Anda di halaman 1dari 3

Teori Keperibadian Mulia Merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu menjadi agen moral

dan diterima dalam masayarakat setempat dan global. Teori Keperibadian Mulia mengutamakam sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Fokus Teori Keperibadian Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia yang patut ada pada setiap individu.Untuk mengenalpasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau matlamat dalam kehidupan perlu dianalisa. Sekiranya seorang pelajar kolej ingin berjaya dalam akademik dan seterusnya dalam kerjaya, dia perlu memiliki nilai kerajinan. Apabila sudah bekerja dan pelajar tersebut mahu bekerja dalam suasana yang bebas daripada rasuah, dia perlu jujur dan amanah. Menurut Aristotle, seorang ahli falsafah Greek yang member sumbangan besar terhadap Teori Keperibadian Mulia, terdapat tiga keadaan yang perlu wujud apabila seseorang individu boleh diterima sebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya. Pertama, individu tersebut tahu apa yang dilakukan.Kedua, individu tersebut perlu memiliki perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itu mulia. Ketiga,perlakuan atau tindakan itu perlu timbul daripada tingkah laku yang konsisten dan tidak berubah ubah. Teori Keperibadian Mulia menyatakan sesuatu tindakan atau perlakuan itu betul, sekiranya agen yang bersikap peribadi mulia akan melakukan perkara yang sama dalam apa jua keadaan. Agen tersebut akan mempratikkan nilai mulia yanga ada pada dirinya. Nilai mulia pula ialah cirri ciri kemanusiaan yang ada pada manusia dan penting untuk perkembangan dan kehidupan yang baik

Perkembangan Teori Keperibadian Mulia Peringkat Bayi dan Kanak kanak Pada peringkat ini, bayi dan kanak kanak dipupuk dengan nilai mulia oleh ibu bapa dan keluarga. Kanak kanak mematuhi peraturan dan bersikap baik

Peringkat remaja Pada peringkat ini, remaja mula dipengaruhi oleh pengaruh masyarakat persekitaran dan rakan sebaya. Mereka juga mula memikirkan baik buruk sesuatu tindakan

Peringkat dewasa Pada peringkat ini, individu mula matang dan berfikiran rasional.Mereka mula menilai kemoralan diri masing masing dan kesan tindakan mereka. Kemoralan diri mereka berlandaskan ukuran global yang mengambil kira kesan kepada diri dan juga orang lain.

Kemahiran dan sikap peribadi adalah dua perkara berbeza. Walaupun kedua dua boleh dipelajari tetapi sikap peribadi lebih penting. Tanpa kemahiran dalam sesuatu perkerjaan, kita masih boleh hidup tetapi tanpa sikap peribadi mulia, kita bagaikan rangka berjasad yang tidak bermoral. Tetapi dengan adanya kemahiran tertentu seperti kemahiran menyelesaikan konflik moral, sikap peribadi kita akan semakin kukuh sebab kita tahu cara untuk mencapai atau mengukuhkan sikap peribadi kita.

Proses pengajaran dan pembelajaran

Pengalaman dalam kehidupan

Cara mengembangkan sifat peribadi mulia Kerasionalan dan kematangan

Denda dan ganjaran

Sejak kecil lagi ibu bapa dan anggota keluarga menasihati, member didikan dan tunjuk ajar serta menegur kanak kanak untuk mengamalkan keperibadian mulia.

Proses ini bermula secara informal di rumah diteruskan di alam persekolahan dan ditambah dengan proses denda dan ganjaran yang membantu meningkatkan kematangan pelajar.Proses ini diteruskan melalui pengalaman kehidupan seharian di mana yang dipelajari secara informal di rumah dan formal di sekolah dipratikkan dalam kehidupan seharian mereka. Semakin dewasa, sifat peribadi mulia mula stabil dalam seseorang individu sehingga kerasionalan dan kematangan memainkan peranan yang utama. Individu akan mudah sedar bahawa sifat peribadi mulia adalah baik dan menghindari mereka daripada perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima oleh masyarakat setempat. Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia Teori Keperibadian Mulia merujuk kepada sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik dengan mengamalkan kesederhanaan antara dua pendirian ekstrem.Misalnya,penyataan buat baik berpada pada. Ada keadaan di mana pekerja sosial menjalankan aktiviti kebajikan sehingga lalai menguruskan rumahtangga dan kehidupannya sendiri. Maka satu kelemahan dalam Teori Keperibadian Mulia ialah bagaimana mengenal pasti situasi yang sederhana dalam mengamalkan sifat peribadi yang mulia.