Anda di halaman 1dari 1

Bicara Ilmu 4 Kuliah Ramadhan 1 Apa Ada Pada Ramadhan?

n? Kalaulah sekiranya umatku mengetahui apa yang ada di dalam bulan Ramadhan maka sesungguhnya mereka akan mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan Jadi, apa yang ada pada bulan Ramadhan sehingga jika kita tahu, kita akan mahukan seluruh tahun jadi Ramadhan. Ada 10 perkara:1. Ada puasa Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharapharapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu(Hadith Riwayat al-Bukhari ) Beza puasa Ramadhan dan puasa pada bulan lain ialah, di bulan Ramadhan sambil puasa, dosa kita akan diampunkan. 2. Ada Gandaan Pahala Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan 3. Berita gembira i. mengenai dirantainya syaitan ii. dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga) 4. Ada amaran i. hilangnya pahala puasa Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad) ii. kecelakan orang yang tidak berpuasa dan tidak mendapat ampunan dari Allah 5. Penunaian zakat fitrah Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga. 6. Solat Tarawikh Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya 7. Lailatul Qadar Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan. 8. al-Quran Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini. 9. Ada keredhaan Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan. Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita. 10. Idul Fitri Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini. Setelah kita tahu 10 perkara mengenai Ramadhan ini, marilah sama-sama kita bersedia menghadapi Ramadhan Mudah-mudahan selamat kita di dunia dan selamat kita di akhirat

Anda mungkin juga menyukai