Anda di halaman 1dari 1

Merancang Perjalanan

Rangkaian jalan raya dan lebuh raya di Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia. Perjalanan melalui lebuh raya di Malaysia amat menyeronokkan. Selain

pemandangannya yang indah, lebuh raya kita juga bersih dan dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat. Setiap tahun banyak pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan. Antaranya termasuklah pemandu yang penat dan mengantuk. Sekiranya seseorang itu berasa mengantuk ketika memandu, mereka perlulah berehat atau tidur untuk seketika bagi mengembalikan tumpuan mereka. Sebaik-baiknya, mulakanlah perjalanan pada waktu pagi. Pada sebelah malamnya, pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi. Jangan makan terlalu kenyang dan mengambil minuman beralkohol atau ubat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk sebelum atau semasa dalam perjalanan. Setiap dua jam, pemandu sebaik-baiknya berhenti rehat. Gunakan sepenuhnya tempattempat rehat, hutan lipur dan tempat peranginan untuk menyegarkan badan. Justeru, amalan merancang perjalanan adalah penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.