air, water confident, dua cara berenang yang mudah iaitu kuak dada dan kuak bebas, dan aktiviti air yang terakhir adalah berakit. Pemakaian jaket keselamatan ataupun alat bantuan apungan kepada setiap siswa guru pelatih
10

adalah perlu bagi memastikan keselamatan mereka terjamin dan dapat mengelakkan daripada berlakunya musibah yang tidak diingini. Aktiviti ini amat sesuai dijalankan kerana ia dapat menghasilkan seorang guru yang berkemahiran dalam menjalankan aktiviti di dalam air. Selain itu, siswa guru pelatih juga telah melakukan aktiviti kembara secara berkumpulan. Aktiviti ini memerlukan siswa guru pelatih untuk meredah hutan, mendaki kaki bukit, berjalan di persisiran pantai, memasak dengan menggunakan peralatan yang terhad dan sebagainya. Setiap daripada pecahan aktiviti dalam kembara ini telah mengajar siswa guru pelatih bagaimana hendak membiasakan diri dengan keadaan persekitaran yang mencabar dan juga pembelajaran berkaitan cara meneruskan hidup di tempat yang tiada fasiliti sempurna. Melalui aktiviti kembara inilah yang membentuk keperibadian seorang guru yang teguh dan tidak berputus asa dalam apa jua keadaan. Saya telah mengkhususkan aktiviti air dan kembara kerana kedua-dua aktiviti ini lebih menfokuskan kepada pembentukan guru yang berkemahiran. Aktiviti-aktiviti ini melatih siswa-siswa guru supaya berkemahiran dalam pelbagai perkara meliputi penguasaan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran yang boleh dipraktikkan di luar bilik darjah.

Penglibatan guru pelatih dalam aktiviti Penglibatan siswa guru pelatih dalam setiap aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru ini adalah amat menggalakkan. Siswa guru pelatih telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menghadirkan dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program Bina Insan Guru. Walaupun program Bina Insan Guru ini merupakan salah satu aktiviti wajib institut dan terdapat dalam sukatan pelajaran gerak kerja Kokurikulum, tetapi penglibatan yang ditunjukkan oleh siswa guru pelatih amat memberangsangkan sekali.

11

Impak Impak positif yang dapat siswa guru pelatih perolehi sepanjang melakukan perkhemahan Bina Insan Guru ini adalah keperibadian dan jati diri siswa guru pelatih dapat diserlahkan lagi dan dibentuk supaya modal insan guru yang cemerlang dapat dihasilkan. Melalui aktiviti ini juga, kerjasama dan toleransi antara ahli-ahli kumpulan yang berlainan bangsa dan agama boleh terjalin. Nilai-nilai ini jelas kelihatan semasa aktiviti-aktiviti outdoor dilakukan seperti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam

perkhemahan Bina Insan Guru. Pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku sepanjang perkhemahan Bina Insan Guru ini dijalankan antara siswa guru pelatih dengan jurulatih-jurulatih sekalian. Konsep kendiri yang positif bagi setiap siswa guru pelatih juga dapat ditonjolkan semasa aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, jati diri dan sebagainya.

Cadangan penambahbaikan. Cadangan penambahbaikan yang ingin saya ketengahkan adalah berkaitan dengan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokkan dan lebih mencabar fizikal dan intelektual siswa guru pelatih sekalian. Selain itu, saya merasakan bahawa sekiranya jurulatih-jurulatih dapat menyediakan satu slot yang hanya berfokuskan bagaimana hendak menjadi seorang guru yang baik dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran serta budi pekertinya, ini adalah amat sesuai. Pihak jurulatih boleh membuat tayangan tentang realiti sebenar keadaan sistem pendidikan di negara Malaysia seperti keadaan guru di pedalaman, bandar dan juga kawasan perkampungan biasa. Ini dapat membantu siswa guru pelatih untuk mempersiapkan diri secara mental dan fizikal sebelum ditempatkan di tempat-tempat berkenaan selepas selesai sahaja kursus mereka tamat.

12

Bina Insan Guru ini merupakan satu aktiviti yang mampu untuk membentuk personaliti seorang guru yang berketrampilan. Melihat kepada setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam Bina Insan Guru ini, terdapat seribu satu pemerolehan ilmu yang diperolehi oleh siswa guru untuk menjadi seorang guru yang berkemahiran dan secara tidak langsung dapat menonjolkan ketrampilan diri yang positif. Sebagai contoh aktiviti latihan dalam kumpulan dan jati diri yang memerlukan siswa guru untuk

mempersembahkan idea ataupun buah fikiran masing-masing berdasarkan tajuk perbincangan yang telah diberikan oleh fasilitator. Siswa guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta tidak malu untuk memperdengarkan buah fikirannya di khalayak ramai dapat membentuk satu personaliti seorang guru yang baik. Hal ini bertepatan dengan tujuan Bina Insan Guru itu dilaksanakan.

13

Bentuk aktiviti yang dilaksanakan (Hari Sukan) Berdasarkan pemerhatian saya yang seterusnya, aktiviti yang memenuhi kriteriakriteria seorang guru yang berkemahiran adalah hari sukan institut. Hari sukan institut merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi institut. Hari sukan institut ini merangkumi aktiviti seperti olahraga, acara padang, balapan, perbarisan, dan lain-lain aktiviti. Melalui hari sukan institut ini, siswa guru pelatih berpeluang untuk memperlihatkan dan mengasah bakat mereka dalam bidang sukan.

Kesesuaian aktiviti tersebut Aktiviti yang dijalankan semasa hari sukan merupakan aktiviti yang memerlukan siswa guru pelatih untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan di samping berseronok sesama mereka. Aktiviti seperti olahraga, balapan, acara padang, dan perbarisan merupakan aktiviti yang sesuai untuk menjadikan siswa guru berkemahiran dalam bidang sukan. Setiap daripada aktiviti yang dijalankan melatih guru-guru untuk mahir dalam bidang sukan kerana hal ini amat penting dalam melaksanakan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan pelajar yang sihat daripada aspek jasmaninya. Melalui aktiviti bersukan ini, siswa guru pelatih dapat mencungkil bakat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Melalui acara-acara yang dipertandingkan inilah siswa guru pelatih dapat menunjukkan komitmen mereka yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dan harapan yang telah diberikan. Hal ini kerana setiap siswa guru mempunyai tugas mereka yang tersendiri untuk rumah sukan masingmasing. Siswa guru pelatih juga dapat menyihatkan badan dan berseronok ketika hari sukan dijalankan kerana banyak aktiviti-aktiviti yang memerlukan siswa guru pelatih untuk bergerak aktif sepanjang hari sukan berlangsung. Siswa guru dapat mengurangkan tekanan ketika pembelajaran kerana hari sukan merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang menyeronokkan di samping ia dapat melatih siswa guru pelatih menjadi lebih aktif dalam bidang sukan.
14

Di samping itu, hari sukan ini juga dapat memberikan pendedahan awal kepada siswa guru pelatih berkaitan dengan perjalanan aktiviti-aktiviti yang terdapat ketika hari sukan berlangsung. Hal ini kerana, apabila berada di sekolah, gurulah yang akan memastikan kelangsungan hari sukan bagi anak murid dengan sempurna dan jayanya. Malahan hari sukan ini juga bukan sahaja menghasilkan guru yang berkemahiran malah memberi penekanan dalam aspek kepimpinan dalam diri siswa guru tersebut.

Penglibatan guru pelatih dalam aktiviti: Penglibatan yang ditunjukkan oleh siswa guru pelatih ketika aktiviti hari sukan berlangsung adalah amat memberangsangkan. Hal ini jelas boleh dilihat ketika acaraacara sukan sedang dijalankan di mana ramai siswa guru pelatih melibatkan diri untuk mewakilkan diri bagi setiap rumah sukan masing-masing. Hari sukan ini adalah wajib bagi setiap siswa guru pelatih untuk menghadirinya bukan sahaja ketika hari sukan semata-mata tetapi aktiviti yang berjalan sebelum hari sukan seperti sukantara juga adalah wajib untuk hadir dan melibatkan diri.

Cadangan penambahbaikan Antara cadangan penambahbaikan yang dapat saya utarakan adalah berkaitan dengan pengurusan kehadiran yang lebih sistematik. Pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti sukan ini boleh memperolehi nombor telefon setiap siswa guru pelatih supaya siswa guru pelatih yang tidak memberikan kerjasama seperti tidak hadir sepanjang aktiviti sukan dapat dijejaki dan dipantau oleh pensyarah. Apabila perkara sedemikian dilaksanakan, disiplin bagi setiap siswa guru pelatih dapat dibentuk dan ini dapat mengelakkan daripada lahirnya seorang guru yang tidak berdisiplin kerana ia akan mempengaruhi murid-murid mereka kelak.

15

3.0 CIRI GURU BERKETRAMPILAN Aktiviti 1 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :

(SENAMAN PAGI)

Ini merupakan salah satu aktiviti yang menunjukkan ciri-ciri guru yang berketrampilan iaitu aktiviti senaman pagi. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari bermula pada pukul 7.30 pagi sebelum waktu kuliah bermula. Aktiviti ini dijalankan di beberapa stesen di sekitar kawasan IPGKTI iaitu di Astaka, blok baru dan di kawasan unit ERT. Aktiviti ini julung julung kalinya diputuskan hasil daripada mesyuarat bahagian pengurusan.

KESESUAIAN AKTIVITI Aktiviti ini sesuai untuk semua siswa siswi guru sama ada yang tua mahupun yang muda. Pensyarah pun turut ikut serta dalam aktiviti senaman pagi ini. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan guru yang cergas dan cerdas sebelum memulakan sesuatu kerja. Selain itu juga, aktiviti ini dapat memupuk minat suka bersenam pada waktu pagi di samping melatih para guru untuk mengendalikan senaman ringan di sekolah kelak dan melahirkan guru yang sihat. Dari segi ketrampilan seorang guru, aktiviti ini sedikit sebanyak menyemai nilai kasih sayang terhadap diri sendiri iaitu menjaga kesihatan diri dan orang lain. Selain itu, sebagai seorang guru yang berkualiti, guru harus tahu asas-asas senaman dan kepentingan senaman serta mampu mengelolakan senaman tersebut. Aktiviti ini selaras dengan dengan Model Konseptual Pendidikan Guru di mana jasmani ada ditekankan di dalam model tersebut. Ini menunjukkan bahawa aktiviti senaman pagi ini adalah untuk membentuk guru yang berketrampilan dari segi jasmani iaitu sihat tubuh badan. Apabila jasmani sihat maka ia secara tidak langsung mempengaruhi emosi, intelek dan rohani yang amat penting bagi seorang guru. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa aktiviti senaman pagi ini berpotensi untuk berjaya membentuk guru yang berketrampilan

16

PENGLIBATAN GURU PELATIH Aktiviti senaman pagi ini kurang penglibatan daripada siswa siswi guru kerana ada kalanya pada waktu tersebut siswa siswi guru tidak ada kuliah dan ada yang datang lambat. Ini menunjukkan sikap guru pelatih yang kurang prihatin terhadap kesihatan diri dan kurang komitmen dalam menjalani aktiviti yang diwajibkan oleh pihak institut amat ketara. Di samping itu, ada juga sebahagian guru pelatih sengaja melengah-lengahkan masa untuk tidak menghadiri senaman pagi. Ada yang masih berada di asrama dan ada pula yang masih dalam perjalanan menuju ke kelas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Memandangkan aktiviti ini kurang penglibatan daripada para siswa siswi guru, maka banyaklah cadangan penambahbaikan yang akan dikemukakan. Salah satu cadangannya ialah mengambil kehadiran pelajar untuk aktiviti senaman pagi. Ketua opsyen bertanggungjawab mengambil kehadiran dengan dipantau oleh tutor masingmasing untuk mengelakkan penipuan. Selain itu, denda bagi pelajar yang tidak menghadiri senaman pagi ini perlulah lebih berat agar pelajar pelajar yang lain tidak mengikuti pelajar pelajar yang lewat. Di samping itu juga, Jabatan Hal Ehwal Pelajar hendaklah sentiasa membuat pemantauan kehadiran pelajar semasa aktiviti senaman pagi berlangsung di setiap stesen untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Dari segi cara pengelolaan senaman pagi, cadangan pertama ialah

mempelbagaikan teknik senaman tersebut. Maksudnya di sini ialah, senaman pagi tersebut tidaklah statik pada cara sama tapi dipelbagaikan lagi dengan bermacammacam gaya dan rentak. Ini secara tidak langsung mengatasi masalah kebosanan yang boleh menyebabkan penglibatan pelajar kurang. Selain itu, setiap opsyen perlulah bergilir-gilir mengelolakan senaman pagi di hadapan pelajar agar semua orang merasa berada di depan dan ini dapat membina keyakinan diri yang tinggi sebagai seorang guru.

17

CIRI GURU BERKETRAMPILAN Aktiviti 2 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :

(ORIENTASI PELAJAR BARU)

Ini merupakan aktiviti yang kedua yang mampu membentuk guru yang berketrampilan. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib untuk semua siswa siswi guru yang baru menjejakkan kaki ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini. Orientasi ini dijalankan selama seminggu kepada semua pelajar yang baru mendaftar sebagai pelajar di IPG KTI ini tidak kira sama ada KPLI, PPISMP, DPLI dan sebagainya. Minggu orientasi ini akan dikendalikan oleh para fasilitator yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang kepada pelajar baharu tersebut. Pensyarah pun turut terlibat sama.

KESESUAIAN AKTIVITI Aktiviti minggu orientasi ini amat sesuai untuk membentuk guru yang berketrampilan. Aktiviti ini mampu memberi pendedahan awal kepada guru pelatih agar menghayati dan memahami profesion keguruan ini sebelum melangkah lebih jauh lagi. Ini adalah kerana tidak semua pelajar yang mendaftar bersedia untuk menjadi seorang guru kerana terdapat faktor-faktor yang lain yang mempengaruhi mereka untuk masuk ke institut perguruan. Oleh yang demikian, aktiviti ini mampu memupuk minat sedikit demi sedikit terhadap profesion keguruan ini. Antara aktiviti yang dijalankan sempena minggu orientasi ini ialah sukaneka, latihan dalam kumpulan, persembahan berkumpulan, menyanyi dan ice breaking. Melalui aktiviti inilah, ketrampilan seorang guru tersebut dapat dibina. Aktiviti tersebut memang telah dirancang khas agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Contohnya aktiviti sukaneka, aktiviti ini mampu memupuk kerjasama sesama ahli pasukan agar bakal guru dapat berkolaboratif untuk melakukan sesuatu. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi guru tersebut semakin baik. dan ini
18

membentuk ketrampilan dirinya sebagai seorang guru yang boleh berkolaboratif dengan sesiapa sahaja di alam pekerjaan kelak.

PENGLIBATAN GURU PELATIH Secara keseluruhannya, kehadiran guru pelatih untuk aktiviti minggu orientasi ini amatlah memberangsangkan. Kehadiran ini dipengaruhi oleh faktor lain seperti penguatkuasaan peraturan IPG, dan semakan kehadiran pelajar. Ini merupakan cara untuk mendidik bakal guru agar lebih komited dalam menyertai aktiviti yang telah disusun khas untuk para pelajar yang baru mendaftar. Namun demikian, masih ada lagi guru pelatih yang sengaja datang lambat tanpa sebab yang munasabah iaitu bangun lewat, banyak kerja dan sebagainya. Segelintir pelajar inilah yang menyebabkan proses aktiviti tersebut tidak dapat berjalan dengan jayanya kerana tidak semua pelajar memberikan komitmen yang sama.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Memandangkan aktiviti ini mendapat penglibatan yang memberansangkan daripada para pelajar maka dengan itu aktiviti yang terdapat dalam minggu orientasi ini perlu lebih menarik daripada biasa. Aktiviti seperti sukaneka perlulah lebih menghiburkan iaitu dengan menambahkan acara-acara yang dipertandingkan dan tidak menggunakan acara yang sama setiap kali orientasi dijalankan. Ini adalah kerana melalui permainan seperti ini, keakraban dan hubungan persahabatan boleh terjalin di kalangan guru pelatih dan ini memudahkan mereka mencari kawan baru yang baik seterusnya membentuk personaliti sebagai seorang guru

19

Hasil daripada pemerhatian, sewaktu minggu orientasi dijalankan tidak ada aktiviti kembara hutan dijalankan. Aktiviti lasak seperti ini perlu agar memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu supaya bersedia mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan dugaan pada masa akan datang. Ini semua akhirnya akan membentuk guru yang berketrampilan tinggi dan seterusnya dapat mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

20

RUMUSAN Kesimpulannya, pembangunan modal insan guru ini amatlah penting dan sebagai pemimpin kita tidak seharusnya memandang enteng perkara seperti ini. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pelbagai akativi atau program pembangunan telah diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran guru guru yang terdapat di Negara kita ini. Antara factor yang penting kenapa program program pembangunan seperti ini perlu dilaksanakan adalah untuk melahirkan guru guru yang mempunyai kemahiran seperti berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sebagainya. Melalui perbincangan dan pemerhati yang telah kami lakukan, aktiviti yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan serta memantapkan lagi ciri seseorang guru itu ialah dengan mengadakan bulan bahasa. Seperti di institiut, bulan bahasa inggeris merupakan agenda tahunan yang sering kali diadakan pada tiap tiap tahun. Secara tidak langsung, aktiviti seperti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan di samping bersuka ria bersama rakan rakan siswa guru yang lain semasa menjalankan aktiviti tersebut. Selain itu, aktiviti yang menjadi rutin kepada siswa guru di IPG KTI ialah perhimpunan mingguan atau perhimpunan pagi. Aktiviti ini juga boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan siswa guru dalam mengendalikan acara acara rasmi apabila berada di sekolah kelak. Siswa guru juga boleh mendapat input input yang berguna apabila menghadiri perhimpunan mingguan ini. hal ini kerana, perkembangan semasa mengenai sistem pendidikan sering kali di uar uarkan oleh Pengarah apabila sesi perhimpunan ini diadakan. Secara tidak langsung, siswa guru memperolehi maklumat yang penting sebagai dorongan supaya bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi cabaran cabaran pada masa dapan dalam alam pendidikan di Negara kita. Seterusnya, pembangunan modal insan guru juga memerlukan ciri ciri guru yang berketerampilan. Bagi melahirkan ciri guru tersebut, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti senaman pagi dan minggu orientasi bagi siswa guru yang baru mendaftarkan diri. Aktiviti aktiviti ini memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk guru yang mempunyai keterampilan yang tinggi. Hal ini kerana, aktiviti ini memberikan pendedahan yang awal kepada siswa guru mengenai cara cara untuk
21

guru yang mempuyai pelbagai kemahiran serta

bergaul dengan masyarakat sekeliling, sesame siswa guru dan pensyarah pensyarah. Melalui aktiviti ini, kita diajar dan dibentuk supaya mempunyai keterampilan yang baik baik dari segi percakapan,komunikasi, cara berpakaian dan sebagainya. Dari sinilah, pembangunan modal insan guru yang mempunyai gaya keterampilan yang tinggi dapat dihasilkan sekali gus dapat memantapkan lagi ciri ciri seseorang siswa guru tersebut. Selain itu, guru yang berkemahiran juga perlu dihasilkan agar pembangunan modal insan guru dapat dicapai selaras dengan matlamat serta misi pihak kerajaan. Antara aktiviti aktiviti yang telah diadakan untuk melatih siswa guru agar berkemahiran ialah Bina Insan Guru (BIG) dan hari sukan. Banyak ilmu dan kemahiran yang dapat kita pelajari melalui aktiviti ini antaranya ialah kemahiran untuk

menguruskan sesebuah pertandingan, kemahiran mengelola sesuatu aktiviti, kemahiran beinterakasi antara satu sama lain agar memudahkan lagi urusan dan banyak lagi kemahiran kemahiran yang lain. Tuntasnya, banyak faedah dan manfaat yang dapat diperolehi dari aktiviti aktiviti yang telah dijalankan dalam membentuk modal insan guru yang berkaliber pada masa kelak. Selain itu, aktiviti aktiviti seperti ini boleh mengisi masa lapang yang dimiliki oleh siswa guru dengan perkara yang berfaedah.

22

REFLEKSI Sebermulanya pembelajaran subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia pada semester 1 PISMP ini, saya dan rakan sekelas telah diperkenalkan mengenai sistem pendidikan, falsafah pendidikan, konsep, tokoh tokoh dan peranan guru.. Pengetahuan mengenai falsafah dan pendidikan di Malaysia ini telah diperoleh secara lebih mendalam melalui pembelajaran yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, satu tugasan telah diberikan kepada kami mengenai pemerhatian terhadap aktiviti Latihan Guru di IPG kami. Secara sepakat dalam kumpulan, saya dan rakan telah memilih aktiviti yang sesuai mengikut kehendak soalan yang diberikan khususnya dalam pembentukan guru yang berilmu, berkemahiran dan berktrampilan. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya merasa gembira kerana dapat belajar perkara baru dan lebih mendalam terutamanya dalam falsafah dan pendidikan di Malaysia walaupun dahulunya, saya berkesempatan belajar serba sedikit mengenainya di sekolah menengah. Hal ini kerana ilmu yang dipelajari ketika di sekolah hanya berfokus kepada soalan untuk peperiksaan khususnya dalam subjek Sejarah. Setinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Puan Rokiah binti Buyong kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam perlaksanaan tugasan ini. Beliau begitu disenangi oleh saya dalam memberikan bimbingan dan pendapat dalam menghasilkan tugasan yang sempurna. Saya merasakan hal ini menarik minat saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan bersungguh sungguh kerana ilmu yang diinginkan boleh didapati secara terus tanpa keraguan. Namun begitu, kekangan masa merupakan satu masalah yang saya rasakan menggangu perlaksanaan tugasan ini tetapi saya merasa gembira kerana hal ini tidaklah menjadi beban yang begitu berat kerana beberapa bahagian telah dibahagi sesama ahli untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Kajian yang dijalankan ini sememangnya memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai fasafah dan pendidikan kepada saya. Tambahan itu, pengurusan masa yang bijak dan kolaboratif antara ahli kumpulan juga memberikan saya pengetahuan bahawa kedua dua aspek ini membantu dalam perlaksanaan tugasan yang sempurna. Akhirnya, bahan dan maklumat yang tepat turut

23

membantu saya menyusun dan menjelaskan data seterusnya menyiapkan tugasan ini keseluruhannya. Terdapat beberapa perkara yang saya dapati khususnya dalam aspek kekuatan dan kelemahan melalui tugasan yang dijalankan ini. Saya melihat bahawa terdapat maklumat yang diinginkan khususnya aktiviti bagi setiap ciri guru yang diinginkan adalah tidak sesukar mana yang difikirkan. Hal ini kerana aktiviti tersebut adanya yang telah saya dan rakan kumpulan jalani. Secara tidak langsung, ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada aktiviti tersebut dapat dikongsi bersama dalam melakukan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, seperti yang dikatakan, pengumpulan maklumat juga tidaklah begitu rumit untuk dilakukan kerana kami semua bersama sama melakukannya bagi memudahkan kerja dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa kolaboratif atau kerjasama telah dijalankan antara kami dalam menjalankan dan mengasilkan tugasan ini. Di samping itu, setiap ahli mempunyai komputer secara hak milik persendirian dan ini memudahkan penulisan akademik dilakukan dan

sememangnya tidak ada masalah dalam penghasilan penulisan secara bertaip dijalankan. Namun begitu, kelemahan yang saya dapati melalui perlaksanaan tugasan ini ialah mungkin dalam pemilihan aktiviti yang sesuai. Hal ini kerana adanya aktiviti yang dipilih turut memiliki aspek yang sama bagi setiap ciri guru yang diinginkan. Walaupun begitu, hal ini tidaklah menjadi satu kerumitan yang tidak dapat diselesaikan kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian bergantung kepada cara mengatasinya. Oleh itu, pemilihan aktiviti ini dijalankan secara perbincangan bersama dengan rakan sekumpulan mahupun kumpulan yang lain. Secara tidak langsung, kolaboratif yang dilaksanakan bukanlah hanya melalui dalam kumpulan sahaja malahan perkongsian idea dan pendapat juga dilakukan bersama rakan kumpulan yang lain. Kesimpulannya, terdapat beberapa faedah yang saya perolehi daripada menjalankan tugasan atau kajian ini. Antaranya, saya mempelajari tentang

pembangunan modal insan guru adalah sangat penting dalam membentuk anak bangsa kelak. Oleh itu, setiap aktiviti yang telah dinyatakan khususnya dalam penekanan ciri guru yang berilmu, berkemahiran, dan berktrampilan adalah demi mencapai matlamat dan hasrat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Sememangnya,
24

aktiviti Latihan Guru ini membentuk guru yang berkualiti khususnya dalam guru yang seimbang dalam JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial). Di samping itu, cadangan penambahbaikan yang diberikan adalah demi memastikan perjalanan aktiviti lebih menarik dan sempurna serta secara tidak langsung memberi kesan yang lebih positif kepada siswa guru dalam melakukan aktiviti tersebut. Keseluruhannya, diharapkan pengetahuan dalam aktiviti yang dijalankan ini boleh diaplikasikan ketika mengajar kelak khususnya dalam membentuk anak murid di sekolah. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, ______________ (DANIAL ADAM BIN MOHAMAD AMIR)

25

Refleksi Untuk melengkapkan sukatan pembelajaran EDU 3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, saya dikehendaki membuat pemerhatian tentang aktiviti latihan guru yang dijalankan di IPG saya yang menekankan ciri-ciri guru yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan. Setiap satu ciri tersebut, saya dan ahli kumpulan saya perlu mendapatkan dua contoh aktiviti dan dihuraikan berdasarkan kesesuaian, penglibatan, bentuk aktiviti dan cadangan penambahbaikan untuk aktiviti tersebut. Sewaktu menjalankan kajian ini, saya merasa sangat gembira kerana dapat belajar dengan lebih mendalam tentang topik Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Dahulunya, saya kurang mengetahui pengetahuan am mengenai falsafah dan

pendidikan di Malaysia Selain itu, saya amat menghargai bantuan pensyarah saya iaitu Puan Rokiah Binti Buyong kerana beliaulah yang banyak memberi bantuan dan bimbingan serta tunjuk ajar supaya tugasan yang saya lakukan ini siap dengan sempurna. Di samping itu, adakalanya saya merasa sedih kerana disebabkan ada masalah-masalah lain iaitu kegagalan menguruskan masa. Namun begitu saya merasa lega kerana ada kawan-kawan yang sudi membantu saya di saat saya menghadapi kesusahan. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari cara-cara untuk membuat pemerhatian dan dalam masa yang sama berfikir secara kritis terhadap apa yang diperhatikan. Ini merupakan suatu pengetahuan baru bagi saya dan saya berusaha sedaya upaya memperkembangkan pengetahuan ini pada masa akan datang. Selain daripada mencari maklumat dari internet dan buku, saya juga bertanya kepada kepada pensyarah-pensyarah yang lain. Dari situ saya juga belajar berkomunikasi secara formal dengan para pensyarah yang saya temu bual. Tugasan ini juga memerlukan ketelitian dan pengurusan masa yang betul. Saya belajar melakukan kerja secara teliti dan mempunyai bahan-bahan bukti yang kukuh untuk menjelaskan sesuatu fakta atau data yang diperolehi. Saya juga belajar menguruskan masa dengan betul supaya kajian ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Saya harus menghadiri kolaborasi sesama ahli kumpulan dan kolaborasi sesama pensyarah dan ini amat mencabar bagi saya dari segi pengurusan masa.
26

Pelbagai cabaran dan liku yang saya dan ahli kumpulan saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Selepas diteliti semula, saya menyedari ada beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti sewaktu membuat tugasan ini. Pertama ialah ahli kumpulan saya mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang pengetahuan am mengenai pendidikan. Ini membolehkan saya dan ahli kumpulan saya memindahkan pengetahuan ini ke dalam tugasan ini. Selain itu, saya juga menyedari ahli kumpulan saya mempunyai kemahiran menulis yang tinggi. Tidak ada banyak masalah dari segi penulisan akademik dan penterjemahan maklumat sama ada dibuat secara bertulis atau ditaip menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, saya juga menyedari ada beberapa kelemahan yang saya dapati. Antaranya ialah, saya dan ahli kumpulan saya mempunyai masalah dari segi komunikasi. Masalah ini lebih kepada komunikasi untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara terperinci. Hasil daripada kesedaran ini, saya dan ahli kumpulan saya cuba memperbaiki kelemahan ini dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi perkara yang sama. Saya membuat banyak pembacaan supaya banyak input yang saya dapat untuk digunakan pada masa akan datang. Banyak juga faedah yang saya dapati daripada tugasan ini. Pengetahuanpengetahuan seperti penyusunan maklumat dan penstrukturan data dalam bentuk penulisan akademik akan saya ingat dan akan disampaikan oleh saya kepada semua anak didik saya sewaktu saya menjadi guru kelak. Selain itu, pengetahuan seperti membuat pemerhatian secara kritis akan saya gunakan dalam kehidupan seharian sama ada untuk kegunaan saya sendiri atau untuk saya membantu orang lain. Di samping itu, pengetahuan am seperti falsafah pendidikan dan keadaan pendidikan di Malaysia ini juga merupakan sesuatu perkara asas yang penting dalam menyampaikan ilmu sewaktu saya praktikum kelak. Saya juga akan mengaplikasikan pengetahuan ini sewaktu saya melakukan tugasan yang lain di peringkat pengajian yang lebih tinggi khususnya di peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Disediakan Oleh, _______________ Freddy Vacklean Anak Jilin 1 PISMP RBT/PJ/BM
27

Refleksi
Di dalam subjek Ilmu Pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Di Malaysia merupakan salah satu daripada matapelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua siswa guru pelatih di institut. Bagi memenuhi sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan, saya telah diberikan sebuah tugasan berupa kerja kursus pendek oleh pensyarah subjek Falsafah Pendidikan Di Malaysia iaitu Puan Rokiah Binti Buyong. Kerja Kursus ini memerlukan saya untuk berkolaboratif bersama rakan-rakan saya dalam membentuk satu kumpulan bagi menyiapkan tugasan ini. Antara intipati-intipati yang terdapat dalam arahan tugasan ini adalah berkaitan dengan huraian aktiviti-aktiviti yang terdapat di institut berdasarkan kriteria-kriteria seorang guru yang baik iaitu berkemahiran, berilmu dan berketrampilan. Melalui aktiviti-aktiviti yang disenaraikan inilah memerlukan saya untuk mengkaji sejauh mana ia bersangkut paut dengan ciri-ciri guru yang diberikan. Sebelum saya dan ahli kumpulan saya melaksanakan kerja kursus pendek ini, saya telahpun diberikan penerangan terlebih dahulu daripada Puan Rokiah. Pada asalnya, saya dan ahli kumpulan kurang memahami akan kehendak soalan yang terdapat dalam kertas yang diberikan. Tetapi dengan adanya penerangan dan bimbingan daripada beliau menyebabkan saya lebih memahami fokus utama kehendak soalan tugasan tersebut. Beliau juga telah memberikan beberapa contoh yang bersesuaian supaya saya dan ahli kumpulan lebih memahami dengan lebih jelas akan apa yang harus saya lakukan. Ini dapat mengelakkan saya dan ahli kumpulan daripada terpesong ataupun lari daripada tajuk tugasan yang diberikan. Di dalam tugasan ini, saya telah memilih kriteria seorang guru yang berkemahiran di mana saya telah memberikan contoh aktiviti yang sesuai seperti perkhemahan Bina Insan Guru dan juga Hari Sukan Institut. Ahli kumpulan saya telah memilih dua lagi kriteria yang lain seperti guru yang berilmu dan guru yang berketrampilan. Dengan tugasan kerja kursus pendek ini, saya harus membuat penulisan berdasarkan ciri-ciri yang diperlukan oleh kehendak soalan seperti bentuk aktiviti yang dilakukan, kesesuaian aktiviti dijalankan, penglibatan pelajar, dan cadangan penambahbaikan. Saya perlu berfikir dengan lebih mendalam untuk menulis
28

perkara yang merangkumi kesemua ciri-ciri ini yang terdapat dalam aktiviti perkhemahan Bina Insan Guru dan hari sukan institut. Melalui tugasan inilah, saya memperolehi pemerolehan ilmu yang sangat banyak di mana saya telah belajar bagaimana hendak berfikir secara meluas tentang sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling saya. Saya telah mempelajari akan bagaimana pembentukan karakter seorang guru yang berkemahiran itu dapat menjadikan guru tersebut mampu untuk menghasilkan modal insan yang mampu untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Saya juga telah menyedari akan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan akan menghasilkan satu tugasan yang sempurna. Melalui ilmu-ilmu yang saya perolehi inilah yang akan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Kesimpulannya, tugasan yang telah diberikan kepada saya telah banyak membantu saya menyedari akan kepentingan seorang guru yang berkemahiran. Tanpa wujudnya guru yang berkemahiran maka proses pemerolehan ilmu itu tidak akan sempurna kerana guru tidak mampu untuk melaksanakan apa yang mereka ajarkan dalam bentuk realiti. Oleh itu, saya merasakan bahawa tugasan ini telah melatih saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya untuk mendidik generasi-generasi baru berlandaskan satu pegangan yang kukuh iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh:

Mohamad Taufik Bin Muhamad Nur 920403-06-5725 1 PISMP RBT/PJ/BM

29

REFLEKSI MUHAMED YUZAIMIE BIN YUSOFF 920302 03 6503 Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam yang memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan subjek EDU3101 Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia ini dalam masa yang ditetapkan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan lanjut lagi mengenai tajuk yang kami belajar pada semester ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia saya, Puan Rokiah Binti Buyong yang banyak membantu dalam pemberian maklumat yang amat penting untuk kami siapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih kepada ahli kumpulan, rakan rakan yang lain yang banyak membantu dalam perbincangan, pertukaran idea semasa menyiapkan tugasan ini. Pertamanya ialah proses pencarian maklumat. Proses pencarian maklumat telah dijalankan seperti merujuk maklumat daripada pelbagai sumber, termasuklah buku rujukan, surat khabar, internet. Segala maklumat yang saya perolehi kebanyakannya melalui sumber internet kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat. Tetapi saya tetap memperluaskan skop pencarian dengan merujuk sumber yang dinyatakan tadi. Sumber rujukan seperti buku saya perolehi daripada perpustakaan kerana

perpustakaan menyediakan berjuta-juta maklumat yang ingin diperolehi dengan mudah. Maklumat daripada surat khabar pula agak sukar untuk dicari kerana maklumat yang ingin diperolehi hanya dikeluarkan pada keluaran tertentu sahaja. Setelah menjalani proses di atas, saya berkolaborasi bersama rakan lain untuk berbincang tentang maklumat yang saya peroleh.

30

Saya

mengalami

sedikit

kesulitan

ketika

proses

pencarian

maklumat

berlangsung seperti mengalami gangguan capaian internet. Hal ini kerana di kawasan bilik saya di asrama liputan capaian internet tidaklah begitu bagus seperti berada di bilik kuliah atau di perpustakaan. Oleh itu, saya telah mendapatkan capaian internet di perpustakaan atau di bilik kuliah dan juga menggunakan brodband rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami lebih lanjut tentang isi pembelajaran yang dipelajari mengenai subjek falsafah dan pendidikan di Malaysia terutamanya tentang tajuk falsafah pendidikan kebangsaan. Hal ini kerana kumpulan saya ditugaskan untuk menulis esei berkaitan dengan pembangunan modal insan guru bagi mencapai matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) , tetapi tidak bermaksud saya tidak mengambil peduli tentang tajuk-tajuk yang lain. Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini setelah melalui pelbagai proses seperti yang dinyatakan di atas. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang proses perkembangan kanak-kanak selaras dengan falsafaj pendidikan negara dan boleh diaplikasikan apabila berada si sekolah kelak. Sesungguhnya, tugasan ini amat memberi manfaat kepada saya dan saya berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

31

RUJUKAN BUKU

Malaysia, K. P. Standard Guru Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. Meng, E. A. (2003). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Pollard A.(1990). Reflective Teaching In Primary School. Cassell, London. Geldard, D. (1990). Basic Personel Counselling, Prentice Hall, New York. Calderhead, J. (1993). Conceptualizing Reflection In Teacher Education, The Falmer Press, London. Altrichter,H.et. al. (1995). Teacher Investigate Their Work, Routledge, London. Wise, A.E. and Leibbrand, J.A (2000). Standard Teacher Quality. Bloomington Indiana U.S.A: Phi Delta Kappan. Training and Development Agency. (2007). Professional Standards for Teachers. London: Training and Development Agency

INTERNET
MALAYSIA, H. (26 May, 2009). Kualiti Pendidikan dalam Melahirkan Modal Insan Negara. Retrieved 19 Februari, 2012, from http://www.haluan.org.my/v3/index.php: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kualiti-pendidikan-dalam-melahirkanmodal-insan-negara.html Malaysia, U. S. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved 19 Februari, 2012, from upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php: http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP). (2006-2010). Retrieved 19 February, 2012, from www.bppt.com.my/resources/download.php?id: http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=pelan%20induk%20pembangunan%20pen didikan&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CDIQFjAB&url=http%3A%2F%2Fwww.bppt.c om.my%2Fresources%2Fdownload.php%3Fid%3D74%26rid%3D44&ei=bVRQT5CxEc OJrAfbkYXFDQ&usg=AFQjCNGdXbWyTN7EvrLHhEl8R
32

33