Anda di halaman 1dari 2

http://psikomotor48.blogspot.com/2010_03_01_archive.html Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanakkanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan.

Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemenelemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan. Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi. Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic. Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanakkanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai