Anda di halaman 1dari 3

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Darul Iman. Tel: 09-6696470

LAPORAN ADUAN PELAJAR BERKENAAN KAFE INDUK FEBRUARI 2013 BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL Oleh: Nurul Hidayah binti Mohd Razali Fuzai

Hari Pertama 30 Januari 2012 Pada detik lapan pagi pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang berjaya mendapat tempat di IPG Kampus Dato Razali Ismail tiba di kawasan kampus. Pengurusan hari pertama dimulai dengan pendaftaran pelajar di Dewan al-Farabi. Melalui pemerhatian ahli jawatankuasa kebajikan dan sosial semua pelajar yang hadir mendaftar berada dalam keadaan yang terbaik dan sihat. Pengurusan pada hari pertama yang tamat pada jam 11 malam berakhir dengan baik tanpa sebarang masalah walaupun kelihatan pelajar agak letih memandangkan pendaftaran mengambil masa yang panjang.

Hari Kedua 31 Januari 2012 Latihan dalam kumpulan memulakan aktiviti pertama pada hari kedua selepas solat subuh dan persiapan diri. Beberapa orang pelajar melaporkan bahawa mereka berasa tidak sihat dan memerlukan ubat-ubatan yang sesuai. Namun kekurangan ubat-ubatan dan kelengkapan yang kurang mencukupi di dalam peti kecemasan diambil tindakan oleh pengerusi dan penolong pengerusi jawatankuasa kebajikan dan sosial. Antara tindakan yang dilakukan adalah dengan mendapatkan sendiri ubat-ubatan yang diperlukan di farmasi berdekatan. Seterusnya, ahli jawatankuasa kebajikan dan sosial mendapatkan bantuan daripada pensyarah bertugas, Puan Badrul Muin. Malam makin melabuhkan tirainya, semakin banyak pelajar kurang sihat dan datang mendapatkan rawatan. Namun begitu, memandangkan ubat-ubatan dan kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak jawatankuasa membolehkan setiap pelajar mendapat rawatan yang baik. Berikut adalah senarai pelajar yang memerlukan rawatan daripada pihak luar dan pelepasan untuk pulang pada waktu malam akibat penjagaan anak yang masih kecil. Pelajar yang mendapat rawatan di klinik

1. Mohamad Din Shamsuddin Pendidikan Islam 1 Pelajar yang pulang akibat penjagaan anak kecil 1. Azwar Nurul Fatin binti Ahmad Bahasa Arab 2 2. Wan Nur Sakinah Pendidikan Islam 2 3. Siti Aminah binti Mahmud Pendidikan Islam 2 4. Nora Shahida Bahasa Arab 1 Pelajar yang mengandung 1. Nor Hayati binti Hassan Pendidikan Islam 2

Hari ketiga 1 Februari 2012 Hari ketiga disambung dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh para pensyarah kepada para pelajar terutamanya taklimat akta 174 dan borang perjanjian yang sememangnya penting dalam mengikuti pengajian di IPG Kampus Dato Razali Ismail. Seperti hari-hari sebelumnya masih terdapat beberapa pelajar yang masih memerlukan rawatan dan ubatubatan dan masalah sedemikian berjaya diselesaikan oleh ahli jawatankuasa kebajikan dan sosial kerana persediaan awal dari segi ubat-ubatan. Pada waktu malamnya, program bersama jawatankuasa perwakilan pelajar juga berjalan dengan lancar walaupun masih terdapat beberapa pelajar yang mengadu sakit serta memerlukan ubat-ubatan. Rata-rata pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sama mengadu sakit dari awal program minggu pengurusan pelajar baru.

Hari keempat 2 Februari 2012

Hari keempat merupakan hari terakhir dalam minggu pengurusan pelajar baru di mana majlis penutupan minggu pengurusan pelajar baru berlangsung di sebelah petang. Pada sebelah pagi para pelajar mengikuti ceramah integriti dan sesi bersama jabatan dan mentor. Seperti biasa pelajar yang mempunyai masalah kesihatan akan diberi rawatan dan ubatubatan yang diberikan oleh unit kebajikan dan sosial. Pada sebelah petangnya minggu pengurusan pelajar baru ditamatkan dengan majlis penutupan minggi pengurusan pelajar baru. Secara keseluruhannya perjalanan hari ini dan keseluruhan minggu pengursan pelajar baru berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan kecekapan daripada unit kebajikan dan sosial yang bijak dalam menangani segala masalah yang timbul.

Yang Menjalankan Tugas,

2 FEBRUARI 2012.

............................................................. (MUHAMMAD MURSYIDI BIN OSMAN) Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 22030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Anda mungkin juga menyukai