Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Interpersonal Guru Di Dalam P&P

oleh Maifuza binti Mohd. Amin Penyelia :Prof. Madya Hj. Sapon bin Ibrahim Kajian ini bertajuk Kemahiran Interpersonal Guru Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah teknik iaitu Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator dan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brush di Ipoh, Perak. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauhmana kemahiran interpersonal guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam aspek interpersonal guru yang dikaji iaitu kemahiran guru memberi pertanyaan, kemahiran guru memberi pengukuhan, kemahiran guru mengadakan variasi, kemahiran guru memberi penjelasan, kemahiran guru mengadakan set induksi dan kemahiran guru mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden dalam kajian ini ialah seramai 135 pelajar yang terdiri daripada jurusan kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan awam. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik. Statistik deskriptif (frekuensi, skor min, peratusan dan sisihan piawai) telah digunakan untuk menganalisis data. Data diproses menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 12.0 for windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah teknik menguasai kemahiran memberi pertanyaan, kemahiran memberi penjelasan, kemahiran mengadakan set induksi dan kemahiran mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran-kemahiran yang lain adalah dalam tahap yang sederhana. Seterusnya pengkaji telah mencadangkan agar kajian lanjutan akan mengkaji kemahiran interpersonal dan keterampilan guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Abstract The research is about a teachers interpersonal skill in teaching and learning. This research has been done at Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brush and Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator In Ipoh, Perak. The purposes of this research are to know the interpersonal skill among teachers there. In this research, there are six elements of interpersonal skills such as questioning skill, reward skill, variation in learning skill, explanations skill, inductions set skill and closure skill. The respondent in this research are 135 students of electrical engineering, civil engineering and mechanical engineering. The questionnaires used to data generation and analyzed descriptively using SPSS (Statistical Package For Social Science) V 12.0 for windows. Finding shows that, the teachers in this school have fulll the elements of interpersonal skills in teaching.

Anda mungkin juga menyukai