Anda di halaman 1dari 2

Ukuran-ukuran asas kabinet dapur dan perkakasan

Apabila anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain. Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui. Sila rujuk Gambar 1 untuk memahami ukuran yang dimaksudkan. Ketinggian-ketinggian A Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci

B Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci C Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci D Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci

Kedalaman-kedalaman E Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci

F Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci G Kedalaman bar counter: 16 24 inci

Gambar 1: Rujukan untuk ukuran-ukuran asas yang dimaksudkan

Anggaran ukuran-ukuran lebar perkakas dapur Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas. Berikut adalah antara ukuran standard perkakasan yang biasa dipasang di dapur: Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci

Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci Peti sejuk kecil: 24 inci Peti sejuk sederhana: 27 inci Peti sejuk besar: 35 inci Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci Hob dapur: 29 inci Hood dapur (slim): 29 inci Hood dapur normal: 35 inci Rak pengering pinggan: 24/30 inci Mesin basuh: 24 inci