Anda di halaman 1dari 53

Konsep model membaca adalah berkaitan dengan cara yang dilakukan oleh seseorang pembaca semasa membaca dalam

usaha mendapatkan makna daripada teks yang dibaca.

MODEL bacaan adalah teori yang melibatkan idea atau pandangan dalam proses membaca yang digunakan oleh pembaca yang berbeza. Model-model yang utama dalam membaca adalah dalam proses pembacaan. Terdapat beberapa model atau teori yang berkaitan dengan membaca yang dikemukakan. Konsep model membaca adalah berkaitan dengan cara yang dilakukan oleh seseorang pembaca semasa membaca dalam usaha mendapatkan makna daripada teks yang dibaca. Usaha secara grafik menggambarkan cara memahami perkataan, memproses klausa dan memahami teks. Jenis-jenis Model Bacaan Terdapat tiga model utama dalam membaca teks. Model-model ini dikemukakan oleh ahli dalam bidang bacaan dan sering dirujuk bagi menunjukkan proses dalam pembacaan itu sendiri. Model atas-ke-bawah (Top-down model) Model bacaan ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967,1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini memfokuskan peranan pembaca dan bacaannya yang bersifat linear tetapi bergerak daripada atas ke bawah. Pembaca memainkan peranan utama semasa memahami teks yang dibaca. Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa. Pembaca terlibat dalam suatu pusingan yang bermula dengan pembentukan hipotesis yang berkaitan makna dan kemudian

memberikan contoh hipotesis itu membuat pengesahan ataupun tidak mengesah-kan hipotesis itu sebelum membuat semakan atau membetulkan mana yang perlu. Oleh kerana pembaca mengambil sampel kiu tekstual bagi mengesahkan ataupun menolak hipotesis, membaca dikatakan sebagai psikolinguistik permainan tekaan. Peranan utama pembaca adalah mengawal keseluruhan maklumat visual dan bukan visual semasa membaca. Maklumat visual merujuk kepada bahan bercetak manakala maklumat bukan visual merujuk kepada pemahaman bahasa yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan dan kebolehan membaca secara umum. Lebih banyak pembaca memahaminya semakin kurang keperluan mendapatkan maklumat dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, apabila pembaca membaca teks, maksud dan jangkaan pembaca dapat membantu menghuraikan anggapan maklumat yang dibaca sama ada dalam bentuk visual ataupun bukan visual. Kedua-dua jenis maklumat itu boleh saling bertukar ganti antara satu dengan yang lain. Pembaca yang menggunakan pengetahuan lalu kurang bergantung kepada teks. Dengan membawa lebih banyak pengetahuan lalu dalam proses membaca, pembaca memperoleh jawapan pada soalan dan jangkaan berkenaan teks dengan memilih kiu bahasa yang paling produktif di dalam teks. Soalan dan jangkaan dapat dijawab dengan memuaskan, pembaca dikatakan sudah memahami teks. Walau bagaimanapun, dalam membaca bahasa kedua, terdapat juga kelemahan dan batasannya. Sebagai contoh, penekanan secara tunggal dalam membuat ramalan yang dibuat semasa membaca mengelirukan pembaca. Kajian menunjukkan pembaca yang baik mendapat maklumat visual dengan tepat dan cepat sementara pembaca yang lemah membaca dengan menggunakan strategi membaca tahap tinggi

(Devine, 1988). Sementara itu, pembaca yang ber-gantung hanya berasaskan jangkaan ke atas pengetahuan lalunya mungkin membina makna yang mempunyai hubungan yang sedikit dengan makna pengarang. Keadaan ini mempengaruhi pemahaman teks yang dibaca (Campbell & Malicky, 2000). Pandangan lain dalam membincangkan model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Mereka membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas isi kandungan teks itu wujud. Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan grafik yang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagai panduan. Antaranya ialah: a. Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks yang dibaca. b. Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna. c. Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang akhirnya mewujudkan makna. d. Dikenali juga sebagai model 'Dalam Ke Luar', Berpandukan Konsep' atau 'Keseluruhan ke Bahagian'. Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang ber-kaitan dengan model membaca ini, iaitu: a. Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan. b. Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata. c. Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna

daripada teks bacaan. Oleh itu matlamat membaca model ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan tindak balas daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif dengan menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna. Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif iaitu seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai hasil. Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks. Berdasarkan model tersebut, pendekatan mengajar membaca berdasarkan prinsip berikut: a. Pembaca dapat memahami bahan daripada teks yang dibaca walaupun tidak mengenali setiap perkataan yang dibaca. b. Pembaca perlu menggunakan makna dan isyarat tatabahasa bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. c. Membaca bagi tujuan mendapatkan makna adalah objektif utama dan lebih baik daripada menguasai huruf, hubungan bunyi dan perkataan. d. Membaca memerlukan penggunaan aktiviti mencari makna lebih daripada menguasai kemahiran mengenali perkataan sahaja. e. Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan. f. Perkara penting berhubung membaca adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh melalui pembacaan. Rumusan model ini adalah: a. Menegaskan perkara yang dimiliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dan pengalaman pada teks yang dibaca bagi tujuan pemahaman. b. Menyatakan yang kefahaman bermula dalam minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea mengenai makna teks yang dibaca. c. Makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil. Contohnya daripada penguasaan semantik pada isyarat sintaksis. Model bawah-ke-atas (Bottom-

up model) Model ini dibincangkan dengan meluas oleh beberapa pengkaji. Antaranya adalah Gough (1972, 1985) iaitu tokoh utama teori ini. Model ini menyatakan individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang berurutan. Berdasarkan dapatan pemerhatian, tumpuan mata pembaca ke atas teks menghala kepada maklumat secara relatif. Gough juga mengandaikan bagi setiap penetapan membaca teks, pembaca memberikan tumpuan kepada teks, masa yang diambil oleh seseorang pembaca adalah 100 milisaat bagi memproses 15 sehingga 20 huruf dan ruang sebelum maklumat bagi penetapan seterusnya diproses. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulai dengan mengecam huruf, mengekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataanperkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik. Ini bermakna maklumat yang baru diterima sebelum itu ditransformasikan dan direkodkan selanjutnya. Bagi menginterpretasikan dan memahami ayat, pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks. Keadaan ini kelihatan menyusahkan kerana tidak melihat kepentingan peranan pengetahuan lalu pelajar dalam membina makna. Walau bagaimanapun, model bawah-ke-atas sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah. Golongan pembaca itu lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global. Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil bermula daripada huruf, kemudian menjadi perkataan dan seterusnya membentuk ayat. Proses membina kefahaman teks terjadi secara automatik (Eskey 1988; Stanovich 1990). Antara inti pati yang

terkandung dalam model ini adalah: a. Memberikan penegasan pada teks bertulis. b. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari makna. c. Timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks. Model ini dapat dirumuskan menurut pandangan-pandangan seperti yang dihuraikan seperti di bawah: a. Membaca adalah proses yang bersiri. Analisis visual huruf demi huruf, membawa kepada mengenal pasti secara positif setiap perkataan melalui pengekodan fonemik. b. Peraturan yang leksikal, sintaksis dan semantik diaplikasikan pada penghasilan fonemik yang dinyatakan dalam bentuk cetakan. c. Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau prinsip abjad. d. Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan pada pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan, makna dan pola sintaksis bahasa itu. e. Menulis hanya bagi merekodkan pertuturan. f. Teks bertulis diorganisasikan secara berhierarki iaitu pada tahap grafemik, fonemik, suku kata, morfem, kata dan ayat. g. Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami unit yang lebih besar iaitu binaan ayat. h. Pembaca mesti belajar mengubah daripada simbol auditori kepada isyarat bahasa. i. Pembaca mesti belajar menguasai secara automatik tindak balas ke atas pola-pola visual teks. j. Belajar membaca bertujuan memperkembangkan jarak tindak balas secara kebiasaan pada pola yang lebih khusus dalam bentuk grafik. Daripada segi pendekatan mengajar, pendukung model ini percaya pembaca perlu: a. Mengenal pasti ciri huruf. b. Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf. c. Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan. d. Menghubungkan pola ejaan bagi memilih perkataan. e. Menimbulkan proses membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks. Model membaca interaktif Berdasarkan

gabungan kedua-dua model yang dibincangkan, model membaca interaktif dikatakan lebih berpengaruh di kalangan pembaca bahasa pertama dan kedua. Perkembangan awal model ini banyak dibincangkan oleh Rumelhart (1977) dan Stanovich (1980, 1981). Menurut Rumelhart, membaca adalah proses perseptual dan kognitif. Tambahan pula, pembaca yang mahir perlu menggunakan maklumat deria, semantik dan pragmatik bagi menyempurnakan tugasan dalam membaca yang ditetapkan. Sumber maklumat yang pelbagai digunakan dengan cara yang kompleks semasa proses membaca. Model ini mengandaikan membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks. Berbeza dengan model membaca atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas, model interaktif melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud pada kedua-dua tahap atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas secara serentak. Tahap membaca pemahaman teks dihuraikan dengan sejauh mana pemboleh ubah pembaca seperti tahap minat ke atas teks, tujuan membaca teks, pengetahuan berkenaan topik, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca, tahap kesanggupan menerima risiko dan sebagainya, berinteraksi dengan pemboleh ubah teks iaitu jenis teks, struktur, sintaksis, perbendaharaan kata dan sebagainya. Oleh itu, bagi membina makna, proses membaca bertugas secara bersama-sama pada tahap teks yang berbeza-beza. Proses membaca dikatakan bermula dengan maklumat grafemik didaftarkan dalam simpanan maklumat visual. Daripada bentuk kritikal input grafemik bergerak dalam alat pencerakin yang berfungsi menginterpretasikan maklumat pembaca yang lalu. Model atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas boleh timbul secara silih

berganti ataupun pada masa yang sama dalam proses membaca. Model ini menghuraikan proses membaca yang bergerak daripada atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas bergantung kepada jenis teks yang dibaca. Keberkesanan penggunaan model ini bergantung kepada latar belakang pembaca, tahap kefasihan membaca, motivasi, strategi yang digunakan dan kepercayaan budaya yang dianuti. Model interaktif mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis dan semantik tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Pembaca pada masa yang sama menggunakan semua peringkat proses membaca. Model ini juga menggunakan cetakan teks sebagai input dan makna sebagai output. Bagaimanapun pembaca yang menetapkan input dan mereka berinteraksi dengan teks, memilih menggunakan sedikit isyarat daripada teks bagi tujuan membina makna. Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif. Ia adalah proses yang menggabungkan atau menjadikan keduaduanya berbeza. Pembaca yang mahir mesti dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik bagi menyempurnakan matlamat. Sumber maklumat yang pelbagai timbul bagi berinteraksi dalam pelbagai cara yang kompleks semasa proses membaca. Terdapat beberapa teori atau model membaca yang dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun pada tahap yang lebih tingi. Wakzyk (2000) menghuraikan proses membaca secara automatik dan kawalan seperti dihuraikan di bawah: Teori memindahkan maklumat Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi

oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut. Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya sedemikian. Selalunya kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan. Teori membaca secara automatik La Berger dan Samuel (1974) menganjurkan teori membaca secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya per-kembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, model ini juga menganggap wujud perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Sehubungan dengan itu, model ini meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya

mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. Oleh itu, ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan. Teori kecekapan verbal Perfetti (1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Bertambah efisien seseorang pembaca dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber ingatan bagi rujukan. Selain daripada itu, teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield, 1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks. Berdasarkan teori membaca di atas, nyata wujud kepentingan membaca bagi tujuan pemahaman dan kelancaran pembacaan. Dalam kajian ini, penggunaan teori membaca yang melibatkan ciri automatik dan kecekapan penggunaan perbendaharaan kata membantu keberkesanan penguasaan

membaca. Model-model lain dalam proses membaca dapat dihuraikan seperti berikut: Model psikolinguistik Goodman (1994) menghuraikan aktiviti membaca sebagai permainan bercorak 'teka-teki psikolinguistik'. Pandangan ini dikaitkan dengan tugas pembaca membina makna sebaik mungkin daripada mesej yang dikodkan oleh penulis melalui grafik yang dipaparkan. Ketika mengaitkan aktiviti membaca dengan proses psikolinguistik, Rigg (1986) menyatakan proses membaca bukan sekadar menukarkan huruf pada bunyi atau mengecam dan menuturkan semula perkataan, tetapi melibat-kan proses komunikasi antara penulis dan pembaca. Oleh itu komunikasi yang diwujudkan adalah aktiviti membina makna berdasarkan teks yang dibaca. Sehubungan dengan itu, Goodman (1984) menyatakan makna dibina melalui transaksi antara pembaca dan teks melalui pertukaran skemata pembaca dan teks. Mereka menegaskan makna tidak terdapat dalam teks. Di samping itu, makna wujud dalam diri penulis dan pembaca dan teks mempunyai potensi membentuk makna. Walaupun makna terbina melalui transaksi antara pembaca dan teks, makna yang lahir bergantung kepada ciri-ciri pembaca dan teks. Goodman (1984) menegaskan, semasa proses transaksi antara pembaca dengan kandungan teks dan penulis teks, sistem kiu dan strategi pengisian diaktifkan. Sistem kiu dalam membaca meliputi sistem grafonik, sintaksis dan semantik. Grafonik adalah sistem bahasa penulisan dan berkaitan dengan sistem tulisan dan sistem bunyi. Manakala sistem sintaksis pula merangkumi tatabahasa bahasa itu sementara sistem semantik merujuk kepada makna bahasa yang terkandung dalam sistem pragmatik bahasa. Sehubungan dengan itu, strategi kognitif pembaca memainkan peranan yang penting dalam membina makna melalui model ini. Menurut Goodman

(1984), memandangkan aktiviti membaca sebagai permainan bercorak tekaan psikolinguistik, pembaca yang efisien sering tidak mem-berikan perhatian ke atas setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam teks. Sebaliknya, mereka secara efisien menggabungkan contoh-contoh idea atau isi kandungan daripada teks dan membuat ramalan ke atas maklumat yang diperoleh. Di samping itu, pembaca juga secara tekal membuat pengesahan berdasarkan ramalan yang dibuat. Apabila ramalan atau hipotesis yang dibina itu tidak dapat disahkan, mereka membetulkan ramalan itu sesuai dengan pengetahuan sedia ada pembaca. Pembaca yang efisien juga memenuhkan kekosongan yang terdapat dalam maklumat yang tidak wujud semasa ramalan itu dibuat. Daripada mula membaca sehingga tamat, semua strategi yang digunakan seperti memilih sampel, ramalan, mengesahkan ataupun tidak mengesahkan ramalan, pembetulan dan membuat kesimpulan, digunakan oleh pembaca secara konsisten. Oleh itu, ketika membincangkan proses membaca teks, pembaca menggunakan strategi yang sesuai memahami serta membuat ramalan bagi menjangka maklumat atau idea yang disampaikan oleh pengarang. Model membaca Clay (1991) Menurut Clay (1991), membaca melibatkan aktiviti melahirkan semula mesej menggunakan bahasa. Model ini banyak dikaitkan dengan aktiviti membaca teks secara mekanis. Selalunya, pembaca berhadapan dengan situasi pengawalan ke atas penggunaan bahasa lisan terutamanya ketika membaca secara mekanis. Bagaimanapun bahasa lisan itu berbeza dengan dialek yang sering digunakan oleh pembaca. Ini disebabkan penguasaan bahasa lisan ketika membaca mekanis memerlukan pembaca menggunakan kemampuan menuturkan bahasa itu dengan baik. Ketika membaca secara mekanis, pengawalan

penggunaan bahasa lisan dapat membantu pembaca membina makna dan menyusun ayat dengan baik. Menurut Clay (1991) lagi, membaca juga melibatkan pengetahuan pembaca ke atas peraturan-peraturan yang digunakan ke atas bahasa tulisan yang dicetak. Peraturan yang dimaksudkan termasuklah arahan yang melibatkan peraturan, format ruang dalam penulisan, persoalan yang dikemukakan dan sebagainya. Aspek ini sering tidak diberikan perhatian oleh pembaca kerana mereka menganggap proses membaca adalah mudah. Sehubungan itu, membaca bagi tujuan mendapatkan makna sangat penting diberikan penekanan di samping penguasaan membaca secara mekanis. Model membaca Schraw dan Bruning (1996) Berdasarkan model ini, Schraw dan Bruning (1996) menyatakan pembaca berpegang kepada beberapa jenis fahaman yang memberi kesan kepada cara bagaimana mereka membaca. Model itu mencadangkan supaya setiap pembaca mengamalkan 'model mental' bagi proses membaca yang menekankan interaksi pembaca dengan teks. Model ini lebih mementingkan kekuatan mental pembaca dalam menanggapi teks yang dibaca. Dalam kajian yang dilakukan, pengkaji menggunakan terminologi 'teks epistemologi' bagi membayangkan sistem kepercayaan pembaca. Pembaca sebagai penganalisis teks, mempunyai pegangan yang tersendiri pada sesuatu perkara yang dibentangkan dalam teks. Oleh itu, kekuatan mental pembaca mengolah idea penulis serta menanggapi isi kandungannya merujuk kepada pegangan atau anutannya ke atas sesuatu konsep. Schraw dan Burning (1996) juga membincangkan kesan model membaca itu dalam proses membaca teks. Mereka menganggap apabila pembaca menggunakan model mental, pembaca perlu berhadapan dengan teks dengan merujuk kepada model atau

pegangannya. Kajian-kajian yang dijalankan juga melibatkan cara pembaca membina makna, memberikan respons ke atas teks dan semua itu bergantung kepada jenis model yang dipegang oleh pembaca semasa proses membaca. Di samping itu, mereka juga menganggap pembaca tidak secara eksplisit sedar berhubung model yang digunakannya ketika membaca. Oleh itu, semasa membaca sering kali pembaca tidak dapat membina makna akibat tidak dapat mengawal pembacaannya melalui strategi yang sesuai. Kesimpulan Dalam proses membaca, model yang dibincangkan tadi memberikan panduan kepada pembaca sejauh manakah mereka dapat melihat teknik yang digunakan dalam aktiviti membaca. Dengan pemahaman itu pembaca dapat menentukan corak bacaan yang sesuai digunakan dan mereka dapat memanfaatkan bahan bacaan dengan baik.

Mengajar Membaca Edisi Kedua TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman.

Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu

adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan

sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses

celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF: 1. Bahan bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah. 2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan. 3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru. 4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati. 5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF. 1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula. 2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME. Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan

jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif. 2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego. 3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan. 4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid. 5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. 2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan. 3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. 4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan. 5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran. 6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran. 7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan.

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanakkanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan

kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak. 1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanakkanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja. 2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur. 3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. 4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanakkanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat

penaakulan. Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

PROSES

1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan satu sistem maklumat yang baru. 2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman. 3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah. Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari nombor. 4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan

dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa. 5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY. Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanakkanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai scaffolding iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain. KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep scaffolding . Kanak kanak mempunyai had perkembangan individu

yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

IMPLIKASI

TEORI

PEMBELAJARAN

VYGOTSKY

TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan. 2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan. 3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

IMPLIKASI

TEORI

PEMBELAJARAN

KOGNITIF

DAN

KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. 1. Pengalaman pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. 2. Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanakkanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran.

3.

Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya.

4.

Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing.

5.

Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri

mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran. 6. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanakkanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkahlangkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari. 7. Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut. Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan

pengajaran atau bahan media. 8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN. Keseluruhannya teori teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru.

Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama antara murid, guru dan bahan.

TAJUK 3 : KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

KAEDAH PENGENALAN

Pengajaran

dan

pembelajaran

kemahiran

mendengar

dan

bertutur

memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedurprosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur 123451- Kaedah terus Kaedah fonetik/ linguistik Kaedah eklektik Kaedah audio-lingual Kaedah komunikatif

KAEDAH TERUS

Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat : - Saya minum (ayat sebelumnya) -Saya minum susu (ayat baru)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK

Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbolsimbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca

KAEDAH EKLEKTIK

Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.

KAEDAH AUDIO LINGUAL

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada muridmurid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakanrakan.

KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanakkanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif

khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses

menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guruguru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

TEKNIK- PENGENALAN

Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.

Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik lakonan/drama Teknik permainan bahasa Teknik hafazan Teknik latih tubi

Teknik perbincangan Teknik penyelesaian masalah

TEKNIK SOAL JAWAB

Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : - untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid -untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis -untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain

pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

TEKNIK LAKONAN/DRAMA

Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.

*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada muridmurid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu : Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat Permainan berpasangan Permainan slip undian

TEKNIK HAFAZAN

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat faktafakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Aspek kebolehan menggunakan bahasa Sebutan (accent)

Huraian

menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan

konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

TEKNIK PERBINCANGAN

Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh muridmurid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :

1-

Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

2-

Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.

3-

Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.

4-

Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :

1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.

2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing muridmurid memahami dan mengenal pasti masalah itu.

4-

Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu. Kaedah Membaca. PENGENALAN. Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.

Kaedah Abjad.

Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua. Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom. Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad tersebut.

Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.

Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu. Vokal : a, e, i, o, u

Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid. Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Contoh : a untuk api. Kelebihan Kaedah Abjad.

Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu. Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu. Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca. Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.

Kelemahan Kaedah Abjad. Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya. Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja. Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali dalam bilik darjah. Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.

Rumusan Kaedah Abjad. Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap perkataan. Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek. Contohnya untuk perkataan api , huruf pangkalnya ialah a. Maka murid akan mengingati bahawa huruf a itu digunakan untuk perkataan api. Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar menggunakan kaedah yang seterusnya.

Kaedah Fonetik. - Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.

- Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.

- Asosiasi bunyi. Contoh : Guru membunyikan aa dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena api, aaaaaaaaaaa panas! - Asosiasi gambar. Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ee. Guru memperkenalkan bunyi-bunyi a, i, u dahulu kerana e dan o lebih kurang digunakan. Konsonan pula diperkenalkan dahulu k,s,t,d,r,l,m,g, dan n kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain. Kelebihan Kaedah Fonetik.

Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid. Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.

Murid dapat mengurangkan beban memori.

Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu Kelemahan Kaedah Fonetik 1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini. 2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai. 3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca. 4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. 5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan. Rumusan Kaedah Fonetik. Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal untuk perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain. Kaedah Pandang Sebut. Dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester 2 aktiviti : Membunyikan suku kata berdasarkan gambar Membunyikan ayat berdasarkan gambar Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja. Konsep Kaedah Pandang Sebut

Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang

ditunjukkan oleh guru.


Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks. Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan.

Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan

tersebut.

Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.

Kebaikan Kaedah Pandang Sebut.

Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan. Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya. Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca. Kelemahan Kaedah Pandang Sebut.

Murid tidak pandai mengeja. Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan. Perbendaharaan kata murid terbatas. Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai. Rumusan Kaedah Pandang Sebut. Kaedah pandang sebut ini merupakan kaedah yang digunakan dengan

cara pengamatan dan mengingat. Contohnya apabila guru menunjukkan kad gambar dadu dan tertera ejaan dadu, murid akan mengamatinya dan mengingati perkataan dan gambar tersebut. Apabila murid itu terpandang perkataan atau objek yang sama dalam situasi lain, murid tersebut akan terus mengetahui bunyi dan ejaan dadu itu. Kaedah Suku Kata. Kaedah suku kata merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. (Daniel Jones.) v Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. v Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal dan konsonan.

Jenis-jenis suku kata. i) ii) iii) iv) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (api) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV (kereta) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+ KV (suasana) Kelebihan Kaedah Suku Kata

(sos)

Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk mengeja bagi tiap-tiap perkataan yang dibaca.

Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan ini memudahkan guru-guru menjalankan tugasnya. Kelemahan Kaedah Suku Kata

Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf. Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya diperoleh Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf tersebut. Rumusan Kaedah Suku Kata. Kaedah suku kata ini,murid akan mengenal perkataan melalui ejaan suku kata vokal dan konsonan. Contohnya perkataan susu, suku kata yang digunakan ialah kv+kv=kvkv. Murid akan mengeja setiap satu suku kata dan hasilnya murid tersebut akan mengetahui perkataan apakah yang tertera itu. RUMUSAN. Membaca merupakan proses yang kompleks. Oleh itu terdapat beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai bacaan awal. Kaedah bacaan awal terdapat beberapa jenis iaitu kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata.

Kaedah abjad lebih berfokus terhadap pembunyian abjad dan guru pada mulanya akan mengajar huruf vokal dan konsonan yang lebih mudah dan selalu digunakan dahulu. Kaedah fonetik pula, murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyian. Kaedah fonetik terdapat dua jenis aktiviti iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Manakala kaedah pandang sebut pula ialah yang melibatkan aktiviti membunyikan suku kata dan ayat berdasarkan gambar. Kaedah pandang sebut hanya memerlukan kanak-kanak mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ini akan menjimatkan masa kanak-kanak untuk mengeja perkataan. Kaedah yang keempat pula ialah kaedah suku kata. Kaedah suku kata merupakan ujaran terkecil yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah vokal dan konsonan. Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri. Ia terpulang kepada guru-guru untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan murid-murid mereka. REFLEKSI. Kerja kursus pendek ini iaitu Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104) yang bermula dari 1 Julai hingga 18 Ogos 2011 memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat yang lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan pensyarah pebimbing dan juga rakan-rakan. Saya berjaya mendapatkan maklumat daripada buku-buku rujukan di perpustakaan, daripada rakan dan juga dari sumber internet. Adakalanya saya menghadapi sedikit kesukaran seperti maklumat yang kurang jelas dan tidak lengkap. Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang minimum juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut menimbulkan masalah dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak ilmu berkaitan kaedah bacaan awal untuk kanak-kanak. Kini saya telah mengetahui beberapa jenis kaedah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang bakal guru kelak. Saya juga turut mengetahui bahawa tidak semua jenis kaedah bacaan awal itu boleh digunakan untuk semua tahap dan golongan kanak-kanak. Saya menyedari bahawa setiap golongan kanak-kanak itu terdapat cara dan kaedah yang bersesuaian untuk diajarkan kepada mereka mengenai bacaan awal. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya perlulah peka dengan kanak-kanak dan mengetahui kaedah manakah yang bersesuaian dengan mereka dan berusaha untuk mengajar mereka membaca. RUJUKAN. Kamarudin Hj. Hussin. (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. Mohd Nor Izwan Sulaiman. Peringkat-peringkat pengajaran membaca. Dilayari pada 7 Ogos 2011 di URL http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkatpengajaran-membaca.html. Ramlan Hamzah. (2008). Kemahiran Belajar untuk PPISMP. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tiada nama pengarang. Dilayari pada 7 Ogos 2011 di URL

http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:aja r-anak-anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian1&catid=57:tips&Itemid=30.

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA 2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA 2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut. 2.2 KAEDAH ABJAD Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi

bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataanperkataan mudah seperti baju, saya, bola. Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca 2.3 KAEDAH FONETIK Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu

B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya: ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kadkad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto photographic memory . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA 2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut. 2.2 KAEDAH ABJAD Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk

perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataanperkataan mudah seperti baju, saya, bola. Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca 2.3 KAEDAH FONETIK Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu

B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya: ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kadkad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto photographic memory . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.