Anda di halaman 1dari 50

Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

1.0 Pengenalan Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik. Pergerakan asas meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, tarik naik pasangan, melentik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Melalui pembelajaran kemahiran ini, pelaku atau individu tersebut dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, reben, gelung kecil dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

2.0 Matlamat Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah sebagai suatu penyediaan sebelum ujian amali. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih atau pelaku tentang pergerakan asas. Oleh itu, seseorang individu dapat mempraktikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) menerusi pergerakan-pergerakan asas yang dilakukan secara individu atau kumpulan. 3.0 Objektif Kertas kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. memberi peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea. mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran. pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi. 4.0 Kumpulan Sasaran Murid-murid Sekolah Rendah Tahap Satu

6.0 Rumusan Melalui kertas kerja dan ujian amali yang dilakukan, ia telah banyak meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini kerana kami telah banyak mencari dan meneroka maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan untuk stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea yang baru. Kami juga mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

Pergerakan Bil 1 Bukan Lokomotor Lokomotor

Ahli

Aktiviti / Kemahiran

Catatan

A dan B (kumpulan) A dan B (kumpulan) C dan D (kumpulan) C dan D (kumpulan)

Berdiri sambil melambung gelung kepada rakan Berlari sambil melompat dengan tali. Berdiri sambil melantun bola kepada rakan. Galop sambil memegang tali secara berpasangan

Gelung : 2

Tali : 1

Bukan Lokomotor Lokomotor

Bola : 2

Tali : 1

Bukan Lokomotor

A, B, dan Membongkok di atas peti C (kumpulan) lombol sambil melontar dan sambut bola daripada rakan yang berdiri di bawah B (individu) Menggolek bola lalu berguling di atas tilam dan menangkap bola sebelum sampai ke hujung tilam.

Bola : 1

Lokomotor

Bola : 1

Bukan Lokomotor Lokomotor

A (individu) D (individu)

Memutar gelung di pinggang Melambung gelung ke atas dan menyambut. Imbangan badan dan melantun bola kepada rakan. Berlari perlahan sambil mengelecek bola melalui skitel

Gelung : 1

Gelung : 1

Bukan Lokomotor Lokomotor

A dan B

Bola : 2

10

B ( Individu )

Bola : 1

11

Bukan lokomotor

C dan D (kumpulan)

Duduk sambil memutar dan Bola : 2 menggolek bola kepada rakan Memutar gelung secara perpasangan dari kiri ke kanan bangku gimnastik Duduk bersila sambil melontar dan menggolek bola Gelung : 2

12

Lokomotor

C dan D (kumpulan)

13

Bukan lokomotor

A dan B (kumpulan)

Bola : 2

14

Lokomotor

A (individu)

Merangkak sambil menggolek bola Mengimbangkan badan secara berpasangan sambil tangan memutar tali Skiping mengunakan gelung

Bola : 1

15

Bukan lokomotor

A dan C (kumpulan)

Tali : 2

16

Bukan lokomotor

C (individu)

Gelung : 1

17

Bukan lokomotor

A B C dan D (kumpulan )

Berdiri sambil menggolek dan melambung gelung kepada rakan Skipping sambil berlari secara berpasangan Melompat di atas papan anjal dan memukul bola yang dibaling oleh rakan. Berdiri sambil memutar gelung dan meleret kepada rakan dalam bulatan.

Gelung : 4

18

Lokomotor

C dan D(kumpulan) A (individu)

Tali : 1

19

Lokomotor

Bola : 1

20

Bukan lokomotor

A B C dan D (kumpulan)

Gelung : 1

Pergerakan Kreatif dan Artistik


Posted by PJJ Malaysia at 6:49 PM

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan berlangsung pada Januari 2013.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai pertandingan tersebut. Justeru, anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program latihan. Sehubungan itu, anda dikehendaki :

i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai.

ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan selama 3 minit.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Kerta Kerja Pergerakan Asas


1.0 PENGENALAN Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala, kemahiran bukan lokomotor pula ialah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Tiga komponen utama dalam Pergerakan Asas ialah Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Ketiga-tiga pergerakan ini ditunjukkan menerusi aktiviti yang telah dirancang dengan memanipulasikan pelbagai alatan yang telah dipilih iaitu bola, gelung dan pundi kacang. Peralatan berat yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti ini telah diletakkan di stesen-stesen tertentu. Antaranya ialah bangku panjang, tilam, skitel besar, peti lombol, tangga, dan papan anjal. Pelbagai pergerakan yang berlainan dijalankan di setiap stesen. Aktiviti yang dirancang melibatkan pergerakaan lokomotor atau bukan lokomotor di setiap stesen. Aktiviti amali ini adalah kemahiran asas yang membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan serta meningkatkan kesedaran kanakkanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Amali ini dilakukan agar pelajar dapat membezakan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor di samping memperolehi kecekapan yang pelbagai. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pergerakan menggunakan alatan. Amali yang dirancang ini melibatkan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya dapat menguasai kemahiran sukan yang pelbagai serta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang pergerakan asas.

2.0

MATLAMAT Kertas kerja Pergerakan Asas ini disediakan bagi mengajar kemahiran asas yang optimum dalam setiap jenis pergerakan agar pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas sukan dengan betul. Ia juga membolehkan pelajar mengendalikan dan mengawal objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Koordinasi antara mata dengan tangan diperlukan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan

alatan. Pergerakan asas ini bertujuan untuk melatih pelajar agar mencapai prestasi yang tinggi dan baik dalam aspek kemahiran-kemahiran pergerakan asas. Misalnya seperti melambung, membaling, melontar, melompat, menangkap, menyambut, dan sebagainya dengan menggunakan alatan. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pergerakan asas yang mencabar dan kompleks agar mereka dapat mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat mempelajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas. Justeru, pelajar akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan setelah menjalani aktiviti yang telah dirancang.

3.0

OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah untuk: Melatih pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. Menguji pelajar dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Membantu pelajar meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan mereka. Mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang danaliran. Dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan. Melakukan pergerakan kreatif dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi. Memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. Melahirkan guru-guru pelatih yang kreatif dan berfikiran luas dalam merancang aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar. Memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Pendek subjek Pergerakan Asas.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar tahap satu sekolah rendah (Darjah 1, 2, dan 3).

5.0

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Setiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen. Pergerakan asas yang dilakukan juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri yang pelbagai dan menarik untuk mengawal dan menggayakan serta mempelbagaikan pergerakan mereka tersebut. Koordinasi juga diperlukan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan ini.
5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bil 1 2

Pergerakan Bukan Lokomotor Lokomotor

Ahli A/B A/B

Aktiviti / Kemahiran Mengilas badan dan melantun bola ke arah kawan. Bergerak secara sisi, melantun dan melambung bola secara berselang-seli. Imbangan gelung menggunakan tiga orang ahli. Orang tengah beroperasi sebagai penyokong kepada

Catatan Bola Bola

Bukan Lokomotor

A/B/C

Gelung

ahli kiri dan kanan. 4 Lokomotor C/D Menghantar gelung kepada pasangan sambil melambung dan bergerak ke arah sisi. Melutut, sebelah kaki diangkat dan memutarkan gelung secara bulatan dengan menggunakan tangan kanan. 6 Lokomotor C/D/E Ahli pertama menggolek bola. Ahli lain merangkak sambil memegang kaki ahli didepan. Lambung pundi kacang kepada pasangan, tepuk tangan sebanyak dua kali sebelum menyambut pundi kacang. Bola Gelung

Bukan Lokomotor

Gelung

Bukan Lokomotor

A/B

Pundi Kacang

Lokomotor

A/B/C

Membaling pundi kacang kepada ahli lain supaya ahli yang berada di tengah tidak dapat menangkap pundi kacang tersebut. (Bermain Permainan Monyet).

Pundi Kacang

Bukan Lokomotor

D/E

Duduk dan melambung pundi kacang kepada pasangan di

Pundi Kacang

sebelah sebanyak lima kali. 10 Lokomotor D/E Mengawal bola dengan menggunakan dua gelung secara bersilang melaluiskitle yang disediakan dalam kedudukan zigzag. Membongkok sambil menggolek bola ke kiri dan kanan sebanyak lima kali. Berjalan sambil kaki diangkat paras pinggang secara berselang-seli sambil tangan kanan memutarkan gelung. Imbangkan badan dalam keadaan membongkok sambil memutarkan gelung dengan sebelah kaki diangkat. Merangkak melalui anak tangga sambil tangan kanan menimbang pundi kacang. Bola dan Gelung

11

Bukan Lokomotor

Bola

12

Lokomotor

Gelung

13

Bukan Lokomotor

Gelung

14

Lokomotor

Pundi Kacang

15

Bukan Lokomotor

B/E

Duduk membelakangkan rakan dan menggolekkan bola mengelilingi badan.

Bola

16

Lokomotor

Memutarkan bola sambil melakukan pergerakan ketingting. Membongkok dan menggolek bola di bawah kangkang yang dibuka seluas bahu ke belakang dan ke hadapan. Menggolek gelung sambil berjalan. Peserta pertama, berlari dan melompat. Pundi kacang dilambung ke atas. Peserta seterusnya, berlari dan melontar pundi kacang kepada rakan yang menunggu dan menangkap gelung yang dilontarkan.

Bola

17

Bukan Lokomotor

A/B/C/D

Bola

18 19

Lokomotor Lokomotor

E A/B/C/D/E

Gelung Pundi Kacang

20

Bukan Lokomotor

A/B/C/D/E

Duduk dengan kaki dibengkokkan dalam bentuk bulatan sambil menggolek bola dalam bulatan kepada rakan.

Bola

5.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN

GAMBAR RAJAH 1

GAMBAR RAJAH 2

GAMBAR RAJAH 3

GAMBAR RAJAH 4

GAMBAR RAJAH 5

GAMBAR RAJAH 6

5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

6.0

RUMUSAN / PENUTUP Kesimpulannya, kertas kerja dan ujian amali ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini sepenuhnya merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan. Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kertas kerja ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi. Dengan cara mmemanipulasikan alatan, kaedah pengajaran akan lebih menarik dan proaktif di samping pelajar dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan.

Natijahnya, mudah-mudahan kertas kerja ujian amali Pergerakan Asas (PJM 3102) ini menjadi pedoman kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.

7.0

REFLEKSI

Pergerakan asas yang telah dijalankan dalam kertas kerja ini merupakan perancangan teliti yang perlu kami laksanakan dalam semester ini. Perancangan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ini merupakan perancangan kedua yang kami telah jalankan semasa di PPISMP semester 1. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar kerana kami perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara ahli kumpulan. Melalui pergerakan asas yang kami telah rancang ini sebenarnya memberi kesan kepada kami dalam merancang aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat membezakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini juga sebenarnya mengajar kami untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang ativiti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah kelak. Aktiviti ini juga sebenarnya membantu kami dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul kerana sebelum ini kami menggunakannya dengan cara yang kurang tepat. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami dengan menjana idea yang baru. Kami mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya banyak membantu kami dalam merancang pergerakan berserta manipulasi alatan dalam sesuatu pergerakan. Tugasan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang berguna dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat membezakan kedua-dua pergerakan tersebut. Di samping itu, kami dapat belajar merancang aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan istilah-istilah yang betul. Hal ini kerana, sebelum ini kami menganggap istilah melontar dan membaling adalah pergerakan yang sama. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh Puan Lily, kami berjaya menguasai istilahistilah tersebut serta dapat mengaplikasikan di sekolah kelak tanpa ragu-ragu.

Pada hakikatnya, tugasan ini agak mencabar kerana kami agak keliru dengan pergerakan secara kumpulan dan individu serta cara memanipulasi alatan. Di samping itu, kami dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini memberikan kami pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang merancang aktiviti ini.

Pergerakan Asas
1.0 PENGENALAN Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan. Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi muridmurid Tahap Satu. Aktiviti ini merupakan rangkaian pergerakan asas yang memberi perhatian kepada keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti tersebut menitikberatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, dan juga sosial. Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan kepada guru pelatih untuk menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara dan prosedur untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini mengandungi panduan pelaksanaan demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang dalam bentuk jadual, jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih melihat carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu kesimpulan mengenai keseluruhan kertas kerja ini.

2.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan kepada kita yang sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan kertas kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali Pergerakan Asas ini nanti. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaikbaiknya dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas

ini dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan boleh mempraktikkan pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan yang maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga boleh mempelbagaikan kemahiran pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat dapat meningkatkan kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini turut bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang pergerakan asas. Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mendapat bimbingan pensyarah dalam menyediakan pergerakanpergerakan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang dilakukan secara berkumpulan, turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru .

3.0 OBJEKTIF
Objektif utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah merekacipta serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas yang mengaplikasikan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu, objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih dapat: i. Psikomotor Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan. Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi alatan. Melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas. Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan dengan 3 manipulasi alatan. Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.

Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.

ii.

Kognitif Menghasilkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan. Memahami konsep pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan tepat. Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen.

iii.

Afektif

Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain. Bersikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali. Melahirkan perasaan positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu murid tahun 3 yang berumur 9 tahun.

5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bil.

Jenis pergerakan

Aktiviti / kemahiran

Catatan

5.1
1 Bukan lokomotor Ahli kumpulan A&B Duduk dan baring A & B duduk dan baring sambil melambung dan menyambut bola secara bergilir-gilir

Lokomotor

A&B

Galop A & B galop sambil melambung dan menyambut bola antara satu sama lain secara bergilir-gilir

Bukan lokomotor

A,B & D

Berdiri A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan menyambut bola kepada rakan di sebelah kanannya

Lokomotor

Skip D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan

Bukan lokomotor

C&D

Lokomotor

C&D

Berdiri dan meregang C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan menyambut - Berdiri dan bola dengan menggunakan tangan dan kaki meregang di atas lantai dan peti lombol - Menggunakan bola bersaiz besar. Berjalan dan menggelungsur - Memutar bola C & D berjalan dan menggelungsur menghadap tilam sambil dengan

mengangkat kaki D dan memutar bola

menggunakan tangan

Bukan lokomotor

A,B,C & D

Duduk - Memutar bola di atas A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk dihantar ke rakan lantai di sebelah kirinya Ketingting (Hop) A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama Melentik dan berdiri - C melentikkan A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan menyambut badan dalam posisi bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C melentang di atas lantai dan kaki dirapatkan - A & B berdiri sambil membongkokkan badan semasa menggolek dan menyambut bola

Lokomotor

A&C

Bukan lokomotor

A,B & C

10

Lokomotor

11

Bukan lokomotor

Berjalan dengan membongkokkan badan B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun bola melalui skitel A,B,C & D Berdiri A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola kepada rakan di sebelah kanannya secara serentak

12

Lokomotor

C&D

Berjalan C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik sambil

menghayun gelung bersama-sama 13 Bukan lokomotor A,B, C & D Berdiri B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola sementara A & D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain secara bergilir-gilir

14

Lokomotor

Merangkak A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola

15

Bukan lokomotor

A&B

Membongkok - Membongkokkan A & B membongkok sambil melantun bola antara satu sama lain badan dengan kaki secara bergilir-gilir dikangkang Skip B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan

16

Lokomotor

17

Bukan lokomotor

B&C

Melentik B & C melentik sambil menarik dan menolak tali

18

Lokomotor

Berjalan C berjalan mengundur sambil memutar gelung

19

Lokomotor

C&D

Berjoging dan lompat layang (Leap) D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan lompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola

20

Bukan lokomotor

A,B,C & D Berdiri A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut gelung

Berdiri di atas lutut

5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS LITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN

5.3 SENARAI PERALATAN

BIL 1 2 3 4 5

ALATAN BERAT BANGKU PANJANG SKETEL TILAM PAPAN ANJAL PETI LOMBOL

KUANTITI 2 5 3 1 1

ALATAN TANGAN BOLA BOLA BESAR GELUNG TALI

KUANTITI 12 1 6 2

6.0 RUMUSAN Pembelajaran pergerakan asas ini merupakan satu topik yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui pembelajaran pergerakan asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan dan kemahiran manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya, ketika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan menggabung jalinkan pelbagai jenis pergerakan yang diperoleh melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan kemahiran lokomotor sama ada berlari, mengimbang dan memanjat. Melalui aktiviti yang dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk merancang strategi pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih sistematik.Secara tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan menerapkan daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan. Seterusnya, kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti melambung dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara hantaran yang hampir sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung merupakan satu pergerakan untuk melepasi halangan manakala membaling merupakan satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek jarak jauh. Akhir sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga, masa, maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.

Pergerakan kreatif
Posted in | 2:16 PM | by pergerakan kreatif(A)
2.0 Pergerakan kreatif Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahirankemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik

Anda mungkin juga menyukai