Anda di halaman 1dari 2

ROSMAH BINTI MAT JAIB REFLEKSI.

Saya sebagai pelajar baru Semester Tiga dalam Program Pensiswazahan Guru merasa amat teruja apabila diberi tugasan ini. Berdasarkan tajuk yang diberi langkah awal yang saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan

melayari internet dan mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan awam. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang tajuk tugasan yang diberi. Melalui penggunaan internet dan bahan-bahan rujukan yang diperolehi, saya dapat lebih memahami tentang kehendak tajuk yang diberi secara jelas dan lebih terperinci. Selain daripada itu, saya juga membuat perjumpaan dengan rakan kumpulan di Perpustakaan Awam Kulim. Tujuannya untuk membincangkan dan mengagihkan tugasan dengan lebih sistematik dan berjalan dengan lebih lancar. Saya dan rakan kumpulan sentiasa berhubung melalui sistem maklumat segera sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi. Kejayaan yang paling saya banggakan sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah dapat menghasilkan sendiri bahagian tugasan yang diberi. Saya merasa kepuasan yang tidak terhingga kerana sepanjang menyiapkan tugasan saya terpaksa ke tempat yang mempunyai talian internet. Keadaan ini berlaku disebabkan kawasan tempat tinggal saya tidak dapat melayari internet. Saya juga terpaksa pulang lewat dari sekolah semata-mata ingin melayari internet bagi mendapatkan bahan dan maklumat tentang tajuk yang diberi. Hasil daripada tajuk tugasan ini telah memahirkan lagi saya tentang cara mendapatkan maklumat melalui internet. Contohnya, bahanbahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Kemahiran melayari internet juga dapa dijadikan pengalaman cara mendapatkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui kerja kursus ini juga saya dapat memahami tentang sejarah kehidupan orang-orang yang terdahulu dalam pelbagai bidang.

Contohnya, dalam bidang politik, ekonomi, undang-undang, sosial dan sebagainya. Akhir sekali, saya rasa bersyukur kerana sebagai seorang pelajar yang telah berkerjaya dapjuga menyiapkan tugasan ini disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan di dada.

Anda mungkin juga menyukai