Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24

JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR.


No. Tel 03-55418623 No. Fax 03-55482017

RUJ. TUAN : RUJ. KAMI : SKS24/002/001 TARIKH : 20 MAC 2013 Wisma Berkat, Lot 10, Jalan Pelabur 23/1, Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. U/P: En. Shafiz Shahrani, Ketua Eksekutif Shapadu Group Companies Tuan, MEMOHON TAJAAN JERSI PASUKAN RAGBI SEKOLAH Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan Ragbi Rimau SK Seksyen 24 ini adalah pasukan yang

mempunyai prospek yang tinggi untuk dibangunkan dan berpotensi untuk maju di peringkat Daerah Petaling Perdana ini. 3. Pasukan Ragbi Rimau SK Seksyen 24 ini telah diwujudkan hampir 3 tahun dan telah mencapai

pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan. Antaranya ialah mendapat tempat ketiga pada tahun pertama dan tahun kedua penyertaan dalam kejohanan MSSD 2011 & 2012. Pada tahun ketiga iaitu pada tahun ini, pasukan telah berjaya menjuarai kejohanan MSSD. 4. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak tuan

bagi mendapatkan jersi pasukan untuk digunakan dalam kejohanan mewakili sekolah. Sumbangan boleh diberikan dalam dua bentuk; wang tunai atau jersi tersebut. 5. Untuk makluman tuan, kos untuk membeli jersi pasukan yang terdiri dari 12 orang pemain itu adalah

RM 150.00 untuk sehelai jersi dengan material sebenar jersi ragbi dan RM 30.00 untuk sehelai seluar ragbi. Jumlah keseluruhan untuk 12 set jersi dan seluar ragbi adalah RM 2,160.00.

6.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan (jersi) atau wang tunai.

Sebagai penghargaan kepada pihak penaja, NAMA SYARIKAT akan dicetak di atas jersi tersebut mengikut sumbangan yang diberikan. 7. Segala urusan berkaitan dengan penajaan atau sumbangan bolehlah berhubung terus dengan En. Zul

Emran atau En. Nor Hazren di talian 010-4297418/012-4535203. Kami amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MURIDKU ANAKKU SAYANG Saya yang menurut perintah,

AMIZA BT PILUS, Penolong Kanan Ko kurikulum, SK Seksyen 24.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24


JALAN PETOLA 24/8, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR.
No. Tel 03-55418623 No. Fax 03-55482017

RUJ. TUAN : RUJ. KAMI : SKS24/002/001 TARIKH : 20 MAC 2013 Kepada Pihak yang berkenaan,

Tuan, MEMOHON TAJAAN JERSI PASUKAN RAGBI SEKOLAH Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan Ragbi Rimau SK Seksyen 24 ini adalah pasukan yang

mempunyai prospek yang tinggi untuk dibangunkan dan berpotensi untuk maju di peringkat Daerah Petaling Perdana ini. 3. Pasukan Ragbi Rimau SK Seksyen 24 ini telah diwujudkan hampir 3 tahun dan telah mencapai

pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan. Antaranya ialah mendapat tempat ketiga pada tahun pertama dan tahun kedua penyertaan dalam kejohanan MSSD 2011 & 2012. Pada tahun ketiga iaitu pada tahun ini, pasukan telah berjaya menjuarai kejohanan MSSD. 4. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak tuan

bagi mendapatkan jersi pasukan untuk digunakan dalam kejohanan mewakili sekolah. Sumbangan boleh diberikan dalam dua bentuk; wang tunai atau jersi tersebut. 5. Untuk makluman tuan, kos untuk membeli jersi pasukan yang terdiri dari 12 orang pemain itu adalah

RM 150.00 untuk sehelai jersi dengan material sebenar jersi ragbi dan RM 30.00 untuk sehelai seluar ragbi. Jumlah keseluruhan untuk 12 set jersi dan seluar ragbi adalah RM 2,160.00.

6.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan (jersi) atau wang tunai.

Sebagai penghargaan kepada pihak penaja, NAMA SYARIKAT akan dicetak di atas jersi tersebut mengikut sumbangan yang diberikan. 7. Segala urusan berkaitan dengan penajaan atau sumbangan bolehlah berhubung terus dengan En. Zul

Emran atau En. Nor Hazren di talian 010-4297418/012-4535203. Kami amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MURIDKU ANAKKU SAYANG Saya yang menurut perintah,

AMIZA BT PILUS, Penolong Kanan Ko kurikulum, SK Seksyen 24.

Anda mungkin juga menyukai