Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak

mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain. Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempenkempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar . Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalahmasalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran laut Pencemaran bunyi Pencemaran tanah Pencemaran haba Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.

1. Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Pencemaran udara

2. Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari

segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Rajah 1.2 Pencemaran Air

3. Pencemaran laut

Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya. MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.

Rajah 1.3 Pencemaran laut

4. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini. Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

Rajah 1.4 Pencemaran tanah

5. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Punca-punca pencemaran ini ialah :

Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.

Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.

Rajah 1.5 Pencemaran Bunyi

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Anda mungkin juga menyukai