Anda di halaman 1dari 51

KHURAFAT Maksud khurafat: Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat,

ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam KHURAFAT ADALAH BIDAH AKIDAH Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. CIRI-CIRI KHURAFAT. 1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam. 2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. 3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam. 4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya. 5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah. 6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus BENTUK-BENTUK KHURAFAT Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya. KERAMAT 1. Perkara yang luar biasa. 2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih. 3. Terjadi daripada orang salih. 4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll. 5. Bukan dari orang fasik. 6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya. 7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DALAM ISLAM Sabda Rasulullah yang bermaksud: Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial. Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali) JIN

1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan. 2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini. 3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia. 4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dalam Al-Hijr 15: 26-27 ** Tafsirnya: Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas. Firman Allah: Tafsirnya: Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6) * Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Setiap rezeki itu adalah pemberian Allah, oleh yang demikian hendaklah kita berusaha. Banyak atau sedikit yang kita perolehi, maka itu ketentuan Allah. * Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi. * Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya. * Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat

ibadat. HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti alQur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad) Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini terkandung dalam firman Nya surah Yunus: 106 Tafsirnya: Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu) Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: Maksudnya: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Maksudnya: Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan. (Riwayat Ahmad) KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM 1. Merosakan akidah 2. Menambahkan amalan bid'ah 3. Hilang kepercayaan kepada qada dan qadar 4. Hilang sikap berusaha 5. Mudah berputus asa 6. Tidak bertawakkal kepada allah Subhanahu wa Taala 7. Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

hadits tentang khurafat secara spesifik blum mpa, tapi ada yang berkaitan seperti hadits tentang gerhana bulan & matahari,,,dikatakan bhwa orang-orang musrik dahulu mengatakan bahwa terjadinya gerhana itu karena ada seseorang yang mati atau ada seseorang yang baru dilahirkan ini adalah salah satu bentuk khurafat yang di jelaskan oleh Nabi Muhammad Shallallahu'alaihi wasallam,,,sebagaimana tertera dalam hadits : - - Abu Musa Al Asyari radhiyallahu anhu menuturkan, Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut karena khawatir akan terjadi hari kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan shalat dengan berdiri, ruku dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan shalat sedemikian rupa. Nabi shallallahu alaihi wa sallam lantas bersabda,Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut TIDAKLAH TERJADI KARENA KEMATIAN ATAU HIDUPNYA SESEORANG. Akan tetapi Allah menjadikan demikian untuk menakuti hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebagian dari gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berdzikir, berdoa dan memohon ampun kepada Allah. ( HR. Muslim no. 912 )

Terjebak Dalam Khurafat (1) - Tanyalah Ustaz 23.11.2012


Ustaz Sharhan Safie

Bacaan surah Luqman, ayat 13:

Alhamdulillah kita dapat memulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan majlis ilmu. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab sahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahawa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat, tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit. (HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294). Hadis ini memberitahu bahawa ada satu detik mustajab doa pada hari Jumaat, oleh itu elok kita memperbanyakan amalan baik dan doa pada hari ini. Sepertimana barah yang menjadi penyakit utama yang membunuh manusia, khurafat merupakan 'barah' utama dalam agama. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya, jampi -jampi karut, azimat dan wafak boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Dalam surah An-Nisa', ayat 48, Allah berfirman:

Ada banyak bentuk kurafat perbuatan, perkataan dan sebagainya. Antara contoh yang masih banyak dilakukan adalah penggunaan tali/benang sebagai tangkal menghalang bayi daripada serangan sawan, menangis malam dan seumpamanya. Perbuatan ini salah dan perlu ditinggalkan segera. Bagi yang sedang diuji dengan kesakitan, janganlah gundah-gulana kerana kita ada Allah dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Senarai soalan dan jawapan: S: Jika uri orang yang telah bersalin ditanam dan diletak lampu pada malam hari, adakah itu satu bentuk khurafat? J: Perkara terbaik yang perlu dilakukan dengan uri ialah menanamnya. Jika perbuatan memasang lampu itu diniatkan akan memberi kesan kepada anak, maka ianya boleh menjadi syririk. Jika tidak, tiada masalah. S: Apakah bahaya perbuatan syirik? J: Ada banyak bahana khurafat dan yang paling utama adalah kemurkaan Allah, kemurkaan Rasul SAW dan tidak mendapat pengampunan Allah. Di samping itu perbuatan syirik akan membuatkan hati tidak tenang dan hilang keberkatan dalam kehidupan. S: Masih ada orang yang masuk hutan dan meminta izin daripada penunggunya untuk mengelak gangguan. Betulkah perbuatan ini? J: Perbuatan itu salah. Jika ingin keselamatan, minta pada Allah dan apa yang boleh diamalkan ialah memberi salam kepada Nabi Nuh, Nabi Sulaiman. Ada banyak makhluk yang diselamatkan bersama Nabi Nuh sebelum berlaku banjir besar. Nabi Sulaiman pula sangat digeruni oleh jin dan iblis. S: Ada kepercayaan dalam masyarakat yang mengatakan jika buat perkahwinan anak dalam bulan Muharram akan memberi kesan tidak baik. Apa pendapat ustaz? J: Kepercayaan ini adalah salah. Kepercayaan kepada tarikh tertentu adalah racun dalam masyarakat. Tiada hadis atau ayat Quran yang menyebut larangan sebegini. Kita perlu hidup berpedomankan Al-Quran. S: Adakah perbuatan kenduri arwah pada hari ke-7, ke-14 dan ke-40 dan sebagainya merupakan perbuatan khurafat? J: Untuk membuat kenduri, tidaklah menjadi masalah SEKIRANYA kita tidak percaya pada hari-hari tersebut mempunyai maksud tertentu seperti mayat sudah selesai disoal di dalam kubur dan sebagainya. Tiada siapa yang boleh membenarkan kenyataan ini kepada kita. Kita hanya boleh yakin dengan apa yang ada di dalam AlQuran dan hadis. S: Saya pernah pakai susuk dan ingin membuangnya. Orang yang memasang telah meninggal dan anaknya mendakwa susuk boleh dikeluarkan melalui jarak jauh. Betulkah ianya boleh dibuang begitu? J: Paling utama, anda bertaubat dahulu kerana anda masih bernyawa. Allah sangat kasih kepada orang yang bertaubat. Susuk perlu dikeluarkan daripada badan. Jika dikatakan ingin dibuang daripada jauh, itu ada kemungkinan akan menggunakan khidmat jin. Oleh itu, pergi berjumpa dengan perawat Islam agar susuknya dapat dikeluarkan secara berhadapan.

S: Orang Melayu suka mengamalkan petua, namun ada yang bercanggah dengan syarat. Mohon penjelasan ustaz? J: Betul, ada petua yang elok dan ada yang menyalahi syarak. Antara petua yang salah ialah menanam uri bersama paku dengan kepercayaan akan menjadikan bayi sihat dan tidak diganggu makhluk halus. Jika petua yang elok, tiada masalah untuk diamalkan.
Posted by kasihnabi at 08:33 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan Safie

Terjebak Dalam Khurafat (2) Tanyalah Ustaz 24.11.2012


Terjebak Dalam Khurafat (2) Tanyalah Ustaz 24.11.2012 Ustaz Sharhan Safie

Bacaan ayat 48, surah An-Nisa':

Perbuatan syirik termasuk dalam 7 dosa besar dan menduduki di tangga teratas. Ramai masyarakat yang masih bergantung harap kepada kuasa selain Allah. Sebaik-baik ubat adalah dengan mengamalkan ayat AlQuran. Nabi Ayob yang diuji dengan kesakitan selama 18 tahun mengikut riwayat Al-Qurtubi, diberikan ayat AlQuran untuk disembuhkan, bukannya dengan tangkal atau azimat untuk dipakai. Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki ke bumi dan akan keluar daripadanya air yang perlu digunakan untuk diminum dan dimandi dengannya. Sehebat mana pun bomoh/bidan/tangkal yang diberikan, hebat lagi Allah Rabbul Jalil. Janganlah mengagadaikan akidah kita semata-mata kerana benda-benda yang tak boleh berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah.

Kepada yang sedang sakit diuji, jangan hilang keyakinan dan harapan kepada Allah. Sesunggunhnya, Allah telah berfirman dalam ayat 216, surah Al-Baqarah:

Khurafat banyak berlaku pada akhir zaman kerana ianya merupakan senjata syaitan. Perbuatan syirik akan menyebabkan manusia putus hubungan dengan Allah. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah untuk memilih yang hak, dan bukannya yang batil. Nabi Ayub diserang penyakit misteri selama 18 tahun. Nabi Ayub diperintahkan untuk membaca ayat 83 & 84, surah Al-Anbiyaa:

Oleh itu sebagai usaha rawatan penyakit apa sekalipun, ambil air satu baldi. Kemudian bacakan Fatihah, ayatul Kursi, ayat 83 & 84, surah Al-Anbiyaa, dan ayat 22 dan 23, surah Al-Baqarah seperti berikut, dan mandi dengan air itu:

Kemudian, sebagai minuman pula, ambil air mineral dan bacakan surat Fatihah, ayatul Kursi, ayat 82, surah Al-Isra' dan ayat 57, surah Yunus. InsyaAllah akan disembuhkan penyakit yang dihidapi. Ayat 82, surah Al-Isra':

Ayat 57, surah Yunus:

Ada azimat berbentuk tangkal/tali pinggang/benang yang dipakai pada badan manusia. Namun, ada juga susuk yang dimasukkan ke dalam tubuh iaitu contohnya susuk. Susuk ini mempunyai khadam iaitu jin yang dipercayai menjadikan seseorang itu kelihatan cantik/berkuasa/menarik dan sebagainya. Ramai yang memfitnah saya kerana susuk ini. Bagi yang tidak terkena, mereka takkan tahu. Nilailah dengan akal yang Allah berikan.

Pada mereka yang masih mempunyai azimat/tangkal/susuk dan seumpamanya, segeralah membuangnya kerana takut-takut bumi tak mahu menerima mayat kita nanti. Perbuatan menyekutukan Allah sangat bahaya kerana boleh menempa neraka Allah. Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan kita. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana dengan pemakaiaan cincin yang dikatakan ada yang serasi dengan kita, atau memurahkan rezeki? Betulkah permata akik adalah permata jin? J: Allah menjadikan sesuatu itu dengan kelebihannya yang tersendiri. Walau apa pun cincin yang dipakai, jangan percaya dengan kuasa yang ada padanya kerana ianya boleh menjadi syirik kepada Allah. Jika ada kelebihan pun, kembalikan kepada pencipta cincin iaitu Allah SWT. Pakailah cincin sebagai perhiasan sahaja tanpa niat sampingan yang lain. S: Jika berjumpa bomoh untuk mendapatkan pelaris diri/kerjaya/perniagaan, mendapatkan azimat untuk menundukkan seseorang atau makan ubat moden dan mengatakan kesembuhan datang daripada ubat tanpa menyandarkan kesembuhan kepada Allah, boleh menyebabkan terjebak dalam khurafat tanpa disedari? J: Ya. Apabila diberi sesuatu oleh bomoh dan dikatakan mempunyai kuasa tertentu dan kita menurutinya, maka ianya satu perbuatan syirik. Yakinilah bahawa sebaik-baik pelaris/pemnyembuh adalah Al-Quran. Segala sesuatu berlaku semata-mata dengan izin Allah, seperti firman-Nya dalam surah Yasin, ayat 82:

S: Anak perempuan saya yang sakit asma kronik sembuh setelah dibawa bertemu perawat tradisional. Syaratnya diminta dibawakan ayam dara seekor dan dikatakan penyakit akan sembuh setelah ayam itu mati. Ayam itu pun mati dan anak saya sembuh dan perkara ini berlaku 10 tahun yang lalu. Adakah ini terlibat dengan syirik? J: Saya nak tanya dahulu Betulkan ayam itu ayam dara? :). Ada 2 pilihan jalan yang diredhai atau dimurkai Allah. Pertama: percaya bahawa kesembuhan datang daripada Allah dan kebetulan sahaja ayam itu mati. Kedua: jika percaya ayam dan bomoh itu yang memberi kesembuhan, maka itu menjadi perbuatan syirik. S: Adakah menjadi khurafat perbuatan melakonkan adegan-adegan khurafat? J: Ya. Ini bukan soal yang boleh dipermain-mainkan. Orang yang beriman menjauhi perkara seumpama ini. Janganlah menggadaikan akidah semata-mata keuntungan dunia yang sementara. S: Apakah makna syirik khafi? J: Syirik terbahagi kepada 2 syirik jaliyyun (secara terang-terangan). Contohnya: Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalam riwayat dikatakan bahawa iblis pengsan seketika kerada dia sendiri terkejut dengan pengakuan Firaun. Kedua syirik Khafi. Contoh makan ubat dan percaya ubat itu yang memberi kesembuhan, makan nasi dan percaya nasi yang beri kekenyangan. Syirik khafi boleh berbentuk perbuatan atau perkataan, oleh itu berhati-hatilah. S: Ada perawat yang mendakwa mereka boleh nampak iblis/hantu dan boleh bercakap dan berlawan dengannya. Bolehkah mereka dipercayai? J: Kalau dengar cerita begini, biasanya akan semakin sakitlah orang yang sakit itu. Kaedah ini dikatakan menurun. Apabila berlaku perkara sebegini biasanya akan berlakulah tuduh-menuduh. Saya sendiri tidak pernah menuduh sesiapa kecuali satu pasangan yang baru berkahwin 5 bulan yang datang menangis-nangis kerana ingin bercerai. Isterinya dikatakan muntah-muntah dan cirit-birit. Saya menuduh suaminya kerana sebenarnya dia mengandung. Oleh itu, sebelum berjumpa perawat alternatif, jumpalah doktor dahulu. Kepada

'seekers' hentilah kerja mencari hantu yang sia-sia itu kerana hantu bukanlah untuk dicari. Orang yang nampak hantu adalah orang yang lemah semangatnya. S: Orang tua selalu menakut-nakutkan anak-anak dengan mengatakan contohnya, Jangan main di di longkang, nanti iblis tolak. Adakah ini satu bentuk khurafat? J: Ada kebenarannya, kerana iblis memang suka tempat yang kotor. Nabi SAW juga ada berpesan agar kita menyuruh anak kecil masuk ke dalam rumah ketika waktu senja. Itu satu petua yang baik untuk diamalkan dan tidak menjadi khurafat. S: Bolehkah menuduh iblis melakukan sesuatu kejahatan? J: Iblis merupakan makhluk yang murka kepada Allah. Jika benar kenyataanya, bolehlah. Tetapi sebelum itu, dapatkan rawatan dengan doktor dahulu. Jika benar gangguan iblis, jangan pula meminta bantuan iblis untuk mengubatinya.
Posted by kasihnabi at 08:40 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan Safie

Terjebak Dalam Khurafat (3) Tanyalah Ustaz 25.11.2012


Ustaz Sharhan Safie

Bacaan surah Yunus, ayat 81-83:

Ayat yang dibacakan menceritakan dakwah Nabi Musa yang ditentang oleh Firaun dengan meminta dikumpulkan tukang-tukang sihirnya. Allah memerintahkan Nabi Musa membatalkan sihir ular tukang sihir Firaun dengan mencampakkan tongkatnya. Tongkat yang merupakan mukjizat Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang lebih besar lalu menelan semua ular-ular kecil tukang sihir. Ayat-ayat ini elok diamalkan sebagai tujuan ayat pembakar sihir. Bersempena dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang masih baru lagi kita raikan, ada pengajaran yang boleh diambil dengan tujuan memagar diri dan keluarga daripada gangguan syaitan. Ketika hijrah, rumah Nabi SAW dikepung oleh orang musyrikin. Lalu Nabi SAW membaca ayat 9, surah Yasin:

Ayat ini sesuai dijadikan amalan untuk memagar keluarga dan rumah daripada gangguan syaitan. Sebagai pengajaran, hari ini saya tunjukan beberapa contoh azimat yang diberikan orang yang datang ke klinik saya iaitu : Keris jawa, tali yang dibuat daripada kelambu kaabah dan disimpul dengan beberapa simpulan yang mempunyai pusat, minyak senyonyong, cemara khinzir (yang dikatakan untuk menjadikan seseorang kebal), dan tali pinggang. Sebenarnya masih ramai dalam kalangan masyarakat yang menyimpan azimat sebegini walaupun negara kita telah lama moden. Pada yang masih menyimpannya, lupuskanlah azimat anda. Jangan berasa takut dengan amaran bomoh bahawa anda akan mati atau mendapat kemudaratan jka membuangnya. Ajal-maut Allah yang tentukan. Cara membuangnya azimat/tangkal:

Ambil benda azimat itu dan bubuh dalam botol, tutupkan dan buang pada air yang mengalir. Baca surah Fatihah, ayat Kursi dan ayat yang dibacakan di atas iaitu ayat 81-83 dalam surah Yunus untuk membatalkan azimat tersebut. Saya tiada kuasa memberi kesembuhan. Allah yang memberi kesembuhan dan anda perlu berusaha. Kesembuhan berada 70 peratus di tangan anda, saya cuma membantu sekadar 30% sahaja. Kesimpulan: 1. Jika ada yang masih percaya dengan kurafat, kembalilah kepada Allah dengan bertaubat. Allah tidak hairan dengan dosa yang pernah kita lakukan, tetapi Allah hairan kenapa kita tak mahu bertaubat kepada-Nya. 2. Buang segera segala azimat yang dimiliki. 3. Jadikan Al-Quran sebagai azimat terhebat dengan membaca dan menghafalnya. Ayat AlQuran jangan pula sekadar dijadikan hiasan didinding. 4. Jika sakit, jangan jumpa dengan bomoh. Berjumpalah dengan doktor dahulu dan jika tiada penyelesaian, boleh berjumpa dengan ahli perubatan alternatif yang menggunakan Al-Quran yang berdaftar dengan Gappima dan mendapat kelulusan daripada Jakim. 5. Jika tak sempat mengambil ayat yang diberikan atau ingin mendapatkan lebih banyak panduan, boleh dapatkan buku-buku saya di kedai-kedai buku. Bukan tujuan untuk berniaga, tetapi untuk menyampaikan ilmu dan membantu masyarakat di luar sana.

Website dan maklumat lanjut klinik dan buku-buka ada di sini. Rujukan lanjut tentang Gappima. Senarai soalan dan jawapan: S: Ada orang kata rumah di simpang 3 ada bala. Bolehkah dipercayai? J: Jin dan iblis diciptakan Allah dan manusia tidak boleh nampak golongan ini. Oleh itu, hiasai rumah-rumah kita dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, bukannya sekadar di letak di dinding sebagai perhiasan. Ini juga kiasan Nabi SAW yang mengatakan jangan membiarkan rumah menjadi kuburan yakni sunyi daripada bacaan Al-Quran. S: Jika serangga masuk rumah, adakah membawa petanda tidak baik. Bolehkah dipercayai? J: Serangga tiada masalah biasanya kerana mereka masuk kerana tertarik dengan cahaya lampu. Jika ular, kala jengking, kita perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan itu adalah jelmaan jin. Jangan percaya binatang lain boleh membawa keberkatan atau kemudaratan kepada kita. S: Saya berjumpa pengamal perubatan untuk merawat anak yang suka menangis malam dan dikatakan ibu saya mempunyai saka. Ibu meminta lagu ulik mayang sebagai syarat membuang saka. Saya ternampak sesuatu yang dilakukan oleh pengamal perubatan itu tetapi suami saya tidak pula nampak. Mohon penjelasan ustaz. J: Ada banyak perkara yang perlu diperhatikan apabila bertemu pengamal perubatan. Sebelum menuduh seseorang ada saka, atau anak kecil diganggu jin, pastikan dahulu kesihatan, pemakanan dan kebersihan anak terjaga. Ada satu jin yang suka menganggu anak kecil iaitu Ibnu Sibyan. Jika ibu meminta lagu Ulik Mayang, itu adalah satu bentuk pemujaan dan jika mengikutnya kita memberikan dia apa yang dimintanya. Pemujaan boleh menjadikan iblis semakin dekat kita sedangkan kita ingin menjauhinya. Penawar terbaik untuk menghalau syaitan ialah ayat Al-Quran. Untuk menghalau ganguan Ibnu Sibyan, amalkan ayat 78, surah AnNahlu. Caranya, dan letak tangan atas kepada anak atau sapu pada perut.

S: Saya pernah meminta bantuan pengamal perubatan untuk memagar rumah. Saya diminta menanam botol yang mengadungi ayat yang saya tidak dapat baca. Setelah beberapa hari, saya menggali semula dan mendapati botol hilang. Adakah saya terlibat dengan perkara yang memesongkan akidah? J: Sekiranya meyakini botol itu melindungi rumah, itu syirik dan kurafat. Jadi bertaubatlah dan kembali kepada Allah. Untuk memagar rumah, amalkan ayat 9, surah Yasin seperti yang dibincangkan di atas. S: Saya mempunyai tali pinggang yang dapat mempertahankan diri daripada diserang. Jika dipakai, saya cuma perlu menahan nafas dan orang tidak akan dapat menyerang saya. Adakah ini dikira sebagai khurafat? J: Ya. Kebetulan ada contoh yang saya bawa. Jika ada, lupuskan sahaja kerana ianya akan mengundang kemurkaan Allah. Rujuk cara merujuk seperti yang dinyatakan di atas. S: Adakah boleh berubat dengan orang yang menggunakan khidmat makhluk halus? Ada yang berpendapat khidmat bomoh sama seperti khidmat doktor. J: Tak boleh. Saya sendiri dimarahi oleh golongan bomoh kerana menunjukkan kepada orang ramai bentukbentuk azimat yang tidak boleh digunakan umat Islam. Tujuan saya adalah untuk menjaga akidah umat Islam. Dalilnya daripada ayat 6 surah Jin:

Oleh itu, jauhilah golongan bomoh. Dekati Allah dan ayat suci Al-Quran untuk mendapatkan kesembuhan dan pertolongan yang sebenar. S: Dulu, saya pernah bermain nombor ekor dan menang. Duit yang dapat saya gunakan untuk beli TV, motor dan seumpamanya. Apa yang perlu dilakukan? J: Alhamdulillah sudah mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. Bertaubatlah dengan taubat nasuha kerana Allah amat sayangkan hamba-Nya yang bertaubat. S: Apakah saka? J: Saka ialah MOU yang dibuat oleh nenek moyang dengan jin kafir untuk mendapatkan perlindungan/kecantikan/kelebihan tertentu untuk jangka masa tertentu (kebiasaannya untuk 7 keturunan) dengan syarat-syarat tertentu. Orang yang mempunyai saka biasa bermimpi jatuh dari tempat tinggi, menyusu anak kecil, melihat benda kotor. Dia sentiasa sakit atas belakangnya yang tak diketahui puncanya. Untuk buang saka, amalkan zikir Nabi Yunus yang diambil daripada ayat 87, surah Al-Anbiya:

Dengan izin Allah, ayat ini menjadikan ikan terasa ingin memuntahkan Nabi Yunus yang berada di dalamnya. Jadi, ayat yang sama boleh digunakan untuk memuntahkan saka keluar, In sha Allah. S: Adakah betul tarikh lahir mempunyai kesan terhadap bidang perniagan yang diceburi atau pasangan? J: Ada banyak kepercayaan begini yang belaku dalam masyarakat. Jika kita percaya pada tarikh/nombor/nama tertentu mempunyai makna tertentu, maka itu membawa kepada syirik.
Posted by kasihnabi at 10:01 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan Safie

1. Pengertian khurafat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Jauhilah dari tujuh dosa besar iatu mempersekutukan Allah (syirik) dan sihir, dan membunuh orang kecuali kerana hak, dan memakan riba dan memakan harta anak yatim dan lari pada hari peperangan dan menuduh orang perempuan yang salih melakukan kejahatan (zina) (Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim) CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM 1) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara yang bertentangan dan tidak selaran dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran, mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah. 2) Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan atau al-Hadits yang diakui shahih oleh ulama hadits. 3) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah yang seumpamanya. 4) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia. 5) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat. 6) Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qatie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya. 7) Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan atau al-Hadits mengikut sesuka hati.

2. Punca khurafat
PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT

Kejahilan

Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.

Kepentingan peribadi

Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.

Niat yang jahat

Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.

Pergaulan

Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal.

Keadaan sekeliling

Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.

Adat kebiasaan

Factor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.

Kepercayaan Karut

Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut.

Pengaruh politik

Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu) Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-

1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka mudah terpesong. 2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama. 3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk tujuan pemujaan. 4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus berlaku.

3. Jenis-jenis khurafat
JENIS-JENIS KHURAFAT DI ANTARA JENIS-JENIS KHURAFAT, IALAH :1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segalagalanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial. 2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah. 3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan. Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan. 4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya. Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Quran dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya. 5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang. Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun. 6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata Tabik Tok Nenek ketika melalui sesuatu tempat atau Minta simpang Malaikat 44 ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diin gini. 7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci. Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus. 9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Quran atau sesuatu yang warid dalam agama. 10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun). Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia. 11. Mengamalkan ilmu pengasih Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu. 12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah. Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya. 13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat Air Malaikat. Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama. 14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau. Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT. 15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya. Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik -baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). 16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks. Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk. 17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.

Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah. 18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat. Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat. 19. Kepercayaan kepada tuah keranda. Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya. Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-

Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir. Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki. Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki. Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.

20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain. Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT. 21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat. Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat. 22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan. Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka. 23. Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak. Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat. Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): Kami dengar, (sedang mereka berkata Dalam hati): Kami tidak akan menurut. (Surah an-Nisa, ayat 46) 24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.

Mempercayai wafaq atau huruf Hijaiyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah at aupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit. 25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam. Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit. 26. Pengubatan dengan bahan harum. Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia. 27. Upacara memanggil roh. Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya. 28. Pengubatan tanpa sumber agama. Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar. 29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim. Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya. 30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf. Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit. 31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik. Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna. Rujukan : Menjana Masyarakat Beraqidah Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana Mentiri, NBD. KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.

Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.

CARA-CARA MENGATASI ATAU MENGHAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha dawah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.
Share this:

Amalan Khurafat dalam Adat Resam Melayu


{6 Comments}
Posted by FarisMuhandisu on January 25, 2012 in Islam, Pandangan & Idea

Melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan budaya dan adat-istiadat. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi dan menjadikan adat resammasyarakat Melayu pada ketika itu begitu unik dan bercampur aduk dengan adat atau budaya bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Siam dan Arab selain bangsa Melayu itu sendiri.

Pepatah Melayu ada menyatakan Biar Mati Anak Jangan Mati Adat . Pepatah ini jelas membuktikan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Masyarakat Melayu diMalaysia pula sinonimnya dikaitkan dengan Islam. Justeru, kadangkadang ada segelintir masyarakat Melayu yang mengatakan adat-adat tertentu yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu dari tradisi agama Islam. Malah, ada juga amalan khurafat yang diteruskan hingga kini termasuk dalam kalangan pemimpin-pemimpin orang Melayu sendiri. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Sebelum kita pergi lebih jauh, apa itu khurafat? Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. (Sumber)

Ciri-ciri khurafat adalah seperti berikut: (i) Ia tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith; (ii) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; (iii) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang

bercanggah dengan Islam; (iv) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah Taala untuk

tujuan yang bercanggah dengan ajaran Islam; (v) Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut, dan

sebagainya untuk tujuan yang tertentu; dan (vi) Ia mempunyai unsur-unsur negatif kepada akidah dan syariah Islam. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mendirikan Rumah Baru. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut. Kenduri Tolak Bala. Upacara Persandingan. Mengandung / Kelahiran bayi Adat meninggal dunia dan selepas kematian. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri. Membuang Air Kecil/Besar.

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. 6. Puja Kubur. Keris, Kemian dan Limau. Ancak. Sanggu. Sangkak. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Huraian lanjut boleh dirujuk di sini. Agama Islam seharusnya membimbing adat resam atau budaya Melayu supaya berlandaskan agama dan tidak mengamalkan kepercayaan karut, khurafat dan syirik kepada tuhan. Justeru, Persoalannya kenapakah masih ada masyarakat Melayu Islam yang masih lagi mengamalkan adat resam yang nyata bercanggah dengan agama Islam yang dianuti? Usaha keras perlu dijalankan untuk membasmi penyakit yang sekian lama membarah dalam masyarakat Melayu ini. Petikan dari: Al-Muhandisu

Keputusan carian Kepercayaan dan Amalan Khurafat Serta Penggunaan Azimat Menurut Perspektif Islam
... (a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, ... atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut ... orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang ...
Fatwa Negeri - asma - 19 Mar 2012 - 8:33am - 0 comments - 0 attachments

Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam


... Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan ... untuk dijadikan panduan kepada orang ramai : Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang ...
Fatwa Kebangsaan - webmaster_negeri - 11 Jul 2012 - 11:51am - 0 comments

Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya
... dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini. English ... dan seumpamanya. Perkara-perkara ini boleh membawa kepada khurafat dan tahyul, sekaligus membawa kerosakan kepada akidah serta pegangan ...
Fatwa Kebangsaan - webmaster_negeri - 11 Sep 2012 - 4:52pm - 0 comments

Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu


... mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat adalah ditegah oleh ajaran Islam kerana ia boleh menjejaskan akidah ...
Fatwa Kebangsaan - webmaster_negeri - 20 Sep 2012 - 4:54pm - 0 comments

Majlis Fatwa, IPTA Kaji Isu Kefatwaan


... Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara Khurafat serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian di Pulau Besar Melaka dengan ...
Berita - aminudin - 30 Aug 2012 - 2:31pm - 0 comments - 0 attachments

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
... acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya. 3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan ...
Fatwa Kebangsaan - webmaster_negeri - 13 Jul 2012 - 9:00am - 0 comments

Kedudukan Air Musoffa


... membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan. English Version ...
Fatwa Kebangsaan - webmaster_negeri - 13 Jul 2012 - 9:15am - 0 comments

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu


... Datin Dr. Paizah Hj. Ismail, AJK Fatwa MKI dan Amalan Khurafat dan Penggunaan Jin Dalam Masyarakat Islam oleh Prof. Zakaria ...
Acara / Aktiviti - aminudin - 22 Feb 2012 - 3:26pm - 0 comments - 0 attachments

Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab ( Pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd )

... diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi. 1.5 Khurafat Beberapa amalan dalam ajaran Azhar bin Wahab adalah mengandungi unsur-unsur bid'ah dan khurafat seperti menangis dihadapan ahli - ahli dan kakitangan kerana ... keris tersebut ada penunggu. Ulasan: Khurafat adalah cerita sama ada rekaan atau khayalan dan sebagai -nya ...
Fatwa Negeri - jabmufti - 9 Feb 2011 - 10:23am - 0 comments - 0 attachments

Hukum Membina Patung Dan Perarakan Patung Binatang Yang Bernyawa.


... : a. Perarakan yang menerapkan unsur pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah. b. Kera"ian dan ... dan perarakan sedemikian tidak mengandungi unsur khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan ...

Keputusan carian Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya (Selangor)
... Umat Islam tidak seharusnya dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini. ...
Fatwa Negeri - selangor - 6 May 2011 - 4:44pm - 0 comments - 0 attachments

Ajaran Mohd. Saman al-Banjari


... kepada Mohd. Saman al-Banjari mengandungi banyak khurafat dan boleh membawa kepada kufur. Risalah ini haram ...
Fatwa Negeri - istinbatwp - 6 May 2011 - 4:49pm - 0 comments - 0 attachments

Kedudukan Air Musoffa Dan Seumpamanya (W/P Kuala Lumpur)


... kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan. ...
Fatwa Negeri - istinbatwp - 29 Mar 2011 - 10:07am - 0 comments - 0 attachments

Fatwa Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor


... permainan kuda kepang yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat. Keputusan: ...
Fatwa Negeri - afrizah - 10 Feb 2011 - 4:54pm - 0 comments - 0 attachments

Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri serta yang berkaitan dengannya (Terengganu)
... dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini. ...
Fatwa Negeri - terengganu - 29 Mar 2011 - 9:30am - 0 comments - 0 attachments

Hukum Pemakaian Rantai Tangan Yang Mempunyai Unsur Kesihatan (Bio Magnetik) Di Kalangan Lelaki
... ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah. iv. Tidak menyebabkan kemudaratan ...
Fatwa Negeri - asma - 10 Feb 2011 - 8:48am - 0 comments - 0 attachments

Fatwa Ajaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar


... Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran ...
Fatwa Negeri - nazri - 9 Feb 2011 - 10:36am - 0 comments - 0 attachments

Kedudukan Makam Saidina Kaful Ali

... negara dan mengelakkan berlaku perbuatan-perbuatan khurafat yang berkemungkinan berlaku di tapak perkuburan berkenaan. ...
Fatwa Negeri - ppinang - 10 Feb 2011 - 9:33am - 0 comments - 0 attachments

Pemujaan dan Pembinaan Bangunan di dalam Kawasan Tanah Perkuburan Islam di Lot 3752, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur Warta Kerajaan No. 6444/1927
... (i) Amalan khurafat yang dilakukan di dalam kawasan tanah perkuburan tersebut adalah haram ...
Fatwa Negeri - istinbatwp - 10 Feb 2011 - 10:27am - 0 comments - 0 attachments

Fatwa Tentang Ajaran Azhar Wahab


... yang pernah dibuat pengikutnya. (11) Percaya dengan khurafat seperti : (i) Semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Naib ...

Keputusan carian Fatwa Mengenai Penyalahgunaan Kubur


... Di atas kubur ini juga berlaku kerja-kerja khurafat seperti pemujaan, memohon sesuatu hajat dan lain-lain lagi. 3.6 Pada ...
Fatwa Negeri - perak - 9 Feb 2011 - 12:43pm - 0 comments - 0 attachments

Ajaran Azhar Bin Wahab


... agama yang pernah dibuat oleh pengikutnya. Percaya dengan khurafat seperti; a) Semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Naib ...
Fatwa Negeri - faizahmustaffa - 9 Feb 2011 - 11:43am - 0 comments - 0 attachments

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah


... MKI Kertas Kerja III Amalan Khurafat Dan Penggunaan Jin Dalam Masyarakat Islam ...
Acara / Aktiviti - aminudin - 1 Oct 2010 - 12:13pm - 0 comments - 0 attachments

Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan


... ii. Menyamatarafkan Allah s.w.t dengan makhluk. iii. Khurafat dan bida"ah yang menyesatkan (bid"ah iv. Mereka- ...
Fatwa Negeri - afrizah - 8 Dec 2009 - 2:23pm - 0 comments - 0 attachments

TUAN GURU DATO HAJI TAJUDIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN


... mereka mengamalkan kepercayaan tahyul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. ...
Biografi Pengerusi - efatwa_root - 25 Oct 2010 - 5:07pm - 0 comments

Amalan Meletakkan Baju Pengantin Di Atas Bumbung Bagi Mengelakkan Hari Hujan
... sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam'. ...
Fatwa Negeri - afrizah - 8 Dec 2009 - 2:24pm - 0 comments - 0 attachments

Kesan Perbomohan Meragukan Di Gunung Ledang Tangkak Muar


... dengan Akhlak perubatan Islam. i. Ada unsur khurafat serta tahyul seperti mempercayai sebuah kolam yang bergelar "kolam ...

8 Julai 2011/ 6 Syaaban 1432H) , . !

Muslimin Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa. Mimbar hari ini akan membicarakan tajuk Syirik dan Khurafat Memusnahkan Umat. Sidang Jumaat Sekalian, Sesungguhnya manusia dicipta untuk menyembah Allah SWT sematamata. Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain yang menghidupkan, mematikan, menyembuhkan, memberikan rezeki, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberikan bantuan dan sebagainya selain Allah adalah syirik. Begitu juga memberikan nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya juga adalah syirik. Selain itu, doa atau apa jua bentuk sembahan sama ada menyembelih, bernazar, takut, berharap, cinta dan sebagainya yang dilakukan untuk selain Allah adalah syirik. Sesungguhnya syirik adalah sebesar-besar dosa. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik. Hal ini kerana : 1. 1.Syirik menjurus kepada menyamakan Allah dengan makhluk-Nya dalam urusan ketuhanan. Sebab itulah syirik tergolong dalam dosa-dosa yang besar. Firman Allah dalam surah Lokman, ayat 13 : Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yakni dosa yang besar".
I.

2.Orang yang melakukan syirik tidak akan diampunkan dosanya selama

mana dia tidak bertaubat. Firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 48 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu pun), dan Dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.
I.

3.Allah mengharamkan syurga bagi mereka yang menyekutukanNya.

Mereka akan terus kekal di dalam neraka Jahannam. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 72 : Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
I.

4.Syirik akan memusnahkan segala amalan ibadah yang lain. Firman

Allah SWT dalam surah Al-Anam, ayat 88: Maksudnya : Dan kalau mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, nescaya gugurlah daripada mereka, apa yang mereka telah lakukan (daripada amalan yang baik). Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Islam ialah agama tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keesaan Allah Yang Maha Kuasa. Maka ukuran sempurna atau tidak Islam seseorang adalah bergantung pada kesempurnaan tauhidnya. Dakwah tauhid merupakan dakwah utama para rasul yang diutuskan oleh Allah. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahli, ayat 36:( Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul dengan menyeru mereka : Hendaklah kamu menyembah Allah serta menjauhi taghut. Sidang Jumaat sekalian, Antara amalan syirik dan khurafat yang masih berleluasa dalam masyarakat Islam pada hari ini adalah seperti berikut : Pertama: Mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat. Sesetengah masyarakat kita ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut seperti ingin mendapatkan kedudukan, kesenangan, jodoh, menghilangkan penyakit dan sebagainya. Nabi SAW memberi amaran kepada golongan ini dengan sabdanya dalam hadis riwayat AshabusSunan :

" "

Maksudnya: Barang siapa yang menemui tukang tilik atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka, lalu dia mempercayai apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW. Kedua: Pemakaian benda tertentu untuk mendapatkan tuah atau menjauhkan sial seperti tangkal, gambar atau sesuatu alatan untuk menjadi kebal, pelaris perniagaan, penghalang daripada bahaya dan sebagainya juga adalah syirik. Antara syirik dan khurafat yang masyhur dan masih berlaku dalam masyarakat kita, antaranya seperti benang hitam yang dipakai untuk bayi yang baru lahir untuk tujuan tertentu dan pemujaan gambar tokoh tertentu di kedai-kedai makan. Kesemua kepercayaan dan keyakinan tersebut boleh membawa syirik yang boleh menggugat keIslaman seseorang. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu Daud : Mafhumnya: Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik. Ketiga: Mempercayai hari-hari atau bulan tertentu boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga kepercayaan kepada bintang dan angka-angka tertentu boleh membawa tuah dan keberkatan. Kesemua kepercayaan khurafat ini boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT, yang merupakan dosa besar. Sebenarnya, ketetapan baik dan buruk kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk. Sidang Jumaat Sekalian, Kesimpulan khutbah kita pada hari ini ialah: Pertama : Syirik adalah sarang khurafat dan kebatilan. Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan kepercayaan kepada dukun, bomoh, ahli sihir dan sebagainya, menyebabkan mereka tidak lagi mengendahkan ikhtiar, dan usaha. Mereka juga tidak akan mencari sebab musabab sesuatu yang terjadi, serta meremehkan sunnah kauniyah yakni hukum alam. Kedua : Syirik merupakan punca segala ketakutan dan kebimbangan. Orang yang akalnya menerima pelbagai kepercayaan khurafat akan sentiasa dihantui perasaan takut dan bimbang. Ketiga : Syirik menyebabkan seseorang malas melakukan pekerjaan yang bermanfaat. Hal ini kerana syirik mengajar para pengikutnya untuk menggantung harap kepada pengantara atau orang tengah, sehingga mereka meninggalkan amalan yang soleh.

" "

Keempat : Syirik dan khurafat juga boleh memecah belahkan akidah dan kesatuan umat Islam.

06 Disember 2012

Amalan Khurafat

MUQADDIMAH Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah. Segala amalam dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumbersumber asal Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Namun amalan khurafat ( superstitions ) yang diwarisi oleh nenek moyang kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat masa kini dan menjadi semacam satu masalah yang menganggu kejernihan dan kestabilan Aqidah Islami.Pembahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu di sini kami tumpukan skop pembahasan kepada pengertian khurafat, bentukbentuk khurafat yang masih dipraktikan masa kini, khususnya penggunaan tangkal, azimat & wafaq dan bahaya amalan-amalan tersebut, khususnya masalah penggunaan khadam jin dan masalah saka. Diharapkan memalaui lelaman ini, dapat digerakkan usaha membenteras amalan-amalan tersebut daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam bahaya syirik. Firman Allah yang bermaksud :

"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )

"..... dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya ( agama Islam ), lain dia mati sedang dia kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya ( yang baik ) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya ( selama-lamanya )" ( Al-Baqarah : 217 )

Maka itu, persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius. Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terperangkap dalam bahaya yang dibawanya, samada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di akhirat kelak.

DEFINASI KHURAFAT

Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".

Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik. Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :1. Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan. 2. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama. 3. Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumi, kepercayaan atau keyakinan yang tidak benar. Ia adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang benar ( al-haq ). 4. Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. 5. Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala. Berdasarkan pelbagai definasi teknikal yang tercatat di atas, ciri dan skop istilah khurafatboleh disimpulkan sebagai merangkumi aspek-aspek berikut :1. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.

2. Ia secara jelasnya bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam, serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti, dan kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran. 3. Ia diyakini sebagai boleh mendatangkan kebahagian/manfaat atau kecelakaan/bala.

BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT DI RANTAU INI Lembaran sejarah telah memcatatkan bahawa manusia yang menghuni rantau ini memulakan keagamaan mereka dengan menganut fahaman dinamisme-animisme.

DINAMISME

Fahaman dinamisme ialah suatu kepercayaan yang menyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri. Ia berupa prestasi luar biasa yang dimiliki. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya.

ANIMISME

Adapun fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia. Biasanya animisme akan menimbulkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi mendapatkan sesuatu. Pertolongan makhluk halus adalah sebenarnya daripada makhluk jin.

PENGARUH HINDUISME-BUDDHISME

Seterusnya rantau ini dipengaruhi ajaran Hinduisme-Buddhisme.

Hinduisme-Buddhisme itu sebenarnya sudah mempunyai unsur-unsurdinamisme-animisme yang tersendiri dan keadaan ini menyebabkan dinamisme-animisme tidak tergugat dan terus berkembang

KEDATANGAN ISLAM

Sekalipun agama Islam merupakan agama yang cukup ketat dan cukup tegas unsur tauhidnya, namun cara dan pendekatan pendakwahan dalam proses penyebarannya di rantau kita ini adalah berlansung dalam bentuk yang penuh toleransi dengan sikap tidak mengubah, tetapi menyesuaikan : Dari itu, upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan tetapi diubahsuai. Maka adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa dengan nada yang panjang dan sedih.

Dengan pendekatan dakwah bergini ramai sekali golongan manusia memeluk agama Islam tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah.

Namun amalan-amalan keIslaman menjadi bercampur-aduk dengan kepercayaan amalan-amalan yang diwarisi dari nenek moyang kita. Amalan menyeru, memohon dan memuja makhluk ghaib ( dinamisme-animisme ) masih dihayati dan dipraktik, sekalipun sudah memeluk Islam Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin.

Dalam kontex ini Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir.

Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Khurafat muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk berikut :

Perbuatan tertentu Ungkapan tertentu Cerita atau kisah tertentu Bilangan tertentu Konsep, prinsip atau mazhab tertentu

Pembahasan mengenai bentuk khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu kami tumpukan skop pembahasan pada penggunaan tangkal, azimat, wafaq, mentera-mentera asing dan salah-guna ilmu kebatinan, terutama dalam seni mempertahankan diri. Ini amatlah penting dibincangkan memandangkan amalan-amalan tersebut masih berleluasa dikalangan umat Islam hari ini.

Azimat, Tangkal dan Wafaq

Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.

Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah. Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

PERSOALAN : Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah? 1. Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah : 2. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya. 3. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempattempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi. 4. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

MENTERA

Di antara perbuatan-perbuatan khurafat yang bertentangan dengan tauhid ialah mengucapkan kata-kata mentera yang tidak diketahui maknanya. Namun diyakini bahawa mentera itu berpengaruh menolak kejahatan atau boleh mendapatkan pertolongan khadam jin ataupun malaikat. Nama-nama dan kata-kata asing yang tidak pasti ertinya dikhuatiri mengandungi nama-nama jin dan jika diulang-ulang, tentunya akan disambut seruan itu oleh jin-jin tersebut. ILMU KEBATINAN

Perkara khurafat-khurafat juga boleh dilihat apabila manusia menyalahguna ilmu kebatinan terutama dalam ilmu mempertahankan diri ( silat ), ilmu perbomohan, ilmu andaman traditional atau ilmu kebidanan traditional. Di sini kami akan muatkan sahaja perbincangan tentang salah gunanya ilmu kebatinan dalam seni persilatan yntuk memberikan gambaran khurafat yang boleh terkandung di dalamnya.ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI ( SILAT )

Memang ada keperluan bagi seorang Islam mempersiapkan diri dan melengkapkan senjata untuk mempertahankan diri, agama dan negara Namun bahayanya timbul apabila dalam ilmu mempertahankan diri terdapat syarat-syarat yang mempunyai unsur-unsur penyembahan, pemujaan, penghambaan diri dan permohonan bantuan dari kuasa atau atau tenaga ghaib. Diantara syarat-syarat tersebut termasuk :1. 2. latihan. menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya. melakukan acara gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memulakan dan menamatkan

3. semah gelanggang dengan menyembelih ayam atau menyiram darah binatang ( sebagai sajian untuk makhlukmakhluk tertentu ). 4. 5. 6. mandi dengan air mandian tertentu sbagai lambang membuang sial. tidak boleh banyak menyoal tindakan guru, mesti ada sifat taasub dan berserah kepada guru. perlu bertapa sebelum diberikan sesuatu ilmu.

7.

tidak boleh meninggalkan solat, padahal sudah jelas wajibnya dalam Islam.

Amalan-amalan di atas jelas mengandungi unsur-unsur khurafat! Diharapkan para pengamal silat atau seni mempertahankan diri bersifat waspada dan peka akan perkara-prekara tersebut sebelum melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Unsur-unsur khurafat yang serupa boleh juga didapati dalam amalan ilmu kebatinan lain seperti ilmu perbomohan, ilmu perbidanan dan lain-lain; contohnya semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak, memanggil roh datuk nenek dan sebagainya. Maka manusia mestilah menghindarkan diri daripada mereka yang mempraktikkan amalan-amalan ini sekiranya nyata bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

KESAN & KEROSAKAN AMALAN KHURAFAT Terdapat banyak kesan & kerosakan dari amalan khurafat, namun di sini kami tumpukan kepada 2 perkara yakni dosa Syirik dan bahaya pewarisan Saka.

Bahaya terjerumus ke dalam dosa SYIRIK

Apabila manusia mengamalkan perkara khurafat, mereka akan meyakini bahawa dari kalangan makhluk ada yang boleh memberi manfaat dan mudarat. Memohon perlindungan, memuja, mentaati selain dari Allah SWT, jelas syirik dan dosa syirik adalah dosa yang terbesar yang tidak diampuni Allah SWT. "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berbuat dosa besar." ( AnNisa : 16 )

Bahaya Pewarisan SAKA Seperti yang telah dibincangkan, amalan khurafat dan ilmu-ilmu kebatinan selalunya ada kaitan dengan jin, samada dibela, dibuat sahabat, diseru, dipuja, ditaati atau disihirkan kepada seseorang.

Makhluk halus atau jin ini akan berdamping dengan tuannya dan akan terus berdamping bersama kaum keluarganya setelah tuan yang asalnya telah meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA, yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

Penurunan boleh dilakukan secara terang, di mana dinyatakan kepada waris yang paling 'layak' menerima amalan atau ilmu kebatinan tersebut. Penurunan boleh juga berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang-barang tertentu seperti keris, lembing, tangkal, batu geliga dan seterusnya. Saka itu akan mempengaruhi pewaris untuk meneruskan amalan seperti melanggiri keris dengan air limau atau mengusapkannya dengan kemenyan dan sebagainya. Saka yang diwarisi boleh menyakiti pewarisnya dengan berbagai masalah seperti memporak-perandakan rumahtangga, menyesatkan iman, menyebabkan tuannya bertindak tidak waras, menyrang tuannya ketika uzur atau setelah terlalu tua, dan sebagainya. PENUTUP Praktis khurafat masih terus bertapak kukuh dan berlansung dalam kadar yang agak subur di tengah-tengah masyarakat kini. Usaha-usaha pembenterasan mesti terus digerakkan agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam unsur negatif ini.

Proses pembenterasan hanya boleh berkesan dengan ilmu mengenainya. Mulakanlah dengan mengeluarkan segala unsur-unsur khurafat itu dari diri kita sendiri dan mengembalikan tauhid kita kepada Allah SWT dengan sepenuhnya.

Mudah-mudahan kita akan dapat juga nantinya menyelamatkan ahli masyarakat kita dari menjadi mangsa virus khurafat yang cukup bahaya ini, Insya-Allah.

Posted by Rosenan Hamzah at Khamis, Disember 06, 2012

Khurafat,syirk dan munafiq Jawapan kepada pertanyaan 'Adilah Perbezaan di antara Khurafat, syirik dan munafik Khurafat berasal dari bahasa arab. Kata kerjanya kharafa-yakhrafu-kharfan-khurafatan. Kata jamaknya,berganda; khuraafat. Menurut kamus bahasa arab "Al-Munjid" Khurafat ialah perkataan yang bathil. Kamus Merbawi pula mentakrifkannya cerita karut (karut marut). Sementara kamus dewan mentakrifkan Khurafat sebagai "Ajaran(huraian,pendapat) yang bukan-bukan atau karut, dongeng, dan tahyul. Dari segi istilah, semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula boleh mendatangkan manfa'at atau pun boleh menolak balak. Dari difinisi tersebut jelaslah bahawa khurafat boleh berlaku dalam bentuk kepercayaan yang diyakini, yang tidak bersumberkan ajaran Islam serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti serta ianya diyakini pula boleh mendatangkan kebahgiaan atau kecelakaan. Contoh-contoh kepercayaan khurafat seperti mempercayai kubur atau pun batu yang mempunyai kuasa keramat yang boleh menyembuhkan penyakit dan dapat mempertemukan jodoh, mendapatkan anak bagi pasangan yang mandul, mempercayai pokok kayu, telaga, bukit bukau,busut, ikan, cincin, keris mempunyai kuasa yang boleh mendatangkan nasib untung atau rugi, ,,percaya ada manusia yang lahir membawa sial atau tuah kepada manusia atau kepercayaan adanya hari-hari tertentu mendatangkana bala' seperti kepercayaan adat mandi safar dan seumpamanya. Percaya kepada tukang tilik atau tukang tenong. Mempercayai ada manusia yang mempunyai daulat. Begitu juga percaya kepada nombor empat atau nombor 13 yang boleh membawa hidup celaka, makanya kita dapati di hotel-hotel atau rumah yang bertingkat sepatutnya selepas nombor 12 waqjarlah selepasnya nombor 13 nombor 14,tetapi nombor tersebut melangkah. Sebabnya tidak lain nombor tersebut merupakan angka sial. Termasuk perkara khurafat lagi ialah bersemeh, membuang ancak. Anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuwatiri menjadi anak dara tua , tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan lain-lain lagi. Akibat daripada amalan Khurafat. 1.Membawa Syirik kepada Allah swt. dan ia sekaligus membatalkan akidah/iman/syahadah dan amal serta berdosa dan dosa tersebut tidak diampunkan oleh Allah swt. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (S:an-Nisak:4:48) Firman Allah lagi. yang maksudnya

"Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (S;Yunus:10:106). Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak". 2.Bercanggah dengan konsef qadhak dan qadar dimana ia mengajar kita baik dan burok semuanya berlaku dengan izin Allah s.w.t. Semua makhluk Allah sama ada yang bernyawa seperti manusia, binatang atau benda yang bernyawa seperti keris dan seumpanaya tidak ada kuasa untuk mendatangkan manfaat atau sebaliknya boleh mendatangkan bahaya. Semuanya dengan izin Allah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud " Hai anak ! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatinya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memuhon pertulongan, maka puhonlah pertulongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan suatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang seudah dituliskannya oleh Allah ke atas engkau dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidakl;ah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau." (H.R. at-Tirmizi). 3.Kepercayaan kepada amalan khurafat seperti tukang tukang sihir,tenong/ tilek boleh menimbul perasaan curiga mencurigai;burok sangka kepada saudara Islam yang lain, kononnya ia sakit kerana disihir oleh si polan bin si polan, padahal menjaga pehubongan silaturrahim sebahagian daripada iman. 4.Menyekat akal fikiran dari berfikir secara waras,logik dan sistematik kerana terpengaruh oleh perkara khurafat dan tahyul. Begitu juga ia bercanggah dengan konsep tawakkal dimana orang yang beriman diwajibkan berusaha untuk mengubah nasib, bukan bergantung kepada penentuan hari dan bintang seperti kepercayaan kepada ramalan bintang dan seumpanaya. Faktor Khurafat dan jalan penyelsaiannya. Di antara sebabnya ialah kurangnya pengetahuan agama terutama ilmu yang berkaitan dengan akidah/tauhid. Penyelsaiannya seorang muslim wajib belajar bukan sahaja ilmuilmu yang menguruskan tentang kehidupan di dunia ini malah wajib mempelajari ilmuilmu asas dalam Islam seperti ilmu tauhid, fikah, tasawuf dan sebagainya. Selain daripada itu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan dakwah supaya perkara makruf dapat ditegakkan dan perkara yang mungkar seperti khurafat dan maksiat dapat dihapuskan. Selain daripada itu penjenayah hendaklah di ambil tindakan dengan tegas di bawah undang-undang kesalahan jenayaah syariah agar menjadi pengajaran kepada penjenayah sendiri dan orang lain. Syirik

Syirik dari segi bahasa menyengutukan sesuatu dalam sesuatu seperti ayat "Saya mengengutukan dia dalam keuntungan itu",ertinya saya memberi kepadanya sebahagian dari keuntungan itu sedikit ataupun banyak hasil daripada perkongsian/sharikat. Menurut istilah syarak pula ialah menyengutkan sesuatu dengan Allah swt.. Pembahagian syirik Syirik terbahagi dua. (1) Syirik besar dan (2) Syirik kecil. Syirik besar membatalkan iman, sementara syirik kecil sebaliknya tidak menjadi kufur. Ini berdasarkan riwayat yang diterima daripada Rasulullah saw mengenainya dan setelah Rasulullah saw mendengarnya ia dilakukan oleh setengah sahabat-sahabat Rasulullah saw tetapi Rasulullah saw tridak menganggapkannya sebagaiu kafir dan tidak dihukumnya sebagai murtad. a-Syirik besar terbahagi tiga. (1) Syirik dalam Rububiyyah seperti meyakini selain daripada Allah ada makhluknya yang lain berkuasa menciptakan makhluk, menghidupkan dan mematikannya, memberi rezeki atau yang mentadbir alam ini. (2) Syirik dalam uluhiyah seperti meyakini bahawa selain daripada Allah ada yang berhak disembah. Begitu juga melakukan ibadat solat, puasa, zakat, yang ditakuti dan tempat bergantung harap, bertawakkal selain daripada Allah . Firman Alla yang mafhumnya " Dan Tuhan telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah sellain Dia." (S:al-Israk:17:23) (3) Syirik dalamasmak dan sifat seperti meyakini adanya sesuatu yang menyemai dan menandingi Allah dalam asmak dan sifatnya atau mensifati Allah dengan sebahagian dari sifat-sifat makhluknya. Akibat Syirik besar (1) Allah tidak akan mengampuni dosanya sekiranya dia meninggal dunia belum sempat bertaubat. Firman Allah " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya" (S:an-Nisak:4:48) (2) Murtad;. Keluar daripada agama Islam. Halal darah dan hartanya.Firman Allah " Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka dan tangkaplah mereka." (S: at-Taubat:9:5) Yang dimaksudkan dengan bulan haram ialah mas 4 bulan yang diberi tangguh kepada kaum musyrikin itu iaitu mulai Zulhijjah(hari turunnya ayat ini) sampai dengan 10 Rabi'ul akhir. 3. Amal kebaikannya tidak diterima oleh Allah swt. Firman Allah " Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi yang sebelummu; " Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur" (S: az-Zumar:39:65)

4.Apabila meninggal, maka ia tidak boleh dimandikan, tidak boleh diikafankan, tidak boleh disolatkan dan tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam. 5.Tidak boleh bernikah dengan orang Islam, lelaki maupun perempuan. Firman Allah " Dan janglah kamu wanita-wanita msyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang maukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik( dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman" (S:al-Baqarah:2: 221)

6.Haram masuk syurga dan kekal abadi di dalamnya. Firman Allah "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penulongpun" (S:al-Maiadah:5:73)

b- Syirik kecil Syirik kecil boleh mengurangi kesempurnaan iman. Ia boleh berlaku melalui (1) ibadah hati seperti melakukan ibadah kerana (a) riyak. Sabda Rasul " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibar buruknya menimpa kamu ialah syirik kecil". Sahabat-sahabat baginda bertanya: "Apakah ia syirik kecil? Itu ya Rasulullah?" Baginda saw menjawab " Syirik yang kecil itu ialah riyak". (H.R. Ahmad) Niat melakukan sesuatu semata-mata kerana (b) dunia. Firman Allah yang bermaksud " Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialha apa yang telah mereka kerjakan." (S:Huud:11:15-16) (c) Menyandarkan diri kepada sebab dan bukan kepada Allah yang yang menjadikan sebab seperti menyandarkan kesembuhan kepada ubat bukan kepada Allah, masuk surga kerana amal kebaikan bukan kerana rahmat Allah dan kaya kerana bekerja bukan kerana kemurahan Allah swt. Kita mesti menyandar diri kepada Allah kemudian berusahalah mencari sebabsebab yang boleh menyelamatkan dan yang boleh menjayakan urusan di dunia dan di akhirat. (d) Tathayyur iaitu sikap merasa sial dengan sesuatu yang dilihat atau yang didengar seperti meyakini usahanya gagal ketika mleihat ular melintas di hadapannya, meyakini ada salah seorang anggota keluarganya yang akan meninggal dunia ketika mendengar suara burung gagak. Rasulullah saw bersabda " Thiyarah(merasa sial) adalah syirik" (H.R. Ahmad) 2. Syirk kecil dalam perbuatan (a) Melakukan ruqyah iaitu menggunakan mantera-mantera dan jampi-jampi yang bukan dari al-Quran dan sunnah. Rasulullah saw bersabda " Perlihatkanlah ruqyah mu kepadaku. Tidak apa-apa mellakukan ryqyah selama tidak mengandung kesyirikan"

(HR.Muslim) (b) Memakai jimat.Rasulullah saw bersabda " Barangsiapa mengalungkan jimat, maka ia telah syirik" (HR. Ahmad) 3. Syirik kecil dalam perkataan (a)Bersumpah dengan nama selain daripada nama Allah. Sabda Rasul " Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah syirik" (HR.Ahmad) (b) Menyejajarkan Allah dengan makhluknya dalam perkataan iaitu dengan menggunakan perkataan kata sambung " dan" seperti ucapan seseorang, " Semua ini atas kehendak Allah dan kehendakmu". (3) Perkataan seseorang, " Kita diberi hujan berkat binatang ini dan itu". Rasulullah saw bersabda " Ada empat perkara jahilaih yang terdapat pada umatku dan mereka tidak meninggalkannya; menyombongkan diri dengan kedudukan, mencela garis keturunan, meminta hujan dengan perantaraan bintang dan meratapi mayat". (HR. Muslim) Kesimpulan 1. Syirik kecil adalah dosa besar, bahkan dosa paling besar setelah dosa-dosa yang menggugurkan/memtalakan taudi/iman. ( 2) Boleh membawa pelakunya kepada syirik besar yang mengeluarkannya dari Islam. Ia berada dalam bahaya besar kerana dengan syirik kecil yang dilakukannya, ia boleh tergelincir keluar dari agama Islam. (3) Boleh menggugurkan pahala amal kebaikan. Allah berfirman dalam hadis qudsi " Aku Zat yang tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa melakukan suatu amalan yang ia menyegutukan Aku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya bersama sekutunya". (HR. Muslim)

Munafik Di dalam al-Quran perkataan,menafiqun,munafgiqin dan munafiqat boleh didapat di dalam sekurang-kurangnya 9 surah. Di antaranya S:at-Taubah:9:67. S:al-Ahzab:33:73. S: al-Fath:48:6 S:al-Hadid:57:13. S: al-Anfal:8:49. S: al-Munafiqun:63:1 S:anNisak:4:61.S:al-Angkabut:29:11. dan S:at-Tahrim:66:9. Menurut kamus Al-Munjid, erti munafiq ialah orang yang menyembunyikan sifat kufur di dalam hatinya dan menzahirkan sifat keimanan di lidahnya. Dengan kata lain orang munafiq dalam kontek ayat-ayat yang tersebut di atas ialah mereka yang berpura-pura beriman pada zahirnya tetapi batinnya tetap kufur. Munafiq ada dua macam. (1) Munafiq dalam iktikad(keyakinan) seperti contoh-contoh dalam ayat yang tersebut di atas. Munafiq dalam iktikad terkeluar daripada agama;kufur dan murtad. Di akhirat kelak ia akan ditempatkan di Neraka yang paling bawah sekali seperti nasib yang diterima oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Manakala(2) munafiq dalam amalan ialah ia sekadar memiliki cirri-ciri sifat orang munafiq tetapi hatinya masih tetap beriman tidak menyebabkan ia kafir dan murtad seperti sifat negatip segelintir orang Islam bila diberi kepercayaan pecacah amanah dan sebagainya. Namun demikian ia dibimbangi akan

terjebak ke dalam kekufuran dan kemurtadan kalau cirri-ciri sifat orang munafiq itu menjadi kebiasaan dan berterusan menjadi amalannya, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya " Ada empat hal yang jika berada pada diri seseorang maka ia menjadi seorang munafiq sesungguhnya,dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu daripadanya, maka berarti ia memiliki satu kebiasaan;cirri nifaq sampai ia meninggalkannya; bila di percayai ia berkhianat dan jika bercakap ia bohong, jika berjanji ia ingkari dan jika bertengkar ia berucap kotor" (H.R. Bukhari dan Muslim)

Kebencian dan tipu daya gulongan munafiq Menurut al-Marhum Fathi Yakan orang munafiq memang ada di mana-mana dan dalam zaman apa pun sepanjang sejarah tidak sunyi dari kewujuan mereka. Yang mendurong mereka mmembenci dan memusohi Islam berbagai-bagai sebab. Ada kerana kepentingan duniawi. Kadang-kadang ia berselindung di sebaliktakwa dan agama untuk smpai kepada tujuannya.Ada yang bertujuan untuk mencetuskan krisis, melaga-laga dan memecah belahkan barisan umat Islam. Ada yang dik kerana semata-mata niat jahat. Ada pula yang mendapat arahan dari orang lain. Makanya mereka meresapi jemaah untuk tujuan-tujuan yang tersebut diatas. Dan ada pula kerana hendakj berkuasa atau melepaskan diri dari penindasan penguasa. Di antara tindakan-tindakan yang pernah mereka lakukan ialah: Melakukan Fitnah 1.Memfitnah Aisyah r.anha berkelakuan sumbang dengan Safwan bin Ma'attal pada hal cerita ini senghaja direka-reka, certita palsu (Hadis al-Ifk) oleh Ubai bin Salul untuk melepaskan dendam dan bencinya terhadap Rasulullah s.aw.. Setelah peristewa itu turun Surah an-Nur 24:11 untuk membersihakn Aisyah r.anha dari tuduhan dusta tersebut. Menipu Allah 2. Percobaan menifu Allah, memperolok-olokkan Allah dan melakukan kerosakan di dunia. Sila rujuk S; al-Baqarah:2:8-15.

Memecahbelahkan masyarakat Islam 3. Gulongan munafiqun sanggup bersusah payah mendirikan Masjid yang dikenali dengan Masjid AlDirar untuk menunjukkan keimanan dan kebaikan mereka padahal Masjid Quba telah pun sedia ada di bina oleh Rasulullah saw. Tujuan sebenarnya mereka mendirikiannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menandingi dan melemahkan fungsi Masjid Quba' dan seterusnya memcahabelahkan masyarakat Islam. Sila rujuk S;at-Taubah:9:107-108.

Melemahkan masyarakat Islam dari dalam.

4. Orang munafiq masuk Islam pada mulanya kerana kepentingan kebendaan dan harta rampasan. Salain daripada itu mereka telah melihat agama Islam semain berkembang dan bertambah kuat. Apabila melihat kemungkinan Islam akan kalah dalam peperangan Khandak ,janji-janji mereka dengan Allah dan Rasul sudah dikhianati. Malah Allah dan Rasul dituduh menipu. Mana mungkin bilangan orang Islam boleh menang dalam perang Khandak dengan bilangan hanya 3,000 boleh berjaya menentang tentera Ahzab seramai 10,000. Sebab itu mereka sanggup meninggal tempat bertahan Rasulullah s.aw. serta tentera-tentera Islam yang lain untuk balek semula ke Kota Madinah dengan alasan tidak ada yang menjaga anakanak dan isteri. Bimbang mereka akan dirompak. Sebenarnya mereka senghaja lari dari medanperjuangan untuk menyelamatkan diri dan dengan sangkaan" Masa Madinah" sudah tamat dan Madinah akan kembali ke zaman Yathrib yang lama yang akan diperintah semula orang-orang Yahudi dan menafiqun. (Sila rujuk S:alAhzab:33:13) Waspada Menghadapi orang munafiq bukan sesuatu yang mudah, terlalu sukar kerana mereka adalah musuh dalam selimut, lebih bahaya dari musoh yang datang dari luar. Makanya Dr. Hamka memperingatkan kita supaya berwaspada kerana mereka tidak akan menentang secara berhadapan, melainkan melempar batu sembunyi tangan. Kalau mereka mengatakan setuju, tanda ada udang di balik batu. Segala sesuatu mereka ukur dengan keuntungan benda yang akan mereka dapat. Kalaulah Rasululllah saw sendiri diperintah oleh Allah supaya berjihad menentang orang kafir dan munafiq sebagaimana dinyatakan dalam surah atTaubah:9:73 maka sudah barang tentu kita juga tidak boleh berpeluk tuboh kerana mereka tidak pernah diam. Asal ada sahaja kesempatan pasti mereka eksploit. Mereka bergerak secara berkumpulan, Di kalangan mereka lelaki maupun perempuan sering bekerjasama sekalipun nama organisasi dan cara bertindak berbeza-beza tetapi matlamat mereka adalah satu untuk menghancurkan umat Islam dan seterusnya memadamkan nur Allah di muka bumi ini. Rujukan; Tafsir Azhar Arbain Tarbawiyah Qawaribun najah Majalah Melenia Akidatul mukmin

Isnin, 28 Mac 2011

Amalan Khurafat
1:32:00 PG jullz No comments

Pengertian Khurafat

" Amalan atau kepercayaan karut yang boleh membatalkan iman."

Contoh-contoh amalan khurafat

1. Mempercayai bintang-bintang (zodiak) 2. Mandi di Bulan Safar 3. Memuja pantai 4. Membuang Ancak untuk menghalau jin dan syaitan 5. Memuja Kubur yang dianggap wali atau keramat 6. Mempercayai tangkal / azimat 7. Mempercayai ada binatang yang membawa tuah atau sial 8. Percaya akan ada bencana jika ular masuk ke dalam rumah. 9. Percaya pada hari yang membawa tuah atau sial 10. Kenduri Lenggang perut bagi wanita yang sedang mengandung 11. Mengadakan upacara "buka gelanggang" 12. Meminta izin "atuk dan nenek" sekiranya ingin buang air kecil atau besar di tengah hutan

Hukum Mempercayai Amalan Khurafat : HARAM

Dalil Mengenai Khurafat :

"14. Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. "

( Surah Ar-Ra'ad : Ayat 14 )

Kesan Mempercayai Perkara Khurafat

1. Dimurkai oleh Allah SWT dan Rasul Nya 2. Jiwanya sentiasa gelisah dan tidak tenteram 3. Menjadi takbur dan pendendam 4. Membuang masa dan wang 5. Berlaku kemungkaran dan kerosakan

Cara Mengatasi Amalan Khurafat

1. Sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama

2. Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya.

3. Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dan sebagainya.

4. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat oleh masyarakat

5. memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih ketat lagi.

* Nota untuk guru dan murid dalam jawi dan persembahan powerpoint, boleh dimuat turun di ruangan "nota ringkas " dan "bahan bantuan mengajar dan belajar"

Melenggang Perut
Topik yang akan saya kemukakan adalah tentang pacara melenggang perut'di kalangan orang Melayu. Upacara ini telah menjadi adat resam di kalangan Melayu dan menjadi warisan turun temurun daripada nenek moyang hingga sekarang masih berlaku. Ibu-ibu muda hanya menurut kata-kata orang tua tanpa berfiikir dengan teliti dalam mengambil tindakan tersebut sama ada melenggang perut itu adalah sesuatu yang baik dalam agama atau khurafat Ibu-ibu yang sedang mengandung selama 7 bulan akan mula melenggang perutnya adalah untuk membetulkan kedudukan bayi pada tempat yang sepatutnya iaitu kedudukan kepala bayi berada di pembukaan rahim untuk mengelak bayi tersebut daripada lemas semasa keluarnya air ketuban. Untuk membetulkannya tidak salah tetapi dalam melakukannya bidan kampung telah mencampurinya dengan unsure-unsur khurafat seperti jampi serapah, kain kuning dan lain-lain lagi. Bayi yang masih berada dalam perut telah 'diperkenalkan'dengan jampi serapah yang pastinya mempunyai 'penunggu' kepada jampi serapah tersebut. Bila hal ini terjadi maka unsure-unsur 'luar'telah masuk campur dalam kehidupan bayi tersebut. (sekarang nikan dah ada scanner so boleh lihat keadaan bayi macam mana dan boleh dibetulkan tanpa mengguna jampi serapah)

Ini juga salah satu kecuaian yang berlaku dalam masyarakat kita semasa dalam hubungan kelamin bukan main beringat tetapi dalam pada itu mereka tidak sedar bahawa mereka telah melibatkan unsure-unsur 'luar' yang disengajakan dan diterima bulat-bulat tanpa diselidiki terlebih dahulu. Jadi fikir2lah bukan semua dari adat resam mesti dituruti sebab adakalanya ia diselitkan dengan unsure-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik menduakan Allah SWT.

arikh Keputusan: 5 Jul, 2011

(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta; (b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja; (c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam; (d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;

(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisantulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa; (f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam; (g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh; (h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Taala.

Status Penwartaan: Diwartakan Tarikh Diwartakan: 19 Jan, 2012 Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2 Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-sertapenggunaan-azimat-menurut-perspektif-islam

Kepercayaan dan Amalan Khurafat Serta Penggunaan Azimat Menurut Perspektif Islam

1996/40/3 Akidah

Tarikh Keputusan: 5 Jul, 2011

Keputusan:
(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja; (c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam; (d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri; (e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objekobjek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa; (f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam; (g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh; (h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Taala. Status Penwartaan: Diwartakan Tarikh Diwartakan: 19 Jan, 2012 Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2 Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Islam larang perkara khurafat dalam pengurusan uri


Oleh Mohd Nizwan Musling SETIAP bayi yang dilahirkan keluar bersamanya uri atau dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai `kembar bayi'. Uri atau tembuni atau plasenta dikenali sebagai al-mashimah dalam Bahasa Arab. Uri, organ dalam rahim yang bersambung dengan janin melalui tali pusat berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Namun, masih ada yang masih tidak tahu bagaimana pengurusan uri mengikut Islam sehingga mengundang perkara khurafat. Banyak faktor menyumbang berlakunya perkara itu antaranya kurang perhatian dan kesedaran. Kebiasaannya, bapa bayi hanya memikirkan keadaan bayi yang baru dilahirkan, seterusnya menyerahkan tugas menguruskan uri kepada orang tua mereka. Di samping itu, tidak dinafikan pendedahan maklumat yang jelas berkenaan pengurusan uri mengikut Islam sama ada melalui ceramah mahupun penulisan ilmiah yang mudah dicapai dan difahami masyarakat awam masih kurang. Ketua Program Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Malaysia (USIM), Dr Irwan Mohd Subri, berkata banyak perkara khurafat dilakukan umat Islam berhubung pengurusan uri.

Antaranya, menanam uri bersamapensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan `kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam. Perkara ini amat membimbangkan kerana jika tidak diperbetulkan dengan memberikan panduan Islam sebenar, ia dapat merosakkan akidah seseorang Muslim. Irwan menjelaskan, adalah tidak benar dan berasas sebahagian masyarakat kita yang suka mengaitkan perkara berlaku terhadap kanakkanak sama ada baik atau buruk dengan akibat terhadap pengurusan uri. Ini seperti mana larangan Rasulullah SAW ketika mana kematian anaknya, Ibrahim, dikaitkan dengan gerhana matahari dan bulan. Masyarakat di Kampung Ayer, Brunei, tidak menanam uri bayi sebaliknya hanya memasukkan uri dalam bungkusan plastik yang disangkut di dahan pokok di sebuah pulau tidak berpenghuni. Islam agama yang syumul meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam konteks pengurusan uri ini, Islam menetapkan beberapa garis panduan seperti dijelaskan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bahawa hukum menanam uri bayi adalah harus. Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Manamana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masingmasing. Berdasarkan keterangan itu, jelas menunjukkan uri bayi hendaklah ditanam selari dengan apa yang diperintahkan dalam hadis diriwayatkan Hakim daripada Aisyah yang mafhumnya, "Nabi SAW telah memerintahkan supaya ditanam tujuh perkara daripada manusia iaitu rambut, kuku, darah, haid, gigi." Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunah USIM, Dr Irsyadulhaq Abdullah, berkata hikmah Islam memerintahkan uri bayi ditanam adalah sebagai tanda penghormatan kepada uri itu kerana ia sebahagian anggota manusia dan manusia makhluk yang dimuliakan Pencipta-Nya. (Berita Harian, 17 Mei 2012, ms N5, Agama)

Soal Jawab Agama : Buang amalan khurafat

Soal Jawab Agama : Buang amalan khurafat


on Wednesday, August 29, 2012

Bolehkah kita membuat binaan atas kubur? ABU HASSAN: Terlebih dahulu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat binaan. Setakat kita membuat dinding simen atau mar mar di sekeliling kubur itu bukan termasuk dalam binaan atau perhiasan. Tetapi jika sampai ke tahap membuat bumbung di kubur, itu sudah termasuk dalam membuat binaan. Ini diharamkan kecuali pada kubur para rasul, sahabat dan yang setaraf dengannya. Ada pun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi. Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan. Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat. Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati. Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam bidaah dan khurafat. Bagaimana pula dengan tahlil arwah yang dilihat mesti dibuat apabila berlaku kematian? ABU HASSAN: Ini satu lagi perkara yang sampai sekarang masih diperdebatkan. Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat (riwayat Muslim) Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan. Keharusan tahlil juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana pada suatu hari baginda didatangi oleh seorang wanita. Kata wanita itu: "Ya Rasulullah, ibu saya baru meninggal dunia dan belum mengerjakan haji. Lalu Nabi menjawab, kerjakan olehmu haji untuk ibumu itu". Bersandarkan peristiwa itu, ulama memutuskan bahawa orang yang hidup boleh membuat ibadat seperti haji, puasa

dan sedekah untuk si mati. Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal ini tergolong dalam bidaah. Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu. Lagi pun, bagi saya, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati. Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat, secara peribadi saya melihat tahlil tiada ada faedah baginya. Contohnya, seorang bapa semasa anak mudanya masih hidup tidak pernah menyuruh anaknya solat malah hidup anaknya terlalu bebas sehingga tidak mengenali Tuhan. Tiba-tiba anaknya itu mati, adakah tahlil boleh membantu atau memberi faedah kepadanya, kebanyakan ulama berpendapat, ia tidak memberi sebarang faedah. Kalau hendak membantu anak atau kaum keluarga daripada api neraka pastikan ia dibuat semasa hayat mereka bukan setelah mereka mati. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...(al-Tahrim: 6). Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah? ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak. Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi) Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu. Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat. Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja. Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim) Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.

Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut. Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga? ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara. Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis". Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat. Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut. Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis. Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam. Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak. Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar. Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini. Kebelakangan ini ada di kalangan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Apakah hukum memelihara anjing sebagai kegemaran? ABU HASSAN: Memang tidak ada nas yang melarang kita memelihara anjing. Cuma kita kena tengok apakah tujuan berbuat demikian. Dalam kitab fiqh ada istilah kalbul mu'allim iaitu anjing yang dilatih untuk berburu. Dalam keadaan ini adalah diharuskan untuk kita menggunakan anjing. Syaratnya, tempat gigitan anjing itu tidak boleh dimakan. Berdasarkan hukum ini, ulama berpendapat tidak jadi kesalahan jika orang Islam pelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan harta benda dan rumah. Tetapi pada masa yang sama, kita perlu tahu bahawa anjing itu adalah binatang bernajis. Jika ia menjilat atau kita terkena jilatan anjing maka ia perlu disamak. Dalam hal memelihara anjing untuk tujuan suka-suka, dibimbangi kita terkena najisnya. Apatah lagi jika anjing itu dibiar berkeliaran dalam rumah. Dalam keadaan demikian, kita tidak boleh memastikan tentang najis anjing itu yang keluar masuk ke rumah. Pada masa yang sama, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung. (riwayat Bukhari dan Muslim) Kalau demikian, bagaimana kita hendak mendapat rahmat Allah? - UTUSAN

Tangkal: Amalan khurafat


WARTAWAN SINAR HARIAN

5 November 2012

Antara benda-benda atau barangan yang sering dijadikan tangkal atau azimat.

APABILA budaya khurafat dan kepercayaan tahyul berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada ALLAH SWT telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal). (Riwayat Ahmad). Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga ALLAH tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wadaah, semoga ALLAH tidak membiarkannya dalam ketenangan. (Riwayat Ahmad, Abu Yala, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah). Dalam riwayat yang lain: Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik. (Majma az-Zawaid,) Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara berbahaya seperti sihir, gangguan dan penyakit. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak kecil. Wadaah adalah bahan berupa cangkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalu ng bertujuan menjaga diri daripada gangguan dan bahaya. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam tafsirnya: Hudzaifah pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan firman ALLAH, Surah Yusuf, 12: 106): 'Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah'. (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419).

Keputusan majlis fatwa negeri MENERUSI keputusan Majlis Fatwa Negeri Melaka bertarikh 5 Julai 2011 yang diwartakan pada 19 Januari 2012 berhubung kepercayaan dan amalan khurafat serta penggunaan azimat menurut perspektif Islam menyatakan, khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. Sementara azimat atau tangkal adalah suatu objek yang ditulis dengan ayat atau huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja. Oleh itu, Islam sangat menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah ditolak oleh Islam termasuklah amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan.

Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri. Sehubung itu, keputusan muzakarah adalah haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal; ilmu pengasih; ilmu pelemah hati; ilmu penjauh jin; penyeri; pemanis; mempercepatkan jodoh; pelaris; penunduk musuh; penunduk kata; pemerdu suara; pembungkam; penarik rezeki; penjaga diri; penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH. (Portal rasmi Majlis Fatwa)

Artikel Berkaitan
Tangkal: Amalan khurafat

Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/11/terjebak-dalam-khurafat-1-tanyalah.html http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/11/terjebak-dalam-khurafat-2-tanyalah.html http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/11/terjebak-dalam-khurafat-3-tanyalah.html http://dakwahwanita.wordpress.com/kepercayaan-karut/1-pengertian-khurafat/ http://wanwma.com/motivasi/kepercayaan-melayu-amalan-khurafat-dan-adat-resam/ http://www.almuhandisu.com/amalan-khurafat-dalam-adat-resam-melayu/ http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hukum-khurafat-dan-azimat http://mufti.perlis.gov.my/informasi/koleksi-khutbah/147-syirik-dan-khurafat-memusnahkanumat http://gtb65.blogspot.com/2012/12/amalan-khurafat.html http://ahliusrah.blogdrive.com/archive/26.html http://www.asampedasikanpari.blogspot.com/2011/03/amalan-khuafat.html http://www.islam.gov.my/khutbah-online/khurafat-membawa-sesat http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17741.0 http://darussyifabbst.blogspot.com/2012/11/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-serta.html http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kepercayaan-dan-amalan-khurafat-sertapenggunaan-azimat-menurut-perspektif-islam http://www.usm.my/index.php/en/papercutting/10255-islam-larang-perkara-khurafat-dalampengurusan-uri.html http://myadha.blogspot.com/2012/08/soal-jawab-agama-buang-amalan-khurafat.html http://www.sinarharian.com.my/nasional/tangkal-amalan-khurafat-1.101095