Anda di halaman 1dari 5

ALAM SEKITAR: Kehidupan Hijau Strategi Bersepadu Atasi Pencemaran Air

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air. Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh. Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan, manusia bagaimanapun nampaknya begitu mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan longkang, sungai, tasik dan laut. Pengarah Urusan Segi Perkasa Sdn Bhd, Hisham Jabar, dalam kertas kerja bertajuk Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Pengurusan Industri Kumbahan Air Secara Efektif, berkata secara perlahan-lahan manusia sebenarnya mengancam planet sehingga ke tahap organisma mula mati pada kadar yang amat pantas. Selain ancaman terhadap organisma yang mulai mati, air minuman yang paling penting untuk menjalani kehidupan sihat juga kadangkala dicemari dengan serius. Sehubungan itu, untuk mengatasi pencemaran air, kita harus memahami masalah dan sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian. Pencemaran mengikut definisi bermaksud: "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air. Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama. Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya racun serangga

di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul. Pencemaran atmosfera juga berpunca daripada manusia seperti penggunaan kenderaan (asap ekzos, kilang dan juga proses membuat roti). Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air. Air kumbahan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis sama ada ia mengandungi bahan keluli, organik, bahan bukan organik, serangan bakteria dan pencemaran jenis lain. Sehubungan itu, dengan memahami bentuk sesetengah air lebihan, kita boleh merawat air lebihan berkenaan secara efektif untuk memastikan ia mencapai tahap kebersihan yang sesuai dengan taraf alam sekitar. Bagaimanapun, ada teknologi untuk mengawasi pencemaran dari sumber terus walaupun faktor politik mungkin menyukarkan keadaan. Pencemaran dari sumber tidak terus bagaimanapun sukar dikawal. Pencemaran yang berpunca daripada sumber tidak terus adalah faktor majoriti atau utama kepada pencemaran yang berlaku di tasik dan sungai. Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian. Bagaimanapun, ada beberapa laporan mengenai krisis pencemaran air, penyakit berbahaya dan beberapa isu lain yang penting untuk memastikan rawatan air lebihan itu menjadi lebih efektif.

JENIS PENCEMARAN AIR: Bahan Toksik sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri. Bahan Organik pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan oksigen akan

membunuh organisma akuatik. Apabila organisma akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan, sekali gus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan. Sejenis pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik seperti nitrogen dan fosfat meningkat dalam sistem akuatik. Kadar tinggi bahan berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair. Apabila tumbuhan dan rumpair itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan tumbuhan berkenaan akan reput dengan pantas, sekali gus mengurangkan kadar oksigen. Proses pantas pertumbuhan tumbuhan itu kemudian diikuti dengan peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar oksigen yang dikenali sebagai eutrophication. Pencemaran Terma pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk oksigen. Pencemaran Ekologikal ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

KESAN PENCEMARAN AIR Implikasi Kesihatan semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, ciritbirit dan keadaan tidak normal yang bahaya. Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan

buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.

KESAN KEPADA HIDUPAN AKUATIK Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air. Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.

KESAN KEPADA TUMBUHAN BIOMASS Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.

KESAN KEPADA TANAH BASAH Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang. Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal. Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran air: l Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain.

l Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma. l Nutrien (zat seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut. l Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius. l Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada alam sekitar. l Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam kilang yang memberikan kesan kepada air. l Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius. l Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.

RAWATAN AIR KUMBAHAN Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau dibuang terus. Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan selamat digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar. Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami, membina dan menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaannya.

Anda mungkin juga menyukai