Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengertian Dan Konsep Budaya Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian : i. ii. Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut iii. iv. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan [wp-like-locker] Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah : i. ii. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat. Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity. Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa. Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara. 2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia. Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi c

ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar divide and rule iaitu pecah dan perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama. Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang dapat Malaysia. Dengan cara yang demikian memperlihat identiti masyarakat kebudayaan sukuan dapat

corak

diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu. Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum

sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara. Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan 3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres

Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971). Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: a. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. b. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan. c. e=font: 7.0pt Times New Roman;> Islam menjadi unsur yang penting dalam

pembentukan kebudayaan kebangsaan. Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan. 4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk pribumi dengan kaum yang lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan. Prinsip-prinsip berkenaan ialah: 4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia merupakan pusat pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman

berzaman. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain daripada faktor kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. Rantau membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan. Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu rumpun bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini secara tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan. 4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat

dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama masing-masing. Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan.

>4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia dalam mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal.

Justeru

itu,

Islam

sewajarnya

menjadi

unsur

yang

penting

dalam

pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: a. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara. b. Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. c. Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya. Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhanpertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak

swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut: a. Pendidikan: Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini b. Media massa: Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar. c. Sukan: Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum. Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan pendidikan,

Kebangsaan melalui usaha

sama

penyelidikan,

pembangunan,

pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluasluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu kesenian 7.0 CABARAN YANG DIHADAPI Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat. Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilainilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni

persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilainilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya

perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi. Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan datang. Masyarakat Malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden

itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia. 8.0 Kesimpulan Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia

antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan

rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing. Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati.

Anda mungkin juga menyukai