Anda di halaman 1dari 10

KURSUS: BMK3023 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TUGASAN 2 : Pengucapan Awam di Sekolah

KUMPULAN UPSI07(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH :

NAMA MOHD NOOR AZAM BIN AYUB

NO. MATRIK D20112055134

NO. TELEFON 0165426462

TUTOR E-LEARNING TARIKH HANTAR

: :

Prof. Dr. Mohammed Zin bin Nordin 12 NOVEMBER 2012

Ramai antara kita biasa mendengar tentang pengucapan awam. Ada yang gerun setiap kali diminta membuat pengucapan awam, ada yang bersahaja dan ada juga yang yang sangat berkeyakinan. Ramai juga yang keliru apakah persamaan atau perbezaan di antara pengucapan awam dan pidato. Sumber daripada wikipedia menyatakan bahawa pengucapan awam adalah satu proses bercakap di khalayak ramai atau satu kumpulan manusia melalui cara yang tersusun dengan tujuan untuk memaklumkan, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu. Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah sejak dari seseorang itu kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan sebagainya. Ramai orang berbakat besar dalam bidang pengucapan awam dan boleh berucap dengan lantang dan yakin di hadapan umum . Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik. Justeru, menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah, jadi melalui kursus kepimpinan pelajar di sekolah, kemahiran menyampaikan ucapan dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini kerana proses pembelajaran kemahiran ini bermula dengan inisiatif kendiri untuk berusaha mempelajarinya melalui sumber buku, internet dan majalah. Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada video individu-individu menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana Menteri dan Forum Peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung, penonton dapat mencontohi cara dan gaya daripada video visual tersebut. Di samping itu, ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik Pengucapan Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan ucapan adalah untuk memaklumkan (to inform) , mempengaruhi (to influence) , memberikan inspirasi (to inspire) dan menghiburkan(amuse) . Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja. Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu. T. Hunt (1987) yang deptik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada hadirin sekalian dengan menggunakan lambing-lambang bahasa. 1

Menurut Abdul Muati Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum menggunakan anggota verbal dan bukan verbal. Manakala Rahimah Yeop (2001), pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar dengan bertujuan untuk memindahkan dan menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain. Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum, iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehanpenyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya (Lane Cooper, 1960). Manakala ekspresi wajah adalah seperti senyuman, pergerakan kening, mengerutkan dahi atau bermasam muka. Kualiti suara yang dimaksudkan ialah dari segi perubahan intonasi, volum dan tahap kepantasan bersuara (Ivey & Ivey, 1999). Dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi ini memainkan peranan yang penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Hal yang demikian kerana guru bukan sahaja bercakap untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar malah, menurut Moore (2001) guru juga kadangkala menyampaikan maklumat melalui gerak tubuh seperti penggunaan suara, ekspresi muka, cara guru melihat, berdiri dan menggunakan sesuatu perkataan, penggunaan ruang dan sebagainya. Kemahiran berucap di hadapan khalayak ramai, yang juga dikategorikan sebagai suatu seni pengucapan, telah dibentuk oleh masyarakat Greece purba. Pidato masyarakat Greece terkenal melalui suatu usaha antikuiti klasik. Pemidato Greece berucap bagi diri mereka sendiri dan bukan mewakili mana-mana klien atau institusi, maka sesiapa pun yang berjaya dalam perbicaraan, dalam politik, atau dalam kehidupan sosial haruslah menguasai teknik-teknik pengucapan awam. Semua prinsip-prinsip pengucapan awam telah berubah dan mengalami ubahsuai seturut dengan masyarakat, dan budaya yang telah berubah, tapi secara harfiah ianya masih sama. Teknologi dan cara bagaimana komunikasi ini secara tradisional telah melalui struktur seni berpidato dan bergantung kepada suatu jumlah audiens yang banyak ataupun sedikit. Bagaimanapun, kemajuan teknologi telah membolehkan lebih banyak komunikasi sofistikated berkesan untuk pemidato awam. Sumber teknologi dan media banyak membantu suasana pengucapan awam, seperti telekomunikasi dan persidangan video. Persidangan video adalah salah satu teknologi terkini yang mana ini adalah satu revolusi bagaimana pengucapan awam berhubung dengan media massa. David M. Fetterman (1997) dari Stanford University, dalam artikelnya Video Conferencing Over The Web menyatakan: Teknologi persidangan video membolehkan kumpulankumpulan yang terpisah oleh faktor-faktor goegrafi mampu mendengar dan menonton sesama sendiri, yang kebisaannya berhubung melalui satelit ataupun melalui sistem komunikasi telefon. 2

Pengucapan awam adalah satu proses pengucapan kepada satu perkumpulan atau perhimpunan yang terancang. Pengucapan awam disampaikan dengan tujuan yang baik, iaitu bertujuan untuk memaklumkan, atau bertujuan menghiburkan pendengar. Ianya sangat berkait rapat kepada penyampaian, namun pengucapan awam adalah lebih bersifat komersil dan tersirat. Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa pengucapan awam ialah satu proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar. Justeru, pengucapan awam di sekolah antaranya ialah syarahan, pidato, ceramah, ucapan, berita, taklimat, dan pengumuman. PENGUCAPAN AWAM DI SEKOLAH 1. Syarahan Syarahan merupakan kaedah penyampaian ucapan secara sehala dan penyampai akan menghuraikan tajuk-tajuk dalam masa yang diberikan untuk menyakinkan pendengar. Penyampaiannya meluas seperti berkisar mengenai kemanusiaan, alam, keagamaan dan sebagainya. Memerlukan susunan, gaya dan fakta yang tepat untuk memastikan seseorang individu dapat menyampaikan syarahan yang menarik perhatian orang ramai dan berkesan. Syarahan juga menilai kebolehan penyampai menghuraikan maklumat yang hendak disampaikan dengan baik. 2. Pidato Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks secara langsung dan hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato disampaikan untuk menarik perhatian umum dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang ramai dan meyakinkan audiens melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan bahasa. 3. Ceramah Ceramah merupakan cara mengekspresikan buah fikiran melalui pengucapan dan bersifat dua hala. Ceramah diselang-selikan dengan soalan dan jawapan antara penceramah dan audiens. Situasi ini membolehkan perbincangan berlaku dan penceramah boleh menghuraikan isi ceramah dengan lebih lanjut. 4. Ucapan Ucapan bertujuan memberitahu,mendidik, meyakinkan, meransang, memberikan motivasi, dan juga menghiburkan khalayak. Ucapan merupakan komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea melalui lisan ,mempunyai tujuan tersendiri dan diujarkan berdasarkan tema. 3

5. Berita Berita merupakan perkhabaran daripada sumber sama ada bertulis mahupun lisan melalui medium media masa. Kemahiran membaca berita dapat dipelajari melalui menonton berita di televisyen, mendengar radio mahupun membaca surat khabar. 6. Taklimat Taklimat merupakan ucapan memaklumkan dan bersifat dua hala. Taklimat boleh berlaku dalam situasi formal mahupun situasi tidak formal. Penyampaian taklimat adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang individu untuk memastikan mesej yang disampaikan kepada orang awam dapat difahami dengan jelas. Taklimat biasanya disampaikan untuk menerangkan secara ringkas mengenai sesuatu perkara ataupun program. 7. Penguman Pengumuman merupakan komunikasi satu hala yang disebarkan kepada orang ramai. Biasanya pengumuman dilakukan di kawasan yang umum untuk memastikan setiap orang dapat mendengar pengumuman tersebut dan memahaminya. CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan apa yang disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas. Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima. Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang diterima serta member respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah sama ada berbentuk lisan atau bukan lisan. Proses perpindahan sesuatu mesej atau maklumat mestilah berlaku dalam sesuatu situasi yang tertakluk kepada waktu,tempat dan majlis yang khusus. Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada pengucap kepada penerima melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium pengantaraan. Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan penerima jarak jauh untuk menyampaikan maklumat. Radio, televisyen, emel dan buku merupakan contohcontoh saluran yang biasa digunakan. 4

Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej daripada pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada penerima mesej tersebut. Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal, fisologi , semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering berlaku di majlis umum ialah masalah teknikal berhubungan dengan alat siar pandang atau alat pembesar suara. Perkara sebegini mampu membantutkan niat para pendengar yang sedang menumpukan perhatian. STRATEGI PENGUCAPAN AWAM Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengucapan awam. Ekspresi muka dan gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada penonton mengenai perasaan pengucap tersebut. Dengan ini, penonton dapat merasai perasaan pengucap tersebut juga. Selain itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan kerana pengucap yang cemerlang mempunyai daya tarikan yang tinggi dari segi intonasi suara yang tinggi dan rendah mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak akan menarik perhatian para pendengar. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi , seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting. Seorang pengucap perlulah berpenampilan menarik dari segi pakaian dan cara pembawakan penyampaiannya serta sesuai dengan tema majlis. Pengucap memerlukan baju yang formal untuk majlis rasmi, manakala untuk majlis yang mempunyai tema , pengucap hendaklah memilih baju yang sesuai dengan tema tersebut. Misalnya untuk acara Pidato Peringkat Antarabangsa, setiap peserta diberi tajuk ucapan yang bertema nasionalisme, jadi para peserta hendaklah memakai baju kebangsaan Malaysia untuk menyesuaikan diri mereka dalam majlis tersebut. Pakaian juga mampu membuatkan seorang pengucap itu lebih berkeyakinan di hadapan. Stategi menangkap perhatian umum yang ketiga ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Dengan berbekalkan pengetahuan am yang tinggi,seorang pengucap dapat menarik perhatian juri,penonton mahupun pendengar. Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha untuk memperbanyak ilmu pengetahuan agar dengan ilmu tersebut mereka dapat menggunakannya misalnya ketika memberi ucapan.

Perkara yang tidak dapat dielakkan ialah membuat persediaan fizikal dan mental sebelum membuat pengucapan. Perkara ini mampu mengurangkan gementar dan menaikkan keyakinan seseorang pengucap itu. Pengucap hendaklah menyediakan draf terlebih dahulu untuk teks ucapan. Kemudian, pegucap perlu praktis melakukan ucapan tersebut . Menghafal bukanlah satu perkara menjadi pilihan kerana jika seorang pengucap hafal teks ucapannya, ucapannya kelak akan menjadi kaku dan jika dia terlupa teks ucapannya, perkara ini mengundang masalah buat dirinya pula. PENYEDIAAN TEKS PENGUCAPAN AWAM Apabila seseorang itu diarahkan untuk berucap, benda pertama yang akan timbul di minda seseorang itu pastinya adalah berkaitan dengan topik pengucapannya. Melainkan penyampaian anda berkaitan, dan sudah dimaklumkan oleh pihka penganjur tentang topik pengucapan, terdapat banyak topik pengucapan awan lain yang boleh dipilih. Bagaimana cara saya memilih topik terbaik? Bagaimana cara saya untuk mengetahui sejauh mana pendengar suka akan ucapan saya? Bagaimana kalau mereka tertidur? Ini adalah antara soalan-soalan yang akan timbul di fikiran seseorang pengucap. Tidak ada cara untuk kita memastikan samaada pendengar akan suka kepada ucapan kita, tapi yang pasti, ada cara untuk memastikan walaupun tidak semua tapi kebanyakan audien akan kagum dengan pengetahuan dan semangat anda, yaitu dengan membuat penulisan dengan penuh keghairahan. Nyatakan anda ghairah tentang apa, samaada sukan, kerjaya, atau apapun juga. Jika anda menyukai topik anda, ini akan membolehkan anda mempunyai pengetahuan yang baik tentang topik tersebut. Keghairahan atau keseronokan anda akan terserlah di dalam mesej ucapan anda. Apabila anda seronok dengan topik anda, maka pastinya anda akan menulis ucapan anda dengan mudah. Semua ini tidak bermaksud anda tidak ghairah dangan topik yang bukan menjadi keghairahan anda. Yang penting adalah, kita suka untuk bercakap kepada umum. Contohnya sebagai seorang guru, kita minat untuk mengajar dan berlatih. Jadi apabila kita mempunyai peluang untuk berdiri dan berucap kepada umum akan membuat kita teruja. Sememangnya kita akan gementar, tapi itu adalah salah satu bentuk keterujaan. Pengucapan awam adalah sangat penting. Topik pengucapan akan menjana jangkaan audiens tentang apa yang akan kita ucapkan. Topik pengucapan kita mungkin boleh membosankan atau membuatkan pendengar untuk tidak teruja. Maka pilihan haruslah tepat. Kita mungkin akan simpan ini apabila kita merancang topik ucapan kita. Siapakah audiens atau pendengar kita? Apa minat yang mereka ada? Dan kalau kita adalah salah satu dari audiens, pastinya kita akan beranggapan bahawa ini dalah ucapan yang harus kita dengar. 6

Pelanggan adalah sentiasa betul adalah satu frasa bisnes yang dipakai oleh ramai ahli bisnes berjaya. Perkara yang sama juga apabila ianya berkaitan dengan topik untuk pengucapan awam. Kita perlu mencuri perhatian pendengar kita supaya mereka berminat dengan topik pengucapan awam kita. Ianya harus berkait rapat dengan apa yang membuat mereka selesa, ilustrasi atau sesuatu yang mengandungi amaran yang baik. Dengan topik pengucapan awam kita boleh mempunyai tujuan iaitu untuk menyampaikan mesej kita. Kita memerlukan itu, dan ianya adalah sangat penting. Namun kita mungkin perlu menggunakan pendekatan yang menarik untuk memancing audiens kita. Sesetengah topik boleh berkait rapat dengan Mendapat Hadiah Percuma selepas ucapan sepertimana yang dilakukan dalam The Oprah Winfrey Show. Adakah ini adalah sesuatu yang baik? Mungkin ramai diantara kita yang tidak setuju dengan ini. Pertama sekali, apa jenis audiens yang akan kita hadapi? Adakah ianya menarik hanya dengan mendapatkan sesuatu? Mungkin mereka dalam keadaan tercabar dari aspek kewangan. Inilah yang harus kita ketahui. Jika pengucapan kita adalah berkaitan dengan tindakan kita untuk memberi tekanan kepada semua yang menjadi audiens kita, mungkin kita sedang menghadapi audiens yang pemalas. Pengucapan awam akan membawa audiens kepada tanda tanya apakah rahsia yang akan kita akan kongsikan kepada mereka. Ramai mengatakan tanggapan pertama adalah penting dan itu adalah hakikat apabila kita menyentuh hal yang berkaitan dengan topik pengucapan awam. Kita pastinya akan mengharapkan tanggapan pertama yang baik sebagai batu loncatan kita, yang mana ini pasti akan membawa audiens yang tepat untuk pengucapan kita. Kita harus ingat bahawa kita harus menggunakan hati kita dalam pengucapan kita. Dan salah satu aspek penting dalam pengucapan awam yang harus kita titik beratkan adalah masa. Meletakkan had masa bagi ucapan kita adalah sangat penting. Ini adalah kunci kepada ucapan kita. Hormati audiens kita dan hormati masa mereka. Harus kita ingat juga bahawa akan ada ucapan lain yang telah diatur selepas ucapan kita. Apabila sesuatu ucapan itu mengambil masa yang terlalu lama dan memakan masa program lain yang telah diatur, audiens akan berasa jengkel. Ramai di antara mereka akan beredar. Itu adalah petanda buruk. Jiaka kita tidak meletakkan had dalam pengucapan kita, maka itu akan memburukkan suasana dan memburukkan pengucapan kita. Walaupun kita mungkin mempunyai fakta-fakta menarik dan cerita-cerita yang menghiburkan yang kita akan sampaikan kepada audiens kita, sebagai seorang pengucap, kita haruslah menyediakan informasi yang menarik, menghiburakn atau mendorong kepada audiens kita. Sesiapa pun yang akan berucap kepada sebuah kumpulan haruslah mempunyai matlamat yang spesifik di dalam minda kita. Anda harus tahu apa yang ingin anda capai, apa yang audiens ingin dengar dan apa pengalaman yang anda mahu daripada pengucapan yang anda lakukan. Sebelum 7

kita memberi ucapan, kita sangat perlu memastikan apa yang kita mahu atau apa yang kita jangka untuk kita capai melalui pengucapan awam. Bercakap adalah suatu proses komunikasi. Jika pendengar atau audiens tidak memahami apa yang kita ucapkan, kita tidak mencapai matlamat utama dalam proses tersebut. Faktor-faktor penting yang haru kita ingat dalam memberi kepuasan kepada pendengar kira adalah yang pertama, bercakap dengan keyakinan, kedua, bercakap dengan jelas, dan yang ketiga, libatkan pendengar dalam pengucapan. KESIMPULAN Terdapat banyak cara untuk menyampaikan ucapan kita dengan berkesan. Antaranya, cara kita membuat persediaan sehingga kita selesai membuat ucapan semua adalah penting, tapi tidak ada yang lebih penting dari semua selain kita bercakap dari hati kita. Berikut adalah beberapa cadangan teknik-teknik mudah dalam memudahkan kita dalam pengucapan kita. Pertama, bernafas, jangan risau untuk berhenti seketika atau hanya dengan sekadar menarik nafas. Ini membolehkan anda untuk berfikir sejenak tentang apa yang akan anda ucapkan. Seterusnya, miliki apa yang anda tahu. Harus kita ingat bahawa audiens akan menganggap kita adalah seorang pakar dalam topik yang kita bincangkan. Apabila kita menunjukkan bahawa kita yakin, maka mereka akan percaya bahawa kita sememangnya yakin dengan diri kita. Lakukan interaksi mata dengan para audiens. Dengan perlahan pandang audiens anda dengan sekilas sewaktu kita melakukan ucapan. Audiens yang baik akan memberikan tenaga semangat kepada kita dan akan melibatkan diri dalam demonstrasi yang anda lakukan dalam pengucapan anda, jadi jangan malu unutk melibatkan mereka. Amat penting kita bawa bersama tisu dan air. Dalam pengucapan kit akan bercakap banyak dan pasti mulut kita akan kehilangan kelembapan dan tekak kita juga akan terasa kering. Maka air akan memberi kita keselesaan apabila kita menghadapi situasi tersebut. Tisu juga amat penting. Mungkin kita adalah orang yang mudah berpeluh, dan pastinya anda tahu apa tujuan tisu di dalam poket anda. Tetapi apa yang paling penting dalam kita melakukan sesuatu pengucapan awam adalah, kita menyampaikan ucapan melalui hati kita, untuk kepentingan bersama dan bukan hanya untuk kepentingan diri semata-mata.

RUJUKAN Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2006). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Batu Caves. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Eisenberg, E. M., Goodall, H. L., Jr., & Tretheway, A. (2007), Organizational communication: Balancing creativity and constraint (5th Ed., New York: Bedford/St. Martins. Hackman, M. Z., & Johnson, C. E. (2004). Leadership: A communication perspective (4th Ed.). Long Grove, IL: Waveland Press Letteri, R. (1997). A handbook of public speaking. (2nd. ed.). New York: Cummings Hathaway Publishers Mohammed Zin Nordin dan Mohd Taib Ariffin.(2012).Kemahiran Komunikasi.Emeritus Publications Samsudin A. Rahim (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka http://www.scribd.com/doc/24986888/PENGUCAPAN-AWAM10.11.2012