Anda di halaman 1dari 18

RIWAYAT HIDUP SIDDHARTHA GAUTAMA BUDHA

PISMP TESL 1.4

KELAHIRAN SIDDHARTHA
Pada akhir abad ketujuh S.M (tahun 623 S.M.), Siddhartha Gautama dilahirkan di bandar Kapilavastu/Kapilavathu. Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas dekat negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.

- Siddhartha lahir dalam keadaan bersih tanpa noda, berdiri tegak dan langsung dapat melangkah ke arah utara, berpijak bunga teratai. Masa kecil
-Sang Pangeran adalah seorang anak yang cerdas dan sangat pandai, selalu dilayani oleh pelayan-pelayan dan dayang-dayang yang masih muda dan cantik rupawan diistana yang megah dan indah. - 7 tahun Pangeran Siddharta telah mempelajari berbagai ilmu pengetahuan. Tetapi Pangeran Siddharta kurang berminat dengan pelajaran tersebut. Pangeran Siddharta mendiami tiga istana, iaitu istana musim semi, musim hujan dan pancaroba. -16 tahun Pangeran Siddharta menikah dengan PuteriYasodhara yang dipersuntingnya setelah memenangkan berbagai sayembara. -Setelah itu Pangeran Siddharta tampak murung dan kecewa melihat kenyataan hidup yang penuh dengan derita ini

Masa dewasa
-29 tahun, putera pertamanya lahir dan diberi nama Rahula. -Setelah itu Pangeran Siddharta meninggalkan istana, keluarga, kemewahan, untuk pergi berguru mencari ilmu sejati yang dapat membebaskan manusia dari usia tua, sakit dan mati. -Siddharta berguru kepada Alra Klma dan kemudian kepada Uddaka Ramputra, tetapi tidak merasa puas kerana tidak memperoleh yang diharapkannya. Kemudian beliau bertapa menyiksa diri dengan ditemani lima orang pertapa. Akhirnya beliau juga meninggalkan cara yang ekstrim itu dan bermeditasi di bawah pohon Bodhi untuk mendapatkan Penerangan Agung.

- Suatu hari Pangeran Siddharta meminta izin untuk berjalan di luar istana, dimana dilihatnya Empat Kondisi yang sangat memberi kesan, iaitu orang tua, orang sakit, orang mati dan orang suci. -Sehingga Pangeran Siddharta bersedih dan menanyakan kepada dirinya sendiri, Apa erti kehidupan ini, kalau semuanya akan menderita sakit, umur tua dan kematian. - Pangeran Siddharta berpikir bahwa hanya kehidupan suci yang akan memberikan semua jawaban tersebut.Selama 10 tahun Pangeran Siddharta hidup dalam kesenangan duniawi. -Pada suatu malam, Pangeran Siddharta memutuskan untuk meninggalkan istananya dan dengan ditemani oleh kusirnya, Canna. Tekadnya telah bulat untuk melakukan Pelepasan Agung dengan menjalani hidup sebagai pertapa.

UPACARA PENAMAAN
-Diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Raja menjemput 108 orang Brahmin(ahli ulamak) ke istana. Lapan orang daripada mereka adalah paling bijak(arif). Mereka terdiri daripada Rama, Dhajja, Lakhana, Mauti, Bhoja, Suyama, Sudatta dan Kondanna.
-Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja. Mereka bersepakat menamakan putera raja sebagai SIDDHARTHA GAUTAMA, yang membawa maksud

Cita-Cita Terkabul

PENDIDIKAN
Putera Siddhartha belajar di bawah didikan seorang guru yang bijak dan berkebolehan, Sirva Mitra. Kepandaian Siddhartha dalam pelajarannya sangat mengagumkan semua orang termasuk guru, raja dan permaisuri. Penerimaan pelajarannya sangat cepat dan baik. Beliau tidak menghadapi apa-apa kesulitan untuk mempelajari apa saja yang diajar. Kepandaian dan kecergasannya dalam bidang pelajaran tidak dapat ditandingi sehingga guru Sarva Mitra sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kelebihan lagi untuk mengajar Siddhartha.

Siddhartha juga disenangi oleh semua orang kerana perwatakan dan perangai yang mulia dan disayangi orang. Walaupun baginda seorang putera raja dan bakal menaiki takhta kerajaan, baginda tidak sombong sebaliknya dia sangat menghormati gurunya dan rakanrakan sebayanya, bersopan-santun, ramah, berbudi pekerti, penyayang dan lemah-lembut kepada semua makhluk.

Seperti anak-anak bangsawan yang lain, Siddhartha juga diberi didikan dalam bidang sukan, bermain senjata, mengendalikan kereta peperangan dan melatihnya sebagai Kesatrian Perkasa. Siddhartha mempunyai kebolehan yang tidak ada tolak bandingannya dalam bidang menunggang kuda, gajah, bergusti, bermain pedang, panah, lembing, tombak dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Siddhartha yang bersifat penyayang kepada semua makhluk tidak berapa suka akan permainan kasar dan memainkan senjata kerana baginda menganggapkan permainan-permainan itu boleh mencederakan orang lain dan menyebabkan penderitaan.

SUMBANGAN
Buddha Dan Sistem Kasta Buddha menentang sistem kasta yang wujud pada zamanNya kerana bagi pendapatNya, sistem kasta inilah yang menghalang perkembangan manusia. Dalam pendapatNya, Buddha berkata; "By birth is not one an outcast, By birth is not one a Brahman, By deeds is one an outcast, By deeds is one a Brahman. Dengan berkesan Buddha membasmikan sistem kasta yang wujud/diamalkan oleh masyarakat setempatNya. Kasta atau warna kulit seseorang tidak menjadi ukuran kepada seseorang untuk menjadi penganut Agama Buddha atau menjadi Sami. Semua orang layak/bebas untuk menjadi sami, tanpa mengira warna kulit atau kasta, mereka menerima layanan, keistimewaan dan kedudukan pangkat sami yang sama. Buddha juga orang yang pertama menghapuskan sistem perhambaan dalam dunia.

Buddha Dan Kaum Wanita Buddha menaikkan kedudukan taraf kaum wanita dan menyedarkan mereka akan kepentingan kaum wanita dalam masyarakat. Buddha tidak memandang rendah atau hina terhadap kaum wanita tetapi menganggapkan kaum wanita itu pada semulajadinya lemah. Bagi Buddha, jantina bukan faktor penghalang bagi seseorang untuk mencapai kesucian. Buddha dianggapkan sebagai kaum-ibu. Sebagai seorang ibu, wanita diletakkan di kedudukan yang terhormat dalam Ajaran Agama Buddha. Sebagai seorang isteri pula, wanita/isteri dianggapkan sebagai sahabat karib suami. Buddha menyamakan taraf kaum wanita dengan kaum lelaki, ini terbukti di mana Buddha juga mengadakan Order untuk Bhikkuni dan melantik dua orang Ketua Penganut-penganut wanita iaitu Arahant Khema dan Uppalavanna. Sebelum Buddha, wanita tidak dianggap penting. Setelah adanya order untuk Bhikkuni, taraf wanita dinaikkan dan wanita diletakkan pada satu taraf yang sama tidak kira kastanya

Bertolak Ansur Kepada Binatang Buddha yang penyayang dan bertolak ansur bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga kepada binatang. Buddha mengharamkan pengorbanan binatang oleh manusia dan menggalakkan penganutpenganut agama Buddha mengembangkan Cintakasih (loving-kindness) mereka kepada binatangbinatang. Oleh sebab nyawa sesuatu makhluk sangat berharga, manusia tidak ada kuasa/hak untuk memusnahkan nyawa/hidup binatang-binatang walaupun untuk mengisi perutnya.

Mewujudkansistem kasta. Kebebasanberfikir.

Meningkatkan taraf wanita.


Belas kasihan terhadap pesakit.

Ahimsa-tanpa kekerasan atau kekejaman.


Mengajar berdikari

Memperkenalkan sepuluh tugas raja

SUMBANGAN yang berkaitan dengan bidang pendidikan

"Lead a righteous life, and not one that is corrupt. The righteous live happily both in this world and in the next." "Behold, O disciples, I exhaust you, Subject to change are all component things, Strive on with dilligence. 543 S.M. Vesak

RUJUKAN
http://dhammabm.tripod.com/rhb/rhb.htm#_Toc438826509

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai